Showing posts with label Islam Is A Way of Life. Show all posts
Showing posts with label Islam Is A Way of Life. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #36 : WHAT IS YOUR STAGE?


uikss??


me at 6 now and aim to be at 8 later. still crawling to change. please pray for me. :)


[ked's sketching]

Monday, August 6, 2012

SALAM NUZUL AL-QURAN 1433 HIJRAH


uikss??

copied from JAKIM

        Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. Maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)
   Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
         Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
         Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Manfaatkan al-Quran sebaiknya. Bukan sekadar memiliki dan membacanya sahaja, sebaliknya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa pada zaman dahulu yang telh diceritakan di dalamnya dan berusaha untuk menjadi insan yang najah, sama ada di dunia ataupun di akhirat. Insya Allah.
[ked's sketching]

Wednesday, July 4, 2012

MALAM NISFU SYA'BAN


uikss??

Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban pula bererti pertengahan bulan Sya'ban, yakni 15 Sya'ban.

Nabi bersabda, "Allah SWT melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

sekadar perkongsian mengenai amalan dan hadis palsu tentang malam nisfu sya'ban. sekarang ni, banyak hadis-hadis palsu yang dikongsi tanpa sebarang usul periksa. aku sendiri mengaku yang aku jarang post pasal hadis or petikan ayat suci Al-Quran melainkan aku betul-betul yakin dengannya. sebagai umat Islam, kita tak boleh pandang remeh tentang perkara ini. silap langkah, kita boleh dituduh bersubahat dalam menyebarkan hadis palsu. masya Allah. 

untuk mengelakkan semua ini terjadi, rujuklah ustaz-ustaz yang arif dan marilah kita sama-sama mendalami ilmu agama supaya dapat membezakan mana yang sahih ataupun tidak.

mengenai kesahihan amalan dan fadilat sya'ban, sila rujuk -->sini<---.


[ked' sketching]

Wednesday, June 13, 2012

SHARING IS CARING : SEGALANYA TENTANG REZEKI


uikss??

arini senah puasa. tapi tadi, on the way nak balik ke rumah bersama bedah dan peah, diorang singgah pergi beli nasik kukus dekat simpang area rumah teres tu. nasik kukus kat situ memang femes amos gitu. abang dan kakak yang jual tu baik giler. tak pernah berkira pun. ni, kalau diorang tau senah puasa ni, mesti senah dapat air free lagi macam dulu. terkejut jugak senah masa mula-mula abang tu bagi air. yelah, tak order pun camne leh dapat air. abang tu suh senah ambil jugak. buat buka puasa katanya. alhamdulillah. rezeki senah murah aritu. dan, dalam hati, senah memanjatkan doa, semoga rezeki abang tu murah dari hari ke hari.





sesampainya di sana, senah pun turun jugak. memikirkan malas nak masak untuk berbuka nanti, senah berkira-kira untuk menapau je nasik kukus tersebut. senah pun start la memilih bahagian ayam berempah kegemarannya. senah bertekad untuk tidak memberitahu abang itu bahawasanya dia puasa. yelah, kalau abang tu tau, kompem dapat air free lagi. bankrup pulak abang tu asyik bagi air free manjang.

senah ni suka makan kulit ayam. lagi-lagi kalau kulit ayam berempah. perghhh! memang terangkat habis. ni kalau mak mertua lalu pun senah buat derk je. tanpa senah sedari, perbuatan senah mengorek-korek timbunan ayam tu untuk mencari lebih-lebih kulit ayam di sedari oleh abang nasik kukus tu. senah minta supaya ayam tu dengan nasik di asingkan. semasa abang tu membungkus ayam tersebut, senah nampak abang tu menyelitkan seketul kepak ayam ke dalam bungkusan itu. masya Allah. baiknya abang tu. ya Allah, semoga Allah permudahkan perniagaan abang itu dan murahkanlah rezekinya. aminnn. doa senah dalam hati.

dalam perjalanan pulang, senah tersenyum sendirian. dia bersyukur kerana rezekinya murah arini. yelah, dapat extra ayam dengan harga yang sama, siapa yang tidak bersyukur kan? 

namun begitu, jika telah di tulis olehNya yang nasik kukus berserta extra ayam itu bukan milik senah, maka, apalah daya senah untuk melawan takdir tersebut. sesampainya di parking, senah baru teringat yang seorang housematenya sedang demam di dalam rumah. ya Allah, senah terlupa untuk menaip sekeping mesej untuk bertanyakan sama ada housematenya itu sudah makan atau belum. dan, senah pasti yang housematenya itu belum makan dan sudah pastilah dia kelaparan.

lalu, senah berfikir panjang dan senah redha dengan rezekinya yang hanya di situ. memikirkan yang housematenya itu lebih memerlukan makanan pada ketika itu, senah menyerahkan nasik kukus miliknya kepada housematenya itu. konon-konon macam memang senah beli untuk dia pun. yelah, nanti kalau cakap perkara yang sebenar, senah berani kerat kuku yang housematenya itu takkan terima pemberiannya itu. lagipun, masa tu baru pukul 2 petang. kejadah la sangat senah sanggup biarkan housematenya itu kelaparan dan dia sanggup simpan nasik tu sampai waktu buka puasa nanti. oh tidak, senah tak sekejam itu.




melalui cerita senah ini, ianya cukup untuk menyedarkan kita bahawa rezeki tu milik Allah. Dia berhak untuk memberi rezeki itu kepada mana-mana pun hambaNya yang Dia kehendaki. janganlah kita berasa berbangga atas rezeki yang Allah kurniakan kerana Dia juga berhak untuk menariknya balik. kadang kala, rezeki ni bukannya straight terus dapat kat kita. Allah lencongkan dulu, dapat kat orang lain, in the end, baru kita dapat. tapi, tak semestinya dalam bentuk yang kita kehendaki.

dan juga, pandanglah abang nasik kukus tu sebagai role model dalam berniaga. tak salah sekali sekala kita bersedekah. berkongsi rezeki yang sedikit itu bersama orang lain. besar pahalanya memberi makan orang yang berpuasa. dan, berapa banyak dah doa yang dia dapat dari orang ramai supaya dia dimurahkan rezeki. bukankah doa dari orang lain itu lebih banyak berkatnya daripada doa kita sendiri? 

janganlah kita risau, rezeki itu ada di mana-mana. bak kata orang tua-tua, kalau dah rezeki, tak ke mana. kan? sesungguhnya, rezeki itu rahsia Allah.. :)


p/s : adaptasi daripada kisah benar.


[ked's sketching]

Sunday, June 10, 2012

HUGS AND KISSES.. WHO SHOULD BE BLAME?


uikss??

pernah tak korang jumpa foreigners, they asked you something and then, they hugged and kissed you as a token of gratitude. if both of you are in the same gender, takde la aku nak kisah kan. but, if it include the opposite gender? masya Allah.. tak boleh aku nak bayangkan laaa..

sorang dua my girlfriends pernah kena camtu. well, we are in tourism industry. meeting with foreigners is common for us. so, time practical even lepas grad diploma, ramai yang choose untuk involve in industry and dealing with foreigners. then, timbul lah issue kena peluk ngan foreigners lah, itu lah, ini lah. bila jadi camni, siapa yang patut dipersalahkan? foreigners yang tak paham culture melayu ataupun mereka ni sendiri?


for me, sebelum kita marah-marah kat foreigners sebab peluk-peluk kita, kita kena tengok diri kita dulu. yup. malaysia ni memang negara Islam. tapi, kita sendiri terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. for their typical thinking, perempuan Muslim mesti pakai tudung and lelaki pula ada mohd kat pangkal nama. tu yang diorang pakai untuk membezakan kita dengan non Muslim.

then, salah diorang kah bila diorang peluk seorang wanita Islam yang tidak menutup aurat dan berwajah pan asia? ops, salah diorang jugak. sebab obviously, itu bukannya budaya kita di malaysia. but then, itu jugak salah wanita tadi kerana dari segi pemakaiannya, tidak menunjukkan bahawa dia seorang wanita Islam.

proud to be a Muslim. memang orang ada kata, don't judge a book by its cover. tapi, for me, the cover itself will describe how nice the book will look be. jika cantik covernya, maka, cantiklah isi kandungan buku itu. if you are Muslim, dress lika a Muslim. barulah tak timbul salah faham sesama mereka. dan, barulah mereka dapat melihat perbezaan di antara Muslim dengan non Muslim serta menghayati keindahan Islam dan bukannya keburukkannya. 

to avoid semua itu untuk terus berlaku, ubahlah penampilan tu sedikit demi sedikit. even, kalau kita hormat dengan diri sendiri, orang pon akan hormat dengan kita. menutup aurat kita, sama lah seperti membina kehormatan diri kita. jika makin banyak yang kita buka, makin rendahlah kehormatan diri kita. 


berpakaian kerana Allah, berkerja kerana Allah, hidup kerana Allah, semuanya kerana Allah. insya Allah, kita akan mendapat ketenangan dan kemudahan daripadaNya. :)



[ked's sketching]

Friday, June 8, 2012

BUKAN DOA KITA YANG MAKBUL SEBENARNYA


uikss??

sekadar perkongsian ringkas dari email yang aku pernah dapat... 



Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.



Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah ini ialah, apabila kita berjaya, tolehlah ke belakang. hargailah jasa orang yang sentiasa berada di belakang kita contohnya seperti ibu bapa dan keluarga. mereka takkan sesekali tinggalkan kita walau apapun yang terjadi. dan, ingatlah. jangan sesekali memperlekehkan doa. kerana doa juga seseorang itu boleh berjaya, dan kerana doa jugalah dia boleh jatuh. kalau kita berkehendakkan orang yang kita sayangi berjaya, maka berdoalah untuk kejayaannya. jadi, jangan malu-malu untuk minta orang doakan kita juga yea? :) berdoalah seikhlas hati.. 

p/s : kepada si baju biru, good luck for your exam today! :DD



[ked's sketching]

Tuesday, January 31, 2012

AYAT-AYAT SYIFA'


uikss??

hari tu, aku ade dengar satu ceramah ni. ade sorang ustaz ni cakap, terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran ini yang di gelar Ayat Syifa iaitu bermaksud ayat yang boleh di amalkan sebagai rawatan alternatif untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. kalau kite istiqamah mengamalkan ayat-ayat tersebut, waima cancer sekali pun, dapat dipulihkan dengan izin Allah S.W.T. lepas tu, aku pun google dan rupe-rupenye ade ayat lain lagi selain 2 ayat yang ustaz tu bagitaw. 

ulama'-ulama' telah menyusun ayat-ayat dari Al-Quran yang mempunyai tenaga penyembuh iaitu gabungan dari ayat-ayat yang terdapat dalam surah At-Taubah ayat 14-15, surah Yunus ayat 57, surah An Nahl ayat 69, surah Al-Isra' ayat 82, surah Asy Syu'ara ayat 78-80 dan surah Hamim Sajadah ayat 44.

kesemua ayat-ayat Syifa' diatas boleh diamalkan dengan merujuk kaedah-kaedah seperti di sini.

selain itu, kite jugak boleh amalkan selawat syifa, sebagai selawat harian kita. basahkan bibir kite dengan selawat. boleh kan?



dalam hidup ni, tak kirelah seberat mana penyakit yang menimpa kite, kite janganlah sesekali berputus asa untuk melawan penyakit tersebut. selagi kite masih di izinkan olehNya untuk bernafas, selagi itulah kite kene terus berjuang, berikhtiar untuk mencari jalan dalam mengharungi kesakitan yang ingin di uji oleh Allah S.W.T. perjuangan kite tak kan berhenti, hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. berdoa itu juga satu usaha dan berserahlah kepadaNya jika kite dah puas berusaha. at least, berusaha kan? daripada dok atas katil menyesali takdir yang telah ditentukan kepada kite. kan?


[ked's skecthing]

Thursday, January 26, 2012

MALAIKAT DI DUNIA


uikss??

sekadar perkongsian ilmu daripada facebook :

Suatu ketika, seorang bayi siap dilahirkan ke dunia. Menjelang dikeluarkan ke alam dunia, dia bertanya kepada Tuhan yang menciptakannya.

Bayi : Ya Tuhan, para malaikat di sini mengatakan bahwa pada keesokan harinya, aku akan dilahirkan ke dunia. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk aku hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah.

Tuhan : Janganlah kau khuatir. Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan selalu menjaga dan menyayangimu setiap saat.

Bayi : Tetapi, aku sudah betah di syurga ini. Apa yang ku lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Semua ini sudah cukup membuatkan diriku bahagia Ya Tuhan.

Tuhan : Wahai bayi, malaikatmu itu akan bernyanyi dan tersenyum kepadamu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan lebih berbahagia.

Bayi : Ya Tuhanku, apa yang dapat ku lakukan kalau aku ingin berbicara denganMu?

Tuhan : Malaikatmu intu akan mengajarkan bagaimana caranya untuk kamu berdoa.

Bayi : Ya Tuhanku, aku mendengar bahwa di bumi itu banyak orang yang jahat. Siapa pula yang akan melindungiku di sana?

Tuhan : Malaikatmu itu akan melindungimu dengan jiwa raganya sebagi galang ganti.

Bayi : Tapi, aku pasti akan bersedih kerana tidak berkesempatan untuk melihat Engkau lagi.

Tuhan : Malaikatmu itu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.

Saat itu, syurga terasa begitu tenangnya. Sehingga suara dari bumi pun dapat terdengar maka sang anak dengan suara lirih bertanya :

Bayi : Ya Tuhan, jika aku harus lahir ke dunia sekarang, bisakah Engkau memberitahuku, apakah nama malaikat di rumahku itu nanti?

Tuhan : Kamu akan memanggil malaikatmu itu dengan sebutan, I  B  U.



[ked's sketching]

Wednesday, January 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #34 : EVEN ONE VERSE


uikss??


Firman Allah SWT menerusi ayat 125 Surah an-Nahl yang bermaksud :
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.


credit to : Facebook

[ked's sketching]