Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG..


uikss??

alangkan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. tempat yang banyak membina jati diriku, dalam mencari potensi diri, tempat yang menyaksikan bagaimana aku melalui perubahan di alam remaja, dan tempat aku membina sahsiah diri dan pengetahuan agamaku. 


SBPI Temerloh. dari 2003 sampailah ke 2007, sini lah aku menghabiskan masa remaja ku. huhuhu. sekolah ni banyak menyimpan kenangan pahit, manis, suka dan duka aku. 5 tahun kot! duduk asrama pulak tu. dah macam rumah kedua dah sekolah ni. 

dah lama aku tak pergi sekolah. since result spm aku yang tak semenggah tu, aku makin malu nak jejakkan kaki ke sekolah. bukan aku ni anak murid yang telah melupakan gurunya, tetapi aku malu, malu kerana gagal memberikan keputusan yang baik kepada guru-guruku dan malu juga kerana gagal menjadi contoh yang baik buat junior-juniorku. huhuhu

setelah beberapa tahun, last rasanya 4 tahun yang lalu, tu pun ramai-ramai budak batch aku turun semata-mata nak amik sijil spm, akhirnya aku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang tercinta ini. bersama-sama dengan nabilah, najwa dengan lyana, kami cuba untuk menjejaki semula memori yang telah lama kami tinggalkan, hampir 6 tahun yang lalu.

bermula dengan perjalanan ke sekolah dari bandar temerloh. betapa kami cuba mengingati setiap kawasan yang kami lalui sebelum sampai ke sekolah. tatkala melihat Sekolah Teknik Sanggang, kami teringat, betapa tak sukanya kami bila time aspuri outing, bila budak-budak laki teknik yang naik bas sekali dengan kami. masing-masing dok menikus. senyap, tak berkutik. ecece. malu-malu la kononnye tuuu. padahal, dok usya-usya diorang semua dalam diam belaka. hahahaa

dah lepas sekolah teknik tu, kami mengimbas semula bagaimana nervousnya bila ternampak tangki air sekolah. haaa. tangki air tu memang legend kot. dulu, bila nampak tangki air tu, mula lah rasa macam nak lompat keluar dari kereta je. sekarang ni, tak sabar-sabar pulak nak jumpa tangki air tu. huhuhu. malangnya, selepas 4 tahun tak menjenguk sekolah, tangki air tu dah ditutupi dengan pokok-pokok yang makin meninggi. sekian junior-junior sekarang ni. mesti diorang tak dapat merasa perasaan akak-akak korang ni bila nampak tangki air tu dari jauh. kikiki


uisshhh. tak sangka sekolah dah naik taraf jadi sekolah kluster. bangga jap sebab pernah jadi student kat situ. hehehe. sekolah dah banyak berubah. kolam dekat main stairs dah takde, ganti dengan rimbunan bunga-bunga situ. sebelah office dulu, dekat bilik meeting, kat situlah tempat kitorang selalu check it out bila result exam keluar, yang for sure nama aku akan ada pada dua helaian terakhir, kini sudut tu sudah tiada. pihak sekolah dah tutup dan mungkin diluaskan supaya menjadi bilik meeting yang lebih besar. TT^TT. dah takde dah feeling-feeling camtu sekarang ni. huhu. koop dah ade kaunter kat luar. dekat dataran uhud dah ada stage. so, tak payah nak assembly kat dewan sangat lah kan. dekat level lab dah pasang grill. kitorang tertanya-tanya jugak, kenapa diorang pasang grill kat level tu? sesiapa yang pernah baca novel [tunas] hlovate mesti taw jawapannya. hehee. ala, yang geng-geng addin buat masa takde air tuuu. :P

dalam dok tawaf satu sekolah tu, sempat lagi singgah ke kelas lama. aku nak terjah kelas aku time form 5. tapi kelas tu dah dijadikan bilik panitia bahasa melayu. wuuu~ mana dah dicampak kelas form 5 aku tu? 


tadaaa! 5 Thinker dah diletakkan kat kelas lama aku iaitu 4 Thinker! wuuu~ sangat legend woo ini kelas. kelas yang aku dah pilih untuk amik aliran sains teknikal kat sini. kelas yang nisbah kaum wanitanya 1:2 dengan lelaki. kelas yang buat duty rooster bagai nak rak, sudah-sudahnya yang pompuan ni jela buat semua benda. kelas yang pegang plaque kelas terkotor beberapa minggu berturut-turut sampaikan tak payah pulangkan pun plaque tu during monday assembly sebab dah taw nanti dapat balik. kelas yang budak lelakinya bebas men'shave' janggut tiap pagi tanpa rasa segan dan malu dan kelas yang budak pompuannya di treat macam Ji Hyo dalam Running Man. huhuhu

dan, satu-satunya kelas yang belajar macam mana hendak bancuh simen and lepas tu tepek dekat longkang belakang bengkel untuk buat memori.


terharu woi bila korang pergi balik sekolah pastu tengok balik apa yang korang dah tinggalkan kat sekolah tu still kukuh kat situ! 5T 2007 dalam kenangan. ini menandakan bahawa simen yang kami buat tu betul-betul berkualiti dan cikgu Ira dah berjaya mengajar kami macam mana hendak membancuh simen dengan baik! :P


last but not least, gambar persamaan bagi kami.


nak taw apa yang sama nya? keempat-empat kami pernah belajar di dalam kelas ni, walaupun tidak pernah sekelas! aku pernah sekelas dengan najwa dan nabilah masa masa form 2, manakala lyana pula berada di dalam kelas ni bersama najwa dan nabilah masa form 1. kelas tersebut adalah 1 Al-bairuni (2003) dan 2 C (2004). 

haishh. rindunyaa dekat sekolah. dekat hostel. setiap sudut/ceruk dekat sekolah tu, menyimpan 1001 kenangan bagi kami. dulu masa sekolah, nak sangat cepat-cepat nak habis sekolah. dah tak sabar nak buang baju sekolah gamaknya. sekarang ni, pantang tengok benda-benda yang berkaitan dengan sekolah, cepat je masuk memory lane. hailaaa~

1/5/15, tarikh yang telah ditetapkan oleh batch aku untuk reunion besar-besaran kitorang. lagi 2 tahun je lagi. tak sabar rasanya, nak jumpa 141 orang IMTIAZ 327. hopefully, semua dapat datang. :)

p/s : aku student ke 376 dekat sekolah aku. korang? :P


[ked's sketching]

Thursday, January 10, 2013

TERUJA BERJUMPA DENGAN SEORANG BLOGGER CUM MODEL


uikss??

ehem ehem. siang tadi kan, kite pergi study dekat bilik study kolej angsana, uitm puncak alam. gigih ni bangun-bangun, terus siap nak pergi study kat angsana katanya. yelah, ni kalau study dalam rumah, dah confirm confirm la dok terbongkakng je depan latop nanti. huhuhu.

nak di jadikan cerita ni, dalam pukul 12 camtu, kitorang turun la ke cafe kat bawah tu untuk mencari sesuap nasi katanya. tengah-tengah makan tu, aku ada terperasan someone yang sangat cantik dan sangat familiar. eh eh, ni macam A***** F*****. je ni. 

aku duk usha je dia ni. nak tanya kang segan. tak tanya kang, rugi pulak. sebab dah dekat sangat. kebetulan pulak, dia duduk meja sebelah aku je pulak tu. dulu masa kat shah alam, pernah jumpa dengan dia 2 kali dalam uitm. sumpah dia cantik sangat. excited pulak jumpa dia dengan ah masa tu.

sampai satu part ni, kawan-kawan dia lagi 2 orang pergi basuh tangan aku rasa. tinggal lah dia seorang. ahah! ni part paling sesuai nak tanya dia. aku suruh apis tanya kan. 

" awak, awak yang baju biru tu. kawan saya ni (sambil tunjuk kat aku. grrr!) tanya, awak ni model ke? "

gosh! malunya akuuuuu! dah alang-alang tu, aku pun confirmkanlah betul tak dia ni orang yang aku sangkakan tu. dia pun mengiyakan sambil tersenyum gitu. aku pun sempat la cakap yang aku selalu baca blog dia. hehee. ya Allah, manis sangat muka dia. dia cakap pun lembut je. aku pulak yang malu lelebih. hehe

budak-budak ni ada cakap yang dia tu study sebelah meja kitorang je dalam bilik study. manalah aku perasan sebab aku duduk 1 row dengan dia. lepas pada tegur dia dekat cafe tu, aku pulak malu sebab nampak sangat excited jumpa dia. hehehe. nasib baik dia tengah khusyuk study masa tu. so, takde lah dia perasan sangat kewujudan aku selaku manusia yang tak taw malu tegur dia ni tadi.

nak dijadikan cerita, boleh si apis yang tak pernah-pernah offer nak amikkan gambar aku melainkan aku yang suruh tu, offer nak amik gambar dengan dia ni. masa tu kitorang tengah kemas-kemas nak balik. aku cakap, tak payah la. sebab nampak macam dia tengah sibuk menghafal tu. tapi, apis pulak yang over. boleh dah keluar bilik study tu, dia masuk balik cakap dengan si dia tu yang aku nak amik gambar dengan dia.

ya Allah! malunyeeee aku. mana nak letak muka ni. aku dah nak terjun dari tingkat satu dah tadi, tapi dah apis kata si dia tu siap dah bangun bela-bela shawl dah nak amik gambar dengan aku, takkan tetiba aku buat drama lari pergi tunggu bas pulak kan.

lepas budak ni bagi kata-kata semangat kat aku, aku pun masuk lah dengan muka tebalnya dalam bilik study. habis semua orang dalam tu pandang aku. berdiri lah kitorang rapat-rapat. masa tu, baru aku rasa yang dia ni tingginya. hahaha. padahal memang aku pendek.

nak taw tak aku jumpa siapa dan cerita pasal siapa ni?

teka lah. seorang blogger wanita dan juga model. baru-baru ni dia jadi model untuk pati limau nipis sunsilk tak silap aku. kalau korang ada tengok model yang pakai tudung kaler hijau tu, dia lah tu.

jeng jeng jeng....


yeay! kite jumpa Amirah Filzah tadi! bagi menunjukkan dia ni natural beauty, sanggup taw aku tak edit gambar ni biarpun muka aku macam ntah apa-apa ntah masa ni. aku pulak yang nervous amik gambar dengan dia. hohoho

kepada Amirah Filzah, good luck in your final exam. ada masa, kita jumpa lagi dekat bilik study. saya doakan semoga awak berjaya dalam apa jua bidang yang awak ceburi. you are so friendly. terima kasih kerana sudi layan saya yang macam ntah apa-apa tadi. actually, saya memang excited jumpa dengan awak tadi. yelah, selama ni tengok dari jauh je. baru arini dapat cakap-cakap. last but not least, keep that attitude and all the best!

p/s : bagi sesiapa yang kurang mengenali Amirah Filzah ni, boleh visit blog dia kat sini ea. http://mirarafilzah.blogspot.com/. dia antara blogger tercantik pernah aku jumpa. oh ya, cakap macam aku pernah jumpa ramai blogger je ye dak. takde lah. aku pernah jumpa dengan shea rasol dengan nisa kay je. tapi yang tu aku tak tegur la. shea aku jumpa masa dekat seksyen 2 shah alam and nisa pulak satu bas dengan aku dari shah alam nak ke kl. :P


[ked's sketching]

Thursday, January 3, 2013

THE UNAWARENESS ME


uikss??

unawareness. atau dalam bahasa pahangnya, ketidakcaknaan. memang sinonim sangat dengan aku. ada certain benda yang aku cakna, ada certain tak. contoh macam tadi ni, dah lapar-lapar study, tengok teha makan megi, aku jadi teringin la pulak nak makan megi. aku ingat, nak lah makan megi udang cap ibumie faveret aku tu. 

jenis aku masak megi, aku tak suka berkuah sangat. lagi-lagi kalau yang mee udang tu sebab kalau banyak kuah, rasa dia tawar sikit. so, biasanya, aku akan rebus dulu mee tu, lepas tu tinggalkan sedikit air, baru buat kuah. 

nak dijadikan cerita tadi, sementara menunggu mee tu siap di rebus, aku belek-belek la bungkusan mee tu. sebab, mee tu dah lama aku beli. dari bulan 9 tahun lepas lagi. sekali beli 2 bungkus sebab megi jenis tu takde kat puncak alam ni. 

sekali tengok-tengok expired date, 

" baik digunakan sebelum, 18/10/2012 "

what? bulan 10 expired? ni dah bulan berapa? bulan 1, 2013 pulak tu! ya ampunnnn! aku rasa dalam bulan-bulan lepas, ada je aku makan megi tu. tapi tak la pulak tergerak hati nak tengok expired date kat packaging tu. sekali bila tengok-tengok, aduyaiiiii~ dah expired la pulekkkk!

aku pun tengok la perencah dia tu, cam elok je. tapi, memandangkan lagi dua hari nak start final exam paper ni, memang aku avoid la untuk makan benda-benda yang boleh memudaratkan kesihatan ni. naye kat aku je kang kalau sakit perut dalam hall sabtu ni. tak nak lah aku!

habis tu, nak buat camne dengan mee yang dah direbus ni?


setelah melakukan perbincangan senat bersama teha, akhirnya kitorang decide nak buat murtabak megi je. kiranya, aku rebus lagi satu megi kari, tambah perencah kari sikit. maka, jadilah murtabak megi di tengah-tengah hari ni.


tadaaaaa! my first murtabak megi. okey tipu. yang aku punya uglyyyyy giler kat bawah. yang aku snap gambar atas-atas ni teha yang masak second round. kikiki

moral of the story, selalulah check korang punya expired date before makan. tu, dekat rumah ada sebotol jem tak luak-luak lagi. expired bulan 11 tahun lepas. muahaha. afiqah, afiqah. apa nak jadi la ni ntah. :P

p/s : daripada masak megi 5 minit, dah jadi setengah jam. 


[ked's sketching]

Tuesday, January 1, 2013

BYE BYE 2012, WELCOME 2013


uikss??


selamat tahun baru kepada semua readers dearked.blogspot.com! wah wah wah. pejam celik, pejam celik, cepat je masa berlalu kan? rasa macam baru semalam sambut tahun 2012. arini dah tahun baru dah. 

dulu masa kecik-kecik, eksaited la nak sambut tahun baru. yelah, dah tak sabar nak count down masuk sekolah menengah la, dah ada kat sekolah menengah tak sabar nak habis sekolah. dah habis sekolah, tak sabar nak masuk U pulak and the impatient behavior waiting for a new year is stop when i was 20. bila dah masuk umur 20 an, barulah rasa tak nak sambut tahun baru ni. yelah, dah sedar masa tu yang umur dah semakin meningkat. aiguuu~ 23 already this year. cepatnya masa berlalu.

dalam tahun 2012 ni, macam-macam dah benda yang dah berlaku. baik benda yang aku suka nak kenangkan dan juga benda yang aku cuba elakkan. biasalah, aku kan short term memory. so, nak ingat benda-benda yang dah jadi sangat la susah. senang cerita, belek jela entries aku tahun lepas dan korang akan dapat tahu apa yang telah terjadi pada diri aku melaluinya. kalau aku rajin, aku buat refleksi tahun lepas ea.

banyak lagi benda aku nak type sebenarnya, tapi aku dah mengantuk sangat-sangat. celebrate tahun baru dengan teha, mell, ika dan kak lala lah yang buat aku jadi macam ni. nak tahu kitorang celebrate dengan apa? janji dulu jangan jelez ea.


steamboat! terbaik dari mell's steamboat house! wooooo! dasyat tak masak steamboat dalam rumah. gigih taw mell bawak periuk steamboat sekali dengan dapur gas dari rumah dia. thanks mell. kalau tak, tak merasa la kitorang nak bersteamboat dekat rumah. huhuhu

ni sambutan tahun baru kami. korang pulak? :)


[ked's sketching]

Thursday, December 6, 2012

MAKAN DURIAN SAMPAI LEBAM


uikss??

tengah hari tadi, keluar-keluar je dari class pukul 1.15, terbau durian dekat koridor. aku pun macam pelik. mana lah datang durian dekat level 11 ni. kitorang suspek, ni mesti kerja orang office makan durian tak ajak ni. hewhewhew.

then, bila turun je ground floor, aku tengok dekat foyer, ada pesta durian! wow! tema dia, makan sampai lebam! bayar 5 ringgit, makan la sampai lebam mana pun yang kita nak. whoaaa~ sedapnyaaaa!

dala dok pikir nak makan ke tak tu, aku usha-usha nampak budak-budak class aku dah baik punya amik port kat hujung tu melantak durian. fineeee! makan tak ajak! aku pun apa lagi, terus bayar 5 ringgit dekat kaunter, rembat sebijik durian.


yummeh! nikmatnya lahai dapat makan durian. perasan tak, durian yang aku makan tu rupa dia macam durian crepe kan? teringin sangat nak rasa durian crepe tu. untunglah si baju biru dah merasa. siap boleh text aku lagi jemput makan. grrr~! takpe-takpe. tunggu lah bila aku dah merasa benda tu nanti. aku tepek gambar besar-besar kat blog. muahahaha!

aku yang punyalah mengantuk sepanjang pagi tadi sampai last class, yang cadangnya balik nanti tak nak makan pun, terus nak tidur since stay up buat report, terus tak jadi nak berbuat demikian lepas jumpa durian ni. ain kata, mata yang dah sepet-sepet nak terpejam terus segar bila nampak durian. hahaha. that's so me!


amboih masing-masing. muka habis gian dah dapat makan durian. kikiki.


le family portrait! durian + friends = heaven!


p/s : kite still tengah tunggu durian crepe dari awak ni. bila lah nak sampai depan rumah ea? :P



[ked's sketching]

Saturday, October 20, 2012

THE EXPECTED AND UNEXPECTED

uikss??

EXPECTED
  • pergi makan steamboat kat island bbq subang semalam sebab nak celebrate birthday teha dengan apis.
UNXPECTED
  • sekali masa birthday cake sampai, ada nama aku sekali! rupanya, team organizer iaitu  tiera, ika dengan mell nak celebrate birthday aku sama! weee~



the best birthday celebration ever. huhu. even aku yang semangat plan sekali dengan organizer, tak sangka diorang pun nak celebrate birthday aku yang lagi 3 hari tu sekali rupanya! patutlah masa aku tanya tiera duit kek nak tong-tong tu dia tak nak bagitahu berapa. cheh! tu agenda tersembunyi rupanya. hehehe

seriously have fun sangat semalam. dapat makan udang puas-puas. sedapnyeeee! setimbun kulit udang dekat pinggan aku saje. hahaha. pastu, tak cukup dengan melantak steamboat, pergi pulak uptown kota damansara. budak-budak laki ni nak cari jersey futsal diorang rupanya. dah jumpa tu, malam tu jugak upload gambar kat facebook. semangat sungguh! 

to my dear friends, thank you so much for the memories. uuuu~ tahun depan dah tak boleh nak celebrate birthday sama-sama dah kan? sobsobsob. ini lah kenangan tahun akhir kita bersama-sama. semoga selepas ini, ukhwah kita akan kekal seperti ini selamanya. aminn~

surprise birthday celebration dari friends dah lepas. tunggu dari si baju biru kite pulak sehari dua ni. hai awak, saya tak mengharapkan apa-apa dari awak pun tahun ni. cukuplah awak dapat spend masa dengan saya sempena birthday saya nanti. tu pun dah cukup jadi hadiah hari jadi yang bermakna buat saya tahun ni. >.<

[ked's sketching]

Thursday, May 19, 2011

3 YEARS MEMORIES

uikss?? 


tadi online fesbuk. tibe2 tengok ika ade tagged aku kat video nih. sobsobsob. sedih wooo. pejam celik pejam celik, da abes diploma aku. da 3 taon aku rupenye aku blaja kat dungun. macam aku cakap sebelum ni, idop aku kat sane da macam ikan sweet sour minum ngan teh pahit da. hehehehe. cam tu le perumpamaannye. ni kalau cikgu maisarah dengo ni kompem die mengamok punye la. ayairkkk!!! dari part 1, mase sume orang sangat naive ngan campus environment, sampai la ke part 6, bile sume da rase tanggungjawab berkerje, kite dah berjaya lalui bersame2. sungguh, aku rindu THE FAMILY OF B. taw, nanti kite sambung degree kite akan jumpe balik. tapi, muja ngan eda camne? diorang da tak continue da. aaaaahhhhhhh..... aku surely akan rindu kat korang!!!! so, aku nak dedicate kan lagu ni kepada mereka, yang selalu bersame aku tak kire susah atau senang, sepanjang 3 tahun ni.
[ked's sketching]