Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

OH, JUN!


uikss??



pejam celik, bukak mata katup balik, dah sampai bulan jun uolsss~! OMG!!! ini bermakna lagi 20 hari je lagi class lepas tu final and lastly, selamat tinggal alam study. selamat tinggal kawan-kawan dari zaman diploma lagi dan juga kawan-kawan degree. dan selamat bersengkang mata siapkan segala jenis report dan yang paling penting sekali, submit serta membentangkan FYP kami. oh, such a hectic month will be. 


poor dearked. sebab banyak sangat masalah jiwa kacau, blog ini dah aku anak tirikan. huhuhu. wuuuu~ sabar ea. pasni kite curi-curi masa nak tulis kat badan awak ea. la ni jiwa dah tak kacau boleh la tulis balik ea. hikhikhik. 

dari september 2011, sampai lah sekarang dah bulan jun 2013, rasa macam sekejap je berlalu. hmmm. lepas ni takde dah nak kelam kabut nak pergi class pagi-pagi, tengah hari singgah beli nasik kukus kak anum, petang menghadap laptop, main candy rush, gossip ngan classmates via we chat, tanya nak pergi class pukul berapa esok, etc, etc. selama 5 tahun yang lalu, macam tulah rutin kami. sayu rasa nak tinggalkan semua ni.

oh jun, kenapa cepat sangat datang ni?

p/s : pejam mata, nikmati segala kenangan ini dengan bermakna. ;)


[ked's sketching] 

Friday, January 18, 2013

HOME MADE AIS KRIM GORENG

uikss??

ahad ni last payperrrr! yehaaaa. so, biasalah kalau dah last-last paper ni semua dah malas nak study. hmmm. ni gap 2 hari aku satu hape pun tak start lagi ni. kalau tak, biasanya siang tadi dah start buat note dah. tak taw lah kenapa malas sangat ni. nak cepat habis je exam pastu boleh balik rumah! 

actually, dari study week aritu lagi tiyah ada ajak weols buat roti goreng. tetiba tadi lepas maghrib, semua jadi tekad nak buat roti goreng tu. teringin katanya. dah hujung-hujung sem kan, balik nanti boleh try buat kat rumah. >.<


okey tuan-tuan dan puan-puan. selamat datang ke dapur 03-21. nak buat home made ais krim goreng ni tak susah, senang dan sangat tak makan cost pun. daripada korang beli kat luar, baik lah buat sendiri. jimat pun jimat.

bahan-bahannya adalah:
1 bantal roti gardenia sandwich yang paling panjang sekali
1 bekas ais krim (mengikut cita rasa masing-masing)
1 paket minyak (in case minyak yang tinggal kat dapur tu ala-ala cam boleh goreng telur sebijik je, baiklah kita beli minyak yang baru ea. hihihi)

cara-cara menghasilkan ais krim goreng terbaekkk dari dapur:
1. pergi beli barang-barang yang dikatakan itu. yelah, kalau takde barang camne nak masak yedak? :P
2. panaskan minyak dalam kuali. kena make sure minyak betul-betul panas sebab nanti nak goreng sekejap je ais krim tu.
3. cari 1 mug yang bibir dia macam lebar sikit. jangan yang tajam sangat, kang tak lekat pulak roti uols.
4. dah prepare semua tu, amik sekeping roti, letak 1 scope ais krim atas roti tu, lepas tu kapit roti tu dengan sekeping roti lagi. jangan letak banyak sangat ais krim sebab takut pecah roti tu nanti.
5. lepas tu, tekap roti yang dah letak ais krim kat tengah tu pakai mug. haa. ni untuk lekatkan roti tu. ala, yang macam kita cerap-cerapkan adunan biskut raya tu. kiranya mug tu macam acuan la. 
6. hasilnya nanti boleh tengok macam kat gambar nombor (2) tu. 
7. dah jadi macam tu, boleh terus masukkan kedalam kuali yang di panaskan tadi. goreng sekejap je taw sampai roti bertukar kaler ke perang-perangan. lepas tu cecepat angkat, letak dalam pinggan.
8. tada! dah siap dan boleh dimakan begitu saja! :)

nyum nyum. sedap! hah, lepas dah siap nanti cepat-cepat makan taw. takut ais krim cair nanti, tak sedap pulak. 

selamat mencuba! pesanan ikhlas dari dapur 03-21. :)

p/s : thanks dekat Jannah the Nanny sebab buat aku perasan yang aku terskip satu step penting kat resepi tadi. hehehe. sorry kat readers yang baca awal-awal tadi. :P


[ked's sketching]

Wednesday, January 16, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #41 : KISAH 9 BIJIK BANTAL


uikss??


so true! bertahanlah wahai adorable afiqah. 2 paper je lagi. pukul 12 pm 20hb nanti, kau bebas. fighting! 



[ked's sketching]

Sunday, January 6, 2013

ANTARA MULTIPLE CHOICE DENGAN ESSAY


uikss??

sempena minggu peperiksaan ini, maka, haruslah post aku berunsurkan peperiksaan jugak ye dak? hahaha. adoi laaa~ baru semalam kot habis satu paper. dah ni esok nak menghadap paper lain pulak. adat belajar lah katakan.

kalau nak di ikutkan past year questions, untuk subjek yang aku nak amik esok ni, semuanya dalam format essay. ada 6 soalan, jawap semua, dan semuanya essay. tapi, kali ni lain pulak. dengar ceritanya, diorang nak tukar format. daripada semua essay, jadi half-half. maksudnya kat sini, akan ada multiple choice 40 soalan, dan selebihnya tu essay. berkemungkinan essay tu dalam 3 ke 6 soalan. 


what? multiple choice? susah tuuuuu! aku tak tahu lah kalau korang rasa multiple choice tu lagi senang dari essay tapi kalau bagi aku, aku lagi prefer essay dari multiple choice. antara sebab-sebabnya ialah;


  • multiple choice, kalau salah, salah lah. tapi, kalau essay, even point kau salah, tapi explanation korang cam kena sikit dengan kehendak soalan, lecturer akan bagi markah jugak walaupun sikit. well, better sikit dari takde langsung kan?
  • multiple choice, kalau tak tahu, kau tikam, kalau kena dengan jawapan betul lah. kalau tak kena, salah. tapi, kalau essay, kau pakai hentam je tulis apa-apa pun sebab kau tak tahu apa, lecturer still akan bagi markah jugak. markah kesian katanya. okey lah tu dari takde.
  • multiple choice, pilihan jawapan biasanya dekat-dekat. dan kau akan rasa psycho kalau nak pilih jawapan. essay takde pilihan jawapan. kau bebas menulis sebanyak mana yang kau nak. asalkan ikut apa yang soalan nak.


member aku ada dengar, yang lecturer aku pernah cakap yang diorang nak buat multiple choice tu sebab nak suruh student baca semua topic dalam buku. waaaa~ masaklah camni!

" stress la dengan paper pasni. ada ke kali ni punya diorang nak buat multiple choice punya soalan. "
" okey lah tu. nanti kalau tak tahu, boleh baling dadu. :D "

okey my fruit heart. esok kalau kite tak tahu jawap, kite main baling dadu jela ea kat dalam hall. lepas tu, kalau invigilator tanya kenapa main baling- baling dadu ni? kite jawap, buah hati saya yang suruh encik. :P


p/s : second paper tomorrow evening. wish us luck!


[ked's sketching]

Saturday, January 5, 2013

20 MARKAH MELAYANG


uikss??


soalan first sekali dah kantoi. adoilaaaa~ 20 markah pulak tu. kenapa lah yang aku tak tahu tu dia tak nak letak kat soalan yang 10 markah ke, tak letak langsung ke. ni sangkut jugak kat 10 markah. soalan first pulak tu. mesti lecturer aku confuse tengok soalan first kitorang jawap merapu-rapu. tak expect keluar kot soalan tu!

yang lagi kelakar, soalan tu pasal downtown hotel. downtown hotel? weh! aku yang present kot dalam kelas aritu dan aku yang tak boleh jawap. apa pun tak boleh. :(

takpelah. nak buat macam mana. benda dah lepas. kan kan? takpe-takpe. satu dah lepas. tinggal lagi 5. next paper isnin ni. gap ada sehari ni. masa tu lah nak struggle habis-habis. you can do it afiqah! yeahhh! *tetiba bagi semangat kat diri sendiri*


p/s : tadi si baju biru gi subang. ingat boleh jumpa lah lepas exam tadi. tapi aku habis pun lambat sangat. pukul 5.30 dah masa tu. hmmm. takde rezeki lagi nak jumpa. takpe lah, next time ea. ada rezeki, kite jumpa lah kan buah hati saye? :)


[ked's sketching]

Friday, January 4, 2013

AND THE BATTLE, BEGIN!

uikss??

esok, 5 januari 2013, bermula lah first paper untuk final exam aku semester 5 ni. setelah 2 minggu masa diberikan untuk bersiap sedia, maka, ini lah masanya untuk memuntahkan dakwat pen dan bertahan hingga 180 minit yang terakhir di dalam dewan pepriksaan. 


short update. tak leh cerita panjang. banyak lagi benda nak kena ingat ni. kang dok lagha kat sini nanti. hehehe. doakan kami semua yea. 


p/s : to my si baju biru, your sayang nak exam esok ni. doakan kite taw! take care! love you!


[ked's sketching]

Thursday, January 3, 2013

THE UNAWARENESS ME


uikss??

unawareness. atau dalam bahasa pahangnya, ketidakcaknaan. memang sinonim sangat dengan aku. ada certain benda yang aku cakna, ada certain tak. contoh macam tadi ni, dah lapar-lapar study, tengok teha makan megi, aku jadi teringin la pulak nak makan megi. aku ingat, nak lah makan megi udang cap ibumie faveret aku tu. 

jenis aku masak megi, aku tak suka berkuah sangat. lagi-lagi kalau yang mee udang tu sebab kalau banyak kuah, rasa dia tawar sikit. so, biasanya, aku akan rebus dulu mee tu, lepas tu tinggalkan sedikit air, baru buat kuah. 

nak dijadikan cerita tadi, sementara menunggu mee tu siap di rebus, aku belek-belek la bungkusan mee tu. sebab, mee tu dah lama aku beli. dari bulan 9 tahun lepas lagi. sekali beli 2 bungkus sebab megi jenis tu takde kat puncak alam ni. 

sekali tengok-tengok expired date, 

" baik digunakan sebelum, 18/10/2012 "

what? bulan 10 expired? ni dah bulan berapa? bulan 1, 2013 pulak tu! ya ampunnnn! aku rasa dalam bulan-bulan lepas, ada je aku makan megi tu. tapi tak la pulak tergerak hati nak tengok expired date kat packaging tu. sekali bila tengok-tengok, aduyaiiiii~ dah expired la pulekkkk!

aku pun tengok la perencah dia tu, cam elok je. tapi, memandangkan lagi dua hari nak start final exam paper ni, memang aku avoid la untuk makan benda-benda yang boleh memudaratkan kesihatan ni. naye kat aku je kang kalau sakit perut dalam hall sabtu ni. tak nak lah aku!

habis tu, nak buat camne dengan mee yang dah direbus ni?


setelah melakukan perbincangan senat bersama teha, akhirnya kitorang decide nak buat murtabak megi je. kiranya, aku rebus lagi satu megi kari, tambah perencah kari sikit. maka, jadilah murtabak megi di tengah-tengah hari ni.


tadaaaaa! my first murtabak megi. okey tipu. yang aku punya uglyyyyy giler kat bawah. yang aku snap gambar atas-atas ni teha yang masak second round. kikiki

moral of the story, selalulah check korang punya expired date before makan. tu, dekat rumah ada sebotol jem tak luak-luak lagi. expired bulan 11 tahun lepas. muahaha. afiqah, afiqah. apa nak jadi la ni ntah. :P

p/s : daripada masak megi 5 minit, dah jadi setengah jam. 


[ked's sketching]

Monday, November 12, 2012

MELLOW MONDAY


uikss??

pejam celik, pejam celik. dah sampai monday. oh, mellow monday. tapi kekadang tak rasa sangat ke'isnin'an hari ni. sebab hari isnin aku cuma ada SATU class je. pulak tu, pukul 2.30 petang kang baru start class. haish, memang dah cam malas-malas jelah nak ke class kan.

esok cuti! haila, kalau tak mengenangkan kitorang kena tunjuk design bilik, dah lama aku skip balik kampung. hehehe. yelah, imagine kalau dari petang khamis last week aku balik sampai selasa ni. uish, dah cam cuti mid sem dah tu. ekeke. 

serabut-serabut ni mulalah rasa nak balik rumah. nak tenangkan diri. yelah, kalau duduk kat rumah time cuti-cuti sekolah ni, ada lah adik-adik nak menghiburkan hati yang lara ni. ibuuuu, kak long nak balik rumahhhh! TT____TT

by the way, semalam berkampung jap sepetang dekat rumah budak-budak ni siapkan design bilik. pakai google sketch up je uols. mula-mula tu cam blank jugak lah nak buat camne. aku siap google tutorial kat youtube lagi pun tak jumpa betul-betul tutorial yang menepati kehendak aku. nasib baik la buat beramai-ramai 3 group sekali. kalau tak, azab la dok tergedik-gedik depan youtube tengok tutorial sesorang. hohoho


haahaha. masa ni pun aku dah complicated nak memikirkan camne nak tutup ruang yang terbuka tu plus nak buat balcony situ. try punya try, dapat tutup hujung tu. dengan bantuan budak-budak ni, jadilah balcony kat hujung tu. >.<




tetiba teruja pulak nak tunggu sampai final assignments kitorang nanti. ntah apa lah jadinya dekat bilik yang kitorang nak renovate tu nanti. kalau nak taw, kena stay tune sampai habis aku study subjek ni lah ek. wah! cam reality show pulak kan. hihihi

eh, dah pukul 10 lebih laaa. aku nak sambung tidur jap lah. ala, class lambat lagi kan. :P



p/s : baru siap naik dinding dah selok post kat blog. well, adorable afiqah kan? :3


[ked's sketching]