Showing posts with label #kedsketch. Show all posts
Showing posts with label #kedsketch. Show all posts

Monday, November 30, 2015

MEREPUT DENGAN LOGO DAN BLOG T^T




Pinjam ayat budak-budak zaman sekarang ni boleh tak? Seperti tajuk di atas, dengan ini aku mengesahkan bahawasanya aku sedang mereput bersama dengan logo mahupun blog. Wuu. 



First time design baju letak logo banyak-banyak camni. Sangatlah letih taw dakkk? Sungguh. Mana yang boleh direct trace tu, okey la. Kalau yang kena tiru sebijik-sebijik? Haaa tu tu pecah pala otak nak pikir dek non oii. Belum kira nak create logo baru. Yela walaupun just wording tapi takkan nak letak wording biasa je kan? Tak in laa ngan yang lain-lain kan? 





Maka, sementara nak tunggu confirm design ni, biarlah aku mereput bersama-sama dengan blog sekali. Ahahahaha. Anyone yang nak join mereput, boleh drop comment here dengan ayat, "Saya!". :B



p/s : Al-fatihah untuk arwah Pak Yus. Serius terkejut bila dapat taw berita kematian beliau pagi tadi. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Aminn..

Wednesday, October 14, 2015

MAAL HIJRAH 1437









Dah masuk tahun baru! Minggu depan masuk umur baru pulak. Eh? :P Allahurabbi.. Sebelum masuk tahun baru ni dugaan laptop buat hal pulak. Nasib baik ada laptop lain kat rumah. Kalau tak... tak taw la nak cakap apa kan. 



Banyak benda nak update kat blog ni especially pasal bisnes aku sekarang ni kan tapi tu lah dengan line ke laut, job tak tentu masa, antara faktor jugak lah benda tu tak dapat nak di update dengan kadar yang segera. Hehe. So sempena dengan bermulanya tahun baru ni, aku akan merajinkan diri aku mempublish entry berunsurkan pengiklanan. Pastikan hati korang cukup tabah untuk membaca post-post iklan aku nanti ye! (Marketing ni woih! Kalau bukan aku nak market #kedsketch siapa laa lagi kan?)



And like always, Selamat Tahun Baru 1437 H! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita terus beristiqomah dalam melakukan penghijrahan. :)






p/s : Mana yang tak follow #kedsketch lagi boleh laa follow ye. Kamsahamida uolss!

Wednesday, September 16, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA 2015!









We're all like a piece of puzzle
Without one, a whole puzzle will be incomplete
Each of pieces got it's own color
But when they had blend together
They will produce a very beautiful puzzle
And they are
MALAYSIAN..



Happy Malaysia Day, Malaysian!

Friday, September 11, 2015

FREEBIE : ENGLISH IS FUN








A freebie for any teachers or students or anyone lah yang tengah cari material untuk English week ke apa ke. Feel free to save it! Hehehe.



Teha lah puncanya. Aritu dia mintak tolong aku bagi idea untuk student dia buat poster. Dah kebetulan masa tu aku baru nak bukak laptop, aku pun draf laa sket-sket. Aku pun takde idea gak masa dia kata macam tu sebenarnya. Hiks. Sebab tajuk yang dia bagi tu terlalu general. Tak specific sangat. Dalam otak aku dok imagine Oh My English! jela kan. 



So lepas godek-godek, jadilah a simple poster. Sesuai laa untuk primary school i think. Mihmihmih. 



Aaa dah alang-alang tu mana-mana cikgu yang nak kite designkan poster ke jadual waktu ke banner selamat datang ke sifir ke ape ke, boleh laa contact kita kat sini;





#sharingiscaring uols!!

Tuesday, September 8, 2015

INVESTIGATE TWICE BEFORE VIRAL IT



Bak kata pepatah melayu, fikir dulu sebelum buang. Hahhaa. Tapi ni version lain sket. Pikir dulu sebelum post. Gitteww. Harap story aku ni dapat jadi pedoman dan iktibar untuk kita sebelum memuat naik sebarang status di media masa harapnya.


Alkisahnya semalam, ibu mintak tolong aku bukakkan penyata gaji dia. Aku pun google laa cari web site e-gaji. Mantappp gomen skang ni. Masa aku kecik-kecik dulu nengok ibu pakai slip je. La ni dah ada e-gaji. Aku rasa senang lagi macam ni. Bila nak statement, log in je. Tak payah nak simpan slip gaji tiap-tiap bulan pastu kena makan ngan anai-anai. 



Then dah bukak tu, tengah under maintenance pulak. So tak dapat laa nak tengok penyata gaji ibu tu kan. Takpelah kan. Tapinya, disebabkan aku ni ada OCD dalam bab-bab kesempurnaan ayat ni kan, aku terperasan satu benda dalam notification web site tu.






The word yang first sekali aku tangkap ialah word PENYENGGARAAN. Aku macam what da? Bukankah ianya suppost to be PENYELENGGARAAN instead of PENYENGGARAAN? How come website gov boleh salah benda kecik camni? Why u no check with DBP first before publish it to the public? Ni nak marah ni. 



Untuk make sure yang aku tak salah sangka, aku key in word PENYENGGARAAN ni dulu kat google. 







See what i found! told ya. Google pun betulkan ayat aku. Aku dah create ayat dah nak update kat moment We Chat. Huhuhu. Pastu tetiba terpikir nak check DBP lah bagi kuatkan lagi bukti aku ni. Aku pun google la DBP, cari kamus online, key in word tu. Sekali... hambik kauuuuu~







Memang wujud wording tu woihhhh rupanyaaa. Malunyaaaaa akuuuuu. Huhuhu. Sket lagi nak jadi viral. Hee. Nasib baik aku tak ikut kata hati sangat. Sebab tu orang tua-tua ada kata ikut kata binasa, ikut hati mati. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak upload buruk padahnya. Adehhh..



Why i'm so rigid dalam kesalahan bahasa macam ni? Sebabnya aku berada dalam dunia advertising sekarang ni. Dan aku sangat details dalam semua kerja-kerja aku. Sebab aku kena avoid salah eja dan yang sewaktu dengannya. Sehabis mungkin cuba. Of course kena details sebab nanti kalau banner atau signboard dah naik, dah pasang, sekali kau salah eja. Mana nak letak muka masa tu beb? Malu laa. 



So, anggaplah ini sebagai new lesson yang kita dapat tahu. Huhuhu. Jadinya kalau confuse macam ni, check dulu dengan DBP. Apa-apa pun, refer DBP first. Sebab sekarang ni ada certain word yang kita gunakan as bahasa pasar pun dah approved by DBP. Cuma kita je yang tak tahu. Yelah, dah lama tak tulis karangan kan? Hehehe



Be a wise internet user guys! Check first before post any comment. Jangan tamak sangat nak share je semua benda. :)



p/s : kalau nak check DBP online tu boleh terus ke link bawah ni.
http://prpm.dbp.gov.my/

Thursday, August 27, 2015

GIVEAWAY ANAK MERDEKA 2015!






Syarat-syarat penyertaan:
  1. Blogger Malaysia
  2. Follow Blog: Maria Firdz | Homemadesticker
  3. Follow Google + : +Maria Firdz  | +Firdzaus Mariah 
  4. Like page: Homemadesticker | Cetak Baju Ekspress
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Anak Merdeka 2015!"
  6. Copy BANNER di atas dan Backlink kan ke entry ini.
  7. Publish dan Tinggalkan URL Entry di kotak komen ENTRY INI.
Hadiah yang ditawarkan:
  • 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  • 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  • 1 custom sticker x 2 pemenang
  • 1 puzzle x 1 pemenang
  • 1 car stripe sticker x 2 pemenang
10 pemenang bertuah dicari!!!

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)




P/S : Tahniah kat diri sendiri sebab ini merupakan GA pertama yang aku join err since 2 tahun lepas lagi rasanya. Hahahaha. Okey done. Maghrib jom!

Sunday, August 16, 2015

#KEDSKETCH




Mai cheq mai cheq mai, haaa nin dia cheq nak promote #kedsketch ni. Padiaaa #kedsketch niiii? Haa. Ni laa akaun ig rasmi untuk blog ni dan jugak design label yang cheq tengah nak working out sekarang ni. So after this any job or design mahupun update daripada #kedsketch akan dipublish di ig ni. Hee. Sebelum ni cheq upload under personal ig account. La ni biaq semua tu synchronize under #kedskecth lak. 


Mai laa follow ig kami > kedsketch. Kami taw kami tak banyak follower lagi. Baru nak up ig ni jaa. Mai pakat bagi ramai-ramai kat ig kami noh? 


Jangan lupa follow kami!


kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch



Korang memang #jjang laaa!! ^T^

Thursday, May 8, 2014

#KEDSKETCH : HADIS MAKANAN


uikss??


short entry sebab aku nak cepat. hee. memandangkan aku dapat job untuk buat banner hadis makanan baru-baru ni, so aku ingat nak share laa design tu. spread the hadith katenyeee. huhuhu. kalau siapa-siapa nak copy buat poster pun boleh. ni actual size 12 inci x 12 inci. format jpeg. incase kalau nak format lain boleh email ke dearked@gmail.com ea.

p/s : sharing is caring kan. maka berpesan-pesanlah kita sesama manusia.