Showing posts with label *iktibar*. Show all posts
Showing posts with label *iktibar*. Show all posts

Friday, June 8, 2012

BUKAN DOA KITA YANG MAKBUL SEBENARNYA


uikss??

sekadar perkongsian ringkas dari email yang aku pernah dapat... 



Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.



Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah ini ialah, apabila kita berjaya, tolehlah ke belakang. hargailah jasa orang yang sentiasa berada di belakang kita contohnya seperti ibu bapa dan keluarga. mereka takkan sesekali tinggalkan kita walau apapun yang terjadi. dan, ingatlah. jangan sesekali memperlekehkan doa. kerana doa juga seseorang itu boleh berjaya, dan kerana doa jugalah dia boleh jatuh. kalau kita berkehendakkan orang yang kita sayangi berjaya, maka berdoalah untuk kejayaannya. jadi, jangan malu-malu untuk minta orang doakan kita juga yea? :) berdoalah seikhlas hati.. 

p/s : kepada si baju biru, good luck for your exam today! :DD



[ked's sketching]

Saturday, November 5, 2011

SILA SENTAP SATURDAY



amacam der? ade panas? terase? oppss. sorry kalau terase. sape yang penah buat, die la yang merah muke. lalaalala~

p/s : sape setuju sile like post aku. wah, ingat ni facebook ke boleh like-like bagai.

[ked's sketching]

Sunday, September 4, 2011

3 TRAGEDI HARI RAYA 2011

uikss??

salam 6 syawal sume. tadi, aku baru je tengok live pendaratan pulang jenazah wira sebenar negara, Allahyarham Noramfaizul, cameraman bernama tv seperti mana yang kita sume sedia maklum telah terkorban dalam misi keamanan somalia di mogadishu kelmarin. Al-Fatihah untuk Allahyarham. semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. aminn.

semalam jugak, aku dapat satu mesej dari classmate aku ika tentang member kitorang baha, yang accident kat triang kelmarin. syukur Alhamdulillah, baha selamat. cume ade lebam-lebam sket dan kene jahit kat mate. seriau jugak aku mase dengar musibah ni. dah la tinggal seminggu je lagi sebelum kitorang nak daftar degree ni. mintak-mintak lah die tak de inner injury.

bukan tu saje, semalam jugak anak buah si baju biru accident kat kelantan. so, sebagai bapak buah yang prihatin, die kene la turun padang untuk setelkan sume kat sana. malam semalam die bertolak pergi dan dalam kul 3 pagi tadi die bertolak balik ke lumut semula. katenye, arwah meninggal bersama isterinye dan hanya anak mereka yang berusia 3 tahun saje yang terselamat. mase aku dengar tu, Ya Allah, kesiannye kat anak diorang. kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim piatu. syukur lah aku masih ada family lagi skang ni. semoga si anak tu dapat menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan roh ibu bapanya di cucuri rahmat Allah S.W.T.


daripada 3 tragedi ni, aku dapat simpulkan yang segala musibah yang datang dari Allah S.W.T itu hanyalah satu bentuk ujian kepada hamba-hambanya dan juga pengajaran kepada sesetengah orang supaya lebih berhati-hati dalam melakukan segala jenis perbuatan pun. terima la qada' dan qadar dengan ikhlas serta jangan sesekali kita alpa kepadaNya. dan kepada mereka yang nak drive balik ke destinasi masing-masing tu, berhati-hati di jalan raya ya! 

p/s : semoga keluarga Allahyarham Noramfaizul tabah menghadapi ujian ini.

digital word sketching by ked

Thursday, July 28, 2011

KEIKHLASAN DALAM KEHIDUPAN

uikss??

ikhlas? berape ramai orang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja mereka? ace kasitaw kome sket. hehehe. sebenarnya, boleh bilang je berape kerat je yang ikhlas. yang lain? ntah la. sebab, kalau tak ikhlas, takde la jadi macam ni....




tadaaaa!! kuey teow goreng klorox! sedap tak? huhuhu. FYI, gambar ni aku tak google keyh. ni real pic in the real life. tak perlulah aku kasi detail sape yang kena, kat mane sume kan. sebab tu sume tak penting pon.

yang kite nak cakap kat sini, pasal keikhlasan. yup! aku memang taw, korang meniage. pulak tu untuk orientasi punye. tapi, korang dapat tender kan? duit pon masyuk kan? korang pikir macam ni la, cube la kalau anak-nak korang ke, adik beradik korang ke, terpakse makan macam ni untuk alas perot yang tengah lapar menggiler nih, korang tak rase sedih ke? sedih kan. duduk kat perantauan tapi orang layan macam ni. sobsobsob

tak salah kan, kalau korang ikhlaskan hati tu untuk masak sedap sket. letak la kicap sket ke, lauk-lauk sket. alah, bukannye mintak banyak pon. sket je. aku tak mintak ko kerat 8 ayam tuh kan?

*sigh*. ni la trend masyarakat kite zaman skang. nak bagi makan orang pon tak ikhlas. bukan ke kalau kite ikhlas, Allah akan melipatgandekan lagi rezeki kite? betol tak? macam ape yang ibu tira cite kat aku. die kate diorang makan besar kat ade satu kedai kat area-area pantai remis tu. jangan tanye aku kedai tu name ape sebab aku pon tak taw. diorang order bagai nak rak, jus tembikai laici 2 jag, udang sepinggan besar, kerang, sotong, ikan besar, sup ayam la, banyak lagi la. makan lak untuk 10 orang gayenye. tapi bile bayar kene 150 je. murah giler la tu! ibu tira ni pon pelik la kenape murah sangat. tapi, ramai giler orang datang kedai tu. bukan sket-sket yang datang. skali datang sumenye ala-ala 1 team gitu. memang pack la. haaa, ni yang baru namenye ikhlas dalam perkerjaan. bile owner kedai tu tak berkire dengan customer die nak bagi harge murah, Allah pon tak berkire la ngan die nak bagi rezeki berlipat kali gande kat die. kan?




so? adakah anda tergolong dalam golongan yang ikhlas? renung-renung kan dan selamat beramal!


[ked's sketching]