Monday, November 30, 2015

MEREPUT DENGAN LOGO DAN BLOG T^T




Pinjam ayat budak-budak zaman sekarang ni boleh tak? Seperti tajuk di atas, dengan ini aku mengesahkan bahawasanya aku sedang mereput bersama dengan logo mahupun blog. Wuu. 



First time design baju letak logo banyak-banyak camni. Sangatlah letih taw dakkk? Sungguh. Mana yang boleh direct trace tu, okey la. Kalau yang kena tiru sebijik-sebijik? Haaa tu tu pecah pala otak nak pikir dek non oii. Belum kira nak create logo baru. Yela walaupun just wording tapi takkan nak letak wording biasa je kan? Tak in laa ngan yang lain-lain kan? 





Maka, sementara nak tunggu confirm design ni, biarlah aku mereput bersama-sama dengan blog sekali. Ahahahaha. Anyone yang nak join mereput, boleh drop comment here dengan ayat, "Saya!". :B



p/s : Al-fatihah untuk arwah Pak Yus. Serius terkejut bila dapat taw berita kematian beliau pagi tadi. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Aminn..

Wednesday, October 14, 2015

MAAL HIJRAH 1437









Dah masuk tahun baru! Minggu depan masuk umur baru pulak. Eh? :P Allahurabbi.. Sebelum masuk tahun baru ni dugaan laptop buat hal pulak. Nasib baik ada laptop lain kat rumah. Kalau tak... tak taw la nak cakap apa kan. 



Banyak benda nak update kat blog ni especially pasal bisnes aku sekarang ni kan tapi tu lah dengan line ke laut, job tak tentu masa, antara faktor jugak lah benda tu tak dapat nak di update dengan kadar yang segera. Hehe. So sempena dengan bermulanya tahun baru ni, aku akan merajinkan diri aku mempublish entry berunsurkan pengiklanan. Pastikan hati korang cukup tabah untuk membaca post-post iklan aku nanti ye! (Marketing ni woih! Kalau bukan aku nak market #kedsketch siapa laa lagi kan?)



And like always, Selamat Tahun Baru 1437 H! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita terus beristiqomah dalam melakukan penghijrahan. :)






p/s : Mana yang tak follow #kedsketch lagi boleh laa follow ye. Kamsahamida uolss!

Thursday, September 17, 2015

ADAKAH ITU NIKMAT AFIQAH?







A good friend of mine became down after facing some issues. Aku try to boost up spirit her again by giving this verse, tapi aku takut ayat aku mungkin too harsh for her. Tapi niat aku satu je, untuk dia kembali refleksi diri dia. Untuk membutakan segala kekurangannya, dan kembali celik dengan kelebihannya. 



Aku tidak pandai memberi nasihat, lagi kan pulak bermadah pujangga. Apa yang aku tahu, aku hanya mampu berkongsi resepi kekuatan yang aku pegang selama ini. Baik dalam mengharungi segala bentuk ujian mahupun motivasi diri, yang kadang-kadang aku sendiri rebah dalam timbunan kata-kata positif yang aku cuba bentengkan dalam diri aku.



Dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan? Nikmat yang paling besar dalam hidup kita, nikmat Iman dan nikmat Islam. Masya Allah. Yang tu paling tak terhitung besarnya. Kita lahir-lahir lagi membesar dalam Islam. Ada orang, sampai ke penghujung hidup dia pun masih tidak mendapat nikmat Islam. Tak ke nikmat namanya tu? Syukurlah. Allah memilih kita untuk merasai semua itu sedari lahir lagi.



Tiap kali aku rasa down, tiap kali aku rasa frust sebab tak dapat benda yang aku nak, ayat ni terus masuk dalam hati aku, menyucuk, pedih, tapi ada kebenarannya.



Ada orang kehilangan ibu bapanya sedari kecil,
Tapi kau masih berpeluang untuk tinggal bersama ibu bapamu sehingga kini.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang tidak mempunyai pendengan dan penglihatan yang baik,
Kamu lengkap semuanya walaupun mata sedikit rabun dan telinga yang tersumbat sedikit.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang sedang bertarung nyawa, ataupun menghidap asma sedari kecill sehingga susah untuk mereka bernafas,
Sedangkan kamu dengan selesanya menghirup udara segar setiap hari, tanpa perlu risaukan kesihatan kamu.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang hidupnya berbumbungkan langit, berlantaikan tanah, bermandikan hujan.
Dan kamu masih boleh lena diatas hamparan tilam tebal, beranginkan kipis elektrik dan beralaskan bantal.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Dan kembali menyoal diri kita sendiri, adakah segala benda yang kita dapat ini nikmat daripadaNya? 




Jika ya, alhamdulillah... ^.^,


Wednesday, September 16, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA 2015!









We're all like a piece of puzzle
Without one, a whole puzzle will be incomplete
Each of pieces got it's own color
But when they had blend together
They will produce a very beautiful puzzle
And they are
MALAYSIAN..



Happy Malaysia Day, Malaysian!

Tuesday, September 15, 2015

TUDUNG ALEENA YANG PENUH BERGAYA DARI ZALORA





Pejam celik-pejam celik dah nak dekat Raya Haji. Terasa begitu cepat masa belalu. Bagi anda-anda sekalian yang sedang sibuk bekerja ni lagi lah kan, mesti tak sedar raya dah nak dekat. Masa ni mula lah pening memikirkan baju apa yang nak dipakai pagi raya nanti. Nak tempah, tailor tak nak amik dah. Nak keluar pergi cari baju raya, rasa macam malaslah pulak kan since raya haji je. Tapi niat dihati tu nak laa jugak sedikit kelainan kali ni. Betul tak?



Takpa. Kali ni, why not kita ubah sedikit penampilan dan shopping style kita. Instead of raya kali ini kita berbaju baru, kita tukar dengan bertudung baru. Haa. Pakai je baju raya last year ke ataupun baju nikah pun boleh kalau rasa bersesuaian, cuma anda perlu gayakan sahaja dengan tudung baru. Barulah tampak fresh dan elegan sikit.



Ditambah pulak dengan pilihan tudung daripada koleksi terbaru Aleena tudung daripada Zalora, lagi lah berseri-seri dan trendy anda semua di hari raya ini. Confirm jiran-jiran mesti jealous punyalah bila tengok anda menggayakan koleksi tudung Aleena ni. Hiks!








Sebenarnya, tak hairanlah kalau koleksi tudung Aleena ini mendapat sambutan yang tinggi daripada pembeli kerana tudung Aleena ini diperbuat daripada materials yang bermutu tinggi. Haaa, bukan kain sebarangan ye yang diorang gunakan untuk koleksi tudung Aleena ni. Padanlah lah kesemua pilihan tudung yang terdapat dapat koleksi ini nampak stylish dan eksklusif belaka!






Tapi kan, nampak dalam gambar ni cam shawl je, ahkak tak reti laa nak pakai shawl belit-belit ni dik. Akakkk! Jangan takut kak. Untuk koleksi tudung Aleena ni, demi untuk menjadikan geng-geng kita ni (#gengtakretipakaishawl) bergaya, diorang ada publish instant shawl under Aleena untuk kita. Haa terharu takk? *kesat air mata*. So tak payah nak pening-pening download tutorial “how to belit shawl dalam masa 1 minit di pagi raya” kat youtube nanti. Hehhee. Efisyen tak diorang? Kalau tak nak shawl, bawal pun ada untuk kita-kita yang #gengpakaitudungbawal ni. Siapa kata susah nak jadi stylish di zaman IT ni. Semua tu di hujung jari kita je. *winking*






So amacam? Nice kan macam ni. Tak payah nak pening-pening serabut-serabut pi Jalan TAR segala semata-mata nak cari tudung. Dah dah. Pi bukak laptop ka PC ka, pi kat website Zalora, search bahagian Women > Pakaian Tradisional > Hijab > then jumpa laa koleksi tudung Aleena. Pilih yang mana korang berkenanan, do the payment, then tunggu jela koleksi tudung Aleena korang sampai kat depan muka pintu rumah korang! Yeayyy!!



Then, what are you waiting for? Seranglah Zalora sekarang!! Raya Haji minggu depan dah ni uolsss!!! J

Friday, September 11, 2015

FREEBIE : ENGLISH IS FUN








A freebie for any teachers or students or anyone lah yang tengah cari material untuk English week ke apa ke. Feel free to save it! Hehehe.



Teha lah puncanya. Aritu dia mintak tolong aku bagi idea untuk student dia buat poster. Dah kebetulan masa tu aku baru nak bukak laptop, aku pun draf laa sket-sket. Aku pun takde idea gak masa dia kata macam tu sebenarnya. Hiks. Sebab tajuk yang dia bagi tu terlalu general. Tak specific sangat. Dalam otak aku dok imagine Oh My English! jela kan. 



So lepas godek-godek, jadilah a simple poster. Sesuai laa untuk primary school i think. Mihmihmih. 



Aaa dah alang-alang tu mana-mana cikgu yang nak kite designkan poster ke jadual waktu ke banner selamat datang ke sifir ke ape ke, boleh laa contact kita kat sini;





#sharingiscaring uols!!

Tuesday, September 8, 2015

INVESTIGATE TWICE BEFORE VIRAL IT



Bak kata pepatah melayu, fikir dulu sebelum buang. Hahhaa. Tapi ni version lain sket. Pikir dulu sebelum post. Gitteww. Harap story aku ni dapat jadi pedoman dan iktibar untuk kita sebelum memuat naik sebarang status di media masa harapnya.


Alkisahnya semalam, ibu mintak tolong aku bukakkan penyata gaji dia. Aku pun google laa cari web site e-gaji. Mantappp gomen skang ni. Masa aku kecik-kecik dulu nengok ibu pakai slip je. La ni dah ada e-gaji. Aku rasa senang lagi macam ni. Bila nak statement, log in je. Tak payah nak simpan slip gaji tiap-tiap bulan pastu kena makan ngan anai-anai. 



Then dah bukak tu, tengah under maintenance pulak. So tak dapat laa nak tengok penyata gaji ibu tu kan. Takpelah kan. Tapinya, disebabkan aku ni ada OCD dalam bab-bab kesempurnaan ayat ni kan, aku terperasan satu benda dalam notification web site tu.






The word yang first sekali aku tangkap ialah word PENYENGGARAAN. Aku macam what da? Bukankah ianya suppost to be PENYELENGGARAAN instead of PENYENGGARAAN? How come website gov boleh salah benda kecik camni? Why u no check with DBP first before publish it to the public? Ni nak marah ni. 



Untuk make sure yang aku tak salah sangka, aku key in word PENYENGGARAAN ni dulu kat google. 







See what i found! told ya. Google pun betulkan ayat aku. Aku dah create ayat dah nak update kat moment We Chat. Huhuhu. Pastu tetiba terpikir nak check DBP lah bagi kuatkan lagi bukti aku ni. Aku pun google la DBP, cari kamus online, key in word tu. Sekali... hambik kauuuuu~







Memang wujud wording tu woihhhh rupanyaaa. Malunyaaaaa akuuuuu. Huhuhu. Sket lagi nak jadi viral. Hee. Nasib baik aku tak ikut kata hati sangat. Sebab tu orang tua-tua ada kata ikut kata binasa, ikut hati mati. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak upload buruk padahnya. Adehhh..



Why i'm so rigid dalam kesalahan bahasa macam ni? Sebabnya aku berada dalam dunia advertising sekarang ni. Dan aku sangat details dalam semua kerja-kerja aku. Sebab aku kena avoid salah eja dan yang sewaktu dengannya. Sehabis mungkin cuba. Of course kena details sebab nanti kalau banner atau signboard dah naik, dah pasang, sekali kau salah eja. Mana nak letak muka masa tu beb? Malu laa. 



So, anggaplah ini sebagai new lesson yang kita dapat tahu. Huhuhu. Jadinya kalau confuse macam ni, check dulu dengan DBP. Apa-apa pun, refer DBP first. Sebab sekarang ni ada certain word yang kita gunakan as bahasa pasar pun dah approved by DBP. Cuma kita je yang tak tahu. Yelah, dah lama tak tulis karangan kan? Hehehe



Be a wise internet user guys! Check first before post any comment. Jangan tamak sangat nak share je semua benda. :)



p/s : kalau nak check DBP online tu boleh terus ke link bawah ni.
http://prpm.dbp.gov.my/

Thursday, August 27, 2015

GIVEAWAY ANAK MERDEKA 2015!






Syarat-syarat penyertaan:
  1. Blogger Malaysia
  2. Follow Blog: Maria Firdz | Homemadesticker
  3. Follow Google + : +Maria Firdz  | +Firdzaus Mariah 
  4. Like page: Homemadesticker | Cetak Baju Ekspress
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Anak Merdeka 2015!"
  6. Copy BANNER di atas dan Backlink kan ke entry ini.
  7. Publish dan Tinggalkan URL Entry di kotak komen ENTRY INI.
Hadiah yang ditawarkan:
  • 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  • 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  • 1 custom sticker x 2 pemenang
  • 1 puzzle x 1 pemenang
  • 1 car stripe sticker x 2 pemenang
10 pemenang bertuah dicari!!!

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)




P/S : Tahniah kat diri sendiri sebab ini merupakan GA pertama yang aku join err since 2 tahun lepas lagi rasanya. Hahahaha. Okey done. Maghrib jom!

Sunday, August 16, 2015

#KEDSKETCH




Mai cheq mai cheq mai, haaa nin dia cheq nak promote #kedsketch ni. Padiaaa #kedsketch niiii? Haa. Ni laa akaun ig rasmi untuk blog ni dan jugak design label yang cheq tengah nak working out sekarang ni. So after this any job or design mahupun update daripada #kedsketch akan dipublish di ig ni. Hee. Sebelum ni cheq upload under personal ig account. La ni biaq semua tu synchronize under #kedskecth lak. 


Mai laa follow ig kami > kedsketch. Kami taw kami tak banyak follower lagi. Baru nak up ig ni jaa. Mai pakat bagi ramai-ramai kat ig kami noh? 


Jangan lupa follow kami!


kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch
kedsketch



Korang memang #jjang laaa!! ^T^

Friday, August 14, 2015

#ILLUSTRATOR TIPS : HOW TO PUT JAWI / ARABIC WORDING IN ILLUSTRATOR


Ekhemmm. Amboihhhh. Ilmu besar sikit jee dari bijik jagung ada hati nak bagi tips. Puihhh! Hahhaha. Takde la. Aku sedar ilmu aku ni tak laaa banyak mana, even aku sendiri pun still dalam learning process lagi. Cuma bila tadi bukak Nuffnang (gedik nauuuuu nak bukak, bukan tak taw berapa kupang ja yang ada dalam tu but still, well, aku dengan curiousity memang berpisah tiada. HAHHAHA), ternampak laaa satu keyword ni...




See keyword yang aku box kan tu? Wuuu. Aku penah go thru this experience masa kerja dulu. Saja jee google cari kot-kot laa ada contoh ka apa ka. Biasanya kalau yang request jawi ni mesti dari sekolah agama. Takpun dari parti politik yang memang kita taw depa berlandaskan Islam yang sebenar. Hehehe. Dah boleh baca dahhh jenis customer yang depa dapat ni. :D


Ada dua cara yang setakat ni aku taw yang boleh digunakan untuk memasukkan wording jawi kat dalam Ai ni. Kalau ada cara lain boleh drop comment kat sini sebab aku pun still in learning process lagi ni.


1. Image Tracing
2. Character Map


Okey yang biasa aku buat image tracing laa. Aku cakap awal-awal yang character map tu memang aku tak reti. Hahhahaa. so nanti jangan tanya aku camne nak buat. Aku saja mention sebab ex boss aku penah ajar aku dulu tapi aku dah lupa tapi segan nak tanya balik. Hahahhaa. Nilah contoh malu bertanya tak taw sampai ke sudah padan laaa ngan muka hang! :P



Okey back to our lesson. Mula-mula korang pi kat jawi converter. Aku biasa pakai yang ni,

http://www.ejawi.net/converterV2.php



Pastu type laa dalam rumi apa wording yang kau nak. Haaa kat sini bahaya sikit sebab kadang-kadang apa yang dia translate tu salah. So korang better double check dengan customer ejaan jawi tu sama tak dengan diorang bagi. Kalau tak sama, pandai-pandai laa kau ekjas kat belah rumi tu. 



Then dah type tu, convert. 



Dah dapat yang jawi, zoom in sehabis mana yang korang mampu. Macam aku ni sampai 500% aku zoom. Haaa ni untuk membolehkan bila korang trace wording tu, tak pecah.



Pastu print screen, paste kat Ai.



Next step, image trace laa. Amik high fidelity photo > expand > ungroup





Haa dah ungroup image tu boleh laa korang delete-delete apa yang tak patut. Buang-buang sisa-sisa kehidupan yang melekat kat font tu. Heee



Tapi nanti jangan lupa pulak. Untuk letter yang cam ada lubang tu contoh kat sini macam huruf wau tu, bila korang drag lubang kat dalam tu akan hilang. Don't worry. Just follow the step below.




So jadi laa wording jawi korang. :D







Ni antara sample design yang aku pernah buat dulu untuk bunting. Nama Sagumpal tu salah. Salah aku masa jawi kan sebab aku tulis Segumpal, bukannya Sagumpal. Hehehehe. Nasib baik cikgu tu tak perasan. :P



That's all for today. Please anyone yang taw kalau ada method lain untuk buat jawi ni boleh laa share-share kat sini ye. Kita sama-sama laa belajar. Hee. Okey?




Till we meet again. Adios!

Wednesday, July 29, 2015

EXPERIMENT SUCCESS!


yeayyyy!
success letak kufi assalamualaikum ni.
hee.
legaaa cheq rasa nohhh.
huhuhu.
nanti cheq upload banyak-banyak lagi selection color untuk kufi ni noh.
hee.
okey.
nak explore yang lain pulak.
sebab lepaih ni nak buat biz kat sini, blog kena laa kemas elok-elok noh.
baru orang senang nak mai.
hehehehe.
no more colorful. 
pasni iols main satu dua kaler je ek.
tak itam, kelabu.
tak kelabu, putih.
hanya gambaq jaa yang berkaler.
okey?
hehehehe..
cheq mintak diri dulu noh..
adiosss..


p/s : lepaih ni kita tengok tuto untuk sign pulak. :P

ASSALAMUALAIKUM KUFI




test.. test.. aku sebenarnya nak tukaq Assalamualaikum yang selama ni jadi pemula bicara kat atas ni. dari salam rumi kepada kufi. hehehe. aku follow tuto tapi tak jadi-jadi. tak taw laa kot url untuk gambaq ni kat photo bucket tu yang lari.. hmmm

takpe la. apa-apa hal pun, let me try first. heee. dah dapat nanti aku share eh.. J



#blogunderrenovate

Sunday, July 26, 2015

JANJI

Okey aku janji esok aku akan up satu entry. Sorry uols i letih sangat arini. Letih buat persiapan untuk rombongan yang datang untuk menyunting bunga di tepi kolam paras dada itik. Hahahhaa. Nyte!

Thursday, July 2, 2015

MY JULY

uikss??

it's july finally. huarghhhh. diam tak diam dah nak masuk half ramadhan dah ek. dan aku sikittttttt pun takde wish kat reader aku happy ramadhan. adehhh. so, tak terlambat lagi aku rasa untuk ucap, 




hee. sekejap jee kan? dah masuk july. hailaaa. genap 1 july ni la jugak, aku menjadi penganggur balik. kelmarin last day laa aku keje. alaaaa kenapa berenti kejeee? susah taw nak dapat keje zaman laa ni. pulak tu keje dok kat umah lak tu. hee. i have my very own personal reason kenapa aku resign. dan aku rasa tak perlu lah aku state reason tu kat sini. maybe aku boleh katakan yang aku nak cari pengalaman baru kat dunia luar mungkin? hahahahaha. poyo giler kan ayat? 

tapi tulah kan. bila dah resign ni jenuh pulak pikir nak keje ape pasni. adehhh. aku terpikir gak nak bukak bisnes sendiri tapi ilmu di dada ni cam paras dada itik je. hewhewhew. ntah mampu ke idok. tapi kan, kalau tak cuba tak taw kan? tapi tadi ade table talk ngan member aku, tetiba datang courage pulak untuk run my own business. hmmm. tak sia-sia iftar kat luar malam ni. hehehe

what ever it is, aku ingat nak amik masa ni, before raya ni, untuk pikir dalam-dalam, masak-masak, untuk future career aku. hmmm. berat nihhh. :P

so buat sementara waktu ni, aku ingat nak cari duit raya sket via blog. aku nak open service untuk design. aku akan mengambil online order untuk design bunting, banner, sticker label dan business card. design only yeee. so untuk sebarang pertanyaan regarding price and services, don't hesitate to whatsapp/message/telegram me at 017-963 1422. 

p/s : lagi dua tiga hari aku up kan sample ek? :)

Sunday, May 31, 2015

MAY 2015

Pukul 11.59 malam ni merupakan detik terakhir untuk bulan Mei ini.
Sejujurnya, aku sangat rapuh pada bulan ini.
Bulan ini banyak kali tekanan darah aku di uji.
Acap kali aku memicit kepala
Dan
Bergelen air mata keluar tanpa sempat ditadah.
1001 perkara yang terjadi.
Baik dari segi kerjaya, keluarga mahupun cinta.
Pernah terdetik dalam fikiran aku
Alangkah bahagianya kalau aku dapat lari
Pergi ke ceruk dunia dimana binatang pun tidak mengenali aku
Dan biarkan saja aku mereput disana dimamah usia dan masalah
Namun syukur Tuhan masih bekalkan aku sedikit kekuatan.
Untuk aku kekal berdiri
Di tapak di mana aku berdiri kini.

May
Selamat tinggal derita.

Sunday, March 29, 2015

KEPUTUSAN

Pada saat ini,
Tikanya ini
Aku ingin memutuskan
Bahawa sesungguhnya aku ingin berhenti
Berhenti berlari
Berhenti dari larian yang entah kemana garisan penamatnya
Larian yang aku sendiri tak tak tahu arah tujunya

Sudah lah tu
Sudah sudah berlari
Beberapa RnR berlalu pun
Tak membawa erti bagi aku lagi

Penat tahu tak
Penat sangat berlari
Bergelen air diteguk
Penat tetap bermukim dihati

Lalu aku putuskan
Tiada lagi larian selepas ini
Walaupun ganjaran disua dimuka
Namun aku sudah tidak berminat lagi

Apa yang kau fikir tentang aku?
Seketul robot yang tidak pernah tahu erti penat jerih?
Ataupun boneka yang boleh tersenyum sahaja?
Kau silap
Aku adalah manusia
Yang sampai tempoh waktunya
Rasa itu boleh mati sendiri...

Sunday, March 22, 2015

FLY AWAYYYY..


uikss??

i wish i could have a pair of wings
so i could fly when the blood start to get high

i wish i could have a pair of wings
so i can be higher than the mountains
fly over the sea
and run from the South Pole to North Pole

but having a pair of wings will cure nothing
scars remain as scars
as my heart become more painful than usual

now, i don't want to wish to have a pair of wings anymore
i need to have courage much better than those wings
hiks!

i'm planting a courage rite now.
let it grow bigger and bigger
and will have a cup of tea
under my shady courage
that's all my plan for this moment





p/s: we only live once. let's enjoy it to the fullest. He knows the best for you. i believe on Him. and you? :)

Wednesday, March 11, 2015

JOB : WEDDING BACKDROP


uikss??

yeah babeh. i'm backkkk! alahai Afiqah. jangan nak merungut laa bila tengok duit nuffnang tak naik-naik. tengok entry jee dah taww yang kau takkan lepas nak cash out even 5 tahun depan kalau dok banyak submerge than floating. wah! hahahaha

hai kengkorang semua. missed me? heee. sorry lah yek. banyak sangat kejenye. especially dari sekolah-sekolah. mana dengan order jadualnya, pastu masuk musim nilam, then minggu anti dadah. hah minggu ni punya cite banner mesyuarat PIBG. fuh! packed-packed. 

tapi dalam job yang packed tu, aku ada 1 job yang aku suka. hee. nak taw? jap ea. nak upload gambar. :)






tadaaa! backdrop kawen uolsss. hehehehe. syok laa pulak buat benda ni. walaupun at first aku rasa cam stress sangat sebab kering idea nak create cemana. hee. lari sket dari kebiasaan yang orang buat which is background dia blackboard. bukan tak boleh buat design background blackboard, boleh je cuma printing jadik tak lawa sebab bukan 100% black kan. :D

musim dia dah sekarang ni. since blog aku pun dah lama tenggelam, try up entry traffic sket. hehehehe. well, untuk you guys yang berada di temerloh dan sekitarnya, nak buat backdrop camni, tak taw hala tuju? jangan risau, sila kunjungi ke pusat printing nombor 1 di temerloh, MEGA PRIMA SIGNCRAFT. location, depan kuil hindu, bersebelahan dengan kedai nasi ayam penyet ambia dan juga kedai perabot j&j. hee. datang bawak idea je, kami setelkan semua. harga boleh runding mengikut kesesuaian budget. so apa tunggu lagi? grab the chances now!

any inquires, do not hesitate to email us at : megaprimasigncraft@gmail.com

till then, tataaaa~~

p/s : nak main keyword lah pasni. :P