Thursday, September 12, 2019

Post Untuk Singature Email






Hola guys!
Post emergency ni sebab aku nak letak menatang ni as signature kat email aku pastu kena pakai link pulak.
Photobucket lak lupa password so no choice sini jelah boleh dapat link. Wuu
Okay, need to resume my work!
Till we meet again ya!

Thursday, July 25, 2019

Sampel Susu Percuma Buat Para Ibu

Hi yalls!
Tadi masa nak send email godek-godek lah sikit dekat bahagian promotion kan kot-kot ada special offer ke apa kan.
Sekali bukak-bukak rupanya ada free sample untuk produk Nestle & Dutch Lady.
Wah! Dalam hati ni dah terbayang dah kot-kot lah dapat Kokocrunch ke, fresh milk Dutch Lady ke kan.
Sekali bila bukak dedua ads tu, rupa-rupanya untuk susu formula. Huhu
Memandangkan aku bukanlah seorang ibu mahupun mempunyai anak saudara, hohoho, so aku share kat sini jelah ye free sample susu yang korang boleh dapati sekarang ni. 
Mana-mana yang berhajat nak tukar susu ke kan tapi takut anak tak sesuai bila minum nanti boleh dapatkan free sample ni dulu ya.


1. NESTLE
Untuk free sample Nestle klik DI SINI




2. DUTCH LADY
Untuk free sample Dutch Lady klik DI SINI




3. FRISO GOLD

Untuk free sample Friso Gold klik DI SINI




4. ENFAGROW


Untuk free sample Enfagrow klik DI SINI





5. PEDIASURE


Untuk free sample Pediasure klik DI SINI





6. DUMEX DUGRO


Untuk free sample Dumex Dugro klik DI SINI





Semoga bermanfaat ye. Untuk terma & syarat boleh klik dekat links yang diberikan.


Truly,
Ked

Wednesday, July 24, 2019

Alkisah SSM & Current Account : Part 1



Yaww! Bertemu lagi kita dalam rentetan throwback seorang Ked. Hiks!
Saje laa aku nak share pasal benda ni kat korang.
Supaya apa yang dah jadi kat aku dijadikan sempadan, pedoman dan rujukan gittew untuk korang.
Wah! Sampai macam tu sekali perumpamaannya.

Seperti yang korang semua tahu mahupun tak tahu, aku ada buat freelance graphic design.
Aku takde mesin printing.
Aku just buat design, hantar print & submit kat customer laa segala jobs aku.
My biggest customer siapa lagi kalau bukan geng-geng cikgu mak aku. Huhu
So, biasalah kan bila deals dengan sekolah mesti guna LO kan?
Start daripada ni lah aku bukak SSM & juga current account untuk dapatkan payment tu.

Aku rasa around 2016 kot yang aku bukak current account tu.
Masa tu aku bukak yang Bank Islam punya.
Sebab syarat dia longgar sikit compare to Maybank.
Lagi satu dia tak payah pakai introducer bagai.
Duit pun nak RM 1,000 je so memang okay sangat lah kan.
Since aku punya SSM nama aku sorang, so aku dapat choice untuk buat kad ATM sekali.
Maka merasa lah pegang buku cek walaupun tak pernah guna walau sekeping pun. Huhuhu
Nak buat current account Bank Islam tu dalam masa 2 minggu jugak la aku rasa.

So sepanjang masa tu memang account tu akan hidup bila aku masukkan cek bayaran yang aku dapat sahaja.
Yang tak best pasal current account Bank Islam ni, since aku bukan corporate customer, so tak boleh nak request for online banking.
Bila takde online banking ni paham-paham jelah, memang segala transaksi agak terhad lah kan.
Tiap kali dapat statement memang sendu lah account aku jawapnya.

Last year memang tahun paling busy bagi aku.
Dalam tak sedar, rupanya current account aku dah inactive!
Aku tahu pun masa aku nak masukkan cek bulan 5 aritu, then bank call mintak datang amik cek balik.
Katanya aku punya akaun dah mati terus dah.
Aku pun macam ah sudahhh. Macam mana ni?
Maka pergilah aku ke bank untuk dapatkan further explanation.
Aku sebelum ni pernah jugak akaun tak active tapi bila ada transaction selalunya dia akan active semula.
Staf sana kata maybe sebab balance aku less than RM 15 kot tu yang diorang terus matikan tu.
Tapi akak tu kata jangan risau, cek ni boleh guna lagi.
Dalam erti kata lain, aku kena bukak current account lain kat bank lain dan cek tu masih boleh digunakan.

Ah sudah...
Masak aku macam ni.
Nak bukak current account satu hal.
Satu hal lagi,
SSM AKU DAH 2 TAHUN TAK RENEW!!!

Allahu...
Sebab setahu aku masa tu, bila kita tak renew SSM, first kita kena denda.
Tapi, kalau lepas setahun, KENA BUAT SSM BARU.
Maksud kena buat SSM baru tu, kau kena isi borang baru, propose nama baru.
Tak boleh pakai yang lama dah.
My biggest concern here is, nama atas cek tu nama bisnes aku yang didaftarkan pada SSM yang dah tak boleh nak renew tu!
Kalau aku daftar SSM dengan nama bisnes baru, cek tu dah tak boleh nak pakai lah.
Adehhhh...





- To be continue -


Truly,
Ked