Showing posts with label artpiece. Show all posts
Showing posts with label artpiece. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

#KEDSKETCH : HADIS MAKANAN


uikss??


short entry sebab aku nak cepat. hee. memandangkan aku dapat job untuk buat banner hadis makanan baru-baru ni, so aku ingat nak share laa design tu. spread the hadith katenyeee. huhuhu. kalau siapa-siapa nak copy buat poster pun boleh. ni actual size 12 inci x 12 inci. format jpeg. incase kalau nak format lain boleh email ke dearked@gmail.com ea.

p/s : sharing is caring kan. maka berpesan-pesanlah kita sesama manusia. 







Wednesday, March 19, 2014

MY SHOES


uikss??





[ked's sketching]

Tuesday, November 19, 2013

Wednesday, October 2, 2013

HAPPY HAPPY UOLSSS!

uikss??


2 oktober 2013.
kalau tengok fb berduyun friends yang sama birthday ngan anas.
heee. 
so, happy birthdayy my lil bro!
anas dah 11 tahun. next year nak amik UPSR kan?

eh, blogger kak atie ngan kak nasha pun sambut birthday arini gak.
selamat hari jadi akak-akak sekalian.
satu kebetulan lagi, dua-dua sambut ulang tahun kali ni dengan anak kecil dalam perut. 
heee. boleh lee sambut birthday dengan si kecik sama-sama ea.
semoga semuanya selamat sahaja.
aminnn.



p/s : dah kenapa sketch kat onemotion.com ni takleh nak save lak? terpaksa laa print screen nak dapatkan gambar ni. pfftt. sorry wahai ahkak-ahkak sekalian. ni second design. first design lagi chantique dari ni tadi saye TERreload. makanya ia tak save pastu kena buat baru. heee.



[ked's sketching]

Sunday, June 9, 2013

SAKIT YANG SUSAH UNTUK DI UBATI


uikss??

guys, hukhukhuk. aku sakit ni. hukhukhuk. sakit ape? haa. ni namenye sakit yang susah untuk nak di ubati. uish, sakit ape tu ek? tetttt~ haaa. aku taw korang nak teka apa tapi please ea. bukan sakit tu. ni sakit lain. sakit ni takde jual ubat kat farmasi mahupun klinik 1 malaysia. sakit tu adalah;



yup. as stated above, tu lah sakit aku. MALAS. iye. MALAS bebenor aku skang ni. kerja bertimbun-timbun nak kena submit dalam dua minggu kehadapan ni tapi MALASnya aku ni ya rabbi. motivation untuk buat kerja tu ade tapi ntah la. aku pun tak taw nak cakap camne. hmmm. ade sape-sape taw camne nak hilangkan sakit MALAS ni? please gitaw aku ea. sebab aku ni dah tahap kritikal masuk ICU doh ni. hnsffff--

oh, btw, please pray for him. haaa. ni yang betul-betul sakit. jangan tanye aku dia sakit ape. kalau korang terer hangul, tekalah dia sakit ape. heee. boss, get well soon okey? dear taeyang, please take care well of your buddy. i'll pray for both of you. xoxo



got to go, lelama aku kat sini kang makin parah penyakit MALAS aku ni. toodles!


[ked's sketching]

Wednesday, June 5, 2013

BILA STREAMYX BUAT HAL

uikss??



semalam, balik-balik umah tengok lampu internet kat router streamyx tu kaler merah. ah sudahhh. ni sebab lambat bayar la ni kot. mase tu takde nak menyesal ape lah kan. sebab lambat bayar, padan la muka kena potong internet. aku pun mintak la password mimi, nak tumpang online pakai dia ID dia untuk area ni rumah wifi berbayar. sekali, tak boleh connect. aku dah musykil dah. eh. kenapa pulak tak boleh.

tak lama petang tu, teha mesej aku kata internet rumah dia tak boleh guna jugak. malam tu baru kitorang dapat taw yang satu bandar puncak alam punya wifi tak dapat connection. rupa-rupanya, TM shut down internet sebab nak pasang fibre optic unifi kat sini. untung laa budak baru. next sem leh la pasang unifi kat umah ea. hihihi

kelam kabut bila internet takde. pulak semalam nak kena siapkan report TQM untuk submit esoknya tu. memang hazab laa nak buat kan bila kau last minute baru ingat nak google certain important info tapi nak google celah mananya internet takde. pfttt. redha jela buat report dengan takde referencenya, sampai conclusion pi bantai buat dua pages, nak drag pages punya pasai. 

hai streamyx, streamyx. you make our life become too much miserable last night.

nasib baik bangun pagi tadi tengok internet dah boleh pakai. kalau tak menyumpah lagi laa weols arini. huhuhu

ops, sebelum terlupa,



p/s : ade gaye cover buku tak? heee. picture and editing by me. hikhikhik


[ked's sketching]

Friday, May 31, 2013

THE DRIED FLOWER


uikss??


p/s : eh readers. err, hye? lama ta jumpa kan? i'm soooo busyyyy and soooo lazyyyyy to update blog. hehehe. soooo sorryyyyyyy. >.<



[ked's sketching]

Wednesday, May 1, 2013

THE HARDEST PAIN AT ALL


uikss??




pedih.
itu yang aku rasa kini.
semoga Allah permudahkan perjalanan semester terakhir ini.
aminn.

p/s : i'm no longer with him. unluckily, i still love him. damn much. :)


[ked's sketching]

Friday, January 4, 2013

AND THE BATTLE, BEGIN!

uikss??

esok, 5 januari 2013, bermula lah first paper untuk final exam aku semester 5 ni. setelah 2 minggu masa diberikan untuk bersiap sedia, maka, ini lah masanya untuk memuntahkan dakwat pen dan bertahan hingga 180 minit yang terakhir di dalam dewan pepriksaan. 


short update. tak leh cerita panjang. banyak lagi benda nak kena ingat ni. kang dok lagha kat sini nanti. hehehe. doakan kami semua yea. 


p/s : to my si baju biru, your sayang nak exam esok ni. doakan kite taw! take care! love you!


[ked's sketching]

Sunday, December 9, 2012

BUSY LIKE A BEE


uikss??


sunday with presentation slides. *sigh*


[ked's sketching]

Tuesday, September 4, 2012

SHOULD I CHANGE MY COURSE NOW?


uikss??

i love art. i love to sketch. but yet still not tough enough for me to enter the faculty of art and design. hehehe. tak percaya? seni lukis dan seni reka. tu lah first choice aku untuk UPU 4 tahun lepas. aku dapat interview dekat uitm bukit sekilau, kuantan. pergi lah dengan nenek dan aki aku masa tu. dengan result engineering drawing aku yang 8E masa tu, memang tak kuat mana lah untuk aku dapat course tu. rata-rata yang datang interview tu semuanya ada ambil seni masa sekolah and dapat A solid. oh, lupa pulak. actually result engineering drawing aku kena recheck sebab 1 kelas aku result teruk. PIBG sekolah sponsor. rupanya memang ada error. tapi aku dapat naik 2 gred je. jadilah 6C. haha. padan muka aku sebab malas sangat nak practice drawing time form 5.

so, dengan result ED yang tak seberapa plus knowledge aku yang tak berapa nak dalam tentang seni ni, aku redah jelah interview tu. yang orang lain sibuk bawak portfolio seni masing-masing, aku bawak sketch book aku je. sedihnya. aku dah agak yang aku cam takde harapan dah kat situ sebab kena compete dengan budak-budak pure seni kan. 

dan, ternyata betul apa yang aku rasa. aku fail dalam interview tu walaupun aku berharap sangat yang aku sebenarya dapat tapi diorang tercicir nama aku. hohoho. boleh gitu?

so, berbekalkan sisa semangat yang aku ada, aku buat rayuan and dapatlah aku course tourism management dekat uitm dungun. masa tu aku fikir aku nak masuk je dulu, degree nanti baru try balik untuk ambil art and design sekali lagi. fuh, giler tak kuat semangat camtu? walaupun dah kena reject tapi still nak ambil jugak. :P

last-last, cheh, takde maknanya aku nak tukar. lepas habis diploma, aku tak apply UPU pun, terus je sambung under uitm untuk degree tourism jugak. hahaha. mana pergi spirit aku macam awal-awal aku masuk uitm dulu? dah terbang sebab kena basuh dengan subjek-subjek tourism masa diploma dulu. dah jadi sayang pulak dengan course aku. lagipun, aku takut aku tak cukup kreatif untuk ambil art and design tu.

tapi tu dulu, sekarang ni tetiba pulak aku rasa nak ambil art and design balik. ni lah puncanya!



macam biasa sebagai seorang anak mithali tugas aku sepanjang cuti ni memang 100% tolong ibu aku buat assignment beliau dan ini lah projek terbaru kami. jyeahh! daripada seketul belon, kami mampu mengubahnya menjadi seekor anak itik pada asalnya, tapi macam mana entah boleh jadi angry bird. hohoho. 

pasal benda ni jugak lah blender kat rumah aku yang kekononnya wedding present dari nenek aku kat parents aku jahanam. mana tak jahanamnya, dah berasap-asap dah blender tu masa kitorang pakai untuk blend paper hari tu.

best kan? ibu ambil subject pendidikan seni sem ni so tu antara assignment dia lah. oh, rindunya kat angan-angan masa lalu aku. nak buat macam mana. dah takde rezeki aku dalam bidang tu kan? but, do not give up. we will see whether i can combine tourism and art someday to make a new market for malaysia. hehehe. this is my dream now. sebab tu lah masa cari tempat practical aku pergi bantai mintak dekat karangkraf sedangkan member aku yang lain semua mintak dekat travel agencies, airlines, government bodies. bajet-bajet nak masuk libur lah, tapi kena reject jugak. ehek ehek.

dan buat masa sekarang, aku berpuas hati dengan apa yang aku ada dan bidang yang aku pelajari sekarang ni. tukar course? tak bersyukur namanya kalau aku tukar course tu kan? dah la aku final year bukak sem ni. apa-apa pun, tourism ke, art ke, semuanya sama je. yang penting, ilmu. kan?


p/s : sebab apa aku nak ambil A&D? sebab aku nak jadi graphic designer dulu. hehe. sekarang ni nak lesen tour guide lah. :D


[ked' sketching]

Friday, August 31, 2012

TANPA DEKLARASI 1957


uikss??

tanpa deklarasi 1957
tak mungkin kita dapat menikmati apa yang sedang kita kecapi kini
tak mungkin kita hidup aman tenang sebegini
tak mungkin kita dapat peluang untuk bergelak ketawa gembira
dan
tak mungkin kita dapat melihat datuk nenek kita tersenyum melihat anak cucu mereka berjaya

tanpa deklarasi 1957
kita mungkin masih memegang senjata
masih berlindung di sebalik gua batu
masih tidak lena tidur
masih mengais untuk makan
masih menjadi hamba orang asing
silap-silap
masih berjuang untuk menyedut nafas di bumi ini

tanpa deklarasi 1957
siapalah kita kini
siapalah kita untuk merasa selesa sebegini
siapalah kita untuk merasa bahagia sebegini
siapalah kita untuk merasa kenyang sebegini
dan siapalah kita untuk merasa selamat sebegini

yang paling penting sekali
tanpa deklarasi 1957
tak mungkin kita dapat menaip di blog seenak ini

terima kasih Tunku Abdul Rahman
terima kasih Datuk Bahaman
terima kasih perajurit keamanan
terima kasih nenek moyang sepanjang zaman
terima kasih Tuhan


SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 55 MALAYSIA!



p/s : baiknya adik-adik aku. kecik-kecik lagi dah pakai tudung. adik kak long mana la ni ek? hehehe


[ked's sketching]