Showing posts with label ked' story. Show all posts
Showing posts with label ked' story. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

CRAZY NUTS

uikss??


are you crazy? are you nuts? woo, wooo. ni bukan nak mengata orang gila ke hapa, tapi ini untuk orang yang gilakan kekacang!





weehhuuu. tengok nama pun dah rasa cam crazy kan? belum tengok rupa dia lagi. hehhee. haa. meh meh kita tengok crazy ke tak CRAZY NUTS ni. :)




halamakkk. ni dah abes close up dah kite zoom CRAZY NUTS ni. perghhh! nampak tak ke'cunchy'ian CRAZY NUTS ni. memang totally boleh buat uols nuts la kan? hehe. kombinasi biskut berserta kacang almond dan pumpkin seed yang disaluti dengan karamel pasti membuatkan anda semua tak berhenti mengunyah! trust me guys! kompem nanti sebalang ni sekejapppp je lichinnn. lepas satu, satu masuk dalam mulut. nak pulak tengah tengok playboy itu suami aku. sambil geram kat fisya, capai je CRAZY NUTS ni kunyah. kompem anda akan rasa cool down sikit lepas tu. >.<





kalau korang rasa nak buat tempahan untuk sekali banyak pun takpe. contohnya untuk majlis hari jadi ke, kenduri kendara ke. jangan risau. banyak stock CRAZY NUTS menanti anda. dengan berat sebalang 250 gram, CRAZY NUTS ini berharga RM27 sahaja. wow! kudapan yang penuh dengan kekacang ini memang crazy lah! 


kemmon la u guys. sesekali makan healthy jajan bawak gi borak ngan jiran sebelah rumah sedap jugak kan? hee. besides, almond dengan pumpkin seeds ni boleh menolong kita mengurangkan kadar kolestrol dalam darah taw. haaa. siapa kata takde healthy jajan? meh sini kite bagi dia try CRAZY NUTS sket. baru dia taw penangan CRAZY NUTS ni. 


so, are you ready for CRAZY NUTS? ;)


untuk pertanyaan/tempahan, sila hubungi :


mimi - 013 9256141
whatsapp/sms
RM27/jar 
cod at shah alam & puncak alam area only



[ked's sketching]

Wednesday, October 30, 2013

BUANG JEE..

uikss??


ceritanya macam ni. ade member aku kate nampak aku makin naik. fineeee. sesia je aku avoid makan nasik waktu malam. hahaha. ekceli, jadi jee diet camtu. tapi dia jadi tang perut jelaa. tang pipi tak jadi punnn. pfttt~

bila aku tanya apis, tang mana yang dia nampak naiknya? dia kata tang pipi. aku pun cakap la, kalau tang pipi tu memang tak leh buat pape lah kan. dia dengan senangnye cakap, buang laa. 

buang laaa. kalau lah boleh kikis buang lelemak kat pipi ni, dah lama aku buat apis woiii. hahaha.

camne nak slim kan pipi ek? kalau nak ikutkan banyak jee produk yang boleh buat face shape kite sampai jadi bentuk V. heee. aku malas nak mention, korang gugel je sendiri. tapi kann, aku takut ade side effect in the future laa nanti. sebab ada satu tu, aku pernah beli, tapi tak pakai kat muka pun, bila check chemical substances kat belakang botol tu, ada paraben. aaaaa. tak mau la cenggitu. nak pakai lama muka ni. hohoho. 


so, korang ade taw tak any traditional tips untuk slim kan pipi nih? heee. aku rasa dah terlebih isi padu dah pipi ni. sempat je kot nak bagi pipi nampak kurus sket untuk gambar atas stage konvo nanti. hehehe

12 days to go. fighting! ^^,


[ked's sketching]

Monday, October 28, 2013

CRAVING FOR THIS....


uikss??

malam semalam kan, kite mimpi. ce teka kite mimpi apa. :)

adakah kite mimpi ni?




atau ini....




ataupun, yang ini....




omo! ni kalau mimpi taeyang bagi bunga ni kompem aku koma sebulan. hahahaha.

duit, cincin dengan taeyang. semua tu bukannnn! walaupun antara 3 gambar tu, hat yang taeyang tu paling aku berharap sekali aku mimpi dia. hehehe

ekceli kan, semalam aku mimpi ni.




nyummehhh! sedapnyeeee nasik lemak sambal kerang. ekceli aku craving sangat nasik lemak sambal kerang ngan sotong dekat kedai simpang 3, puncak alam fasa 3. waaaa~ tu memang terbaekkk laa. dah la murah, portion dia banyak, sedap lak tu. setakat ni, tulah nasik lemak sambal kerang terbaekkk pernah aku makan. wuuuu~ rindu nak beli makan nasik lemak tuuuu. sampai masuk-masuk dalam mimpi i uols nasik lemak ni. scary tak camtu? hahaha

bila laa nak gi puncak alam ek. nak makan nasik lemak sambal kerang ni. sobsss T.T



[ked's sketching]

Thursday, October 24, 2013

23rd on 22nd


uikss??


alhamdulillah. 22hb aritu genap laa umur aku mencecah 23 tahun. syukur kehadrat Ilahi kerana aku masih di izinkanNya untuk bernafas di muka bumi ini. 

23 dah rupanyaa aku tahun ni. lagi 7 tahun, dah 30. omaiii~ cepat sungguh masa berlalu. sedar tak sedar je kan? :)

banyak benda yang terjadi pada 22hb oktober tahun ni. antaranya kembalinya arwah Noreen Noor ke rahmatullah. tersentak jugak laa masa aku bukak beautiful nara masa tu. di saat aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 23, tak sangka ada yang telah pergi meninggalkan dunia ini. Ya Allah, berikanlah aku sedikit waktu sahaja lagi, untuk aku membalas jasa kedua orang tuaku, dan juga, membayar segala hutang piutangku, sebelum kau mencabut nyawaku. hanya itu sahajalah pintaku pada setiap kali ulang tahun kelahiranku. amin yarabbalalamin. :)

dan jugak, pada 22hb aritu aku dah attend my first everrrr interview! whoaaaa. rezeki hari jadi katanya. dapat interview aritu. heee. tu lain entry noh kita cerita. :P

terima kasih kepada semua kengkawan yang telah wish birthday dekat segala jenis media elektronik -> facebook, twitter, instagram, line, we chat, sms, call, blog, semua lah senang cerita. nak list satu-satu memang sampai besok laa tak abes kan? ;)

haa, terima kasih jugak dekat muja ngan lieya yang sudi belanja aku makan di ambang hari jadi aritu. curlass tak iolss uolss? ada sambutan ambang hari jadi lagi. kau hadoo? :P



wee~ me is happy. terima kasih ya Allah di atas ukhwah ini. semoga ianya berkekalan. aminnn. :)



p/s : by 25 tahun nanti aku target nak kawen. ade lagi 2 tahun lagi. eh? :P


[ked's sketching]

Monday, October 21, 2013

2 in 1



uikss??


1.



2.



the story is, i got 2 interviews that would be held in one day! yang paling best sekali, gap antara kedua-dua interview tu sejam je. Kidzania pukul 10 pagi, SRG Asia Pacific pulak pukul 11 pagi.

ah sudahhh.

ini namanya choose one only or can pick both? huhuhu. actually hati aku berat ke salah satu ni. yang mana satu yang aku pilih untuk pergi interview korang rasa.

Kidzania ke SRG Asia Pasific?

:)



p/s : wish me luck! :D


[ked's sketching]

Saturday, October 19, 2013

KERANA NAMA


uikss??

list name untuk giliran konvo nanti dah keluar. like always. nama aku mesti atassssss sekali. ni lah yang dinamakan dilema huruf A. nebes mak uolss sebab nanti lepas MC tu announce budak first class, before dia masuk second class upper ni, mesti dia stop amik nafas dulu, baru announce balik. pulak tu, iolss ni laa yang terkena naik pentas yang mula-mula sekali untuk class ni. -,-"



ni tahan lagi laa. sebab naik, tunduk hormat pastu turun. aku teringat laa time aku last day plkn dulu. masa nak amik sijil atas pentas. nama aku pulak yang kelima kalau tak silap, atas-atas budak lelaki, kira pelatih perempuan pertama laa. kitorang pulak kena kawad masa naik amik sijil tu. sebab neves punya pasai, boleh aku buat kawad robot kat atas pentas tu. yela, nak amik sijil daripada TKP masa tu. pulak tu, TKP aku dah laa ensem. pakai baju navy lak tuu. memang otak tak pikir ape dah. aku pikir nak cepat-cepat turun pentas jee. turun-turun laa member aku cakap yang aku kawad cam robot. demmm! malu gileeee aku kot. jatuh water face aku depan TKP aku tu. 

susah gak kan bila nama mula-mula ni. tapi kekadang senang jugak. especially kalau nak tengok nama kita kat list name yang pepanjang. time tu laa aku rasa senang sangat nama start huruf A ni. hee. senang nak cari nama. yela, kalau ada nur, jenuh nak membelek list name nak cari nama kita. kan kan?

A oh A. nanti kalau aku ade anak nanti, aku nak letak nama depan diorang dengan huruf A jugak. nak bagi diorang rasa apa yang aku rasa. hahaha. boleh tak camtu? :P


p/s : amboihhh. jauh nauuu berangan. kerja pun takde lagi. :DD


[ked's sketching]

Wednesday, October 16, 2013

MIRACLE IN CELL NO 7

uikss??

selamat hari raya aidil adha uolss! senyap sunyi jee blog dahku ini kan. almaklumlah, mak busy uolss. aritu iols keje tapi genap seminggu keje iols resign. muahahaha. boleh tak camtu? haaa. yang tu lain entry ea. ni nak review movie sat.


MIRACLE IN CELL NO 7. aku jumpa movie ni dalam pendrive member aku. memula aku ingat movie ni pasal ape. yela, aku yang korea ni layan variety show jee. drama diorang pun reply 1997 jela satu-satunya yang aku tengok abes. dah tadi bosan-bosan aku try laa tengok cite ni.

sekali, tudiaaaa baqhangggg. meleleh-leleh ayaq mata cheq nohhh tengok cite ni. sedih ngat aihhh. memang layak di tayang time hari bapa nanti. :'(



cerita ini berkisarkan tentang kisah seorang lelaki lembam yang bernama Lee Yong Goo dengan anak perempuannya, Lee Yea Seong. walaupun Yong Goo lembam, akan tetapi mereka menjalani kehidupan sama seperti keluarga normal yang lain. Yong Goo hanya bekerja sebagai pembantu kawasan parking kereta. oleh itu, duit gajinya kadang-kala hanya cukup untuk keperluan harian mereka berdua sahaja. tak lama lagi Yea Seong akan memasuki alam persekolahan. dia mengimpikan untuk memiliki sebuah beg Sailor Moon sebagai beg sekolahnya. hanya ada 1 kedai sahaja di tempat mereka yang menjual beg itu. kiranya macam kalau habis beg kat kedai tu, maka habislah beg tu. dek sebab Yong Goo ni tak cukup duit, hari-hari dia bawak Yea Seong pergi tengok beg kat kedai tu dan berjanji akan membelikannya untuk Yea Seong suatu hari nanti.

sampailah satu hari ni, hanya tinggal satu beg Sailor Moon je kat kedai tu. tengah diorang dok berangankan beg tu, tiba-tiba beg terakhir tu dah dibeli orang. Yong Goo cuba halang dari beg tu dibeli tapi dia telah dibelasah oleh bapak budak tu. Yong Goo pun pasrah tapi dia still tak putus asa untuk beli beg tu lain kali.

esoknya tu, Yong Goo dapat gaji. memang cukup lah kan untuk beli beg baru. sedang dia kira-kira duit gaji dia tu, tiba-tiba dia nampak sorang budak perempuan pakai beg Sailor Moon tu. Yong Goo pun ikut budak perempuan itu sebab dia nak tanya, mana budak tu beli beg tu. dalam dok dia ikut tu, tiba-tiba sampai kat suatu sudut, dia nampak budak tu dah collapse dah. dia pun cepat-cepat longgarkan tali pinggang seluar budak tu, untuk blood circulation pastu tinggikan kepala dia untuk buat CPR. malangnya, tengah dia standby nak bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut tu, tetiba ada sorang wanita yang kebetulan lalu kat situ pada masa tu, ternampak Yong Goo buat camtu. daripada view dia, Yong Goo nampak tengah kiss budak tu dan dia terus assume yang Yong Goo tengah buat keganasan seks bawah umur dekat budak tu.

nak dijadikan cerita pulak, budak perempuan tu meninggal ditempat kejadian. lepas di siasat, budak tu anak lelaki yang pernah belasah Yong Goo pasal beg Sailor Moon tu dan lelaki merupakan police commissioner. Yong Goo dibawa pergi ke tempat kejadian untuk ulang semula apa yang dia dah lakukan tapi detektif yang bawak dia pergi masa tu dah manipulated dia untuk bagi keterangan palsu maka dia didakwa dan didapati bersalah membunuh serta melakukan cubaan merogol budak perempuan tu kerana ingin membalas dendam dekat ayah budak tu.

Yong Goo kemudiannya dipenjarakan dan dimasukkan kedalam Cell No 7. terdapat lagi 5 orang banduan dalam tu dan daripada situlah bermulanya perkenalan mereka semua yang mana akhirnya membawa mereka untuk mencari pembelaan untuk Yong Goo.

mula-mula cite ni tak berat sangat taw. sebab cam kelakar-kelakar je kisah diorang kat dalam penjara tu. camne friendship diorang, camne kawan-kawan Yong Goo yang 5 orang tu try untuk seludup Yea Seong masuk dalam sel sebab nak lawat ayah dia. daripada diorang tak suka budak tu, sampailah budak tu ajar diorang menulis, menyanyi lagu Sailor Moon lagi.

yang sedihnya bila kes Yong Goo ni dapat rayuan untuk disiasat semula tapi commissioner tu ugut Yong Goo supaya jangan cerita benda sebenar dan mengaku yang memang dia yang bunuh budak tu kalau Yong Goo nak Yea Seong selamat. Yong Goo pun mengaku dan dia akhirnya dijatuhi hukuman mati. 

sedih sangat bila tengok macam mana kawan-kawan sel dia yang 5 orang tu berusaha untuk buat Yong Goo gembira dihujung-hujung nyawa dia. yang paling buat aku mengalir ayaq mata, bila Yong Goo akhirnya berjaya menghadiahkan beg Sailor Moon tu kat Yea Seong. wuuu. sedih woo time tuu.

actually banyak lagi plot best best dalam cite ni. first cite yang aku rasa tak sedar pun dah bape jam aku spend untuk tengok cite tu. memang nampak sangat tanggungjawab plus pengorbanan Yong Goo even dia bukan seorang ayah yang normal. 

korang tengah bosan-bosan tak taw nak tengok cite apa? MIRACLE IN CELL NO 7 is recommended to you! :)



[ked's sketching]

Wednesday, October 2, 2013

HARI INI DALAM SEJARAH

uikss??

2 october 2013, hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya aku pegang stereng kereta, tekan minyak, tekan brek, tekan clutch, main gear dan akhir sekali gerakkan kereta viva 4 roda tu. 



jakun tak? giler tak jakunnnn. orang lain umur 18 dah ade lesen kereta. aku ni, dah nak masuk 23 baru terhegeh-hegeh nak amik L. hehehee

ade mak kesahhh? yang penting aku happy giler arini sebab for the first time in my life aku dapat peluang nak bawak kereta. yippeeee!

okey lah. that's all for today. aku nak tido awal malam ni. almaklum laa. mak letih sangat belajar bawak kereta tadi uolss. hihihi. nytoooo!


[ked's sketching]

HAPPY HAPPY UOLSSS!

uikss??


2 oktober 2013.
kalau tengok fb berduyun friends yang sama birthday ngan anas.
heee. 
so, happy birthdayy my lil bro!
anas dah 11 tahun. next year nak amik UPSR kan?

eh, blogger kak atie ngan kak nasha pun sambut birthday arini gak.
selamat hari jadi akak-akak sekalian.
satu kebetulan lagi, dua-dua sambut ulang tahun kali ni dengan anak kecil dalam perut. 
heee. boleh lee sambut birthday dengan si kecik sama-sama ea.
semoga semuanya selamat sahaja.
aminnn.



p/s : dah kenapa sketch kat onemotion.com ni takleh nak save lak? terpaksa laa print screen nak dapatkan gambar ni. pfftt. sorry wahai ahkak-ahkak sekalian. ni second design. first design lagi chantique dari ni tadi saye TERreload. makanya ia tak save pastu kena buat baru. heee.



[ked's sketching]

Wednesday, September 25, 2013

ATTENTION TO ALL JOB SEEKERS


uikss??

anda sedang mencari kerja? 
buntu untuk mencari kerja yang sesuai dengan anda?
stress sebab takde panggilan interview lagi sampai la sekarang?
ingin mengetahui potensi kerjaya dalam kompeni-kompeni idaman?

jika anda semua mengalami masalah yang sama seperti saya, marilah kita keeee.......



BN Youth Job Fair '13
27-29th September 2013
10am-6pm
Tun Razak Hall 1, PWTC

untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi seperti yang tertera di bawah;



okey! see you there! >.<


[ked's sketching]

Monday, September 23, 2013

NASIB LEEEE...


uikss??

actually, aku tak taw gangguan siaran tv3 arini melibatkan area mana je tapi yang aku taw selangor ngan pahang semua dok sibuk komplen tv3 takde siaran. aku tanye teha, umah dia dapat tak tv3, teha kata ada jee. tapi, teha pakai astro. huhu. umah aku ni takde astro. adakah umah yang pasang astro dapat tv3 or certain area jee yang tak dapat siaran tv3? haaaa. itu yang kite tak taw. mohon tv3 buat pencerahan bagi masalah siaran ni.

yang jadi tak puas hatinya ni, arini dah la banyakkkkkk sangat last episode. dengan derhaka seorang madunya, asmara luna lagi. cinta jannah, even tak abes arini tapi ni second last episode kot! penting tu wooo. banyak menjawap persoalan dalam cerita ni. aiguuu~~




mujur laa ada tonton. mujur jugak broadband behave arini. dapat laa jugak tengok episod arini. kalau tak, memang berbakul-bakul laa keluhan (puii, ayat sopan sangat. err, makian ayat sebenarnya) yang aku bagi dekat tv arini. 

kepada semua peminat setia cinta jannah yang frust tak dapat tengok episod arini, jangan risau, tonton kan adaaaaa... ekeke

bersama-samalah kita doakan siaran tv3 pulih seperti sedia kala. untuk umah yang takde astro cam umah aku ni, memang berharap kat tv3 jelaaa. semoga kabel yang terbakar kat ulu kali tu cepat dibaiki. 

p/s : korang minat layan cinta jannah tak? next cerita love you mr. arrogant yang ganti cinta jannah tu rasanya adaptasi novel. nanti nak beli lah novel tuu. >.<


[ked's sketcing]

Friday, September 13, 2013

AGAK FRUST SEBENARNYA


uikss??

at last, setelah 2 bulan melepak kat rumah sambil menanam anggur dan menternak lemak, akhirnya diri aku rasa terpanggil jugak untuk cari kerja since tension memikirkan dua bijik phone yang nak kena bertopup, pencuci muka yang dah tinggal hujung tutup je dan lip balm yang dah lama tak beli baru. stress woii takde duit nak beli ape yang kite nak!

lalu, semalam, dengan tekad dan semangat iltizam yang tinggi, aku pun berazam laa nak siapkan resume aku. haaa, percaye tak orang lain dah berpuluh-puluh resume hantar nak mintak kerja aku baru siap buat resume semalam. hehehe. kau hadooo?




aku beriya sangat siapkan resume tu sebab aku nak apply satu post ni, kat streamyx temerloh. aku ade tertengok iklan tu mase gi streamyx 2 minggu lepas. 2 minggu lepas tengok iklan, pastu berangan kemain nak kerja situ pastu nak gi anta resumenya arini? korang agak-agak dapat tak aku post tu?

dek sebabkan effort aku yang tak seberapa, tadi aku dah excited nak gi hantar resume tu, akhirnya hancur kecundang ditengah jalan bila aku tengok post tu dah tak available dah. kiranya dah ada orang isi dah. hailaa. padan lah ngan muka aku pun. dok berlenggah-lenggah lagi.

ekceli aku agak frust sebenarnya. sebab aku target nak cari kerja sementara la kat area rumah aku ni. sebab boleh jimat banyak kos dari segi sewa rumah, households, banyak lagi la. boleh la sementara tu aku nak saving sesikit nak kawen nanti. hahahaha. amboihhh, gatai nau bunyinye kan? bukan apa, simpanan untuk masa hadapan. kannnn?

bila dah jadi camni, aku apply jela kerja kat kl yang bersepah-sepah kat job street tu. kalau ade rezeki aku nanti, ade lah kan? malas nak pikir dah kerja kat mana-mana pun. rezeki kadang-kadang tak boleh nak expect kan kat mana. :)

sekarang ni doa jelaa kot-kot sangkut kat mana-mana company ea. untung-untung kalau dah ada duit sendiri nanti boleh buat give away yedak? korang jugak yang beruntung kannn. heee

aminn :)


[ked's sketching]

Friday, September 6, 2013

MY HELLO KITTY CHARM'S STORY


uikss??

start dari awal julai aritu, 7E ada offer hello kitty charm kat customer diorang. dengan syarat, korang kena kumpul sticker yang akan diberikan sekiranya korang spend more than 5 ringgit kat mana-mana store 7E yang berkenaan. untuk 20 sticker, korang boleh redeem 1 hello kitty charm. waaa~ kiut kan?



aku ekceli agak suka la hello kitty ni. tapi takde laa obses sangat. berminat laa nak kumpul charm ni tapi since masa tu aku rase cam impossible je nak collect sticker ni, so aku ignore je laa.

sampai la masa aku balik dari puncak alam hujung bulan julai aritu, aku singgah kat mana punya petronas ntah yang ada 7E kat situ. masa aku bayar tu cashier dia offer kat aku sticker hello kitty. dia bagi aku 4 stickers skali. waaa. ini sudah bagus. dah alang-alang aku dapat 4 stickers tu, aku pun decide laa nak kumpul banyak-banyak sticker pastu redeem charm tu.

aku ade baca terms and condition kat belakang card tu. mengikut pahaman aku, 20 stickers dapat 1 charm hello kitty. 10 stickers pun boleh redeem charm jugak tapi kena add on lagi RM3.90 laa. 

so, my strategy is untuk collect 2 charms sekaligus. maksudnya kat sini aku collect 20 stickers, tapi aku tebus 10, 10. ada paham? heee. kekonon nak buat pandai laa. tambah lagi dua kali RM3.90 aku dah boleh dapat 2 charms.

namun begitu, aku terlepas pandang satu terms ni. kat card tu dia ada mention yang card tu tak boleh dipotong mahupun dipisahkan. dan aku pulak dah tepek siap 20 stickers kat satu card tu. suppostly aku kena amik card lain dan hantar 2 cards untuk redeem 10 stickers setiap satu. 

dannnnnn.................

aku baru realize benda tu kat kaunter. masa aku nak redeem kekononnye laa 2 charms sekaligus. pfttt--

nak buat camne. silap aku gak tak tanya syarat-syarat diorang betul-betul.

maka, dapatlah diri ku ini menebus satu charm hello kitty ini sahaja. 




tadaaa! walaupun satu, ianya sangat berharga taw. sebab penat lelah mengumpul sticker tu tak boleh blah hoi. siap kawan ibu yakni cikgu sekolah rendah aku tolong kumpulkan sekali. kau hadooo? :D

kepada sesiapa yang berkenan dengan charm ni, kalau korang banyak duit, cecepat laa serbu mana-mana store 7E yang berkenaan sebelum 8hb ni. sebab tu last date diorang issue sticker ni. tapi korang boleh redeem sticker tu before 15hb ni. dan, jangan lupa tanya kaunter kalau korang tak paham mana-mana terms and condition yang diorang bagi. jangan menyesal cam aku ni sudah lah yek. 


all the best!


p/s : thank you sooo much for my new purse. i do love you. eh, silap. i'm lovin it. :)

p/s/s : entry ini tidak langsung sama sekali mendapat tajaan daripada 7E. harap maklum.


[ked's sketching]

Saturday, August 31, 2013

BUNGA TISU MERDEKA 56


uikss??


try-try buat bunga tisu. jadilah camni. heee. selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 56!


[ked's sketching]

Friday, August 30, 2013

SEPOSEN PUN TAK BOLEH DISKAUN KE?


uikss??

ahad aritu phone kesayangan aku, which is #SOL secara tak sengaja telah TERendam ke dalam air. di ulangi. TER-rendam yea akak-akak. omggggg! can you guys imagine how surprised am i? giler kau tak cuak! aku rase masa discover yang benda tu terendam dalam air tu muka aku kalau ditoreh tak keluar darah baq hanggg! punya laaa cuak weyyy.




keluar je toilet, cecepat aku keluarkan bateri semua. aiseh. dah kantoi phone aku jatuh dalam toilet kann? err, precisely, dalam flush tank toilet okey. bukan mercik-mercik air punya kes. ni memang yang dah totally terendam punya cerita.

dah keluarkan bateri sim kad semua tu, ayah pun amik laa hair dryer yang aku pun tak sedar bila masa benda tu ade kat dalam umah, tolong keringkan #SOL sekali. try on gak phone tu, tapi takleh. aku pun jemur bawah kipas, tawakal jelaa malam tu.

esoknya tu, aku pasang semula bateri, try on balik, eh, phone dah okey laaa. screen clear jee. rase nak melompat jee time tu. tapi nak bagi kering sesungguh, aku jemur jap kat tengah panas. mujur takde orang kiri kanan umah ni. kalau tak dah lame phone aku kena kebas jawapnye. yela, dah phone ngan bateri dua-dua bergelimpang camtu jee kat atas jalan.

even though aku rase phone tu dah betul-betul kering, tapi ade la effect dia yang terkenan bila kita lock screen. dia jadi cam garis-garis bila nak lock phone. ah sudahhh. dah kenapa kannn.

since phone dalam warranty lagi, aku pun anta la balik kat kedai yang aku beli phone ni dulu untuk refer prob ni. so kedai tu suggest aku anta kat kilang sebab still ade 6 bulan warranty. cuma it takes time lah kan untuk dapat balik benda tu. lepas pikir dua tiga round, aku pun setuju laa anta kilang.

sekali, petang tadi, aku dapat call dari kilang. diorang kate LCD ngan ape benda tah lagi satu tu kena tukar. diorang cakap costnya dalam......





makk aihhh! mahal gilooo! lebih separuh dari harga phone tu mase aku beli 6 bulan lepas. waaaa. ape ke mahal sangat repair ni? kalau camtu baik beli baru. 

yang aku takleh blah tu seposen pun diorang berkira. gegeh ngat aihh nak mention seposen tu. agak-agak kalau aku nak mintak diskaun laa kan, nak mintak tang mana ea? tang seposen tu ke tang 780? waaaa. ini tidak adil tidak adil bagi kuuuuu~

so, memandangkan kalau aku teruskan nak repair phone tu jugak, dah sah-sah laa aku kena pakai duit ibu. jadi aku pun decide laa untuk tak nak repair phone tu. terima jelah seadanya. mungkin betul kata ibu, dah tertulis rezeki aku dengan phone tu sampai situ je kan. maybe lepas ni boleh dapat S4 pulak kannn. sape taw? heeee

makanya, saya ingin menyeru, janganlah anda semua mendowload apps torchlight dalam phone anda kemudian menggunakannya ketika masuk toilet apabila toilet tersebut terbakar mentolnya di malam hari. nescaya, pada masa itu anda hanya akan mampu berpikir;


" kenape laaa bukan nokia torch jee yang jatuh dalam tu tadi. "



[ked's sketching]

Wednesday, August 21, 2013

I LOVE YOU, YOU LOVE MI


uikss??




tadi kemas-kemas umah, jumpa kad raya ni. 


" selamat hari raya. i love u, u love mi. "


hahahaa. budak-budak. dik, eja me pun salah. tak payah laa nak ber love-love bagai. ekeke



[ked's sketching]

Tuesday, August 20, 2013

ANTARA PENYEBAB....


uikss??


ya hampunnnn. dulu time study, bagi alasan busy dengan assignments punca tak hapdet blog. la ni dah abes study, blog pun tak terhapdet-hapdet ape cer? 

ini seriussss! tak taw kenapa since aku balik umah ni, line berukben cam harommm. merahhhh je manjang. kalau merah-merah delima takpe gak. ni merah rase nak mendidih darah ado laa. 

makanya, tu lah antara sebab susah nau nak hapdet blog skang ni. jangan kan nak hapdet blog susah, nak google cari short course pun susah! 

jengjengjenggg. short course apekah? tu lain kali i story okeyhh. heee. mampus laa tunggu next entry yang entah ke bilanya nak publish. ekeke

eh, baru 2 minggu raya kannn. sempat lagi tak aku nak wish selamat hari raya kat uolss? gasak laa sempat ke tak sempat. yang penting aku gigihkan diri aku mengwish jugak. hahaha. selamat hari raye uolss. maaf zahir batin. raye tahun depan jemput datang uamh ea. tahun ni jangan datang. umah tengah renovate. hihihi



okey laa. sebelum line buat hal, aku chow dulu dengan sekeping pantun;


anak ayam berlari-lari,
lari termasuk dalam longkang,
sebelum saya undur diri.
marilah kita mencuci longkang.



hahaha. memang takde kaitan punnn. wassalam. >.<


[ked's sketching]

Sunday, June 9, 2013

SAKIT YANG SUSAH UNTUK DI UBATI


uikss??

guys, hukhukhuk. aku sakit ni. hukhukhuk. sakit ape? haa. ni namenye sakit yang susah untuk nak di ubati. uish, sakit ape tu ek? tetttt~ haaa. aku taw korang nak teka apa tapi please ea. bukan sakit tu. ni sakit lain. sakit ni takde jual ubat kat farmasi mahupun klinik 1 malaysia. sakit tu adalah;



yup. as stated above, tu lah sakit aku. MALAS. iye. MALAS bebenor aku skang ni. kerja bertimbun-timbun nak kena submit dalam dua minggu kehadapan ni tapi MALASnya aku ni ya rabbi. motivation untuk buat kerja tu ade tapi ntah la. aku pun tak taw nak cakap camne. hmmm. ade sape-sape taw camne nak hilangkan sakit MALAS ni? please gitaw aku ea. sebab aku ni dah tahap kritikal masuk ICU doh ni. hnsffff--

oh, btw, please pray for him. haaa. ni yang betul-betul sakit. jangan tanye aku dia sakit ape. kalau korang terer hangul, tekalah dia sakit ape. heee. boss, get well soon okey? dear taeyang, please take care well of your buddy. i'll pray for both of you. xoxo



got to go, lelama aku kat sini kang makin parah penyakit MALAS aku ni. toodles!


[ked's sketching]

Friday, June 7, 2013

CUCI MATA DI HARI JUMAAT


uikss??

haaa. mengundang tak tajuk? kikiki. aippp! ape ni pada hari yang penuh dengan barokah ni boleh pulak iolss cuci-cuci mata? choyyy! tak mau taw mencemarkan hari jumaat ni dengan cuci mata tengok jantan-jantan hensem. namo namo namo. no good, no good. 

tapi, kalau cuci mata tengok benda-benda macam ni, boleh kannnn. >.<



awakkk! chantekknyeeee awak berdua ni. lagi-lagi yang atas tu, uuuuu. menggoda sungguh taw. heeee. tapi boleh pandang jela. belinye nan hadooo. hohoho

sekian sahaja sesi cuci mata kita pada hari ini. nanti hari lain kita cuci mata lagi ea. okbye!

credit pictures : http://www.diesel.com/watches/


p/s : ade ke tak jam ni kat mesia ek? :P



[ked's sketching]