Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

OUR 3rd YEARS BEING TOGETHER


uikss??




3 tahun sudah.
3 tahun sudah kau setia denganku.
3 tahun sudah kau rela menadah pilu.
3 tahun sudah kau gembira berkongsi cerita.
3 tahun sudah kau menjadi teman mayaku.

yeayy! my baby Ked's Stories dah masuk tahun ketiga arini. weee. okey. baru nak berlari blog aku ni. so, masih panjang lagi perjalanan hidup kami. semoga aku tak malas-malasan untuk menghapdet blog sebelum beliau mencecah usia 4 tahun. ekeke. 

okey. got to go. nak tengok cite korea ekceli. busy nau aku kan. ni first post untuk december. or maybe akan jadi last post jugak maybeee. hee. hopefully tak la kan. ;)


[ked's sketching]

Thursday, October 24, 2013

23rd on 22nd


uikss??


alhamdulillah. 22hb aritu genap laa umur aku mencecah 23 tahun. syukur kehadrat Ilahi kerana aku masih di izinkanNya untuk bernafas di muka bumi ini. 

23 dah rupanyaa aku tahun ni. lagi 7 tahun, dah 30. omaiii~ cepat sungguh masa berlalu. sedar tak sedar je kan? :)

banyak benda yang terjadi pada 22hb oktober tahun ni. antaranya kembalinya arwah Noreen Noor ke rahmatullah. tersentak jugak laa masa aku bukak beautiful nara masa tu. di saat aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 23, tak sangka ada yang telah pergi meninggalkan dunia ini. Ya Allah, berikanlah aku sedikit waktu sahaja lagi, untuk aku membalas jasa kedua orang tuaku, dan juga, membayar segala hutang piutangku, sebelum kau mencabut nyawaku. hanya itu sahajalah pintaku pada setiap kali ulang tahun kelahiranku. amin yarabbalalamin. :)

dan jugak, pada 22hb aritu aku dah attend my first everrrr interview! whoaaaa. rezeki hari jadi katanya. dapat interview aritu. heee. tu lain entry noh kita cerita. :P

terima kasih kepada semua kengkawan yang telah wish birthday dekat segala jenis media elektronik -> facebook, twitter, instagram, line, we chat, sms, call, blog, semua lah senang cerita. nak list satu-satu memang sampai besok laa tak abes kan? ;)

haa, terima kasih jugak dekat muja ngan lieya yang sudi belanja aku makan di ambang hari jadi aritu. curlass tak iolss uolss? ada sambutan ambang hari jadi lagi. kau hadoo? :P



wee~ me is happy. terima kasih ya Allah di atas ukhwah ini. semoga ianya berkekalan. aminnn. :)



p/s : by 25 tahun nanti aku target nak kawen. ade lagi 2 tahun lagi. eh? :P


[ked's sketching]

Tuesday, October 23, 2012

22nd on 22nd


uikss??


alhamdulillah. pada 22hb oktober hari tu, genaplah umur aku 22 tahun. syukur ke hadrat Ilahi kerana atas izinNya, aku masih diberi peluang bernafas di dunia ini. semoga dengan bertambahnya umur aku, seiring dengan pertambahan amalan aku. macam tak percaya kan? dah 22 tahun rupanya aku. rasa macam baru semalam masuk sekolah rendah. rasa macam tadi baru habis PMR. tak sangka dalam umur 22 tahun aku dah final year degree. hmmm. how fast the time flies kan? >.<

ironicnya kan, aku demam masa umur aku genap 22 tahun! dan sampai lah hari ni, saat aku sedang menaip entry ini. mungkinkah Allah mahu menghapuskan dosa-dosa kecil aku di saat aku mencecah umur baru? masya Allah. begitu besarnya nikmat Allah dan sekiranya ia benar, maka itulah hadiah hari jadi yng paling bermakna buat aku. guys, can you tell me what's gonna make you happy rather than penghapusan dosa-dosa kecil uols? kennzz?

Ya Allah, panjangkanlah umurku supaya aku dapat beribadah dan bertaubat kepadamu. pinjamlah kepadaku sedikit umur supaya aku sempat membalas jasa kedua ibu bapaku. berikanlah aku peluang untuk menghantar mereka ke tanah suci Mu. dan permudahkan segala perancanganku. aminn aminn ya robbal alamin.

terima kasih kepada rakan-rakan yang wish birthday kita dekat facebook, twitter mahupun mesej. tak terbalas rasanya wish korang tu. huhuhu. terima kasih jugak kepada si baju biru kita yang sanggup luangkan masanya untuk kita semalam walaupun thru phone je kan? u jangan lupa taw, birthday present i nanti. hehehe.

hey, i'm 22nd on 22nd. oh, 2 is my favourite number you know! :)


p/s : tertunggu-tunggu entry rahsia tuuu. u, bila nak start type ni? jumpa games, lupa semua benda. :P


[ked's sketching]