#ILLUSTRATOR TIPS : HOW TO PUT JAWI / ARABIC WORDING IN ILLUSTRATOR
Ekhemmm. Amboihhhh. Ilmu besar sikit jee dari bijik jagung ada hati nak bagi tips. Puihhh! Hahhaha. Takde la. Aku sedar ilmu aku ni tak laaa banyak mana, even aku sendiri pun still dalam learning process lagi. Cuma bila tadi bukak Nuffnang (gedik nauuuuu nak bukak, bukan tak taw berapa kupang ja yang ada dalam tu but still, well, aku dengan curiousity memang berpisah tiada. HAHHAHA), ternampak laaa satu keyword ni...
See keyword yang aku box kan tu? Wuuu. Aku penah go thru this experience masa kerja dulu. Saja jee google cari kot-kot laa ada contoh ka apa ka. Biasanya kalau yang request jawi ni mesti dari sekolah agama. Takpun dari parti politik yang memang kita taw depa berlandaskan Islam yang sebenar. Hehehe. Dah boleh baca dahhh jenis customer yang depa dapat ni. :D
Ada dua cara yang setakat ni aku taw yang boleh digunakan untuk memasukkan wording jawi kat dalam Ai ni. Kalau ada cara lain boleh drop comment kat sini sebab aku pun still in learning process lagi ni.
1. Image Tracing
2. Character Map
Okey yang biasa aku buat image tracing laa. Aku cakap awal-awal yang character map tu memang aku tak reti. Hahhahaa. so nanti jangan tanya aku camne nak buat. Aku saja mention sebab ex boss aku penah ajar aku dulu tapi aku dah lupa tapi segan nak tanya balik. Hahahhaa. Nilah contoh malu bertanya tak taw sampai ke sudah padan laaa ngan muka hang! :P
Okey back to our lesson. Mula-mula korang pi kat jawi converter. Aku biasa pakai yang ni,
http://www.ejawi.net/converterV2.php
Pastu type laa dalam rumi apa wording yang kau nak. Haaa kat sini bahaya sikit sebab kadang-kadang apa yang dia translate tu salah. So korang better double check dengan customer ejaan jawi tu sama tak dengan diorang bagi. Kalau tak sama, pandai-pandai laa kau ekjas kat belah rumi tu.
Then dah type tu, convert.
Dah dapat yang jawi, zoom in sehabis mana yang korang mampu. Macam aku ni sampai 500% aku zoom. Haaa ni untuk membolehkan bila korang trace wording tu, tak pecah.
Pastu print screen, paste kat Ai.
Next step, image trace laa. Amik high fidelity photo > expand > ungroup
Haa dah ungroup image tu boleh laa korang delete-delete apa yang tak patut. Buang-buang sisa-sisa kehidupan yang melekat kat font tu. Heee
Tapi nanti jangan lupa pulak. Untuk letter yang cam ada lubang tu contoh kat sini macam huruf wau tu, bila korang drag lubang kat dalam tu akan hilang. Don't worry. Just follow the step below.
So jadi laa wording jawi korang. :D
Ni antara sample design yang aku pernah buat dulu untuk bunting. Nama Sagumpal tu salah. Salah aku masa jawi kan sebab aku tulis Segumpal, bukannya Sagumpal. Hehehehe. Nasib baik cikgu tu tak perasan. :P
That's all for today. Please anyone yang taw kalau ada method lain untuk buat jawi ni boleh laa share-share kat sini ye. Kita sama-sama laa belajar. Hee. Okey?
Till we meet again. Adios!
Hi, any idea about mcm mana nk tulis surah2?
ReplyDeleteHi back. Saya tak pernah buat surah panjang-panjang. Mostly alfatihah & doa. Yang tu pun saya buat method yang sama kecuali kalau dah trace tapi font dia pecah, so saya write per huruf kat word, enlarge sebesar mungkin dan trace semula. Tanda baris semua tu pun macam tu jugak. Agak leceh nak buat yang tu tapi hasil dia puas hati laa.
Delete