Showing posts with label *ramadhan*. Show all posts
Showing posts with label *ramadhan*. Show all posts

Monday, August 6, 2012

SALAM NUZUL AL-QURAN 1433 HIJRAH


uikss??

copied from JAKIM

        Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. Maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)
   Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
         Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
         Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Manfaatkan al-Quran sebaiknya. Bukan sekadar memiliki dan membacanya sahaja, sebaliknya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa pada zaman dahulu yang telh diceritakan di dalamnya dan berusaha untuk menjadi insan yang najah, sama ada di dunia ataupun di akhirat. Insya Allah.
[ked's sketching]

Thursday, July 26, 2012

SIXTH SENSE SEORANG IBU


uikss??

since arini punya menu berbuka memang simple giler iaitu mee bandung, ibu aku pun mengamanahkanlah aku untuk memasaknya. ibu kata, alah, bukannya susah pun, awak tengok jela resepi kat belakang perencah tu. maka sebagai anak yang berdedikasi lagi berwibawa, aku hanya mengangguk sahaja.

nak dijadikan cerita, tadi tengah potong-potong ayam, tetiba tekak aku rasa lain macam. aku pun cepat-cepat masuk toilet. muntah. tak taw la kenapa. pagi tadi, adik aku ammar tu muntah-muntah plus sakit perut. aku syak ikan cencaru sumbat sambal tu puncanya sebab pagi tadi aku makan lauk tu dengan nasik. even ibu aku sendiri sakit perut. 

keluar-keluar toilet, aku cakap kat ibu yang aku muntah. ibu aku kata, pucatnya muka awak. tak habis lagi tu muntah. aku takde la rasa nak muntah lagi sebab aku rasa dah keluar habis dah tadi. cuma rasa cam tak sedap tekak jela kan. tak lama lepas tu, aku rasa nak muntah balik. lepas muntah tu, ibu pun kata, haaa. dah merah balik dah muka awak. kan ibu dah kata. lepas ni mesti awak tak muntah dah.

uishhh. terernya ibu aku. mana ibu taw? nak menuntutlah dengan ibu. hehhe. tu lah ibu kita. sekilas muka anak di depan mata, sudah dia tahu kita sakit ke tidak.

makanya, bukak puasa tadi kitorang semua makan buah je. masing-masing takde selera nak menghadap mee bandung tu. bye bye mee bandung. terus simpan dalam fridge. kita jumpa esok jela ek? :D


p/s : lepas muntah tadi aku dah elok dah. sekarang ni ibu pulak masuk angin. ammar dari pagi tadi sampai sekarang still muntah-muntah lagi.



[ked's sketching]

Monday, July 23, 2012

KISAH SI ANAS : FOOD POISONING DI AWAL RAMADHAN


uikss??

dah lama kan aku tak story mory pasal adik bongsu aku ni iaitu anas. last entry pasal dia rabun bulan januari lepas. bukan takde cerita hot pasal dia ni tapi aku yang malas nak tulis. hahahhaa

kali ni, aku nak cerita pasal anas berpuasa pulak. actually, anas dah start berpuasa penuh masa darjah dua lagi. sekarang ni dia darjah empat dah. first day puasa, kebetulan cousin aku balik, dia pun bawak la anas dengan ammar pergi cari juadah berbuka kat bazar ramadhan. kitorang tak tahu pun sebab diorang kat rumah nenek aku masa tu. tahu-tahu je cousin aku hantar diorang balik dengan seplastik penuh makanan. 

aku tengok la apa diorang beli. ice blended sorang satu dengan nasik ayam 2 bungkus. okey. aku nak tengok habis ke tak nanti sebab ibu aku sendiri dah masak. ibu aku masak kuey teow je hari tu.

anas : anas nak makan kuey teow dulu, pastu nak makan nasik ayam, pastu nak makan coklat, pastu nak makan calsium.
ibu : makan satu-satu dulu. karang tak habis.

dan, masuklah waktu berbuka puasa. anas dah cedok kuey teow awal-awal lagi dah. lepas habis tu, dia tambah lagi. lepas tu, dia bukak la bungkusan nasik ayam dia tu. ibu aku awal-awal dah pesan, ambil pinggan lain asingkan nasik tu. kitorang tahu dia takkan habis makan sebungkus nasik ayam tu sebab anas ni kalau makan nasik, nasik 3 sudu, lauk yang penuh. lauk dah habis, nasik tak habis lagi. 


tengok dia makan tu, aku pun teringin la nak rasa jugak kan. aku pun tarik la polistrene yang dia dah asingkan nasik tu untuk merasa. then, aku cari sup. mana la pulak sup ni? guess what? anas pergi curah semua sup tu kat dalam nasik tu dulu baru la dia asingkan nasik tu. aduyai anas oiii~ orang suruh awak asingkan tu sebab nasik tu boleh orang lain makan nanti. ni tak, nasik dah berendam dengan sup, kenalah habiskan on the spot jugak. kalau tak kembang la nanti. =.="

hari kedua pulak, macam biasa masa berbuka. macam-macam la budak tu sumbat dalam perut dia. macam tak kenyang-kenyang makan. tambah pulak ada durian semalam. nyum nyum nyum. malam tu pulak, sempat lagi dia makan coklat dan tibai sekeping roti betul-betul before dia tidur sebab lepas je dia habis makan roti tu dia terus tertidur.

pagi tadi, bila bangun sahur, aku pelik la kenapa ibu tak kejut anas. macam biarkan anas terus lena je. rupa-rupanya, anas muntah-muntah dah tadi. even masa kitorang sahur tadi pun dia bangun untuk muntah. ibu aku kata, tulah. makan bercampur lagi. ayah aku kata, makanan dalam perut anas tu berperang. tu yang jadi macam tu.


makanya, bergembiralah anas menonton tv kat rumah arini sebab ibu tak bagi dia pergi sekolah arini. hai~ enjoylah awak kat rumah yea anas.

" anas, awak puasa tak arini? "
" puasa. "

ouh, that's my boy!


[ked's sketching]

Friday, July 20, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN


uikss??

walaupun aku tak dapat dengar pengumuman puasa pada hari semalam dek kerana sibuk membasuh pinggan di rumah kenduri, tapi kekecohan status di facebook cukup untuk memberitahu aku bahawasanya 1 Ramadhan 1433 Hijrah ini jatuh pada 21 Julai 2012. 

oleh itu, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. semoga Ramadhan kali ini memberikan 1001 makna yang mendalam dalam hidup kita. semoga kita diberikan kesihatan yang elok supaya kita dalam menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna.

" Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui, dengan sempurna. "




Salam Ramadhan dari,
AFIQAH KHAIRUDDIN

Sunday, August 7, 2011

2 WEEKS STOP

uikss?? http://www.emocutez.com 



sobsobsob. berat hati sebenarnye, tapi dah terpakse. aku terpakse membiarkan blog aku ni bersamun berlalang selama 2 minggu paling lame demi kesejahteraan sejagat. bukan aku tak sayang kat blog ni, tapi aku ade banyak komitmen len lagi. 

yelah, start esok aku dah kene jage gerai kat bazar ramadhan ngan kazen aku, caca. dengar tu sume orang temerloh. jemput la datang ke gerai buah kurma aku depan kedai makan singgah sokmo yea. sesape nak otograp pon leh mintak kat situ. bajet retis sungguh la kan? ahaks!

tu petang punye cite, malam tu lak nak wat esaimen ibu aku lagi. mane nak wat story book la, titas la, lapbook la, ape la. memang takde mase la kan? buat mase ni aku tengah study titas. susah giler aku rase! maybe bahase yang di gunekan tu sastera sangat kot. aku dah tak dapat beze mane satu main point ngan huraian. sume cam same jep.

hah, tu lah reasons aku. susah gak kalau aku curik-curik mase untuk blogging ni. yelah, skali aku blogging mane ade 15 minit. koman-koman sejam. nak BW ag. takpe. biarlah aku setel sume keje-keje aku dulu. ade senggang, insya Allah aku akan curi-curi mase untuk menaip entry ek?

http://www.emocutez.comdoakan sume keje aku berjalan ngan lancar taw! lagi satu, please miss me okeyh? 




digital word sketching by ked

Saturday, August 6, 2011

KENANGAN LALU : TERMINUM AIR !! GULP !

uikss?? http://www.emocutez.com 




korang penah tak alami situasi di mane korang penah terlupe yang korang ni pose? penah tak? haaa, nampak sangat menipunye kalau tak penah. ngehngehngeh


aku ingat lagi, dulu la, mase aku skolah-skolah dok asrama dulu. mase zaman aku dulu, kalau style dok asrama ni kan, besenye kite akan amik gelas dulu, chop kan meje tu ngan geng-geng kite skali, pastu baru amik makanan.


aku ni lak, ade satu pesyen huduh sket la. pesyen nye ialah, aku kalau amik air, besenye aku akan minum dulu sket sebelom gi kat meje. atau dalam bahase mudahnye, test dulu sebelom minum. aku dah memang terbiase wat camtu.


nak dijadikan cite, aku ingat ag, mase tu air anggur, dua gelas aku amik. pas tadah tu, sambil menuju ke arah meje yang dah di booking, boleh lak aku terminum sket air tu! pergghhh!! perasaan aku mase tu cam puas giler la. agak pelik gak aku kan. nape aku cam tak penah minum air anggur ni? zappp!!! suddenly, baru la aku teringat, aku pose la mase tu! malu giler nak mati lah. dah la mase tu orang memang pack giler kat tempat air tu. aku pandang kiri kanan, phewww. seb bek tak de sape yang nampak. hehehehe


moral of the story, jangan lah membiasekan diri anda minum sambil berjalan yea. kalau tak, memang masak la korang slalu terlupe mase bulan pose.


err, kalau tak sengaje, pose tak batal kan? hehehehe http://www.emocutez.com 


digital word sketching by ked

Friday, August 5, 2011

KISAH SI ANAS : KOREK TELINGA BATAL PUASA LAAA

uikss??






haaa, kisah kali ni berlaku pas sahur tadi. arini anas ade kelas seni kat skolah. kali ni, cikgu die ade kasi projek ape tah sampai die dok sebok-sebok cari water colour kat umah. seb bek ade.  oke, water colour done! pastu, cari brush lak. godek-godek barang kak ngah die, jumpe la. brush done! the third one yang jadi issue pastu;


ANAS : kak long, pengorek telinge mane?
KED : eh anas, mane boleh korek telinge laaa. BATAL POSE TU NANTI ! 
ANAS : anas bukan nak korek telinge, anas nak bawak gi skolah. cikgu nak.
KED : oooo. yang cikgu anas nak tu bukannye pengorek telinge, tapi putik kapas. umah kite mane ade putik kapas nas oooiii.
ANAS : tak lah kak long. cikgu anas kate die nak pengorek telinge! bukan putik kapas!


adeh. tak reti aku nak explain beze putik kapas ngan pengorek telinge tu. nak wat camne, kat umah aku pakai pengorek telinge yang besi tu. tu yang die imagine camtu.




tapi, yang sebenarnye cikgu die nak tu, macam ni,




kalau lah pengorek telinge besi tu yang cikgu anas nak, aku terbayangla camne die nak wat projek seni die pakai mende tu. tolong imagine skali ngan aku pleaseee.




eh eh. tak kan lah pulak kan? http://www.emocutez.com 


digital word sketching by ked

SENDA PAGI : LAIN KALI NAK PEKENA ORANG BAGI SALAM DULU

uikss??


salam 5 ramadhan. pagi-pagi ni aku dah kene bangbangboom ngan member aku amy. tapi malangnye, niat murni die tu di fire balik oleh aku. muahahahaha


citenye camni, tadi aku ade nampak satu notification nek. die kate yang amy ni ade tagged aku dalam post die. aku pon tengok laaa. korang taw die tagged ape kat aku?






tanjat boboi taw! kang sume orang datang umah aku mintak dwet raye! kalau aku tengah minum air mase tu, kompem tersemboq dah kat depan laptop ni hah. aku pon ape lagi, beta la ngan die. bile mase lak dapat dwet raye ni? takde lak ayah aku cakap pape kat aku. aku baru teringat. ni mesti kes yang PM nak kasi duit raye kat peneroka felda tu. aku explain balik kat die. die tak caye. die kate sume penoreh, petani, peladang, penyamun, pe-pe sume skali lah. berat la gitu. last-last aku suh die google. then, die pon jumpe la ni,


petikan daripada berita harian :



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

yes! aku menang! muahahaha. tu lah, serang aku tak wat research dulu. kan dah terkene balik kat diri sendiri. situation kitorang ni boleh la di ibaratkan, zwan(MELODI) nak pekena rafidah ibrahim, tapi last-last die pulak yang terkene. hakhakhak http://www.emocutez.com 

moral of the story, sile wat background research dulu yea sebelom kenekan aku. hahhahaaha. chillex noo amy. mish u lalink!


p/s : aku bukannye anak peneroka felda, anak penoreh getah je. hehehe


digital word sketching by ked

Wednesday, August 3, 2011

TIPS UNTUK HILANGKAN PAHIT KAT MEE KUNING

uikss??


sape yang kat sini menghadapi masalah yang same cam aku? masalahnye ialah, tak berape sangat nak makan mee/mee kuning sebab kadang-kadang dapat yang pahit. raise up your hand pleaseee!! err, ke aku sorang je yang ade masalah camtu? ah, gasak la.




dalam banyak-banyak tempat kat lam dunia ni, ade satu tempat ni je yang aku boleh makan mee kuning die. nak taw kat mane? haaaaa.. kat umah aku la. tu pon sebab ibu masak dan aku lah yang tukang basuh mee nye. of kos la tak pahit kan?


ape yang membuatkan mee kuning ni pahit? tak macam kuey teow dan bihun. diorang pon mee gak kan? sebab, mee kuning ni ade kapur. bukan kapur barus okey. tu yang wat rase die pahit tu. kalau kite basuh bersih-bersih, hilang la rase pahit die tu. 


tapi, nak rase yang kurang pahit tu kalau pegi kedai, memang la macam satu dalam seribu. yelah, mane taknye, diorang kan nak cepat. mee pon pakai basuh-basuh gitu jep. tu yang aku agak cerewet kalau nak order mee goreng ke, mee sup ke dan mee-mee yang sewaktu dengannye. kalau aku teringin pon, slalunye aku akan rase yang member aku punye dulu. bile okey, baru la aku akan mark kedai tu tapi memang slalunye aku tak kan order mee jugak. hahahahaaha


then, semalam aku ade bace SAJI, aku ade jumpe tips ni. 






untuk mengelakkan rase kat mee tu, korang try rendamkan mee tu dalam air suam yang telah di campurkan sesudu gula. jangan letak sebalang gula yea tuan-tuan dan puan-puan. tu bukannye nak hilangkan rase pahit, sebaliknye nak buat diabetis tu. hehe. okey, pastu biarkan selame 15 minit ke, tos kan. tadaaa~~ tiada lagi masalah pahit mee kuning!!


sape-sape yang nak try tips ni untuk masak bukak pose kang, boleh la ajak aku makan mee korang ek? nak jugak rase pahit ke tidak! ahaks


digital word sketching by ked

WORDLESS WEDNESDAY #16 : SELAMAT BERSAHUR !!!

uikss??





less word, more picture by ked

Monday, August 1, 2011

FIRST DAY RAMADHAN

uikss??




satu hari di hari raya, dua hari di jalan rayaaaa. eh? ni lagu raye la! salah tune lak. tukar-tukar! aku nak cakap pasal first day pose sebenanye. hehehe


arini first ramadhan. budak-budak anas ngan ammar pon cuti arini. haishhh. terok la aku nak menjawap pertanyaan anas tuh. mane taknye, selang seploh minit dok tanye aku, bape minit ag nak bukak pose. letih mak taw nak jawap. bayangkan lah, start dari kul 9 sampai lah kul 7 die dok tanye mende yang same. sabo jelah.


da best part is, first day pose ni aku dapat bukak pose ngan air peberet aku!! nak taw air ape? ni diaaaa.




air katira!! air ni imported khas dari johor taw. kat area aku, air ni jumpe mase bulan pose je. tu lah yang membuatkan die spesel pada pandangan mata aku. wuuu~~ dulu mase aku study kat dungun, aku ade gak tercari-cari air ni. tapi tak jumpe! memang kempunan giler nak minum air ni untuk bukak pose. kene tunggu balik temerloh dulu baru dapat. sedih-sedih.


memang syok la first day pose dah dapat air katira. hah, korang lak camne? ape experience first day pose ni? meh ler share-share skali due. hehehe


selamat berpose jugak esok!


digital word sketching by ked

Sunday, July 31, 2011

HARAPAN RAMADHAN

salam,




maka, saye, AFIQAH BT KHAIRUDDIN atau name penanye, KED, yakni seorang MUSLIMAH, ingin mengucapkan selamat menyambut bulan RAMADHAN AL - MUBARAK kepada sume umat Islam di seluruh dunia tak kira lah bangsa ape skali pon. 


semoga RAMADHAN kali ini membawa 1001 erti dalam hidup kite dan lebih baik dari RAMADHAN sebelom ni. amiklah mase ni untuk memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH S.W.T dan juga sebagai titik tolak juga kepada kita untuk berubah. RAMADHAN bukannye terletak pada puasa makan sahaja. tetapi juga puasa nafsu. 


dengan ini, di sertakan sebuah lagu untuk para MUSLIM dan MUSLIMAH seluruh dunia. semoga anda sume dapat menghayati bait-bait lagu tersebut yang juga merupaka HARAPAN RAMADHAN saye pada tahun ni.


HARAPAN RAMADHAN - RAIHAN DAN MAN BAI


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



********************************************
okeh. abes part serius. masuk part bese-bese aku. hahahahaha. siyes tak sabar nak lalui bulan Ramadhan taon ni. mane taknye, lepas 8 taon aku tak dapat pose kat umah, taon ni merase gak aku. wuuuu~~ sonoknye!!!

takyah nak beli-beli tiket balik raye, balik sahur kat umah, buke dekat kolej. hoyyeehhhh!!! takyah nak gi dining seawal kul 5 petang nak tapau lauk berbuke sebab kalau lambat jangan kate lauk, kuah pon takde. takyah nak ignore pahale sahur sebab malas nak bangun semate-mate untuk minum neslo(nestum ngan milo) kat lam bilik dan takyah bukak pose ngan megi je sebab malas nak gi cari makan. ngeee~~nampak sangat aku pemalas kan?

last but not least, SELAMAT BERPUASA SUME !!!!

http://www.emocutez.com digital word sketching by ked