Friday, August 31, 2012

TANPA DEKLARASI 1957


uikss??

tanpa deklarasi 1957
tak mungkin kita dapat menikmati apa yang sedang kita kecapi kini
tak mungkin kita hidup aman tenang sebegini
tak mungkin kita dapat peluang untuk bergelak ketawa gembira
dan
tak mungkin kita dapat melihat datuk nenek kita tersenyum melihat anak cucu mereka berjaya

tanpa deklarasi 1957
kita mungkin masih memegang senjata
masih berlindung di sebalik gua batu
masih tidak lena tidur
masih mengais untuk makan
masih menjadi hamba orang asing
silap-silap
masih berjuang untuk menyedut nafas di bumi ini

tanpa deklarasi 1957
siapalah kita kini
siapalah kita untuk merasa selesa sebegini
siapalah kita untuk merasa bahagia sebegini
siapalah kita untuk merasa kenyang sebegini
dan siapalah kita untuk merasa selamat sebegini

yang paling penting sekali
tanpa deklarasi 1957
tak mungkin kita dapat menaip di blog seenak ini

terima kasih Tunku Abdul Rahman
terima kasih Datuk Bahaman
terima kasih perajurit keamanan
terima kasih nenek moyang sepanjang zaman
terima kasih Tuhan


SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 55 MALAYSIA!



p/s : baiknya adik-adik aku. kecik-kecik lagi dah pakai tudung. adik kak long mana la ni ek? hehehe


[ked's sketching]

Wednesday, August 29, 2012

Monday, August 27, 2012

AKHIRNYA.. SETELAH LAMA MENUNGGU..


uikss??

p/s : entry ni ditype sebelum aku mendapatkan lazuardi. but now, that novel is currently in my hands now. please feel free to read the review here --> review lazuardi <--

**********************************

akhirnya. setelah lama menunggu. dari tahun lepas lagi aku tunggu since last chapter yang aku baca kat online 25 november 2011. lepas pada tu beliau dah tak update story tu. hari-hari aku bukak taw nak baca tapi semua itu hanyalah harapan.

okey, siapa pernah baca novel sweet sour mesti kenal kan nasz? writer ketiga jemari seni yang aku suka selepas hlovate dengan noor suraya. ah, melting sangat baca sweet sour. dan aku selepas daripada novel tu, aku looking forward any buah tangan baru dari nasz ni. 

aku ada baca online kat blog dia, satu online novel yang bertajuk anaz. serius best. anaz ni cam anak terbuang dengan ibu dia sendiri. yang peliknya ibu dia layan adik tiri dia lagi baik dari dia. kenapa ibu dia benci dia tu yang aku nak taw tu sebab mestilah persoalan tu akan dijawab dalam novel tu. pulak tu, shark yang kawan adik dia tu boleh pulak jatuh cinta dengan dia. banyak hint yang shark ni bagi sebenarnya tapi since dia ni anggap shark tu cam adik je, dia tak tahulah pasal perasaan shark ni. aish, dah gatal tangan dah nak beli ni.

standard lah, dalam blog tulis tajuk lain, maka jadilah terhasil lah lazuardi daripada anaz.


sini aku nak bagi sikit sinopsis pasal cerita ni.

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...


“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?


oh, cepatlah september~ kepada fans sweet sour, ika, echa, eday, tunggu aku bawak balik novel ni kat puncak nanti. hehehe




credit picture and sinopsis : facebook page jemari seni
[ked's sketching]

Friday, August 24, 2012

NOBODY NOBODY BUT CHU!


uikss??

i want nobody nobody but you! plap plap! nobody nobody but you! ahaaa~ kalau dulu dok berangan pejam mata bukak mata nak pegang SII. siap dah janji dengan ibu lagi kalau aku konvo nanti nak SII as hadiah la kekononya. nak beli sendiri, memang tak mampu la dek non oooii~ makan megi hari-hari aku nanti. hahahaha

itu cerita lama. sekarang ni dah ada buah hati baru. wink wink! lemme introduce you to...


tada! ni lah namanya SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN! aku start jatuh chenta dengan phone ni since tengok cam best je una dok main-main phone dia ni masa kitorang beraya kelmarin. aku dok compare phone ni dengan ace and ace plus. walaupun screen dia kecik sikit daripada ace and tebal cam blackberry, tapi since dia boleh 3G, aku lagi lah suka. OS dia android 2.3. sama je macam ace. camera 5MP, siap dengan flash lagi. ah, aku tak habis-habis dengan flash sebab phone yang aku pakai sekarang ni takde flash tapi time record video ada pulak. grrr~ 

yang paling penting sekali, harga dia yang boleh dicapai dek akalku lah kan. time member aku beli hari tu RM500++. sekarang ni dia tengok kat penang dah boleh dapat RM400++. wow! kalau camtu, boleh lah nak rembat bulan depan. ekeke.

aku bukan apa, bukak sem ni dah last year aku. haruslah banyak moments yang berada di depan mata terus di snap kan? kalau tak before this tunggu member aku je snap. namun selepas ini, tidak lagi. hehehe

sekarang ni, tinggal nak usha harga dengan usha akaun bank je. kalau ada, jalan terus. hadiah konvo tukar jadi iPad3 boleh? >.<



[ked's sketching]

Wednesday, August 22, 2012

RAYA KETIGA BERSAMA KANG GARY


uikss??

raya ketiga baru beraya? what theee? hahaha. percaya tak baru semalam aku keluar dari rumah pergi beraya. tu pun rumah kawan-kawan ibu. tu pun sebab semua buat open house. makan satay dengan briyani. sedap wooo~



dan raya ketiga ni lah baru ada gambar raya aku dengan adik-adik aku semua. masa raya hari tu kan tak sempat nak snap apa-apa. time ni lah nak balas dendam. hahaha

eh eh. lupa pulak. kat sana kan, aku jumpa kang gary! ala, gary running man tu la. gary mana lagi. jangan tak taw tahun ni gary raya kat malaysia taw. kat temerloh lagi tu. hewhewhew.


ehem ehem. mesti korang tak percaya kan? don't worry. aku sempat snap la beberapa ketul gambar dengan gary. nah, tengoklah.




hehehe. this is my gary! aku baru perasan yang muka anas ni ada iras-iras gary sikit. oh anas, nanti dah besar kak long register anas masuk running man 2022. ekeke. siapa nak autograph boleh la jumpa aku, PA anas. peace! >.< 


p/s : hari ni raya ke rumah kawan tadika. yippie!


[ked's sketching]

Monday, August 20, 2012

AMANAT HARI RAYA 2012


uikss??

haaa.. tengah buat apa tu korang? melantak ketupat ke? nyum nyum nyum. sedapnyaaaa! aku kat sini dah tukar baju biasa dah. first day tak pergi beraya mana-mana pun. duduk rumah je. hehe

pagi raya tahun ni dimulakan dengan sembahyang raya kat dekat masjid rumah nenek aku. semenjak beberapa tahun kebelakangan ni, kitorang sembahyang kat situ je anak beranak. suka aku bila tengok aki dengan nenek aku mengucapkan syukur bila ramai jemaah sembahyang raya tahun ni. tambah-tambah pulak imam tu cousin aku, memang senyum lebar jela diorang. siapa tak bangga kan cucu sendiri mengimamkan sembahyang raya ye dak?

lepas tu, semua berkumpul kat markas. mana lagi, rumah nenek aku la. budak-budak memang dah tunggu lama dah saat ni. yelah, masing-masing dah ready poket semua nak collect duit raya. ngehngehngeh. tapi before tu kena pass session bermaaf-maafan lah kan.

mula-mula of course la nenek dengan aki aku dulu bermaafan. sebak pulak tengok otai couple ni mintak maaf. sampaikan uncle aku dah berair mata. hahhaa. kesian uncle. anak bini dia semua balik besut beraya. dia pulak yang sangkut kat sini sebab tak dapat cuti. ekeke


lepas turn anak-anak wek dengan aki, masuklah turn kitorang pulak, cucu-cucu bertuah ni hah. tengok ayah, mak-mak saudara aku semuanya menangis salam dengan aki, aku pun ingat nak chill jelah. kekonon nak cool kan. takde maknanya! salam je aki, aki cakap camni,

" kak long, nanti jadi anak yang berguna. tolong ayah tu nanti. "

sobsobsob. terus air mata mengalir tak nak berhenti. sedih sangat. aku nak mintak maaf zahir batin dengan aki aku pun tak lepas.

" aki, doakan kak long jadi anak yang bertanggungjawab. doakan kak long tak lupa diri satu hari nanti. "

wuuu~ memang mendalam sangat ayat aki. insya Allah, nanti bila aku dah habis study, dah dapat kerja elok, aku akan tolong parents dengan adik-adik aku. aki tolong sedarkan kak long yea kalau kak long tak sedar.

then, habis part touching, masuk la pulak part happy. happyla dapat duit raya! tapi, dah makin meningkat umur ni, dapat kutip sikit jela. paling banyak pun aku dapat 10 ringgit. sobsobsob. tu pun lepas aku pau cousin aku yang memula bagi 5 ringgit, pastu aku tarik lagi sekeping duit hijau tu masuk dalam angpau aku. hahahaha







alah. banyak gambar tak clear lah. ni pun nasib baik ada yang ambil gambar. siapa lagi, ayah aku lah! hahahaa. time kalut-kalut nak kaut duit raya ni mana la sempat nak fikir pasal nak ambil gambar semua.

kan sebelum ni aku ada cerita pasal niat nak bagi duit raya tak jadi tu kan? lepas jugak aku bagi duit raya. tu pun dari duit-duit yang aku dapat pagi tu. hahahhaa. tapi dekat anak saudara sepupu aku jela. kikiki.


selebet giler kan tudung aku? ah, biarkan. hahaha. malas punya pasal, tu jelah yang aku mampu. 

lepas tu, semua pakat serbu makan satay dekat rumah mak saudara aku yang tak sampai 20 langkah jauhnya dari rumah nenek aku. hahaha. lepas makan semua tergedang tidur kat situ. naisss!








pukul 2 petang, semua dok berkumpul depan tv1, tengok rancangan khas kanak-kanak sempena hari raya yang di hostkan oleh cousins aku dua beradik tu hah. nak tergelak bila tengok baju raya amat sama dengan baju yang dia pakai dalam show tu. hahaha. teruklah kena bahan budak tu bila dia datang rumah aku pulak petang tu. ekeke

dah dah. nak tengok mael lambong lak ni. esok ada open house rumah kawan ibu. makan nasik briyani wooo! 


p/s : entry ni di type semalam, lepas tu masuk dalam draft then ni baru publish. sebab tu kalau korang perasan ayat atas-atas tu cam pelik sikit. malas nak edit! hahaha


[ked's sketching]

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!


uikss??


uols! esok raya mengikut kalender free yang ibu dapat hujung tahun lepas masa beli baju sekolah budak-budak ni! yeah, kalau sebelum ni tak cukup tangan, ni dah hujung-hujung ni lagi laa tak cukup nafas nak siapkan kuih raya and kemas rumah semua hari ni. ni pun break jap lepas marathon bakar kuih lepas sahur tadi. oh, raya.

di kesempatan dalam kesempitan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf luar dalam atas bawah kepada all the blog readers, followers dan kawan-kawan blog sekalian sekiranya ada sepatah ayat dalam blog ini yang mengguris hati dan perasaan korang secara tak sengaja. sorry ea? marilah kita mulakan lembaran hidup yang baru. chewah! :)

dah-dah, tak leh lama-lama. nak sambung ops kat rumah ni pulak. papai! selamat beraya semua!



p/s : hai, si baju biru ni dah touch down tanah melayu belum? ada jugak la yang beraya sorang esok. huhu. balik cepat dear!


[ked's sketching]

Friday, August 17, 2012

SIAPA NAK DUIT RAYA?


uikss??

siapa kat sini nak duit raya hempas laptop beramai-ramai please! hehe. takde lah, semenjak masuk umur 20 an ni, semangat nak bagi duit raya kat sepupu sepapat membuak-buak. yelah, tengok cousins yang atas kita dah kerja cam best je bagi duit raya kat kitorang yang bawah-bawah ni.

pagi semalam, aku tak tahu lah kalau kat tempat korang pun sama cam kitorang gak tapi selalunya 27 ramadhan kitorang akan ziarah kubur, adakan bacaan tahlil kat situ. biasalah kalau tahlil mesti lah dapat duit. hehe. pulak dah kali ni turn ayah aku yang sponsor duit tahlil. maka, dapatlah kitorang adik beradik duit lebih. terkesima jap dapat duit seringgit baru. first time taw ni.


then, salam-salam dengan atuk sedara aku yang baru je tukar duit dia kepada satu envelope not 20 ringgit, dapat lah merasa 80 ringgit dah kat situ. kikiki. wah, banyaknya duit raya advance yang aku dapat. aku pun cakap lah kat ibu, " ibu, tahun ni kak long nak bagi duit raya lah. boleh rolling duit ni je. "

sekali ibu cakap, " eleh, awak tu diri sendiri pun tak mampu nak sara, ni nak bagi duit kat orang pulak. tak payah! "

okey fine! dear my cousins, tunggu lah raya tahun depan insya Allah baru boleh merasa duit raya dari kak long ni hah. hahaha



[ked's sketching]

Thursday, August 16, 2012

MAKA BERMULALAH HARI-HARI YANG SIBUK


uikss??


tinggal beberapa ketul hari je lagi nak raya! maka dengan ini di isytiharkan bahawasanya bermula lah hari-hari yang sibuk bagi saya, AFIQAH KHAIRUDDIN, pemegang ic 901022-06-**** untuk memanfaatkan masa yang dah suntuk sangat ni untuk mengemas rumah sebelum ahad ini. 

dengan ini juga, saya menyerahkan mandat membuat kuih raya tiap tahun kepada kedua buah adik saya yakni natasya dan nuruljannah. ha ha ha.

memandangkan adik-adik saya yang berada di perantauan telah pun pulang ke desa, makanya peluang saya untuk online amatlah tipis dek kerana adik saya yang bernama nuruljannah itu nampaknya obses sangat dengan twitter dan kalau boleh tidur pun nak tweet dalam mimpi. LOL

okey lah. ibu saya dah memberi isyarat mata kepada saya untuk kemas dapur sekarang ni jugak. saya terpaksa mengundur diri. akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara!


p/s : untuk cik abang saya yang berada jauh di perantauan, balik la cepat sket! IMYSM! :P


[ked's sketching]

Monday, August 13, 2012

MAY ALLAH PROTECT YOU SAYANG


uikss??


kenit. sobsobsob. mesti korang ingat lagi kucing aku yang bernama kenit ni kan? dukacita dimaklumkan bahawa kenit hilang. aku tak perasan pun dia hilang sampai lah lepas bukak puasa tadi, ammar cari kenit tak jumpa. puas kitorang goncang-goncang bekas makanan dia pun dia tak mai. pastu, baru aku pasan yang kenit tak memunculkan diri sejak petang tadi lagi.

kenit... sini hujan lebat. kat mana lah dia berlindung sekarang ni. sayu sangat hati. malam ni tidur tanpa kenit di sisi. selalunya kalau kenit ada sekarang ni mesti dia tengah golek-golek jilat-jilat bulu dia dekat kaki aku. tak pun dah tergolek tido dalam selimut anas.

kenit... aku pandang lantai, teringat kan kenit. terbayang dia tengah main lari-lari kat situ.  seronok betul dia kejar mak dia atas lantai yang licin since kitorang pasang tikar getah baru tu. tengok kerusi yang selalu kenit duduk, teringat dia sekor je yang konker kerusi tu pastu tido sampai puas. tengok parut bekas cakar kenit kat kaki aku ni lagi la buat aku rindu kat kenit.

kenit.. balik la eh sayang. doakan kenit kembali kepada kami sekeluarga. semoga Allah melindungi kenit walau dimana dia berada. sorry aku tak dapat type panjang-panjang. hujan lebat sangat kat sini. doakan keselamatan kenit yea.

POLTERABEND? apakah itu?


uikss??

first of all, since aku cam bosan-bosan takde idea nak update blog ni, aku pun godek-godek la draft tengok mana-mana entry yang tak terpublish lagi kan. then aku terjumpa la entry ni. mak ooooii! sungguh lama dah aku type entry ni. pastu dok terkepam dalam draft. hehe. layan jela ek.

again! subject BEL sem ni banyak berikan idea yang bernas untuk aku update blog. kalau before this, aku ade cite pasal WORLD WEIRDEST TOURISTS ATTRACTIONS yang di present by faris aritu kan, arini aku nak amik tajuk hana pulak. aku tertarik dengan tajuk die iaitu GERMAN WEDDING CEREMONY. 

sebelum tu, mari kita menonton video ini dulu. oyehhh!


okey. what is Polterabend? Polterabend merujuk kepada 1 tradition wedding di German di mana tetamu akan memecahkan kepingan-kepingan porcelins ataupun ceramics beramai-ramai dengan cara membalingnya ke dinding rumah pengantin perempuan. Upacara ini dipercayai untuk membawa tuah kepada pasangan pengantin. Biasanya, pengunjung akan membaling sehari sebelum wedding ceremony itu bermula.
Segala jenis barang ceramics seperti cawan, pinggan, pasu bunga, even toilet bowl pon boleh dibaling. Jangan terkejut kalau korang tengok orang German bawak toliet bowl ramai-ramai pastu baling ke dinding. Tapi, barangan yang diperbuat daripada kaca amatlah dilarang sama sekali untuk dibaling. Ini kerana, kaca melambangkan kebahagiaan yang tidak sepatutnya dipecahkan. Bgeitu juga dengan cermin. Sebab mereka percaya, jika sesebuah cermin itu pecah, mereka akan ditimpa nasib malang selama 7 tahun. Uishhh, lama sungguh tuuu.
Selain itu, pengantin jugak dikehendaki supaya membersihkan tempat yang berlakunya Polterabend itu tadi sejurus sahaja upacara itu selesai. Ini kerana, terdapat simboliknya juga di situ. Ini menandakan bahawa pasangan itu mesti bersedia untuk menghadapi saat genting dan juga halangan yang bakal berlaku sepanjang perkahwinan mereka tadi. Supaya mereka dapat mengharunginya bersama-sama. Samalah macam mereka membersihan serpihan-serpihan porcelin yang dibaling tu. Ooo.. itu maksudnya rupanya.
source : Wikipedia
p/s : kat malaysia ni pun ada jugak adat polterabend ni. haaa, yang tu untuk pasangan yang dah berkahwin. props tak kisah, asalkan mudah dan ringan untuk dicapai. contohnya, pinggan mangkuk. biasanya terjadi ketika sedang bergaduh. Hehe
[ked's sketching]

Sunday, August 12, 2012

SALAH KAH MENJADI SESEORANG SEPERTI AKU?


uikss??

ada satu benda je yang buatkan aku malas nak tunjuk muka dekat sebarang kenduri kendara dekat area rumah aku. standard lah mana-mana mak cik yang dah lama tak tengok aku tu, mesti akan cakap macam ni, " dah besar dah awak ni ea. umur berapa? kerja dah ke? belajar kat mana? ".

kalau tulah jenis-jenis soalan dia, aku tak kisah sangat. dengan ramah mulutnya aku menjawap. tapi, yang aku rasa bengang sikit lah bila diorang suka sangat compare aku dengan adik-adik aku yang lagi dua orang tu. ayat diorang, " lain lah dengan adik-adik dia ni. yang kakak ni besar. adik-adik kecik je. "


yea mak cik. saya sedar dengan tinggi 153 cm plus berat 78 kg saya ni dikategorikan sebagai obes tahap 1 tapi salah kah menjadi seseorang seperti saya ni? dah nak buat macam mana kalau adik-adik saya lagi kurus dari saya. tak kan saya nak merayu-rayu kat diorang suruh jadi macam saya pulak sebab tak nak bagi orang mengata?

haish. manusia, manusia. kurus salah. tak kurus salah jugak. tapi, aku bersyukur sebab aku dikurniakan kawan-kawan yang tak pernah pandang rendah dengan kekurangan aku. biasa kita mesti pernah dengar cerita yang orang berbadan besar ni selalu kena ejek kan? Alhamdulillah. kawan-kawan aku tak macam tu. setakat usik-usik sikit tu biasa lah kan? :)

deep in my heart, bukan aku tak berusaha untuk dapatkan berat badan ideal, tapi aku ni bukannya jenis seorang yang kuat semangat. seminggu dua je tahan. pastu, lingkup. huhu

ah, pedulikan kata orang tu semua kan? yang penting, kita happy! dah dah, jangan nak rosakkan mood raya saya mak cik-mak cik semua ea. sempena bulan yang mulia ni, kurang-kurangkan lah sikit nak banding-bandingkan orang. kalau anak mak cik orang kata camtu, tak ke kecik hati. dan lagi satu mak cik, don't judge a person by his/her body size okey? kami pun ada hati dan perasaan taw. ingat tu mak cik? ish ish ish. masyarakat...


[ked's sketching]

Friday, August 10, 2012

KAMI SEBAYA.. ANDA?


uikss??

sebaya dengan siapa? haaaa.. dengan ni lah.. korang hado?


ibu kata, fridge ni dibeli masa umur aku 1 tahun dulu. dan semenjak itu fridge ini terus setia bersama kami susah dan senang sampailah sekarang. dari kaler hijau standard fridge zaman dolu-dolu, sampai lah sekarang jadi kaler hijau petronas dah. dari ada lampu, sampai takde lampu. tapi, because of it is still functioning well, kami pun pakai jelah tanpa banyak songeh.

imagine jela ek, dari aku umur setahun dan sekarang aku almost reach 22 years old. wahhh.. lama tuuuu. sungguh lah, rumah aku ni memang banyak barang-barang yang penuh dengan sentimental value. selagi boleh pakai, kami pakai. tu lah motto yang family aku pegang berkurun lamanya. sebab tulah, setiap inci rumah aku ni, penuh dengan harta karun! tak percaya? meh datang raya rumah aku. huhuhu

tapi, memandangkan ibu dapat bonus raya tahun ni, ibu pun belilah fridge baru. aku ingat, dah ada yang baru, yang lama tu boleh la tolak ke belakang rumah kan. tapi, takde maknanya. dua-dua still elok je terpasang kat dapur tu hah. kekok dengan yang baru alasannya. adeh, baik tak payah beli baru camtu.

itu rumah aku. rumah korang pulak? kot-kot lah ada pokok durian yang sebaya ke. tak pun usia rumah yang sebaya dengan korang ke. share-share lah sikit. :)


p/s : tadi kemas-kemas rak buku jumpa satu magazine ni. edisi april 1990. uish, sayang pulak nak buang. hah, yang ni turn aku pulak yang amik mood sentimental value tu. simpan selagi boleh simpan. hehee


[ked's sketching]

Wednesday, August 8, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #42 : BAHASA KUCING


uikss??


aku selalu nampak kucing aku letak ekor dia atas lantai lepas tu goyang-goyang kiri kanan  gittew. upset rupanya. upset ngan siapa ea? ngan aku kah? hmmmm... =^.^=


[ked's sketching]

Tuesday, August 7, 2012

HAA.. TULAH. MAKAN MENGKARUNG LAGI..


uikss??


can you spot the not? perasan tak apa yang ganjil kat muka si kenit ni? haaa.. kalau tak nampak aku tak taw la tu. siap buat arrow lagi nak bagi korang nampak. hikhikhik. 

yezza. muka kenit bengkak. tak taw kenapa. bangun-bangun pagi aku tengok dah bengkak dah. aku rasa ada nanah kot dalam tu. si kenit selalu garu kat tempat bengkak tu tapi tak kuat mana la. 

orang tua-tua kata, kalau bengkak macam tu, sebab kucing tu makan mengkarung. tak taw la betul ke tak. nenek aku la cakap. aku ingat lagi bila kucing aku dapat mengkarung, dia buat main. sekali nenek aku suruh jauhkan mengkarung tu dari dia. nenek aku kata nanti mulut kucing buruk kalau makan mengkarung. aku pun tak taw la apa yang ada dalam badan mengkarung tu yang boleh buat kucing sampai bengkak-bengkak muka diorang. huhuhu

kesian si kenit. kurang aktif dah dia arini. aku nak snap gambar dia pun malu-malu kucing.



ololo.. sakit ea? ciannya diaaaa.. takpe kenit. berehatlah. nanti dah sembuh boleh main balik ea. dan kepada semua kucing dalam dunia ni, jauhkanlah diri anda dari mengkarung! 



[ked's sketching]