Wednesday, February 13, 2013

TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG..


uikss??

alangkan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. tempat yang banyak membina jati diriku, dalam mencari potensi diri, tempat yang menyaksikan bagaimana aku melalui perubahan di alam remaja, dan tempat aku membina sahsiah diri dan pengetahuan agamaku. 


SBPI Temerloh. dari 2003 sampailah ke 2007, sini lah aku menghabiskan masa remaja ku. huhuhu. sekolah ni banyak menyimpan kenangan pahit, manis, suka dan duka aku. 5 tahun kot! duduk asrama pulak tu. dah macam rumah kedua dah sekolah ni. 

dah lama aku tak pergi sekolah. since result spm aku yang tak semenggah tu, aku makin malu nak jejakkan kaki ke sekolah. bukan aku ni anak murid yang telah melupakan gurunya, tetapi aku malu, malu kerana gagal memberikan keputusan yang baik kepada guru-guruku dan malu juga kerana gagal menjadi contoh yang baik buat junior-juniorku. huhuhu

setelah beberapa tahun, last rasanya 4 tahun yang lalu, tu pun ramai-ramai budak batch aku turun semata-mata nak amik sijil spm, akhirnya aku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang tercinta ini. bersama-sama dengan nabilah, najwa dengan lyana, kami cuba untuk menjejaki semula memori yang telah lama kami tinggalkan, hampir 6 tahun yang lalu.

bermula dengan perjalanan ke sekolah dari bandar temerloh. betapa kami cuba mengingati setiap kawasan yang kami lalui sebelum sampai ke sekolah. tatkala melihat Sekolah Teknik Sanggang, kami teringat, betapa tak sukanya kami bila time aspuri outing, bila budak-budak laki teknik yang naik bas sekali dengan kami. masing-masing dok menikus. senyap, tak berkutik. ecece. malu-malu la kononnye tuuu. padahal, dok usya-usya diorang semua dalam diam belaka. hahahaa

dah lepas sekolah teknik tu, kami mengimbas semula bagaimana nervousnya bila ternampak tangki air sekolah. haaa. tangki air tu memang legend kot. dulu, bila nampak tangki air tu, mula lah rasa macam nak lompat keluar dari kereta je. sekarang ni, tak sabar-sabar pulak nak jumpa tangki air tu. huhuhu. malangnya, selepas 4 tahun tak menjenguk sekolah, tangki air tu dah ditutupi dengan pokok-pokok yang makin meninggi. sekian junior-junior sekarang ni. mesti diorang tak dapat merasa perasaan akak-akak korang ni bila nampak tangki air tu dari jauh. kikiki


uisshhh. tak sangka sekolah dah naik taraf jadi sekolah kluster. bangga jap sebab pernah jadi student kat situ. hehehe. sekolah dah banyak berubah. kolam dekat main stairs dah takde, ganti dengan rimbunan bunga-bunga situ. sebelah office dulu, dekat bilik meeting, kat situlah tempat kitorang selalu check it out bila result exam keluar, yang for sure nama aku akan ada pada dua helaian terakhir, kini sudut tu sudah tiada. pihak sekolah dah tutup dan mungkin diluaskan supaya menjadi bilik meeting yang lebih besar. TT^TT. dah takde dah feeling-feeling camtu sekarang ni. huhu. koop dah ade kaunter kat luar. dekat dataran uhud dah ada stage. so, tak payah nak assembly kat dewan sangat lah kan. dekat level lab dah pasang grill. kitorang tertanya-tanya jugak, kenapa diorang pasang grill kat level tu? sesiapa yang pernah baca novel [tunas] hlovate mesti taw jawapannya. hehee. ala, yang geng-geng addin buat masa takde air tuuu. :P

dalam dok tawaf satu sekolah tu, sempat lagi singgah ke kelas lama. aku nak terjah kelas aku time form 5. tapi kelas tu dah dijadikan bilik panitia bahasa melayu. wuuu~ mana dah dicampak kelas form 5 aku tu? 


tadaaa! 5 Thinker dah diletakkan kat kelas lama aku iaitu 4 Thinker! wuuu~ sangat legend woo ini kelas. kelas yang aku dah pilih untuk amik aliran sains teknikal kat sini. kelas yang nisbah kaum wanitanya 1:2 dengan lelaki. kelas yang buat duty rooster bagai nak rak, sudah-sudahnya yang pompuan ni jela buat semua benda. kelas yang pegang plaque kelas terkotor beberapa minggu berturut-turut sampaikan tak payah pulangkan pun plaque tu during monday assembly sebab dah taw nanti dapat balik. kelas yang budak lelakinya bebas men'shave' janggut tiap pagi tanpa rasa segan dan malu dan kelas yang budak pompuannya di treat macam Ji Hyo dalam Running Man. huhuhu

dan, satu-satunya kelas yang belajar macam mana hendak bancuh simen and lepas tu tepek dekat longkang belakang bengkel untuk buat memori.


terharu woi bila korang pergi balik sekolah pastu tengok balik apa yang korang dah tinggalkan kat sekolah tu still kukuh kat situ! 5T 2007 dalam kenangan. ini menandakan bahawa simen yang kami buat tu betul-betul berkualiti dan cikgu Ira dah berjaya mengajar kami macam mana hendak membancuh simen dengan baik! :P


last but not least, gambar persamaan bagi kami.


nak taw apa yang sama nya? keempat-empat kami pernah belajar di dalam kelas ni, walaupun tidak pernah sekelas! aku pernah sekelas dengan najwa dan nabilah masa masa form 2, manakala lyana pula berada di dalam kelas ni bersama najwa dan nabilah masa form 1. kelas tersebut adalah 1 Al-bairuni (2003) dan 2 C (2004). 

haishh. rindunyaa dekat sekolah. dekat hostel. setiap sudut/ceruk dekat sekolah tu, menyimpan 1001 kenangan bagi kami. dulu masa sekolah, nak sangat cepat-cepat nak habis sekolah. dah tak sabar nak buang baju sekolah gamaknya. sekarang ni, pantang tengok benda-benda yang berkaitan dengan sekolah, cepat je masuk memory lane. hailaaa~

1/5/15, tarikh yang telah ditetapkan oleh batch aku untuk reunion besar-besaran kitorang. lagi 2 tahun je lagi. tak sabar rasanya, nak jumpa 141 orang IMTIAZ 327. hopefully, semua dapat datang. :)

p/s : aku student ke 376 dekat sekolah aku. korang? :P


[ked's sketching]

3 comments:

  1. ramai sering kali rindu akan masa sekolah mereka.. priceless :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. eh WN.
      kenal2.
      senior saye tu.
      same level dorm dulu.
      huhu.
      sedare WN ke?

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)