
Showing posts with label *sharing is scaring*. Show all posts
Showing posts with label *sharing is scaring*. Show all posts
Tuesday, January 29, 2013
NAK MINTAK PENDAPAT AKAK-AKAK SEMUA

Friday, January 11, 2013
I REALLY NEED YOUR SUGGESTION HERE!

Labels:
*sharing is scaring*,
2013,
japan drama,
ked' story
Friday, December 28, 2012
NOMBOR TELEFON MISTERI

Wednesday, October 24, 2012
WORDLESS WEDNESDAY #36 : WHAT IS YOUR STAGE?

Thursday, September 20, 2012
THE REAL MACARONI

Wednesday, August 29, 2012
UNTITLED
Labels:
*sharing is scaring*,
2012,
artpiece,
ked' story,
quote
Monday, August 6, 2012
SALAM NUZUL AL-QURAN 1433 HIJRAH

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. Maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Manfaatkan al-Quran sebaiknya. Bukan sekadar memiliki dan membacanya sahaja, sebaliknya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa pada zaman dahulu yang telh diceritakan di dalamnya dan berusaha untuk menjadi insan yang najah, sama ada di dunia ataupun di akhirat. Insya Allah.
[ked's sketching]
Sunday, August 5, 2012
WHY PARENTS SHOULD CHECK THEIR KIDS HOMEWORK REGULARLY

Wednesday, July 4, 2012
MALAM NISFU SYA'BAN

Wednesday, June 13, 2012
SHARING IS CARING : SEGALANYA TENTANG REZEKI

Sunday, June 10, 2012
HUGS AND KISSES.. WHO SHOULD BE BLAME?

for me, sebelum kita marah-marah kat foreigners sebab peluk-peluk kita, kita kena tengok diri kita dulu. yup. malaysia ni memang negara Islam. tapi, kita sendiri terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. for their typical thinking, perempuan Muslim mesti pakai tudung and lelaki pula ada mohd kat pangkal nama. tu yang diorang pakai untuk membezakan kita dengan non Muslim.
then, salah diorang kah bila diorang peluk seorang wanita Islam yang tidak menutup aurat dan berwajah pan asia? ops, salah diorang jugak. sebab obviously, itu bukannya budaya kita di malaysia. but then, itu jugak salah wanita tadi kerana dari segi pemakaiannya, tidak menunjukkan bahawa dia seorang wanita Islam.
proud to be a Muslim. memang orang ada kata, don't judge a book by its cover. tapi, for me, the cover itself will describe how nice the book will look be. jika cantik covernya, maka, cantiklah isi kandungan buku itu. if you are Muslim, dress lika a Muslim. barulah tak timbul salah faham sesama mereka. dan, barulah mereka dapat melihat perbezaan di antara Muslim dengan non Muslim serta menghayati keindahan Islam dan bukannya keburukkannya.
to avoid semua itu untuk terus berlaku, ubahlah penampilan tu sedikit demi sedikit. even, kalau kita hormat dengan diri sendiri, orang pon akan hormat dengan kita. menutup aurat kita, sama lah seperti membina kehormatan diri kita. jika makin banyak yang kita buka, makin rendahlah kehormatan diri kita.
Friday, June 8, 2012
BUKAN DOA KITA YANG MAKBUL SEBENARNYA

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku”
MasyaALLAH
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah ini ialah, apabila kita berjaya, tolehlah ke belakang. hargailah jasa orang yang sentiasa berada di belakang kita contohnya seperti ibu bapa dan keluarga. mereka takkan sesekali tinggalkan kita walau apapun yang terjadi. dan, ingatlah. jangan sesekali memperlekehkan doa. kerana doa juga seseorang itu boleh berjaya, dan kerana doa jugalah dia boleh jatuh. kalau kita berkehendakkan orang yang kita sayangi berjaya, maka berdoalah untuk kejayaannya. jadi, jangan malu-malu untuk minta orang doakan kita juga yea? :) berdoalah seikhlas hati..
p/s : kepada si baju biru, good luck for your exam today! :DD
[ked's sketching]
Friday, February 17, 2012
SHARING IS CARING : NASIHAT UNTUK FAKE ACCOUNT CREATOR

uikss??
tolong! ade orang menyamar jadi owner account twitter lyssa faizureen. ek elaaa.. dah tu pe masalahnye. artis len banyak lagi yang ade sampai 2, 3 fake account. tau, diorang lagi lah dah bese ngan fake account ni. ekceli ramai dah blogger yang dah kena. contohnye macam nisa kay, yana yonet, ramai lagi lah.
tapi, yang kes lyssa ni pelik sket. aku nak tergelak pon ade. kahkahkah. orang tu siap bagitau lyssa lagi suh benarkan account tu jadi account kedua lyssa. alasannye, nak promote lyssa bagi lagi ramai orang kenal. nonsense! lyssa tu dah ade fanpage la. lagipun, bak kate lyssa, nak follow die, follow la kat real account twitter die. twitter tu bukannye ade limit follower pon.
aduyai.. dari gaye budak tu, nampaknye cam die still budak-budak lagi. silap-silap budak skolah rendah kot. huhu. dik, meh sini akak nak pesan. tak elok taw tak buat macam tu. awak dikire menyamar menjadi seseorang yang lain dan itu boleh menimbulkan banyak salah faham serta masalah dimase hadapan.
eh, bukan kak. saye niat baik. saye nak support blogger yang saye suke, yang saye respek. saye nak bagi die lagi cepat femes.
yea dik. memang niat adik tu suci murni. sesuci embun pagi yang membasahi bumi. akak taw. sume orang taw, tapi kan, cube adik tengok tweet adik ni. akak bagi contoh la ek,
haaa. nasib baik la adik cakap congrats je kat PM kite. cube adik bayangkan, kalau adik reply something yang dianggap harsh oleh PM kite, menggunekan account twitter name idola adik yang adik konon-kononnye reka untuk die, silap-silap, bile pihak berkuasa siasat, idola adik tu jugak yang jadi suspek. sedangkan, bukan die yang buat. tak kesian ke kat kak lyssa?
contoh kedua pulak ea,
ya Allah dik. ape yang adik da wat ni? adik imagine ea, kalau orang yang tak kenal lyssa tu camne? mesti orang pikir yang bukan-bukan kat die kan? sedangkan lyssa pada realitinye tak camtu. dah tu, adik suke la ek kalau orang assume yang bukan-bukan kat idola adik? ngumpat dan mengate sebagainye? ni ke yang adik nak? tak kan? adik kate adik sayang die.
cukuplah akak bagi 2 contoh tu je kat adik. akak rase adik leh paham kot ape yang akak nak sampaikan. tak pon, kalau adik tak cukup nak paham lagi, boleh contact kat twitter akak. @kedzique. alah dik, yang adik request mintak jadi follower akak tadi. takkan dah lupe kot. huhu. adik taw, bangge jap akak tadi bile tengok ade follower request dari lyssa faizureen II. wah, bangge jap. akak baru je bercite-cite tinggi nak share lam blog.
tapi, harapan akak hancur musnah ibarat pepasir dipantai bile dapat taw yang tu fake account yang adik wat. waaaaa~
tengok! adik dah hancurkan hati ramai pihak kat sini. nampaknye, adik bukan saje kene mintak maap kat lyssa. tapi kat akak dan sume orang yang adik dah follow pakai name lyssa tadi. mesti diorang pon akan kecewa cam akak bile dapat taw yang diorang tertipu. ish3. berat tu dik.
to bloggers or fans yang lain, tak mau wat camni taw? pikir la consequence each action yang korang bakal lakukan. baik pade diri korang sendiri dan orang yang terlibat.
jagalah hubungan kita dengan Allah, dan jagalah juga hubungan kita dengan sesama manusia
p/s : kadang-kadang nak tegur ni kena bagi ayat makan dalam sket. lagi-lagi untuk budak-budak. huhu.
[ked's sketching]
Friday, February 3, 2012
MARI MEWARNA : ANGGOTA BADAN

kawaii! maksud name siku ni ialah 'Sea Ice' in Greenlandic. kecian siku. sebab mak die tak leh nak produce susu untuk die, die kena anta ke Scandinavian Wildlife Park kat Denmark. wuu~ keciannye siku!
hah, tengok. dah aku melalut cite pasal siku lak ni. padahal aku nak cite pasal siku kat tangan kite tu je. susah jugak kan nak cari gambar yang betol-betol fit ngan wants kite? dah macam-macam keyword aku tekan, tak dapa-dapat jugak ape yang aku cari. tu yang sampai pagi berjage tu.
oleh sebab aku memahami ape yang cikgu-cikgu cam ibu aku ni alami, aku nak share collection of anggota badan yang aku dah edit. kirenye, cikgu-cikgu nanti boleh paste kat word, then print camtu je taw. mudah kan?
sume gambar-gambar ni aku google je. semoge gambar-gambar ni dapat memudahkan kerje-kerje cikgu-cikgu sume. same-same lah kite berkongsi ea.
[ked's sketching]
Thursday, January 26, 2012
MALAIKAT DI DUNIA

[ked's sketching]
Sunday, November 20, 2011
ARE YOU BEAUTIFUL?
Labels:
*sharing is scaring*,
*tudung*,
beautiful,
hijab,
ISLAM
Sunday, October 9, 2011
SHARING IS CARING : ANNOYING CASES IN HOSTEL
uikss??
malas nak intro pepanjang sini sebab aku nak sambung tido japgi. well, sunday kan? ahaks! just nak bagi korang alert pasal trend hidup students kat hostel skang ni.
*sigh*. aku tak paham la. masing-masing dah besau. dah masuk alam dewasa dah pon. tapi still tak leh pikir cam orang dewasa. kalau zaman skolah-skolah tu leh lah nak diampunkan lagi. ni? adeyy. antara kes-kes annoying yang slalu terjadi ialah;
- dah TER ambil baju orang kat ampaian tu bukannye reti nak pulangkan balik! nak kene tunggu ade orang tampal notis berunsurkan ugutan kat notice board dulu baru nak pulang.
- itu kalau TER. camne ngan yang SENGAJA nak amik lak? haaaa, ni paling banyak terjadi. kekadang tu, yang aku tak paham tu,
brapon ade yang nak curik jugak ke? pengotor giler kot! so guys, nanti before korang nak propose awek korang nanti, tanye diorang dulu ek, "eh yu, dulu yu penah check in hostel kan? ade curikbratak kat sane?" . - tu belom lagi masuk kes lam toilet lagi. aku ingat dah masuk u ni, takde dah lah nak dengar jumpe bende pelik-pelik yang orang selalu TERtinggal lam toilet. tapi, ade jugak dek non oiihhh!! aku rase takyah nak describe kot bende pelik tu ape. masing-masing dah besar plus boleh taw tu ape kan? please la woi. jangan nak wat alasan yang korang terlupa nak buang la. setahu aku masing-masing dah expert kot! kalau adek-adek form one yang buat camtu aku leh consider lagi. ni tak, masing-masing dah leh jadi mak orang tapi still tak leh nak manage diri sendiri. eyewwwhhh!!
- kalau share fridge lak kan, jangan la wat cam fridge tu korang yang bayar installment die tiap-tiap bulan. amik barang korang je sudeehh. penah terjadi taw, member aku letak 2 cadbury choc bars yang besau tu lam fridge, ingat nak kasi beku lah kan, sekali, jangankan kate 1 bar je yang tinggal, plastik cekelat tu pon takde! surprisingly, kes ni terjadi mase minggu-minggu final exam! hah, kencang tak kencang budak-budak zaman skang ni makan bende-bende haram.
haishh. kalau nak diceritakan, kompem tak abes lagi aku type skang ni. senang cite camni lah, masing-masing dah besar. dah taw nak beza halal haram, baik buruk. kalau ade yang terambil barang yang bukan kepunyaan die tu, pulangkanlah kat tempat yang korang terambil tu. kalau teringin something, macam kes cekelat tu, mintak elok-elok. bukan kitorang tak leh nak nego langsung. jangan pakai amik je. dah tak pasal-pasal wat dosa. ukur baju di badan sendiri. pakai apa yang kite mampu. malu lah woi kalau orang tahu yang korang pakai baju curi. malu pada Allah skali.
kite datang sini nak belajar kan? so, jangan tanye lah kenapa korang leh repeat paper sampai dua kali. sumenye berkait rapat dengan perbuatan korang terhadap orang lain. nak grad dengan first class honour tak? avoid buat bende-bende kat atas tu sume. sekian saje motivasi ahad kite pada minggu ini. selamat berdengkor!hahahahaha
p/s : sape ade terambil long sleeves shirt ah kaler putih yang die baru je sidai kelmarin? pulangkanlah semula. cian kat ah. dah takde baju nak pakai time housekeeping nanti.
[ked's sketching]
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)

.jpg)








.jpg)
+-+Copy.jpg)

