Showing posts with label *memoir*. Show all posts
Showing posts with label *memoir*. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG..


uikss??

alangkan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. tempat yang banyak membina jati diriku, dalam mencari potensi diri, tempat yang menyaksikan bagaimana aku melalui perubahan di alam remaja, dan tempat aku membina sahsiah diri dan pengetahuan agamaku. 


SBPI Temerloh. dari 2003 sampailah ke 2007, sini lah aku menghabiskan masa remaja ku. huhuhu. sekolah ni banyak menyimpan kenangan pahit, manis, suka dan duka aku. 5 tahun kot! duduk asrama pulak tu. dah macam rumah kedua dah sekolah ni. 

dah lama aku tak pergi sekolah. since result spm aku yang tak semenggah tu, aku makin malu nak jejakkan kaki ke sekolah. bukan aku ni anak murid yang telah melupakan gurunya, tetapi aku malu, malu kerana gagal memberikan keputusan yang baik kepada guru-guruku dan malu juga kerana gagal menjadi contoh yang baik buat junior-juniorku. huhuhu

setelah beberapa tahun, last rasanya 4 tahun yang lalu, tu pun ramai-ramai budak batch aku turun semata-mata nak amik sijil spm, akhirnya aku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang tercinta ini. bersama-sama dengan nabilah, najwa dengan lyana, kami cuba untuk menjejaki semula memori yang telah lama kami tinggalkan, hampir 6 tahun yang lalu.

bermula dengan perjalanan ke sekolah dari bandar temerloh. betapa kami cuba mengingati setiap kawasan yang kami lalui sebelum sampai ke sekolah. tatkala melihat Sekolah Teknik Sanggang, kami teringat, betapa tak sukanya kami bila time aspuri outing, bila budak-budak laki teknik yang naik bas sekali dengan kami. masing-masing dok menikus. senyap, tak berkutik. ecece. malu-malu la kononnye tuuu. padahal, dok usya-usya diorang semua dalam diam belaka. hahahaa

dah lepas sekolah teknik tu, kami mengimbas semula bagaimana nervousnya bila ternampak tangki air sekolah. haaa. tangki air tu memang legend kot. dulu, bila nampak tangki air tu, mula lah rasa macam nak lompat keluar dari kereta je. sekarang ni, tak sabar-sabar pulak nak jumpa tangki air tu. huhuhu. malangnya, selepas 4 tahun tak menjenguk sekolah, tangki air tu dah ditutupi dengan pokok-pokok yang makin meninggi. sekian junior-junior sekarang ni. mesti diorang tak dapat merasa perasaan akak-akak korang ni bila nampak tangki air tu dari jauh. kikiki


uisshhh. tak sangka sekolah dah naik taraf jadi sekolah kluster. bangga jap sebab pernah jadi student kat situ. hehehe. sekolah dah banyak berubah. kolam dekat main stairs dah takde, ganti dengan rimbunan bunga-bunga situ. sebelah office dulu, dekat bilik meeting, kat situlah tempat kitorang selalu check it out bila result exam keluar, yang for sure nama aku akan ada pada dua helaian terakhir, kini sudut tu sudah tiada. pihak sekolah dah tutup dan mungkin diluaskan supaya menjadi bilik meeting yang lebih besar. TT^TT. dah takde dah feeling-feeling camtu sekarang ni. huhu. koop dah ade kaunter kat luar. dekat dataran uhud dah ada stage. so, tak payah nak assembly kat dewan sangat lah kan. dekat level lab dah pasang grill. kitorang tertanya-tanya jugak, kenapa diorang pasang grill kat level tu? sesiapa yang pernah baca novel [tunas] hlovate mesti taw jawapannya. hehee. ala, yang geng-geng addin buat masa takde air tuuu. :P

dalam dok tawaf satu sekolah tu, sempat lagi singgah ke kelas lama. aku nak terjah kelas aku time form 5. tapi kelas tu dah dijadikan bilik panitia bahasa melayu. wuuu~ mana dah dicampak kelas form 5 aku tu? 


tadaaa! 5 Thinker dah diletakkan kat kelas lama aku iaitu 4 Thinker! wuuu~ sangat legend woo ini kelas. kelas yang aku dah pilih untuk amik aliran sains teknikal kat sini. kelas yang nisbah kaum wanitanya 1:2 dengan lelaki. kelas yang buat duty rooster bagai nak rak, sudah-sudahnya yang pompuan ni jela buat semua benda. kelas yang pegang plaque kelas terkotor beberapa minggu berturut-turut sampaikan tak payah pulangkan pun plaque tu during monday assembly sebab dah taw nanti dapat balik. kelas yang budak lelakinya bebas men'shave' janggut tiap pagi tanpa rasa segan dan malu dan kelas yang budak pompuannya di treat macam Ji Hyo dalam Running Man. huhuhu

dan, satu-satunya kelas yang belajar macam mana hendak bancuh simen and lepas tu tepek dekat longkang belakang bengkel untuk buat memori.


terharu woi bila korang pergi balik sekolah pastu tengok balik apa yang korang dah tinggalkan kat sekolah tu still kukuh kat situ! 5T 2007 dalam kenangan. ini menandakan bahawa simen yang kami buat tu betul-betul berkualiti dan cikgu Ira dah berjaya mengajar kami macam mana hendak membancuh simen dengan baik! :P


last but not least, gambar persamaan bagi kami.


nak taw apa yang sama nya? keempat-empat kami pernah belajar di dalam kelas ni, walaupun tidak pernah sekelas! aku pernah sekelas dengan najwa dan nabilah masa masa form 2, manakala lyana pula berada di dalam kelas ni bersama najwa dan nabilah masa form 1. kelas tersebut adalah 1 Al-bairuni (2003) dan 2 C (2004). 

haishh. rindunyaa dekat sekolah. dekat hostel. setiap sudut/ceruk dekat sekolah tu, menyimpan 1001 kenangan bagi kami. dulu masa sekolah, nak sangat cepat-cepat nak habis sekolah. dah tak sabar nak buang baju sekolah gamaknya. sekarang ni, pantang tengok benda-benda yang berkaitan dengan sekolah, cepat je masuk memory lane. hailaaa~

1/5/15, tarikh yang telah ditetapkan oleh batch aku untuk reunion besar-besaran kitorang. lagi 2 tahun je lagi. tak sabar rasanya, nak jumpa 141 orang IMTIAZ 327. hopefully, semua dapat datang. :)

p/s : aku student ke 376 dekat sekolah aku. korang? :P


[ked's sketching]

Thursday, December 13, 2012

TERIMA KASIH dearked.blogspot.com


uikss??

actually dah lama ketua biro aku assigned aku untuk buat minute meeting biro aku before seminar hari tu. malangnya, aku baru teringat nak buat bila dia mintak maghrib tadi. ahaks! mula la terkapai-kapai nak cari contoh minute meeting subjek BEL yang pernah amik time part 3 dulu. sekali check kat document, takde! what? aku tak save ke minute tu dulu? mati lah aku. nak buat minute camni ni contoh pun takde. 


aku pun mintak la ain tolong send yang dia punya minute. aku type based on minute dia tu lah kan. sekali, sampai next point bila mana aku nak masuk point lepas special business tu aku tak taw dah. serius aku dah lupa dia punya flow. penat lah aku pikir tajuk point yang aku nak masukkan tu.

ada la dalam 5 minit aku pikir, aku teringat yang aku pernah buat entry pasal points tu semua. aku pun cepat-cepat bukak account blogger aku, cari entry under keyword BEL 482.


yezza! nice one! ni lah yang aku nak. syukurlah ada blog ni. kalau tak, aku tak taw la nak jadi apa dengan minute aku tadi. wuuuu~ terharu. terima kasih dearked.blogspot.com!

barulah aku sedar betapa besarnya peranan blog aku ni dalam hidup aku kerana benda ni lah yang banyak save memory aku since 22/12/10. banyak sangat kenangan dalam ni. tak terkira. segala pahit, manis, masam dan masin semua aku simpan dalam ni.

dearked.blogspot.com, semoga hubungan antara kita kekal sehingga akhir nafas aku di muka bumi ini. simpanlah cerita tentang aku selagi kau mampu, supaya ianya dapat menjadi tatapan kepada mereka yang bakal merindui aku andainya aku tiada lagi untuk menyinari hidup mereka suatu hari nanti. memori aku, memori mereka jua.

aiseh. apesal sebak semacam time type ni? dah dah. aku nak layan running man. till then, adios!


[ked's sketching]

Friday, August 10, 2012

KAMI SEBAYA.. ANDA?


uikss??

sebaya dengan siapa? haaaa.. dengan ni lah.. korang hado?


ibu kata, fridge ni dibeli masa umur aku 1 tahun dulu. dan semenjak itu fridge ini terus setia bersama kami susah dan senang sampailah sekarang. dari kaler hijau standard fridge zaman dolu-dolu, sampai lah sekarang jadi kaler hijau petronas dah. dari ada lampu, sampai takde lampu. tapi, because of it is still functioning well, kami pun pakai jelah tanpa banyak songeh.

imagine jela ek, dari aku umur setahun dan sekarang aku almost reach 22 years old. wahhh.. lama tuuuu. sungguh lah, rumah aku ni memang banyak barang-barang yang penuh dengan sentimental value. selagi boleh pakai, kami pakai. tu lah motto yang family aku pegang berkurun lamanya. sebab tulah, setiap inci rumah aku ni, penuh dengan harta karun! tak percaya? meh datang raya rumah aku. huhuhu

tapi, memandangkan ibu dapat bonus raya tahun ni, ibu pun belilah fridge baru. aku ingat, dah ada yang baru, yang lama tu boleh la tolak ke belakang rumah kan. tapi, takde maknanya. dua-dua still elok je terpasang kat dapur tu hah. kekok dengan yang baru alasannya. adeh, baik tak payah beli baru camtu.

itu rumah aku. rumah korang pulak? kot-kot lah ada pokok durian yang sebaya ke. tak pun usia rumah yang sebaya dengan korang ke. share-share lah sikit. :)


p/s : tadi kemas-kemas rak buku jumpa satu magazine ni. edisi april 1990. uish, sayang pulak nak buang. hah, yang ni turn aku pulak yang amik mood sentimental value tu. simpan selagi boleh simpan. hehee


[ked's sketching]

Monday, July 9, 2012

BANGGA MENJADI EX-PKR..


uikss??

aku bangga menjadi ex-PKR. uish? Parti Keadilan Rakyat ke? no no no. ini blog clean from politik ea. PKR yang aku maksudkan ialah, Penolong Ketua Rumah. hewhewhew. 

opss, before that, for those yang tertanya-tanya pasal sistem rumah sukan kat sekolah aku, boleh flashback balik kat entry hari sukan sekolah ni yea uolss..

sabtu lepas, hari sukan kat sekolah aku. dengar katanya, ramai jugak lah yang datang sebab alumni ada take part jugak la dalam satu acara masa sukan tu. aku pun teringin nak pergi. yelah, since membawa diri result SPM yang tak cun 5 tahun lepas, teringin jugak la sekarang ni, bila dah dapat diploma, nak jenguk-jenguk sekolah lama. hohoho




dulu, zaman-zaman pemerintahan aku (cewahh.. ayat tak boleh blah!), rumah Aminuddin Baki a.k.a AMBA selalu ambil ranking bawah-bawah. sobsobsob. rasa aku loser giler time tu. sekarang ni, hah! amekkaw! 3 bulan berturut-turut juara habaq hang! ni tambah pulak dengan juara keseluruhan sukan sekolah hari tu, confirm leading jauh punyalahhh..

tahniah kepada juniors aku yang dah bersusah payah menaikkan AMBA sehingga ke tahap begini. aku sebagai senior dan mantan penolong ketua rumah tahun 2007 ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua. semoga AMBA terus menjadi legenda kepada SBPI Temerloh. 

AMBA, HEBAT!

[ked's sketching]

Friday, May 18, 2012

SECEBIS KENANGAN


uikss??


oh, i hope tak terlambat lagi nak wish happy teacher's day! maapkan saye kerane baru online yea. ni pon sebab pinjam line jiran sebelah. jiran, please forgive me because i always usha-usha your wireless line. heheehe

teringat kenangan mase skolah dulu-dulu. gambar kat atas tu di ambil pada tahun 2007. mase tu ade match handball kat mentakab. yang pakai army backpack tu cikgu kimia aku, cikgu ROR, dan yang sedang mendapat pelukan semangat tu pulak, classmate aku. sweet kan gambar ni? ni menunjukkan yang betape besarnya peranan guru dalam memberi semangat kepada kami untuk terus berjuang regardless how difficult or challenging they are. so, thanks teacher for what you had done to us. without your sacrifices, kami takkan berjaya jadi manusia seperti skang ni. :)


p/s : cube teka mane saye! hahahaha.. 5 Science Techincal, 2007..

p/s/s : babai.. nak gerak gi pulau kapas dah ni..


[ked's skecthing]

Friday, October 28, 2011

ESOK!!


uikss?? 

haaa, pasan new things tak? aku ade letak salam lam entry aku mulai hari ni. hehehe. credit to Lyssa Secrect yea for that tuto. nak harap ke aku nak explore sendiri? hah, mimpi lah.

okey, back to topic. untuk pengetahuan korang, aku skang ni kat uitm dungun. huuuuu. rindu giler tuh. aku amik jubah ari semalam. jubah ape? haruslah jubah konvo yea!!hehehe. sebenanye, boleh jelah kalau kite nak wakilkan orang lain yang amik, tapi tak syok laaa. feeling die tu lain taw. lagipon, aku boleh jumpe member-member aku yang dah tak sambung degree kat shah alam same ngan aku cam zaty, muja, eda, shidah, yaya, nurul dan ramai lagi lah. mase ni lah lepas rindu, stay lame-lame, gi pasar malam dungun macam dulu-dulu. siyes rindu kat pantai dungun. huhu

arini lak, kitorang wat pre convo photo shoot kat pantai teluk gadung, dungun. ahaks! gedik nak wat pre convo gak cam budak dfsm. pre saje gamba dah beriban, belom ari konvo tu lagi. eh, lupe lak nak gitaw. aku konvo esok! sidang pagi lak tu. neves ni taw!

so guys, doa-doakan lah supaya sumenye berjalan ngan lancar esok. aminn. aku neves nak naik atas pentas je. takot tersadung. hahahahaa. aku kan clumsy sket. hikhikhik

last but not least, aku kasi korang gambaran sket ek tentang convocation day kitorang sok ni. maap la ek tak ikot flow sebab aku pakai upload je. hehe.

" SELAMAT BERKONVO CLASSMATES!"













p/s : para graduan sume dinasihatkan supaya tido awal ek. kalau tak free-free je bergambar ngan eye bag esok. hehehe. gud nyte!

[ked's sketching]



Friday, August 26, 2011

YEAYY!! DAPAT KAD RAYA DAH !!

uikss??


baru je lam entry sebelom ni aku ade post pasal aku nak kad raye taon ni kan, tuptup petang tadi adik aku bagi surat kat aku. bile aku tengok sampul, macam kad raye je. tengok cop dari kuantan. aku dah pikir-pikir dah sape la plak member aku kat kuantan yang kasi kan. bukak-bukak sampul, rupe-rupenye,





nana yang kasi! nana mane? nana junior aku mase kat dungun dulu. takde la junior sangat pon sebab kitorang same umur cume die masuk lambat 1 sem je. seprais giler laaa! yela, by post okeyh. mane die dapat alamat aku pon tak taw. huhuhu. sangat tak sangke. 


pape pon nana, tengs ek! ko telah merealisasikan impian raye aku pade taon ni. muahahaha. cam cite impian raye emilyn la plak!


p/s : tunggu kad raye dari lumut ni. ntah dapat ke tidak ek? :P


digital word sketching by ked

Tuesday, August 16, 2011

FACEBOOK HEBAKKK !!!!

uikss??


hebakk kan facebook? kalau korang pasan kat sidebar belah kanan korang tu ade review ni. kirenye, pade 16 august 2010, ni lah status yang aku penah post kat wall aku. haaa, hebakk tak? pergghhh. bagus gak kan Mark wat camni. sekurang-kurangnye kite boleh ingat balik ape yang terjadi taon lepas. 

tengok macam status ni. otomatik aku teringat balik ape yang terjadi mase tu. mase ni aku tengah ade lam kelas cross culture. mase tu ade presentation tentang negare Indon by grup faris and the geng. memang klakar giler la mase tu. dah la wat kat bilik tanyangan library. mase tu dah pose ke blom aku tak ingat. tapi yang tak leh blah soalan rara tu lah. memang kene skali bile faris jawap macam tu. hahahaha. team members die yang len plak ban ngan baha. memang pecah panggung la wa cakap same lu. teringat lak zaman mude-mude dulu. chewahhh!!

kalau boleh, aku nak tengok balik status aku mase taon 2009. bukan ape, aku nak taw bile tarikh aku start pakai brodband. sebab ujung taon ni, abes la kontrak brodband aku!! bile abes kontrak yang sebelom ni bayar 50 hengget sebulan, aku kene bayar 98 hengget sebulan la plak! tak nakkkkk !!!!!!

p/s : eh eh, da macam wordless wednesday la plak. hahahaha http://www.emocutez.com 

digital word sketching by ked

Sunday, May 8, 2011

AN ENTRY FOR YOU

uikss?? 

ssseeelamat. selamat hari ibu. ku ucapkan kepada semmmuuua. hehehe. mesti cam peliks je kan denga lagu aku ni? bek korang angguk. law tak aku tak sambung entry ni dah! (angguk2) . hehehehe. taw pon takot. gud3.

oke2. back to the point. sempene ngan ari ibu ni kan, aku nak wat 1 entry untuk ibu aku yang bername, *rolling drum* PUAN SRI NORBIBI BT FAZAL RAHMAN !!!!!!!!!!! yeahhh. please give her big claps.



weee~~ tu la die my super dupper ibu. hah? yang mane? harusla yang tudung ijou tu. keh3. sile abaikan muke tak semenggah aku tu ek. tu muke zaman aku mude2 dulu. hehee.

oke la, tak mo meleret2. kehadapan ibu yang terchenta (walaupon kak long taw ibu tak bace blog kak long ni), time kaseh banyak2 kerane telah banyak berjase lam membesarkan kak long dan adik2 dari kitorang kecik sampai la skang. sob3. kak long taw, ibu da banyak berkorban untuk kitorang. kadang2, baju kitorang selalu je tuka, sampaikan untuk beli baju kat diri sendiri pon ibu berkire. macam ari tu, ibu berkenan sangat kat blouse tu. tapi ibu tak nak beli sebab tengok harge die 50 hengget. ibu kate mahal. padahal, tu la harge standard blouse zaman skang ni. ibu kate, tak pela, len kali beli. puas kitorang pakse ibu beli. kitorang suh ibu fitting, cantik sangat bile ibu pakai. tapi ibu tak beli jugak. atas alasan, tak sesuai la. padahal kak long taw, ibu lagi pentingkan baju kitorang mase tu.

                                                    

ibu, kak long membesar daripade kite susah, sampai la ekonomi kite kukuh sket skang ni. kak long nampak ape yang ibu dah berkorban untuk kitorang. kak long sentiase ade bersame2 ibu ketike mengharungi ujian terbesar lam hidup kite. kak long jugak ade mase ibu eksiden moto nak anta kak long gi skolah dulu. kak long taw sume tu ibu. 

ibu, maapkan kak long sebab kak long penah wat ibu nanges mase gado ngan adik2 dulu. kak long gak da kecewakan ibu ngan result spm kak long, attitude kak long mase masuk sbp dulu dan banyak lagi. 


ibu, ibu adalah ibu yang terbaik bagi kak long. tak de sape dapat gantikan tempat ibu sekirenye ibu tak de 1 ari nanti. kak long sentiase doakan kebahagiaan ibu dunia akhirat. semoge ibu dipanjangkan umur untuk melihat kejayaan kak long dan dapat merase dwet gaji kak long bile kak long da keje nanti. 


                                            

dengan ini, kak long, AFIQAH BT KHAIRUDDIN, berjanji bahawasenye, kak long tak kan melupakan jase2 ibu dan akan menjaga ibu seperti mane ibu menjaga kak long sampai masenye nanti.

dengan itu, buat ibu ku, selamat hari ibu!!!! love u ibu, forever and always!! muaaahhhh!! 







[ked's sketching]

Friday, April 22, 2011

SEMUA TENTANG KITA

                              


lagu ini saya tujukan kepada sume warge MOTOUR penang yang selame ini banyak bagi tunjuk ajar. mekasih banyak2 kat miss jaime, encik mazlan, encik rusly, puan nuraini, encik amir, kak atie, kak liza, kak tim, kak un, kak nisah, kak fara, kak nad, rafis, lim, abang zaki dan x lupe juge kepada sahabat selamanye aku, adda. tengs a lot!! i'll mish ol of u. XOXOXO