Showing posts with label *famili*. Show all posts
Showing posts with label *famili*. Show all posts

Friday, February 22, 2013

PANGGILAN 1 PAGI


uikss??

pagi tadi, dalam pukul 1 macam tu. tengah aku nak lelap-lelap mata, tiba-tiba aku dapat call dari mak citam. mak citam ni mak sedara aku. aku pelik jugak laa kan. kenapa dia call aku pagi-pagi buta ni. 

" kak long, kejut ayah. aki sesak nafas ni. "

dengar je mak citam kata macam tu, terus mata yang dah ala-ala nak tutup tadi terus segar. cepat-cepat aku bangun, kejut ibu suruh panggil ayah. ayah pun cepat-cepat siap pergi hospital sekali.

dalam dok tunggu ayah balik tu, aku tertido. aku tersedar balik pun masa ayah ketuk pintu. ayah kata wek dengan aki kena tahan dekat wad. aki doktor diagnose kena serangan sakit jantung. wek pulak sebab terkejut tengok aki macam tu, terus rebah tak sedar diri.

ya Allah. berderau darah aku. petang tu baru je aku pergi lawat diorang. aki dengan wek elok je. paling tak percaya sekali aki kena sakit jantung. sebab aki tak pernah sakit pun. tak pernah tunjuk tanda-tanda yang dia ada sakit jantung. selalunya kalau dia sakit pun demam dengan sakit perut je. tu yang bila ayah bagitaw macam tu aku tak percaya.  


Ya Allah. Kau berikan lah kesihatan yang sempurna kepada wek dan akiku. sihatkan lah tubuh badan mereka supaya mereka dapat terus beribadat kepadaMu. ringan kan lah kesakitan mereka. berikan lah mereka kekuatan untuk melalui ujianMu ini ya Allah. panjangkanlah umur mereka kerana aku masih belum puas berbakti dengan mereka. berikanlah mereka kesempatan untuk merasa kesenangan dengan ku nanti. ya Allah. aku panjatkan doa kepadaMu. semoga Kau perkenankan doa ku yang satu ini ya Allah. Aminn aminn ya rabbal alamin.


[ked's sketching]

Sunday, February 17, 2013

KEMANISAN MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA


uikss??

pagi tadi, ayah beli kuih koci dekat pekan sari. then, balik tu, dia makan la sekali dengan ibu. suddenly, ayah suap kat aku kuih koci tu. aku tak minat sangat sebenarnya kuih tu, tapi dah ayah sua depan mulut. takkan nak tolak pulak kan? huhu

lepas suap tu, ayah pun kata, 

" kena layan kak long elok-elok ni, susah payah buat assignment ibu. "

then, ibu pun tambah.

" kalau kak long ikhlas tolong ibu, insya Allah, akan ada rezeki kak long lepas ni. ibu doakan kak long semoga dimurahkan rezeki. "

wuuu. nak nanges rase. still wondering apakah rezeki tu. hehhe. actually, aku tak harapkan apa-apa pun dari ibu. cukuplah ibu happy tengok hasil kerja aku. tu pun dah buat aku  rasa bahagia. 

terasa kemanisan hidup tu bila kita berjaya menggembirakan ibu bapa kita kan? aku tak boleh imagine kalau ada yang sanggup buang parents diorang demi ego sendiri. sejauh mana pun kita pergi, setinggi mana pun kejayaan yang kita kecapi, jangan kita lupa, tanpa mereka, siapalah kita. 

ada satu ayat yang aku jumpa, 


tak taw kenapa, tiap kali aku baca ayat ni, terus rasa sebak semacam. Masya Allah. begitu bermaknanya doa seorang ibu.

maka, gembirakanlah hati ibu bapa kita, sementara mereka masih wujud untuk tersenyum bahagia dengan apa yang kita telah berikan kepada mereka. walaupun sekadar sepotong ucapan seperti saya sayang ibu, saya sayang ayah!

p/s : semoga doa ibu dimakbulkan Allah. aminn. :)


[ked's sketching]

Tuesday, January 29, 2013

NAK MINTAK PENDAPAT AKAK-AKAK SEMUA


uikss??

bermulanya cuti sem maka bermula jugalah kerja aku sebagai DOMESTIC ENGINEER dekat company mak bapak aku. muahaha. jangan tak taw, parents aku ni boleh tahan kaya jugak sebab ada company sendiri. nak tengok tak company they ols?


tadaaa! ni lah companynya. hahaha. domestic engineer tu house wife la uols. kini, segala kerja mengemas, membasuh baju, melipat baju, memasak, mengajar adik membuat kerja rumah, semuanya di bahu aku. tapi takpe! demi menolong ibu tercinta, aku sanggup melakukan semua itu.

masuk bab masak memasak ni, sekarang ni kan, rumah aku dalam mood untuk mencari makanan yang sihat. so, ibu nak la cari pemanggang yang femes dalam tv tu, alah yang kaler merah boleh panggang semua benda tu. tadi aku belek-belek pamphlet avon, nampak diorang ada jual gak pemanggang tu.

lepas tu, ibu ada kata yang dia nak beli yang menang-menang tu.

" ibu tengok yang avon tu macam kecik je. ibu nak beli yang menang-menang tu lah. "
" menang-menang? "
" haah. yang macam kat dalam tv tu. "
" ibu, kalau nak tunggu menang yang kat dalam tv tu takde maknanya dapat. baik kita beli je terus kan senang. "
" bukan lah. maksud ibu, ibu nak beli pemanggang yang brand menang tu. ada kat kedai belah belakang KS Walk. "

pftt~ pemanggang yang kaler merah gambau ikan tu dari Menang Glassware rupanya. 


yang ni femes jugak la. manjang aku tengok kat tv. hah, maka, di kesempatan ini, saye ingin bertanya kepada akak-akak pembaca blog ni sekalian. disebalik lambakkan pemanggang ni, yang mana satu paling elok ea? yang Menang Glassware ni okey tak? kalau okey, saye nak paksa ibu saye beli. hehee. ke ada brand lain yang lagi okey? nak taw feedback kalau ada yang dah beli. bukan apa, alah membeli, biarlah menang memakai kan?

meh kite share-share pasal pemanggang ni kat sini. :)


[ked's sketching]

Thursday, January 24, 2013

AWAS! INI AMARAN KERAS!


uikss??

i'm homeee! yeay kampung pangsenam, here i am! weee~ happynya dapat balik rumah sendiri. hey, rumah tu sorga donia taw tak. hekhekhek

rindu dekat ibu, rindu dekat ayah, rindu dekat adik-adik, rindu dekat oyen, mimi dengan panky, rindu dekat kebun getah, rindu kat semua lah.

tapi, bila balik-balik, jumpa notis ni tertampal dekat wall ruang tamu.


muahaha. kelakar sungguh. patutlah aku balik-balik tengok rumah kemas je. cam musykil pulak dengan adik-adik aku yang tak buat sepah langsung tu. warning yang atas tu angah aku yang tulis. yang kat bawah tu, ayah tulis kat belakang note tu tadi. ekeke

cute tak my family? love them! XOXO

p/s : angah baru balik. dia membebel rumah bersepah sebab penuh dengan barang aku dengan de. hahahaha. pekakkan telinga jeeee. :P


[ked's sketching]

Wednesday, December 26, 2012

KISAH SI ANAS : PENGARUH HOME ALONE


uikss??

siapa tengok tv2 semalam? kan sempena krismas plus school holiday, diorang ada tayangkan cerita home alone 3. dah banyak kali dah aku tengok home alone tu. yang 3 saje dah 2,3 kali gitu. huhuhu. tapi kali ni tengok ngan adik-adik. barulah rasa meriah sikit yedak? 


kan dalam cerita tu alex si budak kecik yang bukan main bijaknya tu pasang banyak trick kat rumah dia kan? aku punyeeee lah kagumnya dengan dia. sambil terpikir, wujud tak agak-agaknya budak selicik tu kat dalam dunia ni. hmmmm..

dah habis cerita tu, aku pun bukak la laptop. dengan niat nak online lah kan. tengah syok-syok online fb ni, tetiba anas panggil kaku masuk dalam bilik dia. aku pun tanyalah kenapa. malas nak layan sebenarnya. dia pun kata, ade la. aku tanya lagi, ade la tu jugak jawapan dia. dek sebab stress dok paksa aku masuk bilik dia sampai kering air liur dia, aku pun masuk la.

anas masuk dulu. pintu bilik dia dah terbukak sikit masa tu. dia suruh aku tolak pintu tu lagi. aku pun tolak la. sekali dia kata, " alaaaa. tak jadi ". aku pun musykil, apa yang tak jadinya? anas suruh aku pandang atas pintu tu.

sekali bila aku pandang....


cheh. ni mesti feeling-feeling nak buat trick cam dalam home alone la tu. hai, tak payah la anas. nak buat trick pun bagi taw aku dulu benda tu kat mana, sekian sekian. aduyai~ terpengaruh jugak dengan tv adik aku ni. epic fail sungguh laaa..


semalam shopping barang-barang sekolah budak-budak ni. anas berkenan kat satu beg ni. aku pun berkenan gak kat beg tu. tapi kat beg tu ada gambar bunga. aku tanya anas, takpe ke beli beg ni? ada bunga ni.

then, the anas said, takpe. sebab dalam ni dapat beg lagi satu. LOL! good boy anas. akhirnya anas memahami jugak concept buy one free one. hihihi


[ked's sketching]

Tuesday, October 30, 2012

LEGO TIME WITHOUT LEGOLAND


uikss??

ntah macam mana punyalah bosan semalam, tengok si anas dok sibuk-sibuk main lego, dengan aku-aku terjoin sekali. hukhukhuk. dari satu bentuk ke satu bentuk aku try buat. tak lama tu, datang ammar ngan luth join. pulak tu, de pun masuk jugak. last-last, semua cucu aki wi berganding bahu bermain lego. weee~

guess us! hohoho. 

luth dengan ammar tengah tekun nak buat garbage truck diorang.

taraaa! the garbage truck walaupun nampak cam oil tank je. huhu

anas with dancing man! makyung ke ni? ekeke

1. horse
2. garbage truck
3. dancing man a.k.a makyung man
4. tortoise
5. goat. embekkkk!

creative tak we ols? hahha. takde maknanya. actually lego set tu ada manual laa. tu yang reti buat semua benda ni. kalau tak, haram la nak jadi sampai ke tahap garbage truck tu. huhuuhu

untuk mama-mama kat kuar sana, boleh la beli kat anak-anak lego camni. boleh membantu dan menjana creativity mereka gittew. percayalah cakap aku, ni bukan takat budak-budak je main, dengan mak bapak budak pun join main sekali. ekeke

kalau ada anak-anak yang ajak pergi legoland, tak payah pening-pening kepala kumpul duit, beli lego camni, buat legoland sendiri kat umah. hewhewhew

next project, nak try buat bulldozer lah. nanti kalau menjadi, aku upload kat sini ea. hihihi


p/s : wahai si baju biru kite, ni lah lego kite! lego awak pulak camne? :P


[ked's sketching]

Monday, October 29, 2012

KISAH SI ANAS : SENGAL!

uikss??

kesengalan anas makin ketara dari hari ke hari. aku rasa kalau ada maharaja lawak mega version kanak-kanak, mau jugak aku pi letak nama anas ni kat astro. grrr~! 


cheritera 1

" anas, tolong amik kan kak long bulu ayam kejap. "
" alah, malas lah nak pergi rumah wek. "
" lah, kejadahnya suruh amik bulu ayam sampai kena pergi rumah wek? "
" yelah. kak long mintak bulu ayam. rumah kita mana ada ayam. kan dekat rumah wek je yang ada ayam. "

tu baru satu story. sabar adorable afiqah. sabar. 



cheritera 2

" anas! kan kak long suruh angkat kain baju tu. kenapa tak angkat-angkat lagi ni? "
" anas dah angkat dah laaa. cantik sikit. "
" abis tu, ni siapa punya? kak long? "
" tu anas punya. "
" dah tu, kenapa tak angkat? "
" dah kak long suruh anas angkat baju je kan tadi. yang tu seluar. "

amacam? sengal tak adik kite? hahaha. tolong uols. tolong adjust anas masuk maharaja lawak mega boleh? hiks!

balik rumah ni, dah berbekas dah dahi aku. mana taknya, dok layan kesengalan anas ni sambil tepuk-tepuk dahi. hai anas, anas.   >.<


[ked's sketching]

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT!

uikss??


aku rasa tepek gambaq tu pun dah cukup nak bagitaw hangpa pa dia yang aku nak tulih kat sini kan? hahaha. amacam loghat utagha aku? okey dak? tengah type sambil tengok gambaq melayu kat tv tiga nih. depa dok pakat cakap utagha, dengan aku-aku sekali terikut-ikut depa type lagu tu kat sini. hehehe. lagi pun, aku kan anak mami. lekat jugak la utagha tu sikit-sikit.

tu dia kemain dok gebang dekat blog pandai cakap utagha noh. cuba bagi cakap dengan si baju biru satgi mula la dok hek hek gelak habaq tak reti cakap. pirahhh!

cuttttt! dah jauh menyimpang dah ni. dari nak ucap selamat hari raya, dah membebel cakap utara pulak. ah sudah. cepat betul hilang fokus adorable afiqah ni ea. hekhekhek.

eh. kejap. aku cerita pasal apa tadi? hari raya kan? haaa. yelah tu. selamat hari raya! berhati-hati di jalan raya! >.<

p/s : amacam gambaq aku? ada macam feeling-feeling instagram tak? hahaha


[ked's sketching]

Wednesday, August 22, 2012

RAYA KETIGA BERSAMA KANG GARY


uikss??

raya ketiga baru beraya? what theee? hahaha. percaya tak baru semalam aku keluar dari rumah pergi beraya. tu pun rumah kawan-kawan ibu. tu pun sebab semua buat open house. makan satay dengan briyani. sedap wooo~



dan raya ketiga ni lah baru ada gambar raya aku dengan adik-adik aku semua. masa raya hari tu kan tak sempat nak snap apa-apa. time ni lah nak balas dendam. hahaha

eh eh. lupa pulak. kat sana kan, aku jumpa kang gary! ala, gary running man tu la. gary mana lagi. jangan tak taw tahun ni gary raya kat malaysia taw. kat temerloh lagi tu. hewhewhew.


ehem ehem. mesti korang tak percaya kan? don't worry. aku sempat snap la beberapa ketul gambar dengan gary. nah, tengoklah.




hehehe. this is my gary! aku baru perasan yang muka anas ni ada iras-iras gary sikit. oh anas, nanti dah besar kak long register anas masuk running man 2022. ekeke. siapa nak autograph boleh la jumpa aku, PA anas. peace! >.< 


p/s : hari ni raya ke rumah kawan tadika. yippie!


[ked's sketching]

Monday, August 20, 2012

AMANAT HARI RAYA 2012


uikss??

haaa.. tengah buat apa tu korang? melantak ketupat ke? nyum nyum nyum. sedapnyaaaa! aku kat sini dah tukar baju biasa dah. first day tak pergi beraya mana-mana pun. duduk rumah je. hehe

pagi raya tahun ni dimulakan dengan sembahyang raya kat dekat masjid rumah nenek aku. semenjak beberapa tahun kebelakangan ni, kitorang sembahyang kat situ je anak beranak. suka aku bila tengok aki dengan nenek aku mengucapkan syukur bila ramai jemaah sembahyang raya tahun ni. tambah-tambah pulak imam tu cousin aku, memang senyum lebar jela diorang. siapa tak bangga kan cucu sendiri mengimamkan sembahyang raya ye dak?

lepas tu, semua berkumpul kat markas. mana lagi, rumah nenek aku la. budak-budak memang dah tunggu lama dah saat ni. yelah, masing-masing dah ready poket semua nak collect duit raya. ngehngehngeh. tapi before tu kena pass session bermaaf-maafan lah kan.

mula-mula of course la nenek dengan aki aku dulu bermaafan. sebak pulak tengok otai couple ni mintak maaf. sampaikan uncle aku dah berair mata. hahhaa. kesian uncle. anak bini dia semua balik besut beraya. dia pulak yang sangkut kat sini sebab tak dapat cuti. ekeke


lepas turn anak-anak wek dengan aki, masuklah turn kitorang pulak, cucu-cucu bertuah ni hah. tengok ayah, mak-mak saudara aku semuanya menangis salam dengan aki, aku pun ingat nak chill jelah. kekonon nak cool kan. takde maknanya! salam je aki, aki cakap camni,

" kak long, nanti jadi anak yang berguna. tolong ayah tu nanti. "

sobsobsob. terus air mata mengalir tak nak berhenti. sedih sangat. aku nak mintak maaf zahir batin dengan aki aku pun tak lepas.

" aki, doakan kak long jadi anak yang bertanggungjawab. doakan kak long tak lupa diri satu hari nanti. "

wuuu~ memang mendalam sangat ayat aki. insya Allah, nanti bila aku dah habis study, dah dapat kerja elok, aku akan tolong parents dengan adik-adik aku. aki tolong sedarkan kak long yea kalau kak long tak sedar.

then, habis part touching, masuk la pulak part happy. happyla dapat duit raya! tapi, dah makin meningkat umur ni, dapat kutip sikit jela. paling banyak pun aku dapat 10 ringgit. sobsobsob. tu pun lepas aku pau cousin aku yang memula bagi 5 ringgit, pastu aku tarik lagi sekeping duit hijau tu masuk dalam angpau aku. hahahaha







alah. banyak gambar tak clear lah. ni pun nasib baik ada yang ambil gambar. siapa lagi, ayah aku lah! hahahaa. time kalut-kalut nak kaut duit raya ni mana la sempat nak fikir pasal nak ambil gambar semua.

kan sebelum ni aku ada cerita pasal niat nak bagi duit raya tak jadi tu kan? lepas jugak aku bagi duit raya. tu pun dari duit-duit yang aku dapat pagi tu. hahahhaa. tapi dekat anak saudara sepupu aku jela. kikiki.


selebet giler kan tudung aku? ah, biarkan. hahaha. malas punya pasal, tu jelah yang aku mampu. 

lepas tu, semua pakat serbu makan satay dekat rumah mak saudara aku yang tak sampai 20 langkah jauhnya dari rumah nenek aku. hahaha. lepas makan semua tergedang tidur kat situ. naisss!








pukul 2 petang, semua dok berkumpul depan tv1, tengok rancangan khas kanak-kanak sempena hari raya yang di hostkan oleh cousins aku dua beradik tu hah. nak tergelak bila tengok baju raya amat sama dengan baju yang dia pakai dalam show tu. hahaha. teruklah kena bahan budak tu bila dia datang rumah aku pulak petang tu. ekeke

dah dah. nak tengok mael lambong lak ni. esok ada open house rumah kawan ibu. makan nasik briyani wooo! 


p/s : entry ni di type semalam, lepas tu masuk dalam draft then ni baru publish. sebab tu kalau korang perasan ayat atas-atas tu cam pelik sikit. malas nak edit! hahaha


[ked's sketching]

Monday, August 13, 2012

MAY ALLAH PROTECT YOU SAYANG


uikss??


kenit. sobsobsob. mesti korang ingat lagi kucing aku yang bernama kenit ni kan? dukacita dimaklumkan bahawa kenit hilang. aku tak perasan pun dia hilang sampai lah lepas bukak puasa tadi, ammar cari kenit tak jumpa. puas kitorang goncang-goncang bekas makanan dia pun dia tak mai. pastu, baru aku pasan yang kenit tak memunculkan diri sejak petang tadi lagi.

kenit... sini hujan lebat. kat mana lah dia berlindung sekarang ni. sayu sangat hati. malam ni tidur tanpa kenit di sisi. selalunya kalau kenit ada sekarang ni mesti dia tengah golek-golek jilat-jilat bulu dia dekat kaki aku. tak pun dah tergolek tido dalam selimut anas.

kenit... aku pandang lantai, teringat kan kenit. terbayang dia tengah main lari-lari kat situ.  seronok betul dia kejar mak dia atas lantai yang licin since kitorang pasang tikar getah baru tu. tengok kerusi yang selalu kenit duduk, teringat dia sekor je yang konker kerusi tu pastu tido sampai puas. tengok parut bekas cakar kenit kat kaki aku ni lagi la buat aku rindu kat kenit.

kenit.. balik la eh sayang. doakan kenit kembali kepada kami sekeluarga. semoga Allah melindungi kenit walau dimana dia berada. sorry aku tak dapat type panjang-panjang. hujan lebat sangat kat sini. doakan keselamatan kenit yea.

Sunday, August 12, 2012

SALAH KAH MENJADI SESEORANG SEPERTI AKU?


uikss??

ada satu benda je yang buatkan aku malas nak tunjuk muka dekat sebarang kenduri kendara dekat area rumah aku. standard lah mana-mana mak cik yang dah lama tak tengok aku tu, mesti akan cakap macam ni, " dah besar dah awak ni ea. umur berapa? kerja dah ke? belajar kat mana? ".

kalau tulah jenis-jenis soalan dia, aku tak kisah sangat. dengan ramah mulutnya aku menjawap. tapi, yang aku rasa bengang sikit lah bila diorang suka sangat compare aku dengan adik-adik aku yang lagi dua orang tu. ayat diorang, " lain lah dengan adik-adik dia ni. yang kakak ni besar. adik-adik kecik je. "


yea mak cik. saya sedar dengan tinggi 153 cm plus berat 78 kg saya ni dikategorikan sebagai obes tahap 1 tapi salah kah menjadi seseorang seperti saya ni? dah nak buat macam mana kalau adik-adik saya lagi kurus dari saya. tak kan saya nak merayu-rayu kat diorang suruh jadi macam saya pulak sebab tak nak bagi orang mengata?

haish. manusia, manusia. kurus salah. tak kurus salah jugak. tapi, aku bersyukur sebab aku dikurniakan kawan-kawan yang tak pernah pandang rendah dengan kekurangan aku. biasa kita mesti pernah dengar cerita yang orang berbadan besar ni selalu kena ejek kan? Alhamdulillah. kawan-kawan aku tak macam tu. setakat usik-usik sikit tu biasa lah kan? :)

deep in my heart, bukan aku tak berusaha untuk dapatkan berat badan ideal, tapi aku ni bukannya jenis seorang yang kuat semangat. seminggu dua je tahan. pastu, lingkup. huhu

ah, pedulikan kata orang tu semua kan? yang penting, kita happy! dah dah, jangan nak rosakkan mood raya saya mak cik-mak cik semua ea. sempena bulan yang mulia ni, kurang-kurangkan lah sikit nak banding-bandingkan orang. kalau anak mak cik orang kata camtu, tak ke kecik hati. dan lagi satu mak cik, don't judge a person by his/her body size okey? kami pun ada hati dan perasaan taw. ingat tu mak cik? ish ish ish. masyarakat...


[ked's sketching]