Showing posts with label *kisah si anas*. Show all posts
Showing posts with label *kisah si anas*. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

HAPPY HAPPY UOLSSS!

uikss??


2 oktober 2013.
kalau tengok fb berduyun friends yang sama birthday ngan anas.
heee. 
so, happy birthdayy my lil bro!
anas dah 11 tahun. next year nak amik UPSR kan?

eh, blogger kak atie ngan kak nasha pun sambut birthday arini gak.
selamat hari jadi akak-akak sekalian.
satu kebetulan lagi, dua-dua sambut ulang tahun kali ni dengan anak kecil dalam perut. 
heee. boleh lee sambut birthday dengan si kecik sama-sama ea.
semoga semuanya selamat sahaja.
aminnn.



p/s : dah kenapa sketch kat onemotion.com ni takleh nak save lak? terpaksa laa print screen nak dapatkan gambar ni. pfftt. sorry wahai ahkak-ahkak sekalian. ni second design. first design lagi chantique dari ni tadi saye TERreload. makanya ia tak save pastu kena buat baru. heee.



[ked's sketching]

Wednesday, December 26, 2012

KISAH SI ANAS : PENGARUH HOME ALONE


uikss??

siapa tengok tv2 semalam? kan sempena krismas plus school holiday, diorang ada tayangkan cerita home alone 3. dah banyak kali dah aku tengok home alone tu. yang 3 saje dah 2,3 kali gitu. huhuhu. tapi kali ni tengok ngan adik-adik. barulah rasa meriah sikit yedak? 


kan dalam cerita tu alex si budak kecik yang bukan main bijaknya tu pasang banyak trick kat rumah dia kan? aku punyeeee lah kagumnya dengan dia. sambil terpikir, wujud tak agak-agaknya budak selicik tu kat dalam dunia ni. hmmmm..

dah habis cerita tu, aku pun bukak la laptop. dengan niat nak online lah kan. tengah syok-syok online fb ni, tetiba anas panggil kaku masuk dalam bilik dia. aku pun tanyalah kenapa. malas nak layan sebenarnya. dia pun kata, ade la. aku tanya lagi, ade la tu jugak jawapan dia. dek sebab stress dok paksa aku masuk bilik dia sampai kering air liur dia, aku pun masuk la.

anas masuk dulu. pintu bilik dia dah terbukak sikit masa tu. dia suruh aku tolak pintu tu lagi. aku pun tolak la. sekali dia kata, " alaaaa. tak jadi ". aku pun musykil, apa yang tak jadinya? anas suruh aku pandang atas pintu tu.

sekali bila aku pandang....


cheh. ni mesti feeling-feeling nak buat trick cam dalam home alone la tu. hai, tak payah la anas. nak buat trick pun bagi taw aku dulu benda tu kat mana, sekian sekian. aduyai~ terpengaruh jugak dengan tv adik aku ni. epic fail sungguh laaa..


semalam shopping barang-barang sekolah budak-budak ni. anas berkenan kat satu beg ni. aku pun berkenan gak kat beg tu. tapi kat beg tu ada gambar bunga. aku tanya anas, takpe ke beli beg ni? ada bunga ni.

then, the anas said, takpe. sebab dalam ni dapat beg lagi satu. LOL! good boy anas. akhirnya anas memahami jugak concept buy one free one. hihihi


[ked's sketching]

Monday, October 29, 2012

KISAH SI ANAS : SENGAL!

uikss??

kesengalan anas makin ketara dari hari ke hari. aku rasa kalau ada maharaja lawak mega version kanak-kanak, mau jugak aku pi letak nama anas ni kat astro. grrr~! 


cheritera 1

" anas, tolong amik kan kak long bulu ayam kejap. "
" alah, malas lah nak pergi rumah wek. "
" lah, kejadahnya suruh amik bulu ayam sampai kena pergi rumah wek? "
" yelah. kak long mintak bulu ayam. rumah kita mana ada ayam. kan dekat rumah wek je yang ada ayam. "

tu baru satu story. sabar adorable afiqah. sabar. 



cheritera 2

" anas! kan kak long suruh angkat kain baju tu. kenapa tak angkat-angkat lagi ni? "
" anas dah angkat dah laaa. cantik sikit. "
" abis tu, ni siapa punya? kak long? "
" tu anas punya. "
" dah tu, kenapa tak angkat? "
" dah kak long suruh anas angkat baju je kan tadi. yang tu seluar. "

amacam? sengal tak adik kite? hahaha. tolong uols. tolong adjust anas masuk maharaja lawak mega boleh? hiks!

balik rumah ni, dah berbekas dah dahi aku. mana taknya, dok layan kesengalan anas ni sambil tepuk-tepuk dahi. hai anas, anas.   >.<


[ked's sketching]

Wednesday, August 22, 2012

RAYA KETIGA BERSAMA KANG GARY


uikss??

raya ketiga baru beraya? what theee? hahaha. percaya tak baru semalam aku keluar dari rumah pergi beraya. tu pun rumah kawan-kawan ibu. tu pun sebab semua buat open house. makan satay dengan briyani. sedap wooo~



dan raya ketiga ni lah baru ada gambar raya aku dengan adik-adik aku semua. masa raya hari tu kan tak sempat nak snap apa-apa. time ni lah nak balas dendam. hahaha

eh eh. lupa pulak. kat sana kan, aku jumpa kang gary! ala, gary running man tu la. gary mana lagi. jangan tak taw tahun ni gary raya kat malaysia taw. kat temerloh lagi tu. hewhewhew.


ehem ehem. mesti korang tak percaya kan? don't worry. aku sempat snap la beberapa ketul gambar dengan gary. nah, tengoklah.




hehehe. this is my gary! aku baru perasan yang muka anas ni ada iras-iras gary sikit. oh anas, nanti dah besar kak long register anas masuk running man 2022. ekeke. siapa nak autograph boleh la jumpa aku, PA anas. peace! >.< 


p/s : hari ni raya ke rumah kawan tadika. yippie!


[ked's sketching]

Monday, July 23, 2012

KISAH SI ANAS : FOOD POISONING DI AWAL RAMADHAN


uikss??

dah lama kan aku tak story mory pasal adik bongsu aku ni iaitu anas. last entry pasal dia rabun bulan januari lepas. bukan takde cerita hot pasal dia ni tapi aku yang malas nak tulis. hahahhaa

kali ni, aku nak cerita pasal anas berpuasa pulak. actually, anas dah start berpuasa penuh masa darjah dua lagi. sekarang ni dia darjah empat dah. first day puasa, kebetulan cousin aku balik, dia pun bawak la anas dengan ammar pergi cari juadah berbuka kat bazar ramadhan. kitorang tak tahu pun sebab diorang kat rumah nenek aku masa tu. tahu-tahu je cousin aku hantar diorang balik dengan seplastik penuh makanan. 

aku tengok la apa diorang beli. ice blended sorang satu dengan nasik ayam 2 bungkus. okey. aku nak tengok habis ke tak nanti sebab ibu aku sendiri dah masak. ibu aku masak kuey teow je hari tu.

anas : anas nak makan kuey teow dulu, pastu nak makan nasik ayam, pastu nak makan coklat, pastu nak makan calsium.
ibu : makan satu-satu dulu. karang tak habis.

dan, masuklah waktu berbuka puasa. anas dah cedok kuey teow awal-awal lagi dah. lepas habis tu, dia tambah lagi. lepas tu, dia bukak la bungkusan nasik ayam dia tu. ibu aku awal-awal dah pesan, ambil pinggan lain asingkan nasik tu. kitorang tahu dia takkan habis makan sebungkus nasik ayam tu sebab anas ni kalau makan nasik, nasik 3 sudu, lauk yang penuh. lauk dah habis, nasik tak habis lagi. 


tengok dia makan tu, aku pun teringin la nak rasa jugak kan. aku pun tarik la polistrene yang dia dah asingkan nasik tu untuk merasa. then, aku cari sup. mana la pulak sup ni? guess what? anas pergi curah semua sup tu kat dalam nasik tu dulu baru la dia asingkan nasik tu. aduyai anas oiii~ orang suruh awak asingkan tu sebab nasik tu boleh orang lain makan nanti. ni tak, nasik dah berendam dengan sup, kenalah habiskan on the spot jugak. kalau tak kembang la nanti. =.="

hari kedua pulak, macam biasa masa berbuka. macam-macam la budak tu sumbat dalam perut dia. macam tak kenyang-kenyang makan. tambah pulak ada durian semalam. nyum nyum nyum. malam tu pulak, sempat lagi dia makan coklat dan tibai sekeping roti betul-betul before dia tidur sebab lepas je dia habis makan roti tu dia terus tertidur.

pagi tadi, bila bangun sahur, aku pelik la kenapa ibu tak kejut anas. macam biarkan anas terus lena je. rupa-rupanya, anas muntah-muntah dah tadi. even masa kitorang sahur tadi pun dia bangun untuk muntah. ibu aku kata, tulah. makan bercampur lagi. ayah aku kata, makanan dalam perut anas tu berperang. tu yang jadi macam tu.


makanya, bergembiralah anas menonton tv kat rumah arini sebab ibu tak bagi dia pergi sekolah arini. hai~ enjoylah awak kat rumah yea anas.

" anas, awak puasa tak arini? "
" puasa. "

ouh, that's my boy!


[ked's sketching]

Saturday, January 28, 2012

KISAH SI ANAS : ANAS RABUN!!


uikss??

happy saturday peeps! dah lame kan aku tak post pasal adik bongsu bertuah aku, si anas ni hah. anas cam bese la. sifat lurus teramat die tu selalu memeriahkan keluarga kami. dan baru-baru ni, aku terkejut bile ibu kate, anas dah rabun!


rabun? oh tidakkkkk! anas mude lagi. tak masuk pon 10 tahun lagi. takkan dah rabun dah? lam adik beradik kitorang, aku ngan de aku je yang rabun. tu pon mase dah masuk skolah menengah. ni anas? tak dapat aku imagine la camne.

ibu start discover pon mase cikgu skolah anas la yang cakap kat die. cikgu tu kate, anas ni bile nak salin something kat papan hitam, mesti die ke depan. so, cikgu die assume yang die ni tak nampak la.

then, petang semalam kitorang bawak la anas gi kedai spec. check mate die. and, surprisingly, anas memang rabun. nak taw power die berape? kanan 100, silau 50. kiri 175! banyak giler! dah same ngan power spec aku dah anas ooi!


kompem da la anas kena pakai spec pasni. huhu. aishh. anas, anas. alangkan beg skolah die pon letak merate, pastu cari-cari pon tak jumpe, ni pulak nak jage spec ni hah. aduyai

komen anas pas pakai spec tu : bapok terangnye anas nampok!

see, die rabun tapi die tak taw yang die tu rabun. budak-budak kan. mane la nak taw rabun tu ape. so, aku punye suggestion kalau korang ade adik baye anas ni hah, bawak-bawak la gi check mate diorang. mane taw kot-kot rabun. hihihi

[ked's sketching]

Friday, August 5, 2011

KISAH SI ANAS : KOREK TELINGA BATAL PUASA LAAA

uikss??






haaa, kisah kali ni berlaku pas sahur tadi. arini anas ade kelas seni kat skolah. kali ni, cikgu die ade kasi projek ape tah sampai die dok sebok-sebok cari water colour kat umah. seb bek ade.  oke, water colour done! pastu, cari brush lak. godek-godek barang kak ngah die, jumpe la. brush done! the third one yang jadi issue pastu;


ANAS : kak long, pengorek telinge mane?
KED : eh anas, mane boleh korek telinge laaa. BATAL POSE TU NANTI ! 
ANAS : anas bukan nak korek telinge, anas nak bawak gi skolah. cikgu nak.
KED : oooo. yang cikgu anas nak tu bukannye pengorek telinge, tapi putik kapas. umah kite mane ade putik kapas nas oooiii.
ANAS : tak lah kak long. cikgu anas kate die nak pengorek telinge! bukan putik kapas!


adeh. tak reti aku nak explain beze putik kapas ngan pengorek telinge tu. nak wat camne, kat umah aku pakai pengorek telinge yang besi tu. tu yang die imagine camtu.




tapi, yang sebenarnye cikgu die nak tu, macam ni,




kalau lah pengorek telinge besi tu yang cikgu anas nak, aku terbayangla camne die nak wat projek seni die pakai mende tu. tolong imagine skali ngan aku pleaseee.




eh eh. tak kan lah pulak kan? http://www.emocutez.com 


digital word sketching by ked

Saturday, July 30, 2011

KISAH SI ANAS : JUJUR SANGAT LA PULAK

uikss??


tolonggggg!!! adik aku ahmad anas dah pandai nak bermadah-madah. hahaha. memang aku suspek la die! ternyata anas dah semakin membesar seiring dengan ekonomi negare. ngehngehngeh..






cite petang tadi lak,


IBU : nanti ibu kasi duit siap-siap esok awak kasi kat wan teh yea ammar?(wan teh ni yang aja budak-budak ni ngaji)
AMMAR : yea. 
KED : hah, esok lepas ngaji tu tak yah nak singgah mane-mane dah. tak yah nak gi umah wek. kang takde sape nak amik awak berdue lak. ayah bukan ade esok. (umah wek aku dekat ngan tempat diorang ngaji tu. slalunye pas ngaji diorang suke lepak sane)
ANAS : ayah gi mane?
IBU : ayah anta ibu la. esok ibu nak gi KL.



perggghhh. pastu anas bawak kelua 1 statement yang tak disangke-sangke.


ANAS : abes tu? sape nak jage kitorang?


wallaweh anas! syabas beta! anda dah berjaya berfikir sehingge ke tahap tu skali. well done bro!


IBU : laa. kak long kan ade. kak long jage la anas ngan ammar. anas kan dah besar. anas boleh dah jage diri sendiri. ke anas takut tinggal kat umah?
ANAS : tak lah. tak takut pon.
KED : kalau ibu bawak sume laptop gi ikot skali, anas takut tak dok umah?(ayat gaye banyak je laptop kat umah aku. muahahahaha)
ANAS : tak takut jugak.


aishhh. anas tak takut la plak. ini tak leh jadik ni. aku mesti cari jugak jalan macam mane nak takutkan die.


KED : haaa, katekanlah, mase anas tinggal sorang-sorang kat umah, tibe-tibe je takde elektrik, gelap je. mase tu kat luar hujan lebat, kilat sambung menyambung. anas takut tak mase tu?
ANAS : *angguk-angguk kepale*


ape lagi, bantai la kene gelak ngan aku dan ibu aku. mane taknye, jujur sangat anas ni pon! ingat dah matang dah tadi. penakut tu still ade lagi. aku ingat die nak defend lagi yang die tu tak penakut. hahahaha. kalau dah name anas tu kan, macam tu la. 


digital word sketching by ked

Wednesday, July 27, 2011

KISAH SI ANAS : ANAS BELI KUMBANG !!!

uikss??


haish. kalau ngan adek aku anas ni la kan, macam-macam siri dah aku leh wat kat blog aku ni. siri arini pulak, pasal kumbang.


arini la, balik dari skolah je, anas berkate kepada ku,


ANAS : kak long, kak long. anas beli kumbang kat skolah tadi.
KED : hah? kumbang? anas beli buat pe? kumbang ape?
ANAS : ni haa. kumbang ni. (die bawak keluar dari beg die lalu tunjuk kat aku)





KED : laaa. pin kumbang ni rupenye. eh anas, yang awak beli nak buat ape? selalunye pompuan jela yang pakai mende-mende macam ni. awak nak pakai macam mane.
ANAS : anas bagi la kak long pakai. (tengok tu, ade je alasan die). esok anas kena bawak rm 2.20 gi skolah. cikgu suruh.
KED : wat pe duit banyak-banyak tu?
ANAS : laaa. nak bayar duit kumbang tu la. cikgu suruh bayar esok.

KED : laaa, awak da taw awak takde duit, kenape beli jugak. hah, camne anas nak dapat rm 2.20 tu?
ANAS : anas mintak la kat kak long. kan anas bagi kumbang tu kat kak long.
KED : hampeh punye adik!! aku lak kene paw!!


digital word sketching by ked

Tuesday, July 26, 2011

KISAH SI ANAS : KANGGARU, DINASOR, BULU KUCING

uikss??


hai, adik aku anas ni memang klakar la. aku rase memang layak kot law aku wat cite pasal die ni. kali ni pasal dinasor lak. 




1st STORY

conversation ni berlaku mase kitorang on the way nak gi skolah adik aku, jannah tu kat pekan. 


ANAS : kak long, kak long. nak men game boleh? (sambil jeling-jeling phone aku)
KED : tak leh. kak long nak save battery ni. anas duduk je la diam-diam.

ANAS : (tarik muke muncong)(mate di julingkan)

beberapa minit kemudian


ANAS : kak long, kak long. ce tengok kat sane tu. ade dinasor laa. (sambil tunjuk kat luar tingkap kereta)
KED : manenye. takde pon. (penat gak aku tengok, tak nampak pon dinasor)
ANAS : laaa. tuuu. yang kat atas tuuu.

aku pon tengok la kat atas tu. bukan dinasor yang aku jumpe. rupe-rupenye.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




arggghhhh!!! kanggaru tunas manje tu die kate dinasor!! anas, anas...




2nd STORY

ade satu hari tu. kucing aku saket. aku bawak la die gi vet, gi check ape saket die kan. rupe-rupenye, die demam je. so, doktor pon kasi la ubat sapu-bau-cekelat tu untk sapu-sapu kat mulut die kasi bukak selera makan. kucing ni pon cam manusia gak. hilang selera makan mase demam. tapi, aku tak pon! demam tak demam belasah nasik same je! hahahahaha



dah tu, aku pon sapu la ubat tu kat mulut panky ni. panky ni name manje kucing aku tu. sedap agaknye, die pon jilat-jilat la sisa-sisa ubat tu kat mulut die. pastu panky ni jilat-jilat bulu die yang putih melepak tu. korang taw anas cakap ape?


" AGAKNYA DEKAT BULU PANKY ADE SUSU. SEBAB TU DIE JILAT-JILAT BULU DIE"

ya ampunnn!!! agaknye sebab bulu panky tu kaler putih cam susu, tu yang die ingat ade susu kat celah-celah bulu kucing tu. 

"ANAS, KUCING TU MANDI LA !!!!"

bace kisah anas ni lagi!!


digital word sketching by ked