Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Monday, December 24, 2012

BERTAHANLAH WAHAI SAYANG


uikss??

my only one baby cat kat rumah ni yang putih bersih sakit! aku punya la teruja nak balik rumah nak tengok dia since ibu kata dia sangat adorable dan lincah tup tup balik-balik tengok dia sakit! kekadang terdengar dia batuk. bunyi miaow pun tak kedengaran setelah bunyi batuk tu lagi hebat dari ngiauan dia.

ibu kata dah seminggu dia batuk camtu. poor puteh junior. so, aku niat la nak bawak dia pergi klinik dah arini. tapi sampai-sampai, klinik dah tutup. sobsobsob.



kesian sangat kat puteh junior. dah la mak dia taknak susukan dia. sakit pulak tu. arini satu hari dia baring je kat timbunan kain baju angah. kadang-kadang aku gerakkan jugak dia nak make sure dia still hidup lagi. wuuu~ sedihnyaaaa..

bertahanlah puteh junior sayang. bertahan sampai hari rabu ni ea. kite pergi klinik cepat-cepat taw rabu ni. dia kena kuat. kena lawan sakit tu. kena struggle untuk hidup membesar dengan kami. kite tak puas lagi main-main dengan dia. bertahan ye! kite doakan dia cepat sembuh dan dipanjangkan umur untuk bersama-sama dengan kite lagi untuk beberapa seketika.

tu cerita si puteh junior. kucing-kucing aku yang lain pulak?


tu diaaa. mentang-mentang la seharian hujan kat temerloh, semua dok pakat tido bergelempang belaka atas katil. pandai aokme yak. angah takde, semua pakat konker katil dia. ce kalau angah ada kat rumah, seinci pun tak berani masuk dalam bilik tu. ekeke


[ked's sketching]

Monday, August 13, 2012

MAY ALLAH PROTECT YOU SAYANG


uikss??


kenit. sobsobsob. mesti korang ingat lagi kucing aku yang bernama kenit ni kan? dukacita dimaklumkan bahawa kenit hilang. aku tak perasan pun dia hilang sampai lah lepas bukak puasa tadi, ammar cari kenit tak jumpa. puas kitorang goncang-goncang bekas makanan dia pun dia tak mai. pastu, baru aku pasan yang kenit tak memunculkan diri sejak petang tadi lagi.

kenit... sini hujan lebat. kat mana lah dia berlindung sekarang ni. sayu sangat hati. malam ni tidur tanpa kenit di sisi. selalunya kalau kenit ada sekarang ni mesti dia tengah golek-golek jilat-jilat bulu dia dekat kaki aku. tak pun dah tergolek tido dalam selimut anas.

kenit... aku pandang lantai, teringat kan kenit. terbayang dia tengah main lari-lari kat situ.  seronok betul dia kejar mak dia atas lantai yang licin since kitorang pasang tikar getah baru tu. tengok kerusi yang selalu kenit duduk, teringat dia sekor je yang konker kerusi tu pastu tido sampai puas. tengok parut bekas cakar kenit kat kaki aku ni lagi la buat aku rindu kat kenit.

kenit.. balik la eh sayang. doakan kenit kembali kepada kami sekeluarga. semoga Allah melindungi kenit walau dimana dia berada. sorry aku tak dapat type panjang-panjang. hujan lebat sangat kat sini. doakan keselamatan kenit yea.

Wednesday, August 8, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #42 : BAHASA KUCING


uikss??


aku selalu nampak kucing aku letak ekor dia atas lantai lepas tu goyang-goyang kiri kanan  gittew. upset rupanya. upset ngan siapa ea? ngan aku kah? hmmmm... =^.^=


[ked's sketching]

Tuesday, August 7, 2012

HAA.. TULAH. MAKAN MENGKARUNG LAGI..


uikss??


can you spot the not? perasan tak apa yang ganjil kat muka si kenit ni? haaa.. kalau tak nampak aku tak taw la tu. siap buat arrow lagi nak bagi korang nampak. hikhikhik. 

yezza. muka kenit bengkak. tak taw kenapa. bangun-bangun pagi aku tengok dah bengkak dah. aku rasa ada nanah kot dalam tu. si kenit selalu garu kat tempat bengkak tu tapi tak kuat mana la. 

orang tua-tua kata, kalau bengkak macam tu, sebab kucing tu makan mengkarung. tak taw la betul ke tak. nenek aku la cakap. aku ingat lagi bila kucing aku dapat mengkarung, dia buat main. sekali nenek aku suruh jauhkan mengkarung tu dari dia. nenek aku kata nanti mulut kucing buruk kalau makan mengkarung. aku pun tak taw la apa yang ada dalam badan mengkarung tu yang boleh buat kucing sampai bengkak-bengkak muka diorang. huhuhu

kesian si kenit. kurang aktif dah dia arini. aku nak snap gambar dia pun malu-malu kucing.



ololo.. sakit ea? ciannya diaaaa.. takpe kenit. berehatlah. nanti dah sembuh boleh main balik ea. dan kepada semua kucing dalam dunia ni, jauhkanlah diri anda dari mengkarung! 



[ked's sketching]

Friday, January 27, 2012

MISI MENYELAMATKAN PANKY


uikss??

pagi tadi, ibu wat mee goreng. sebelum ibu keluar nak menoreh, beliau sempat lagi berpesan pada aku. "along, mee tu ade sikit je. baik awak amik cepat. nanti habis." . aku yang tengah online ni, dok terangguk-angguk la cam burung belatuk. dalam hati, nanti la aku amik. 

pastu, aku nampak ibu keluar dari ekor mata sepetku ini. tak lame pastu, aku dengar riuh-riuh kat luar. dengar bunyi kucing gak. aku ingatkan mimi dah balik sebab semalam beliau sehari tak nampak muke. tak taw gi beraye mane. sekali, ibu beriye-iye suh aku keluar gak, tengok kucing ni.

aku pon tengok laa. tanjat boboyot taw bile aku nampak,


Ya Allah! panky ade atas pokok durian tuh! ape la yang beliau wat sampai atas tu? kitorang yang dah cuak ni, si panky tu lagi la doplohtujuhperpuluhanlimebelas kali lagi cuak dari kitorang! beliau dok mengiau-ngiau ketakutan. aduyai~masalah problem nih! sape la yang nak bawak turun panky ke bawah? pokok tu tinggi. aku sendiri pon takde idea camne la si panky tu leh sampai ke atas tu. even ayah aku sendiri pon takot nak panjat pokok tu!

pas bernego-nego plus lat talilat lailitamplom ngan ibu serta ayah, ayah aku la yang kena panjat selamatkan panky. suppostly wonderpets yang wat keje-keje camni. tapi since diorang tak balik bercuti daripada raye cine itu hari, ayah aku la yang kene cover diorang punye keje. ciap kau wonderpets! aku tak mau tengok dah pasni. huh!

scene 1 : ayah berjaya naik sampai ke tempat panky ter'stuck'

scene 2 : cubaan membawa turun panky gagal! beliau takot turun ke bawah. kaki tu macam dah kene paku kat dahan pokok tu tak bergerak-gerak. =.="

scene 3 : lepas kena pujuk sket, panky mula lembut hati nak turun. tu pon still takot sket-sket lagi.


tapi, ketakutan panky tu membuatkan beliau tak leh bertenang. asyik meronta-ronta je mintak dilepaskan oleh ayah aku. ni tak leh jadi ni! silap-silap, terlepas jugak panky ke tanah nanti. kitorang pon wat bekap plan. amik kain selimut, bentangkan kat bawah pokok durian tu. ibu pegang sebelah, aku pegang sebelah. ayah pon lempar panky dari atas.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

dapat! panky mendarat dengan jayanya. Alhamdulillah. aku terus peluk panky. kesian beliau. still shaking. terkejut tak abeh lagi. bagi makan pon tak mau makan. 


setelah memastikan keadaan panky stabil, aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah bile tibe-tibe teringatkan mee goreng yang berkemungkinan bakal dirembat oleh de aku. dan jawapannye seperti yang aku dah predict. mee da abes! waaaa~ rase nak makan friskies panky tu cicah teh!

[ked's sketching]

Friday, September 23, 2011

CRY WITH ME. WILL YOU?



uikss??


do you want to cry with me? ni bukan entry pasal heart broken ke ape. tapi pasal kemanusiaan. tadi aku online facebook yang cam haram pas di upgrade skang ni, ternampak la ade member aku share video ni. yup! aku taw video ni dah lame. taon lepas punye cite. kalau korang nak kate ni entry basi pon aku tak kesah. sebab aku ni bukannye penonton youtube yang tegar. make, baru skang lah aku jumpe pasal ni.

tertarik dengan tajuk video ni, aku pon tengok la kan. mule-mule lagi lah teresak-esak dah aku nanges. siyes sedih woi! sobsobsob. aku ni dah la pantang tengok bende-bende yang berkaitan dengan kucing ni! sensetip sket!

part yang wat aku meraung-raung mase kucing putih tu landing beside member die yang dah kaku tu. sumpah sedih giler! aku taw perasaan kucing tu sebab aku penah alami situasi macam tu dulu.

aku teringat mase sekor anak kucing aku mati dulu. beto namenye. die nazak dekat pangkuan aku! bile die dah menghembuskan nafasnye yang terakhir, perlahan-lahan ibu die datang. jilat-jilat anak die. dengan harapan semoge anak die sembuh pastu. memang aku trauma giler lah pastu. tulah first time kucing aku mati depan mate aku. sebijik dalam video tu!

talk about cats, korang pasan tak, sometimes bile kite cakap-cakap dengan kucing kite, die suke kedipkan mate die kan? as a cat lover, aku dapat rasekan yang diorang paham ape yang aku cakap. so, aku akan balas balik dengan mengedipkan mate jugak sambil menghantar pesanan yang bermaksud, "anak ko dah takde. bersabarlah yea?"

sape kate binatang takde perasaan cam manusia? meh sini datang jumpe aku!

p/s : baru je pas tunjuk kat ah pasal video ni. die pon nanges gak taw tengok.

[ked's sketching]