Wednesday, December 17, 2014

AGAK-AGAK KAN, LAKU TAK KALAU...

uikss??

yes! akhirnyaaaa~ second entry from me for this month. hahaha. since dah tuko header ni, makin bersemangat lak aku nak update blog. hhehehe. well. tulah gunanya bila blog nampak kemas sket kann.. hee

just want to share my weekend's night activity. hee. taw tak sekarang ni kat Temerloh dah ada car boot sale. tetiap malam minggu start dari pukul 8.30 malam. actually benda ni inisiatif daripada Temerloh Hard Koi yang nak tengok bandar Temerloh malam-malam havoc sket. hee. sesiapa yang pernah or stay kat Temerloh mesti dah sedia maklum kan betapa "matinya" bandar lama Temerloh malam-malam. start pukul 8 dah gelap dah area situ. so, dengan adanya activiti camni, dapat laa menarik orang Temerloh untuk menghidupkan sedikit bandar lama kita ni yakk! 




kasi up sket laa design banner yang aku buat ni. hehehhe. jadi nya nak dijadikan cerita aku pun secara tak langsungnya join laa jugak car boot sale ni. hahahaha. tu yang intro pasal benda ni panjang berjela ni. kikiki.




sebab apa aku cakap aku join secara tidak langsung, sebabnya aku ni bukan laa berjual. aku cuma tolong member aku si Ella ni jee jual kek dia. hee. dapat laa upah ciskut tiap-tiap minggu sampai satu tahap aku dah muak makan benda tu. hahahaha

tulah kan, daripada asyik tolong orang berjual je, cam best jee kalau aku join bukak boot kereta jual barang aku skali kan? hehehee. tapi tulah, nak jual apa ek?

nak jual barang prelove, aku ni bukannya ada barang-barang branded. so prelove, no. next, nak jual makanan, takde masa nak masak. plus tak boleh nak jual benda-benda bakar or goreng kat situ plus dah berlambak-lambak orang jual makanan. makanan, no. tudung, baju, kasut, bersepah dah orang jual. so tudung is a big no. 

tiap-tiap minggu aku join, tiap-tiap minggu jugak laa aku obeserve, dan aku dapati ada satu benda jee yang takde orang jual lagi kat sana. haaa. nak taw tak apa? 

KPOP THINGS!

yup. takde lagi yang jual kpop merchandise. setakat baju tu dah common sangat. aku nak try jual benda yang aku boleh buat sendiri plus susah nak dapat yang custom made punya. macam benda ni,




keychain! okey laa yang ni first trial aku untuk keychain ni so aku terlupa safety area, maka jadilah muka T.O.P berlubang camtu. huhuhu. 




okey, next is stickerrr..




Running Man sticker anyone? huhu

and then last but not least, button badge.





maaf laa yang ada dalam koleksi aku yang wedding jee. hahaha. button badge exo yang ada sorang regular customer aku order tu takde pulak dalam simpanan. demm!


so apa pendapat korang? sesuai tak kalau aku jual merchandise camni kat sana? nak jual merchandise Temerloh kang dah ramai yang jual. huhuhu. agen aku pun jual gak. aku terpikir nak buat benda camni je. tapi tulah takut takde market. sebab gayanya kalau jual aksesori motor or handphone banyak jee demand. tapi kan, tak cuba tak taw betul kan? kalau tak jalan aku jual jela online betul tak? hahaha. takpun pos kat Ah suh Ah tolong jual kat Kelantan. hehhehe

hmmm... kena pikir cepat ni. sabtu dah tak lama dah. agak-agak kalau aku buat laa kan, idol mana yang paling tengah in skang ni? any kpop fans please drop your comment here. hehehe. almaklum lah aku dah lama tak follow AllKpop. :P


ada jugak yang istikharah ni kang. heee..


p/s : berat kepala ni wehhh.. rasa cam nak demam laa. kena hujan time car boot last week kot. aiguuuu~~

Sunday, December 14, 2014

DAH LAMA..


uikss??


tiup-tiup sawang sket. puffff~~ (kekonon sawang debu berterbangan di udara, hahahhaha). 



ya ampunnnn.. tengok tu punya laa penuh dedebu bertebaran di angkasa raya. hehhee. kesian blog ni. dah lama aku abaikan beliau. sampai tak termake over. sekodeng-sekodeng blog Nisa Kay, Namee Roslan, tengok cantek jee layout blog depa. bila tengok profile designer untuk blog template depa tu, mak aihhh.. tercekik tulang ayam yang cheq tengah makan ni hah. lawo memang lawo, tapi tulah cheq kurang berkemampuan untuk menggunakan servis beliau. huhuhu

ingat lagi masa zaman tengah gila blogging dulu. masa tu kemain lagi galak nau join contest sana, join contest sini. komen orang tu, blogwalking bagai. paling hardcore aku punya blogwalking ni sampai aku pernah stalk satu blog pengkid ni taw dari mula entry sampai laa akhir. hahahaha. dari si X tu kenal partner dia as a friend sampai laa depa couple. hee. punyaa laaa gila blogwalking masa tu.

selain dari blogwalking, gila follow tutorial untuk edit blog sendiri. perghhh. masa tu tak reti pakai photoshop lagi. memang jenuh cari online software edit gambar untuk dapat transparent background. cari coding sana, cari coding sini. sekarang ni, hmphhh.. jangan harap laaa. dapat up new entry pun dah kira suatu pencapaian terbaik bagi aku untuk tahun ni. huhuhuhu

tapi tulah, bila tengok member-member blogger lain blog depa dah semakin maju mengikut arus peredaran zaman, nak jugak kite edit blog semula. tadi ade laa jugak aku try sket-sket. tapi sebab dah lama tinggal so benda tu takes time sket laa nak jadi pun. hehehe. takpe, takpe. slow slow. you can do it afiqah! yuhuuuu~

hailaa. lama dah tak lepak kat sini. lama jugak dah tak mengetuk keyboard ni. biasa tekan mouse jee. hehehhe. hopefully ni bukanlah entry terakhir aku untuk bulan ni. ahhaha.


sekian dari saya yang bergambar malas nak rotate gambar. hahahaha :D

Wednesday, November 26, 2014

ABANG..

uikss??

haiiiiii uolsssss!! hahahaha. hamboihhh. lama nauu dah kan aku tak update blog? kan kan kan? sumpah seriouslyyyyy aku busyyyy ya hampunnnn. lagi-lagi nak dekat cuti sekolah aritu. ya Allahhhh.. dia punya sibuk tu kan, sampai tak dan keluaq lunch, sampai colleague aku ika gastrik esoknya tu. sebabnya, time tu sekolah banyak nak buat hari anugerah, graduasi dan yang sewaktu dengannya maka bertingkek-tingkek lah job kami. dia effect aftermath tu sampaikan aku demam teruk semalam. terpaksa gak laa amik mc. yang kelakarnya, masa aku gi klinik tu, MA yang check aku. dia amik bacaan bp aku. aku tak taw ape ke name menatang device tu kan, then dia bagitaw aku yang,

 " awak demam ni. "
 
aku pulak, 

" eh yeke? tak lah saye tak rasa panas pun. " 

sekali dia amik device yang cam leh scan-scan dahi aku tu sambil tunjuk temperature kat aku. 

" see kan saya dah kata awak demam. " 

aku pun,

 " ooo.. boleh tengok kite demam ea kat device yang check bp tu. " 

sambil buat muka amaze

" taklah, kat sini dia tunjuk reading heart beat awak laju. "

hahhahaa. cam bangang soalan aku kan? sorry lah uols. iols memang subzero bab-bab medical term ni. huhuhu

actually aku demam tu sebab pressure yang tinggi sangat last 2 weeks. sebab banyak job nak urgent. kalau boleh semua benda nak siap dalam masa sehari. mana tak pening wehh. tido pun tak cukup. malam dah tido lambat, pagi-pagi before subuh dah bangun siapkan design. so semalam laa aku dapat qada' tido aku yang tak cukup tu. sobs.

jengjengjeng. cam lari jekk tajuk entry ngan content ni kan? hahahaha. maaflahh.. dah lama tak menaip. sekali taip sepuluh benda nak keluar sekali. tu jadi macam ni tuh. hehehe

sebenarnya aku nak cerita satu benda kelakar ni. dia punya tahap kelakar tu sampai aku rasa tak sanggup nak facing dengan customer tu sekali lagi bila aku jumpa dia nanti. hiks!

it's all about abang. hehhee. alkisahnya tadi siang ada lah sorang customer ni datang nak tengok design dia. bukan aku lah yang buat design dia tu kan. so dia duduk lah dekat dengan designer yang buat design dia tu. yang aku ni pulak nak panggil cousin aku yang duduk lepak sebelah selang semeja dengan customer tu.

cousin aku ni muda setahun dari aku, tapi aku panggil dia abang sebab dah adik beradik dia panggil dia abang. hahaha. so aku pun panggil la dia, sebab ada benda yang aku nak suruh print kan,

" abang! "

guess sape yang respon? customer tu okeyyyy! hahahahha. aku terkesima jap time tu. aaaa. saye ni ade nampak cam iras-iras crush/girlfie/fiance/wifey cikgu keee?? 

aku sambil setting mesin printer tu dok gelak terkekek-kekek kat belakang tu. hehhehe

that word abang tu remind me to someone actually.
the one and only.
yelah aku kan anak sulung. mana ade abang. ni jela sorang pun. hahahaha. nasib lah sebab tua setahun dari aku. kalau dah dah panggil adik dah. hihihi.




Premise 1 : i know you dislike cat soooo much! 
Premise 2 : i love them sooo muchh!
Conclusion : love both of you. :P

okey lah. aku nak sambung buat map. nak submit cepat-cepat design flyers so lepas ni aku tak dihantui dengan job berantai ni. agagaga. daaa~




Regards,
Ked Lee

Sunday, October 26, 2014

24, FRIENDS AND AMBITION

Salam Maal Hijrah 1436 H buat semua readers Ked's Stories. Lama kan aku berhibernate. Hahahha. Mengalahkan polar bear. Hiks. Bukan apa chuols. Iols fail lagi dalam time management. Nak manage masa untuk diri sendiri pun fail, lagi lak untuk blog. Eh? :P

Sempena tahun baru hijrah ni, aku mengharapkan agar segala perancangan baru yang telah kita rancangkan berjalan dengan lancar. Aminn. Semoga dipermudahkan segala ibadah dan dimurahkan lagi rezeki kepada kita semua. Aminn..

Dannnn.... few days before tahun baru hijrah ni, aku secara rasminya telah masuk umur 24 tahun. Oemmjiii! Lagi 6 tahun nak masuk 3 series. Harap boleh slow-slow terima kenyataan. Hahhaha.

Dannn... genap seminggu sebelum ulang tahun aku yabg ke 24, aku dah dapat driving license akuuu! Yeayyy. Finally i got a license setelah rasa tak berguna sekian lama. Hahahha. Both kereta dengan motor lak tu. Ohoho. But then ada story disebalik lesen aku tu. Pasal test JPJ dengan masa dealing dengan pegawai JPJ kat kaunter. Nanti ada masa aku story eh.

So sempena birthday aku yang tak semenggah mana tu, weekend ni, my bffs since kat dungun lagi ajak laa turun kl untuk celebrate. Not so celebrate laa asalnya sebab muja dapat 5 free ticket for any movies kat GSC. Dan tiket tu expired semalam. So dah alang-alang dapat tiket free tu aku pun turun lah kan. Hahahaha. Back to back movie lah jawapnye. Hiks!

Both Muja and Amy are my close friends from UiTM Dungun. Dan dalam pakatan kami ada lagi 2 orang, Ah dengan Eda. Since Ah dok kat Kelantan, so susah sikit la nak jumpa dia. Tapi susah-susah nak jumpa Ah pun, chances nak jumpa Ah tu pun ada laa lagi. Kalau Eda? Memang takde harapan dah. Sebab Eda sedang berada di tempat yang sangatttttt jauhhhh sekarang ni. Dan aku harap dia tenang di sana.

6 September yang lalu, Eda telah pergi meninggalkan kami semua. Kami tidak berharap arwah untuk pergi, tetapi setelah melihat penderitaan yang arwah tanggung, maka aku rasa itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Walaupun aku tak dapat nak tengok Eda buat kali terakhir, tapi aku bersyukur sangat aku sempat melawat dia seminggu sebelum dia pergi. Ya Allah, sungguh kalau lah aku tahu masa tu lah kali terakhir unthk aku pegang tangan dia, pandang muka dia, dah lama aku peluk cium Eda puas-puas. Tapi dek kerana wayar yang berselirat dekat badan Eda, aku tak mampu nak buat camtu. Aku boleh usap dahi Eda dan flying kiss dia je. Hurmmm...

Eda sepanjang hayatnya merupakan sahabat dan anak yang baik. Alhamdulillah. Ramai kenalan yang datang menziarahi Eda ketika dia sakit hingga akhir hayatnya. Tapi yang buat aku terkilan, aku tak sempat berjumpa dia saat dia sedang sihat gembira. Last aku jumpa dia masa dekat KT last year. Ke last 2 years camtu laa. Last aku borak dengan dia pun masa dekat fb. Tu pun time komen-komen dia pasal dia gugur bulan puasa aritu. Oh ye ingat lagi tak entry yang aku tulis pasal member aku pregnant tu? Dia lah yang aku maksudkan.

So, lepas ni dah tak cukup korum dah kami. Biarpun Eda takde secara zahirnya disisi kami, tapi kenangan dan kebaikan Eda tetap hidup dalam diri kami. Eda, aku, Muja, Ah, Amy, dan kawan-kawan lain sentiasa merindui kau. Damailah dikau di sana. Tunggu kepulangan kami ke sana suatu hari nanti. Kau tetap menjadi sahabat dunia akhirat aku. Aminn.

Al-fatihah buat sahabatku arwah Rohaida bt Azmi.

Tuesday, September 30, 2014

FREEDOM!


uikss??

at lastttt~~ walaupun tak berapa nak last sangat lah kan. tapi aku kena celebrate gak hari kebebasan aku. jyeahhh!

actually, aku ada amik upah translate thesis ni. ni dah second time aku amik. kalau nak di ikutkan aku ni dah lambat 2 bulan submit. woahhh! serious laa. aku amik masa puasa aritu. suppostly ujung ramadhan aku kena submit. tapi sebab masa bulan puasa sampai lah raya sampai lah merdeka sampai lah abes merdeka banyak sangat job masuk sampai aku kena ot. bukak puasa pun kat kedai. sobs. nasib baik tak tahap sahur kat kedai sekali. hehehe.

dan baru baru ni jugaklah aku rasa free nya. dengan job tak que, design tak pending, barulah aku boleh bernafas mai keje. so aku boleh siapkan cepat-cepat translate aku yang sikit lagi tak masuk dalam arkib negara tu. huhu

banyakkkkk sangat nak story. banyakkkkkk sangat nak buat ngan blog ni. make over semua, kita tunggu jela lepas ni ek? hehehe

okey got to go. nak tidoq esok nak keja ni. genait everibadi~!



Sunday, September 14, 2014

HAI HAI HAI


uikss??

setelah lama menyepi,
setelah lama menghilang,
kini aku kembali
memunculkan diri
supaya kalian sedari
yang aku masih lagi berdiri
dibumi ini

syukur aku masih bernyawa
syukur aku masih diberi peluang untuk bersuara.
syukur atas segala-galanya.

bukan sengaja aku mendiam
bukan sengaja aku memegun
aku terlalu sibuk
sibuk dengan kerja yang tak pernah habis
sibuk melayan perasaan
dan sibuk dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kini

done.
siap aku mengupdatekan diri
hingga kita ketemu lagi
terlalu banyak kisah yang lama terpendam
juga duka yang ku ubati seorang
insya Allah akan ku kisahkan disini
sebagaimana blog ini
menulis kisah ku selama ini


:)

Thursday, June 26, 2014

MY HECTIC DAY EVERRR

Today is my hectic dayyy everrr. Mencatat sejarah ye pada hari ini aku tak sempat langsung nak lunch due to the busynesss. Ade ke word busyness? Ahaks! AAK! Hahhaha

Seriously arini memang busyyy. Job masuk tak henti-henti. Aku pulak kena jaga kaunter arini. Bukak bil, amik order customer, serve customer. Sumpah woiii! Jaga kaunter lagi stress dari buat design. Sebab tu aku bertahan keje celcom customer service dulu sebulan jee. Ahaks!

Dannn... disebabkan teruknya stress management aku tadi, for the first time sepanjang keje ni aku menangis sebab tension sangat. Lebih kepada pressure actually. Sampaikan aku tersalah save, tersalah suruh print. Imagine laa customer nak sticker tu dalam 30cm x 22cm. Bantai aku pi antaq kat printer design yg saiz 3kaki x 4kaki. Memang berganda-ganda lahhh besarnya dari size yang dia nak. Alahaiii. My bad. Pastu boleh pulak salah bukak bil. Dalam bil aku type 30cm x 20cm je. Bila check balik email, baru perasan aku salah buat. Kena type balik. Aiguuu.

Haih. Nampak gayanya kena edit balik laa resume aku. Tang point able to work under pressure tu. Muahahha

Okeylah. Tu jelah cite aku arini. Aku nak tido. Letih nanges arini. Hahahaha. Daaa!!!

P/s: bila nak start type balik ni? Hmmmm

FLOWER AND RAIN

Tuesday, June 17, 2014

RANDOM FEELING WHEN I'M SCROLLING INSTAGRAM

Just a short entry. Pernah tak korang rasa like;

" Ee seronoknye laa tengok Senah ngan laki dia pi honeymoon kat Krabi lagi. Cam best jee kawen ni. "

" What! Tipah dah pregnant? Tak sabar nak tunggu anak dia lahir nanti. Mesti comel cam mak dia. "

" Untunglaa gaji tinggi boleh makan sedap-sedap hari-hari. Hmmm. "

" Bestnyeee dapat travel selalu. FOC lak tuuu. "

" Meriah gile surprise party Joyah ni. Aku nak dapat orang buat surprise.camtu memang takkkk laaa. "

Dan komen-komen yang sewaktu dengannya.

Aku pernah terjumpa satu quote ni. Tak sure la kesahihannya lah ape kan;

" Allah takkan bagi apa yang kita nak, tapi Dia akan bagi apa yang kita perlu. "

So, maybe apa yang aku ada sekarang ni adalah apa yang aku perlu. Kan?

:)

P/s : aku taw korang semua pun mesti ada dilema camni gak kan. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah permudahkan segalanya. Aminn. :)

Wednesday, May 14, 2014

TIPS UNTUK PARA GRADUAN

uikss??


haaa. for those yang ada follow ig Faiz Dickie ni mesti kenal dia ni siapa kan? ig dia memang interesting untuk di follow. komik-komik dia memang kelakar-kelakar. dan at certain part tu memang setepek kena lah kat muka kita ni. kannnn? perasan tak? ke aku sorang je? hihihi

so sempena musim konvo uitm ni, dia pun upload la komik yang berunsurkan hari konvo. hahahhaa. damn true apa dia cakap tu. aku sendiri pernah merasainya.

aku ingat lagi first time konvo, masa kat uitm dungun dulu. eceee. kemain lagi laa beli baju baru, wedges bagai. aku yang tak pernah pakai shawl ni tergedik-gedik laa nak pakai shawl. pi lah beli satin shawl kat pasar malam dungun. sekali hari konvo tu, nak pakai mortar board tak pas sebab satin shawl tu licin kan. mula la nak nanges. dengan peniti haram tak bawak. hahaha. pakai laaa. masa nak tunduk tu cover jee takut mortar board jatuh.

so, sebab dah ada experience konvo before tu kan, masa konvo degree aku last year aku dah tak nak beria-beria dah. baju pun main pakai apa yang ada. kasut pun aku beli heels bodo-bodo je yang cam pengawas sekolah harga 18 hengget. keluar je dewan terus tukar pakai selipar. do i care? hahahaha. tudung pun tudung bawal biasa. 

hasilnya.....




tadaaa! taw tak baju ni ekceli baju aku bawak gi kelas je. sepanjang aku study kat puncak alam tu ni laa OOTD aku. hahahhaa. ada aku kesah? memang betul pun cakap faiz dickie tu, kau pakai robe weh, mana nampak even segojes mana pun baju yang kau tempah kat tailor tu. bagi aku la, yang penting tudung (bagi yang pakai tudung) dengan kain jela yang korang nak beria pun. yang lain tu, tak payahhhh nak beriaaaa. dengar lah cakap ahkak ni uols. or you'll end up merentas stadium uitm tu sambil menyumpah dalam hati. hahahaha

sekian sahaja tips dari ahkak untuk pemilihan baju konvo. selamat berkonvo adik-adik semuaaa~

p/s : jelez pulak tengok senior-senior yang konvo dengan double line kat jubah. bila laa aku pulak nak merasa double line tu ek? hmmmm

Sunday, May 11, 2014

GOOD NEWS ON MOTHER'S DAY


uikss??

happy mother's dayyy to all mothers in the worldddd. hee. tak lupa jugak kepada akak-akak blogger yang bergelar ibu dan juga bakal bergelar ibu seperti kak nasha, kak lin, kak jijah, kak atie, kak namee dan yang lain-lain lagi diluar sana. you're the great woman ever. huhu

tak sangka pulak sempena hari ibu ni, aku dapat satu berita gembira. one of my good friend masa study kat dungun dulu dah pregnant! waaaa. tak sangkanyaaa. hihihi. teringat zaman weols dok meronggeng-ronggeng dulu. dah nak jadi mak budak dah kau ea eda. cepatnya masa berlalu. huhu. happy aku bila tengok kawan-kawan semua bahagia dengan keluarga masing-masing. so, her baby gonna be our second niece or nephew for our class during diploma. hehehe. ujung tahun ni boleh la ke kuala terengganu yea. nak tengok anak saudara baru. sambil-sambil nak balas balik dulu masa wedding eda ni aku tak boleh nak gi. almaklumlah wedding time raya. aku pulak balik kampung raya tahun lepas. :)



tu diaaa. baby tak keluaq lagi kawan mak baby lak yang excited. muahaha. selamat menjadi seorang ibu wahai sahabatku Rohaida. semoga dipermudahkan segala urusanmu sepanjang pregnancy sampailah bersalin nanti. semoga baby sihat-sihat je dalam tu yea. i'm really miss you. miss our moment together. stay healthy mama eda! hee

p/s : makanya post hari ibu tahun ni di tujukan kepada sahabatku, Rohaida bt Azmi. hihihi. and for my mum, Cikgu Bibi, this is for you.



and you're great mummy that i ever had. we love youuuuu momsyy! XOXO

Thursday, May 8, 2014

#KEDSKETCH : HADIS MAKANAN


uikss??


short entry sebab aku nak cepat. hee. memandangkan aku dapat job untuk buat banner hadis makanan baru-baru ni, so aku ingat nak share laa design tu. spread the hadith katenyeee. huhuhu. kalau siapa-siapa nak copy buat poster pun boleh. ni actual size 12 inci x 12 inci. format jpeg. incase kalau nak format lain boleh email ke dearked@gmail.com ea.

p/s : sharing is caring kan. maka berpesan-pesanlah kita sesama manusia. 







Wednesday, May 7, 2014

CUTI TAPI.....


uikss??

hai semua! selamat bercuti kepada warga Pahang dan selamat bekerja kepada mereka yang sedang bekerja di luar sana. muahahaha. seronok sungguh dapat cuti sehari seminggu since last week lagi. bulan ni kalaulah Pahang amik cuti wesak jugak memang tiap-tiap minggu laa ada cuti. malangnya wesak minggu depan aku tak cuti eventhough kuil hindu depan opis jee. hahaha. sabarlah uols yang tengah kerja tu ek. next week korang bahan aku pulak taww? hiks!

nama jee cuti. tapi aku tak cuti sangatlah punnn. pfttt. sebabnya aku sedang sibuk. sibuk dengannnnn...




wondering what i'm trying to do now? hee. nantilah aku story. promise! *pinky pomish* hehhee. sebab aku taknak drag masa aku lama sangat kat blog ni. a longgggg wayyyy to go to accomplish this task. 

dah dah. aku nak sambung type ni. 
adios!~

Thursday, May 1, 2014

MY FIRST TIME

uikss??

Yeayyy! Arini cuti. Hee. Hari ini dalam sejarah sebab first time aku sambut hari pekerja dengan status aku sebagai pekerja. Selama ni aku tak pernah lah appreciate 1 Mei ni sampai macam ni skali. But starting for this year, cuti 1 Mei ni laa paling aku nanti-nanti sekali. Nak nak pulak aku keje 6 hari seminggu. T.T

So korang buat ape je cuti arini? Aku? Dok umah tengok The Return of Superman. Hahahha. Best woo. Suka tengok Haru ngan Sarang. Comel sangat diorang.

Last but not least, Happy Labour Dayyyy!

Saturday, April 19, 2014

IKHLAS

uikss??

Kalau nak ikutkan rasa malasssss sangat aku nak menaip. Apatah lagi nak menghapdet blog. Huhuhu. Namun apakan daya. Sebab aku nak share jugak ngan korang semua, aku have to update gak. Bukan apa, sebagai pedoman untuk kita yang bergelar anak. J

The story is like this. Hahhaa. Gile direct translate from malay to English tu. Heee. Okey la. Last month aku ada buatkan satu banner untuk program ibu. Dah anak kerja designer banner takkan laa tak buat untuk ibu sendiri kan. Memandangkan program ibu tu kat KL, so ibu pun bawak laa banner dari Temerloh ke sana. Dah alang-alang tu kan, ibu pun buat laa marketing pasal kedai yang aku kerja ni.

Surprisingly, menjadi marketing ibu tu. Dengan tak sangkanya, ada sorang classmate ibu berkenan dengan design banner aku dulu dan nak tempah untuk sekolah dia. Kiranya nanti masa ibu pergi KL untuk attend last class dia for this sem dia bawak sekali laa banner tu.
Kawan ibu tu email la details pasal banner tu. Aku pun design and send artwork via fb ibu kat kawan dia tu. Then pagi tadi kawan dia call, cakap dia setuju dengan design tu and aku boleh proceed print. Aku ingatkan ibu dah tengok laa design yang aku buat untuk kawan dia tu.

Nak dijadikan cerita, petang tadi before ibu pergi KL, ibu singgah laa kedai nak amik banner tu. Masa tu lah ibu baru tengok design aku. Ibu komplen kata wording aku untuk perkataan MESYUARAT AGUNG tu kecik. Sama besar jee ngan nama sekolah dan ianya sepatutnya lagi become a headline untuk banner tu. Aku cakap aku ikut draft yang kawan dia tu bagi sebab dalam draft tu wording tu dok sebaris. Dan ia jadi kecik sebab aku tak separate kan benda tu.

Tapi sebab dah print kan, ibu pun bawak jela gi KL. Aku pun takde laa rasa benda tu cam big issue sangat since aku dah show design and customer setuju takde nak amend apa-apa so aku rasa semua dah okey lah kan.

Tup tup dalam pukul 6.30 petang tadi ibu call. Ibu Tanya aku dah balik ke. Aku kata laa belum lagi. Ingatkan sebab apa. Rupanya ibu nak suruh aku reprint banner tu. Dia nak aku edit wording MESYUARAT AGUNG tu bagi nampak besar.



And I was like, alaaaaa. Dah nak balik dan niiii. Leceh laa camni (Astagfirullahalazim. Jangan jadi cam aku taw. Merungut bila ibu suruh buat lebih sket). Tapi sebab ibu dah suruh kan, aku buat laa jugak. Tapi dalam hati memberontak laa. Memang tak ikhlas gile laa buat balik tu kan. Sambil edit tu sambil aku buat muncung sedepa. –-’

Dan sebab tak ikhlasnya aku buat kerja untuk ibu, Allah balas cash kat aku. Nak taw tak apa jadi?

Haaa. Ni lah jadinya. Perasan tak wording tu macam berkotak. Huruf G tu tak penuh. U pun sama. Pendek kata, wording MESYUARAT AGUNG yang suppostly jadi headline untuk banner tu jadi disaster! Dan obviously dah mencacatkan banner tu!


Nak taw tak sebab apa? Selalunya, untuk last design, which means design yang telah dipersetujui oleh customer untuk di print, aku akan create outline dulu sebelum aku export ke format tif. Benda ni applicable untuk Adobe Illustrator jela sebab kalau pakai Photoshop takde benda-benda macam ni. Dan mungkin sebab Allah nak tunjuk, benda yang aku selalu buat tulah aku lupa nak buat kali ni. Akibatnya, aku kena save baru dan print buat kali ketiganya banner tu.

Bila aku tengok banner yang ruin tu, aku rasa frust teramat sangat. Rasa macam fail jee aku design banner ni. Rasa macam tak puas hati dengan diri sendiri pun ada. Aku jadi macam kosong. Tetiba rasa macam lack of confidence dengan diri sendiri. Lama aku tenung banner tu. Ntah macam mana tiba-tiba aku rasa mungkin ni petunjuk yang Allah bagi sebab aku tak ikhlas buat kerja ibu.

Ya Allah. Teruknya aku. Sanggup aku mengeluh kena buat kerja dua kali untuk ibu sedangkan jasa ibu yang lagi menggunung tu tak terbalas nilainya buat aku. Mungkin sebab tulah Allah tak redhai printing yang aku buat kali kedua tu. Sebab aku tak ikhlas. T.T

Bila dah muhasabah diri tu, cecepat aku call ibu mintak maaf. Kalau-kalau aku ada meninggikan suara masa bercakap dengan dia tadi. Takut-takut aku ada kecikkan hati dia ke tanpa aku sedari. Alhamdulillah. Ibu kata dia tak berkecik hati dengan aku. Even dia pun paham situasi aku. Phewww. Lega aku rasa. Rasa macam satu beban yang berat dah teralih daripada bahu aku ni. Tu diaaa. Begitu besaq keredhaan ibu dalam hidup kita noh.

So moral of my story, ikhlas lah dalam melakukan sesuatu pekerjaan terutama sekali jika ianya melibatkan ibu bapa kita. Apalah nak dibandingkan permintaan mereka tu nak compare dengan apa yang mereka dah curahkan kepada kita selama ini. Taatilah mereka selagi mereka mentaati perintah Allah. Dan lakukanlah apa sahaja yang mampu membahagiakan mereka sementara hayat mereka masih ada di muka bumi ini.

Ikhlaskanlah dirimu. J



Tuesday, April 15, 2014

TRUE STORY OF US

Almost 3 years like this. Tak sabar nak cecepat settle down. Lagi cepat, lagi elok kan. Hee. Doakan kami ea. Semoga segalanya dipermudahkan. Hari itu pasti akan tiba jua. Insya Allah. Aminn. ;)

Wednesday, April 9, 2014

NGAPE BIOR SEMOK

uikss??

Hello aprilll! Eh, dah masuk minggu kedua april aku baru terhegeh-hegeh nak menghello kann. Boooooo.... * baling kulit pisang *. Nak buat camne uolss. Iolss busyyyyy sangat. Semenjak aku kerja ni kan jadi malas lak nak update blog. Huhu. Okey laa. Bukan semenjak aku kerja sebenarnya. Kalau korang perasan, semenjak zaman instagram we chat semua berleluasa lah menyebabkan aku kurang berblog. Yelah, rasa cam kurang feel nak blogging since boleh buat karangan berserta gambar kat instagram kan. Hee. Tapi instagram still tak boleh lawan blog. Blog tetap pilihan hatiku. Cuma aku jee yang malassss sangat nak updateee. Hihihi

Tambah crucial lagi bila aku dah keje. Haaa. Dari pukul 9-6 menghadap skrin laptop, so bila kat umah aku rase nak rehatkan mata aku dari menghadap skrin. Nak nak pulakkk lately ni line broadband cam haremmmm je kat area umah aku. So daripada aku type tapi tak boleh nak publish, pastu aku gile sorang, baik aku tak buat langsung yedok? Huhuhu

Okey lah. Got to go. Aku ade keje nak buat kat belakang sket. Hee. See uolss next timeee! XOXO

posted from Bloggeroid

Friday, March 14, 2014

DAY 7 | MH370

uikss??




hari ketujuh
masih ramai setia menunggu
masih ramai tak putus berharap
masih ramai tak lekang berdoa
masih ramai ternanti-nanti bayang badannya
masih ramai menjadi ketagih ilmu semasa
dan masih ramai yang tidak mengabaikanmu

MH370
muncul lah dikau
walau di mana ceruk kau berada sekalipun
walau perit sekalipun pengalaman yang kau lalui
walau sakit macam mana sekalipun yang kau rasa
tunjukkanlah mukamu ke mata dunia sayang
supaya kami dapat merawat lukamu
supaya kami dapat menenangkan hatimu

Ya Allah
bantulah kami
tunjukkanlah kepada kami
akan ke mana perginya dia
ampunkanlah kami ya Allah
kiranya kami terleka selama ini
dan jika ini adalah ujian Mu untuk kami yang alpa
maka kami redha

Bantulah kami ya Allah
bantulah kami mengakhiri penantian ini
kerana kami sudah buntu
buntu untuk menilik pengetahuanMu
Aminn ya rabbal alamin.


[ked's sketching]

Friday, February 28, 2014

BUKAN ENTRY KAHWIN : LACE

uikss??

Sebab apa aku tulis bukan entry kawen? Haaa. Sebab aku nak tulis pasal lace sebenarnya. Satgi kalau aku type tajuk LACE sahaja kang ramai lak yang tanya aku, eh, nak tunang dah ke? Takpun, untuk buat baju wedding ea Ked? Hiks! Perasan nauuuuu ada yang nak tanya kan kan?

Biasalah dah nak masuk suku abad ni, bertalu-talu wedding invitation masuk ke dalam inbox aku. Every month pulak tu. Yang diri sendiri ni ntah bilaa laaaa nak create event kat FB. Eh? Hehehe. Doa-doakan jela ek? Kalau ada, insya Allah akan ku jemput uolss semua datang majlis bahagiaku.

Ceritanya bulan depan member aku nak kawen. Maka berpakat lah ahli group Kite-kite Jewww untuk beli kain pasang sama-sama, buat baju. Kekonon nak jadi cam bride's maid laa kann. Kitorang decide nak kain plain je sebab senang. Kalau yang bercorak-corak ni kang fancy sangat.  

Bila dah plain ni, kenalah tambah accesssories sket kan nak bagi nampak cantik sket. So aku ingat nak letak lace. Cadangnya lah. Aku ni pulak bangsa tak pernah survey barang-barang jahitan ni. Idok lee aku taw yang lace ni mahal jugak. Aku ingat kan biasa-biasa je. 




























Sekali amik kauuuu puluh-puluh hengget semeter. Gulp! Kalau cenggini beli lace saje dah sama harga ngan upah baju ni. Aiseh. Kena cari port yang murah-murah jugak ni. 

Memandangkan reader blog aku yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat, maka diri ku ingin bertanya lah kan, ada tak siapa-siapa yang taw mana-mana online shop yang jual lace dengan harga 10 hengget? Hee. Possible ke tak dapat harga tu yea kawan-kawan? Takpun boleh bagi guideline tak untuk emergency plan instead of nak letak lace kat baju tu. Huhuhu. Cewahhh. Kemain lagi aku ek. Padahal nak gi kenduri je ponnnn. Kikiki. Takpe lah kan? Background knowledge katenye. 


Yang noob bab-bab lace ni,

Ked Lee

Monday, February 24, 2014

ENTRI KEPAM (terharunyaaaaa lahai aku dapat publish)



uikss??

Ya Allah, ni merupakan entri tertangguh sejak few weeks before this. Kalau lah korang ada authority untuk check account blogger aku, nescaya korang akan nampak few drafts yang kepam dan simpan pastu dah tak taw nak sambung story tu camne. Ahahaha

So, doakan aku istiqomah dalam menaip entri kali ini ea. Jika aku berjaya mempublish entri, nescaya aku juga akan berjaya dalam wish list aku untuk bulan depan. Haa… wish list ape tu? Next next next next next entry aku akan cerita okey. Hee. Banyak promise aku kat korang ni kan? Teruk laa nak tunaikan nanti. Harap-harap takde laa yang tuntut nanti yedok? Hihihi J

Okey lah. Berbalik kepada motive utama aku tulis entri ni. Magaddd! Dah 3 paragraphs baru nak masuk cerita. Well, biasalah. Dah lama tak type entry panjang camni. Dragging magging intro tu pekara biasa. Mohon korang bersabar sementara nak tunggu main story entry ni. Mihmihmih

Okey la, ni last aku sebut okey. Okey. *eh*

Fineeee. Stop it Afiqah. Kang takde orang nak baca japgi. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya saya nak bagitaw yang saya dah officially bekerja. Yippee! Kini dahku tidak lagi berasa sentap ketika mendengar lagu Aku Pengganggur. Bahahhaa.

Kerja apa? Kat mana? Bila start? Denggg. Bajet sungguh korang cam seprais pastu bertalu-talu soalan macam tu tuju kat aku. Kannn?

Sebelum tu aku nak tanya, korang pernah tak terbaca entry aku yang ni?






Meh sini nak cite, kat situlah aku kerja sekarang ni. Hehehe. Ya, Mega Prima Signcraft merupakan kedai printing milik bersama keluarga belah ayah aku. Kedai tu baru je bukak bulan 12 last year. So kira kami ni baru lagi lah nak bertapak ni. Lepas aku berhenti kerja customer servis dekat sebuah syarikat telco terkenal di Malaysia ni (ayat takleh blah, nak jugak skema cam ayat dalam paper. Hiks!), mak cik aku tengok aku cam jobless je. So dia pun ajak laa aku kerja sekali dengan dia. Dia suruh aku belajar design. Kutip ilmu habis-habis dari pak cik aku dan operation kedai tu. Since dia nampak aku cam berminat je dalam design mendesign ni kan.

Actually memang cita-cita aku dulu lepas SPM nak jadi designer. Hee. Siap pergi interview untuk course Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dulu. Tapi bukan rezeki aku pada masa tu nak masuk course tu. Tu yang jadi titik mula aku tinggalkan dunia seni aku dan beralih arah pada bidang lain.

Sungguh. Memang lepas aku amik diploma, which is dalam course yang berbeza, aku rasa cam impossible dah nak turn back balik. Time nak apply degree, aku cam konpius-konpius dah pilih either nak sambung course yang sedia ada atau amik masscom (sebab masa tu aku rasa cam aku berminat dengan course journalism and broadcasting. Hahaha). Pikir punya pikir, aku continue jugak dengan course yang sama.

Haaa. Nampak tak betapa jauhnyaaaaaaa berlalu cita-cita aku nak jadi designer tu. Cam benda tu impossible sangat. Tapi, takde siapa sangka yang aku akhirnya dapat peluang untuk buat design and publish design aku walaupun ianya tak commercial sangat. Hahhaa

With zero knowledge about Adobe Illustrator and Photoshop, aku start belajar design banner dan bunting. First artwork aku, aku dapat task design bunting carta organisasi sekolah. Seharian aku amik masa nak buat artwork tu. Dari mula masuk kerja sampai laa kedai tutup. Lama kan? Tetiba aku rasa burden sorang buat benda tu. Pak cik aku tunjuk basic je. Yang lain tu pepandai lah aku explore sendiri.

Yela, first time design, apa yang korang expect. At the end, jadi jugak laa bunting aku tu. Cuma background dia jelaa yang slack sket. Hee. Tapi serious aku cakap, feeling bila korang tengok design yang korang buat tu bila dah print, dah boleh tengok kat luar dari screen computer, memang lain macam sungguh. Rasa bangga pun ada, terharu pun ada. Bangga gak laa walaupun design aku tak semenggah mana kannn. Kira okey laa untuk beginner cam aku ni. Huhu

Mula-mula tension jugak lah kerja. Tension sebab aku tak pandai nak main kaler lagi, tak pandai nak pick correct background semua. Budak praktikal kat sini pun buat kerja lagi laju dari aku (memang laa sebab diorang memang design punya budak. Aku jeee yang sesat. Hahaha). Tapi betul lah kata orang, pengalaman mematangkan kita. Cewahhh. Dari hari ke hari, makin banyak yang aku belajar. Dari buat bunting sekolah sampailah aku dapat buat backdrop untuk event ahli parlimen baru-baru ni. Haaa. Yang tu paling menggeletaq kepala lutut dok tunggu design approve dari diorang punya biro protocol. Yelah benda melibatkan orang besar ni mana boleh buat cikai-cikai je kan. 

La ni aku dah rasa cam lali dah. Slow-slow aku dapat catch up macam mana kerja under pressure. Huhu. Terus malas nak hantar resume kat mana-mana, rasa nak build up career aku dari bawah. Mana taw one day aku boleh jadi designer bertauliah ke kan. Hee. Kena start berangan balik laa Afiqah oooiiii. 

Okey. Tu jela aku nak cerita pasal kerja aku. Buat masa sekarang ni lah rezeki aku dan takkan aku sia-siakan peluang ni untuk cedok ilmu in industrial designing as much as possible. Wish me luck guys!


p/s : Esok first full gaji kite. Hewhewhew. KL jum uolss next sundayyy? Ahaks!


[ked's sketching]

Friday, February 21, 2014

FLASHCARD ABC

uikss??

haaa. berita baik untuk para ibu-ibu dan juga guru-guru yang tengah cari flashcard abc untuk kanak-kanak. tak payah pening-pening nak cari lagi mana nak cari flashcard yang clear lagi menarik. boleh copy kat sini yea puan-puan. hehehe

since ibu aku susah sangat nak cari BBM yang bersaiz besar dan kena dengan imejnya, so aku decide untuk buat sendiri dan yang paling best sekali, ianya FOC. hiks! suka tak? kalau suka boleh follow blog ni beramai-ramai. ahaks!

more BBM stuffs to be publish. hee. marilah kita sama-sama membantu anak-anak kita belajar dengan seronok. kan kan? 

stay tuneee. 




























p/s : gambar ni semua fit sebesar saiz A4 ea. so kalau nak print atas A4 terus, nak tampal kat class pun takde masalah. ianya takkan pecah. kalau ada request untuk buatkan BBM lain, boleh email ke dearked@gmail.com. :)


[ked's sketching]