Friday, September 6, 2013

MY HELLO KITTY CHARM'S STORY


uikss??

start dari awal julai aritu, 7E ada offer hello kitty charm kat customer diorang. dengan syarat, korang kena kumpul sticker yang akan diberikan sekiranya korang spend more than 5 ringgit kat mana-mana store 7E yang berkenaan. untuk 20 sticker, korang boleh redeem 1 hello kitty charm. waaa~ kiut kan?



aku ekceli agak suka la hello kitty ni. tapi takde laa obses sangat. berminat laa nak kumpul charm ni tapi since masa tu aku rase cam impossible je nak collect sticker ni, so aku ignore je laa.

sampai la masa aku balik dari puncak alam hujung bulan julai aritu, aku singgah kat mana punya petronas ntah yang ada 7E kat situ. masa aku bayar tu cashier dia offer kat aku sticker hello kitty. dia bagi aku 4 stickers skali. waaa. ini sudah bagus. dah alang-alang aku dapat 4 stickers tu, aku pun decide laa nak kumpul banyak-banyak sticker pastu redeem charm tu.

aku ade baca terms and condition kat belakang card tu. mengikut pahaman aku, 20 stickers dapat 1 charm hello kitty. 10 stickers pun boleh redeem charm jugak tapi kena add on lagi RM3.90 laa. 

so, my strategy is untuk collect 2 charms sekaligus. maksudnya kat sini aku collect 20 stickers, tapi aku tebus 10, 10. ada paham? heee. kekonon nak buat pandai laa. tambah lagi dua kali RM3.90 aku dah boleh dapat 2 charms.

namun begitu, aku terlepas pandang satu terms ni. kat card tu dia ada mention yang card tu tak boleh dipotong mahupun dipisahkan. dan aku pulak dah tepek siap 20 stickers kat satu card tu. suppostly aku kena amik card lain dan hantar 2 cards untuk redeem 10 stickers setiap satu. 

dannnnnn.................

aku baru realize benda tu kat kaunter. masa aku nak redeem kekononnye laa 2 charms sekaligus. pfttt--

nak buat camne. silap aku gak tak tanya syarat-syarat diorang betul-betul.

maka, dapatlah diri ku ini menebus satu charm hello kitty ini sahaja. 




tadaaa! walaupun satu, ianya sangat berharga taw. sebab penat lelah mengumpul sticker tu tak boleh blah hoi. siap kawan ibu yakni cikgu sekolah rendah aku tolong kumpulkan sekali. kau hadooo? :D

kepada sesiapa yang berkenan dengan charm ni, kalau korang banyak duit, cecepat laa serbu mana-mana store 7E yang berkenaan sebelum 8hb ni. sebab tu last date diorang issue sticker ni. tapi korang boleh redeem sticker tu before 15hb ni. dan, jangan lupa tanya kaunter kalau korang tak paham mana-mana terms and condition yang diorang bagi. jangan menyesal cam aku ni sudah lah yek. 


all the best!


p/s : thank you sooo much for my new purse. i do love you. eh, silap. i'm lovin it. :)

p/s/s : entry ini tidak langsung sama sekali mendapat tajaan daripada 7E. harap maklum.


[ked's sketching]

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comments here! :)