Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

TIPS UNTUK PARA GRADUAN

uikss??


haaa. for those yang ada follow ig Faiz Dickie ni mesti kenal dia ni siapa kan? ig dia memang interesting untuk di follow. komik-komik dia memang kelakar-kelakar. dan at certain part tu memang setepek kena lah kat muka kita ni. kannnn? perasan tak? ke aku sorang je? hihihi

so sempena musim konvo uitm ni, dia pun upload la komik yang berunsurkan hari konvo. hahahhaa. damn true apa dia cakap tu. aku sendiri pernah merasainya.

aku ingat lagi first time konvo, masa kat uitm dungun dulu. eceee. kemain lagi laa beli baju baru, wedges bagai. aku yang tak pernah pakai shawl ni tergedik-gedik laa nak pakai shawl. pi lah beli satin shawl kat pasar malam dungun. sekali hari konvo tu, nak pakai mortar board tak pas sebab satin shawl tu licin kan. mula la nak nanges. dengan peniti haram tak bawak. hahaha. pakai laaa. masa nak tunduk tu cover jee takut mortar board jatuh.

so, sebab dah ada experience konvo before tu kan, masa konvo degree aku last year aku dah tak nak beria-beria dah. baju pun main pakai apa yang ada. kasut pun aku beli heels bodo-bodo je yang cam pengawas sekolah harga 18 hengget. keluar je dewan terus tukar pakai selipar. do i care? hahahaha. tudung pun tudung bawal biasa. 

hasilnya.....




tadaaa! taw tak baju ni ekceli baju aku bawak gi kelas je. sepanjang aku study kat puncak alam tu ni laa OOTD aku. hahahhaa. ada aku kesah? memang betul pun cakap faiz dickie tu, kau pakai robe weh, mana nampak even segojes mana pun baju yang kau tempah kat tailor tu. bagi aku la, yang penting tudung (bagi yang pakai tudung) dengan kain jela yang korang nak beria pun. yang lain tu, tak payahhhh nak beriaaaa. dengar lah cakap ahkak ni uols. or you'll end up merentas stadium uitm tu sambil menyumpah dalam hati. hahahaha

sekian sahaja tips dari ahkak untuk pemilihan baju konvo. selamat berkonvo adik-adik semuaaa~

p/s : jelez pulak tengok senior-senior yang konvo dengan double line kat jubah. bila laa aku pulak nak merasa double line tu ek? hmmmm

Thursday, May 8, 2014

#KEDSKETCH : HADIS MAKANAN


uikss??


short entry sebab aku nak cepat. hee. memandangkan aku dapat job untuk buat banner hadis makanan baru-baru ni, so aku ingat nak share laa design tu. spread the hadith katenyeee. huhuhu. kalau siapa-siapa nak copy buat poster pun boleh. ni actual size 12 inci x 12 inci. format jpeg. incase kalau nak format lain boleh email ke dearked@gmail.com ea.

p/s : sharing is caring kan. maka berpesan-pesanlah kita sesama manusia. 







Friday, March 14, 2014

DAY 7 | MH370

uikss??




hari ketujuh
masih ramai setia menunggu
masih ramai tak putus berharap
masih ramai tak lekang berdoa
masih ramai ternanti-nanti bayang badannya
masih ramai menjadi ketagih ilmu semasa
dan masih ramai yang tidak mengabaikanmu

MH370
muncul lah dikau
walau di mana ceruk kau berada sekalipun
walau perit sekalipun pengalaman yang kau lalui
walau sakit macam mana sekalipun yang kau rasa
tunjukkanlah mukamu ke mata dunia sayang
supaya kami dapat merawat lukamu
supaya kami dapat menenangkan hatimu

Ya Allah
bantulah kami
tunjukkanlah kepada kami
akan ke mana perginya dia
ampunkanlah kami ya Allah
kiranya kami terleka selama ini
dan jika ini adalah ujian Mu untuk kami yang alpa
maka kami redha

Bantulah kami ya Allah
bantulah kami mengakhiri penantian ini
kerana kami sudah buntu
buntu untuk menilik pengetahuanMu
Aminn ya rabbal alamin.


[ked's sketching]

Monday, February 24, 2014

ENTRI KEPAM (terharunyaaaaa lahai aku dapat publish)



uikss??

Ya Allah, ni merupakan entri tertangguh sejak few weeks before this. Kalau lah korang ada authority untuk check account blogger aku, nescaya korang akan nampak few drafts yang kepam dan simpan pastu dah tak taw nak sambung story tu camne. Ahahaha

So, doakan aku istiqomah dalam menaip entri kali ini ea. Jika aku berjaya mempublish entri, nescaya aku juga akan berjaya dalam wish list aku untuk bulan depan. Haa… wish list ape tu? Next next next next next entry aku akan cerita okey. Hee. Banyak promise aku kat korang ni kan? Teruk laa nak tunaikan nanti. Harap-harap takde laa yang tuntut nanti yedok? Hihihi J

Okey lah. Berbalik kepada motive utama aku tulis entri ni. Magaddd! Dah 3 paragraphs baru nak masuk cerita. Well, biasalah. Dah lama tak type entry panjang camni. Dragging magging intro tu pekara biasa. Mohon korang bersabar sementara nak tunggu main story entry ni. Mihmihmih

Okey la, ni last aku sebut okey. Okey. *eh*

Fineeee. Stop it Afiqah. Kang takde orang nak baca japgi. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya saya nak bagitaw yang saya dah officially bekerja. Yippee! Kini dahku tidak lagi berasa sentap ketika mendengar lagu Aku Pengganggur. Bahahhaa.

Kerja apa? Kat mana? Bila start? Denggg. Bajet sungguh korang cam seprais pastu bertalu-talu soalan macam tu tuju kat aku. Kannn?

Sebelum tu aku nak tanya, korang pernah tak terbaca entry aku yang ni?






Meh sini nak cite, kat situlah aku kerja sekarang ni. Hehehe. Ya, Mega Prima Signcraft merupakan kedai printing milik bersama keluarga belah ayah aku. Kedai tu baru je bukak bulan 12 last year. So kira kami ni baru lagi lah nak bertapak ni. Lepas aku berhenti kerja customer servis dekat sebuah syarikat telco terkenal di Malaysia ni (ayat takleh blah, nak jugak skema cam ayat dalam paper. Hiks!), mak cik aku tengok aku cam jobless je. So dia pun ajak laa aku kerja sekali dengan dia. Dia suruh aku belajar design. Kutip ilmu habis-habis dari pak cik aku dan operation kedai tu. Since dia nampak aku cam berminat je dalam design mendesign ni kan.

Actually memang cita-cita aku dulu lepas SPM nak jadi designer. Hee. Siap pergi interview untuk course Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dulu. Tapi bukan rezeki aku pada masa tu nak masuk course tu. Tu yang jadi titik mula aku tinggalkan dunia seni aku dan beralih arah pada bidang lain.

Sungguh. Memang lepas aku amik diploma, which is dalam course yang berbeza, aku rasa cam impossible dah nak turn back balik. Time nak apply degree, aku cam konpius-konpius dah pilih either nak sambung course yang sedia ada atau amik masscom (sebab masa tu aku rasa cam aku berminat dengan course journalism and broadcasting. Hahaha). Pikir punya pikir, aku continue jugak dengan course yang sama.

Haaa. Nampak tak betapa jauhnyaaaaaaa berlalu cita-cita aku nak jadi designer tu. Cam benda tu impossible sangat. Tapi, takde siapa sangka yang aku akhirnya dapat peluang untuk buat design and publish design aku walaupun ianya tak commercial sangat. Hahhaa

With zero knowledge about Adobe Illustrator and Photoshop, aku start belajar design banner dan bunting. First artwork aku, aku dapat task design bunting carta organisasi sekolah. Seharian aku amik masa nak buat artwork tu. Dari mula masuk kerja sampai laa kedai tutup. Lama kan? Tetiba aku rasa burden sorang buat benda tu. Pak cik aku tunjuk basic je. Yang lain tu pepandai lah aku explore sendiri.

Yela, first time design, apa yang korang expect. At the end, jadi jugak laa bunting aku tu. Cuma background dia jelaa yang slack sket. Hee. Tapi serious aku cakap, feeling bila korang tengok design yang korang buat tu bila dah print, dah boleh tengok kat luar dari screen computer, memang lain macam sungguh. Rasa bangga pun ada, terharu pun ada. Bangga gak laa walaupun design aku tak semenggah mana kannn. Kira okey laa untuk beginner cam aku ni. Huhu

Mula-mula tension jugak lah kerja. Tension sebab aku tak pandai nak main kaler lagi, tak pandai nak pick correct background semua. Budak praktikal kat sini pun buat kerja lagi laju dari aku (memang laa sebab diorang memang design punya budak. Aku jeee yang sesat. Hahaha). Tapi betul lah kata orang, pengalaman mematangkan kita. Cewahhh. Dari hari ke hari, makin banyak yang aku belajar. Dari buat bunting sekolah sampailah aku dapat buat backdrop untuk event ahli parlimen baru-baru ni. Haaa. Yang tu paling menggeletaq kepala lutut dok tunggu design approve dari diorang punya biro protocol. Yelah benda melibatkan orang besar ni mana boleh buat cikai-cikai je kan. 

La ni aku dah rasa cam lali dah. Slow-slow aku dapat catch up macam mana kerja under pressure. Huhu. Terus malas nak hantar resume kat mana-mana, rasa nak build up career aku dari bawah. Mana taw one day aku boleh jadi designer bertauliah ke kan. Hee. Kena start berangan balik laa Afiqah oooiiii. 

Okey. Tu jela aku nak cerita pasal kerja aku. Buat masa sekarang ni lah rezeki aku dan takkan aku sia-siakan peluang ni untuk cedok ilmu in industrial designing as much as possible. Wish me luck guys!


p/s : Esok first full gaji kite. Hewhewhew. KL jum uolss next sundayyy? Ahaks!


[ked's sketching]

Friday, February 21, 2014

FLASHCARD ABC

uikss??

haaa. berita baik untuk para ibu-ibu dan juga guru-guru yang tengah cari flashcard abc untuk kanak-kanak. tak payah pening-pening nak cari lagi mana nak cari flashcard yang clear lagi menarik. boleh copy kat sini yea puan-puan. hehehe

since ibu aku susah sangat nak cari BBM yang bersaiz besar dan kena dengan imejnya, so aku decide untuk buat sendiri dan yang paling best sekali, ianya FOC. hiks! suka tak? kalau suka boleh follow blog ni beramai-ramai. ahaks!

more BBM stuffs to be publish. hee. marilah kita sama-sama membantu anak-anak kita belajar dengan seronok. kan kan? 

stay tuneee. 




























p/s : gambar ni semua fit sebesar saiz A4 ea. so kalau nak print atas A4 terus, nak tampal kat class pun takde masalah. ianya takkan pecah. kalau ada request untuk buatkan BBM lain, boleh email ke dearked@gmail.com. :)


[ked's sketching]

Tuesday, February 11, 2014

MY NEW JOB


uikss??





hahaha. type tajuk entry pastu tetiba rasa cam malassssssss jee nak type. kerja menghadap screen laptop dari pagi sampai ke petang membuatkan aku rasa nak muntah jee menghadap screen lama-lama. 

tetiba rasa nak korang jela teka kerja aku sekarang ni. hahaha. siapa dapat teka correctly aku akan klik iklan kat blog dia. hee. aci tak camtu uols? 


p/s : clue dia, CMYK. :)


[ked's sketching]

Monday, January 20, 2014

BERITA BAIK UNTUK WARGA TEMERLOH

uikss??



Anda nak tempah banner untuk wedding anda?

Inginkan harga yang murah?

Mahukan design yang cantik, menarik, tertarik dan da booom?

Ataupun, 

Bunting untuk sebarang acara?

Stickers and flyers untuk business anda?

Tapi,

Tak tahu untuk cari kedai printing yang mana satu di Temerloh?




MEGA PRIMA SIGNCRAFT
NO 48, TINGKAT 1, PERSIARAN DAMAI 1,
DAMAI COURT, 28000 TEMERLOH
PAHANG
09-290 2161 / 016-934 0929



Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor yang tertera ataupun boleh lihat hasil-hasil kerja Mega Prima di facebook Mega Prima. 


Haaa. 

Kan dah ada idea nak tempah segala banner, bunting, sticker, flyers, backdrop, button, poster semua tu segala kat mana kan?

Apa tunggu lagi? 

Moh kite!


[ked's sketching]

Wednesday, January 15, 2014

MY JANUARY



uikss??


Happy New Year uolss! Hahhaa. Poyo giler kannn. Dah masuk tengah bulan January dah aku baru nak wish happy new year? Heee. Maapkan saya diatas kelambatan dan ke slow poke an saya tersebut. Nak buat macam mana, before new year dengan after new year sibuk manjangggg. Ni baru laa ada masa sket nak mengetuk-ketuk keyboard ni hah. Kalau tak, memang orang pun wondering, hidup lagi ke Ked’s Stories ni? Ke dah tenggelam dah?




Don’t you worry guys. Ked’s Stories still alive. Even the writer’s is alive too. Huhuhu. Cuma tulah, banyak sangat commitment dekat benda lain yang membuatkan blog ini terabai. J

Memandangkan aku takde buat 2014 wishlist lagi, so dalam entry kali ni aku nak bagi taw la apa wishlist aku. Since tahun ni aku dah masuk 24, so, wishlist aku pun akan dibuat mengikut bulan. Untuk make sure aku put total effort bagi memastikan wishlist aku tu dapat dicapai lah hendaknya. Aminn.

Untuk January ni, aku target nak dapat kerja dan end the end of this month aku dah boleh hulur duit kat family aku. Nampak cam senang jee kan target aku tapi nak achievenya susah ya hampunnnnnn. Tulah, dah kerja gatai nak resign. Hee. Bukan apa, aku rasa aku tak boleh nak cope dengan kerja tu. So, better aku resign cecepat dengan harapan boleh dapat kerja baru. Tapi ......

Dannnn, consequence yang aku kena hadapi ialah, susahnyaaaa nak cari kerja baru yang nak terima fresh graduate macam aku ni. Bila pikir-pikir balik, rasa malas la pulak nak attend interview, exam segala. Betul tak?

Banyak benda yang aku pertimbangkan sebenarnya. Antara kejar kerja yang gaji okey dengan kerja gaji low tapi duduk kat rumah sendiri.

Hmmm. Tu lah. Tengok lah dulu keadaan macam mana. Tapi buat masa sekarang ni akan ku usahakan untuk cari kerja kat area Temerloh dulu. Kumpul-kumpul duit poket dulu pastu baru boleh berhijrah kan? J

So, wish me luck guys! Esok nak ronda-ronda Temerloh bawak resume lah. Hihihi.



p/s : suppostly arini dapat gaji last kerja aritu. Tapi tadi check account takde pun. Sobss. Nak gak taw berapa sen aku dapat after tolak training bond. TT TT


[ked'sketching]