Showing posts with label *malaysia*. Show all posts
Showing posts with label *malaysia*. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

KAMI DAH SUDAH. ANDA BILA LAGI? :)


uikss??



kitorang pukul 7.50 pagi lagi dah tercongok dekat Sekolah Agama Ad-diniah Temerloh, Kampung Pangsenam sebab ayang nak jadi orang first mengundi. sebab ayah saluran 2, maka jadilah dia yang pertama. dan sebab aku saluran 3, jadilah aku sebagai orang ke 6 mengundi. huhuhu. 

mase kat dalam tu, Allah jela yang tahu perasaan aku camne. dupdapdupdap. sumpah lain macam. takut, nervous, scary semua ada kat dalam hati ni. Alhamdulillah. lepas dia calit dakwat tu, terus amik kertas undi, isi, masuk dalam kotak, pastu terus blah. heeee. dah tenang dah rasa.

pasal issue dakwat kekal pulak, aku rasa tak perlulah kot korang eager sangat nak mempertikaikan tentang kekalan dakwat tu. buat lah camne dakwat sekalipun, kalau dah hati korang sendiri tak jujur, tak guna jugak. bagi aku, ape yang penting, kita masing-masing sedar sampai mana tanggungjawab kita dan ketelusan uang kita sendiri berikan dalam mengundi ni. kita mahukan integriti dalam pilihanraya, tapi kalau kita sendiri yang gagal menerapkan nilai integriti tu dalam diri kita, no point kita nak tuding jadi dekat mana-mana pihak pasal dakwat kekal tu. betul tak?

okey lah, malas nak cakap banyak. undian di tangan anda, anda yang menentukan segalanya. undilah dengan berhemah. jangan pergi lambat-lambat taw. :P


[ked's sketching]

Sunday, August 5, 2012

THANK YOU DATO' LEE CHONG WEI


uikss??

sebelum itu, saya nak tujukan sebuah lagu untuk dato'. terimalah sebuah lagu daripada saya yang bertajuk, gemuruh suara.

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,


Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

dato', walaupun nasib tidak menyebelahi kita, namun sebagai rakyat malaysia, saya berbangga dengan datuk kerana dato' berjaya menyatu padukan kami, 28 juta rakyat malaysia untuk bersama-sama dato' berjuang demi 1 matlamat iaitu mendapatkan kemenangan negara. 


dato', janganlah dato' bersedih. kami paham yang tanggungjawab yang dato' pikul itu sudah cukup berat dan kalau kami berada di tempat dato' pun, belum tentu kami dapat melakukan seperti mana yang dato' berjaya lakukan pada malam ini.


dan dato', ketahuilah dato', sungguh pun lin dan berjaya mendapatkan emas, namun dato' lebih istimewa kerana dato' telah mendapat tabik dan penghormatan daripada kami, rakyat malaysia.


forever our hero. dato' lee chong wei.


sumber lirik : lirik lagu muzika

p/s : terharu plus sedih sangat bila dato' lee chong wei mintak maaf kat kita semua sebab tak dapat bawak balik emas. 

[ked's sketching]

Sunday, January 22, 2012

Monday, December 19, 2011

FAILED TO BE 1MALAYSIA CITIZEN


uikss??

Suasana di dalam bilik 13 terasa begitu mendebarkan kerana pada bila-bila masa sahaja, pelajar kelas HM2213C itu akan menduduki ujian bagi subjek BEL 482. Bagi keperluan subjek ini, para pelajar dikehendaki untuk menulis minit mesyuarat berdasarkan soalan yang diberi dan masing-masing berebut-rebut untuk menanyakan soalan terakhir kepada pensyarah bagi memastikan format penulisan yang mereka buat selama ini betul. Sudah menjadi lumrah kehidupan seseorang pelajar, pertanyaan di saat-saat akhir selalunya membuahkan kejayaan. Akan tetapi pada hari ini, soalan itulah yang menguji kami sebagai rakyat Malaysia.


" Madam, how we want to differentiate whether Dani is Miss or Mister? "
" I don't care if you want to put Miss or Mister because it seems to suit both. But, if you're fail in address the name of Gurdeep Kaur, I don't have any idea to say."
" Err, why Madam? We should address him as a Mister right? "
" What? Mister? Gosh! All of you fail to be 1Malaysia citizen. Did you never know that for Punjabs, Singh is for their male and Kaur is for the female. It same goes to your Bin and Binti lor."


Adakah anda gagal menjadi warganegara 1Malaysia seperti kami juga?




p/s : since sekolah rendah sampai la masuk U, aku tak pernah dapat peluang untuk bergaul rapat dengan kaum lain. mase masuk PLKN jelah baru aku dapat bertegur sapa ngan diorang. aku ingat lagi, dulu aku pernah tanye member cina aku, camne nak bezakan name diorang, means for male and female. diorang ade cakap, tapi aku dah lupe. hahaha

[ked's sketching]

Tuesday, December 6, 2011

MISTERI KEHILANGAN KED


uikss??

at last. setelah seminggu lebih aku menghilang, kini aku jumpa semula blog yang telah ku tinggalkan. wuuuu~ kembali kepada jalan yang benar akhirnya.




sebab musabab kenapa aku tak update blog ialah kerana broadband aku wat hal! firstly aku ingat bil tak bayar. teros tanpa segan silu apatah lagi malu-malu tenuk aku menalipon ibu aku yang jauh di kampung halaman sana nun, bertanyakan tentang broadband. kata beliau, " haa. ibu salah bayar la tu. nanti ibu bayar la."

dua tiga hari kemudian aku try connect, tak lepas jugak. bila aku tanya ibu aku, beliau mengatakan bahawa beliau sudah menjelaskan bil broadband yang tertunggak. jadi, apakah permasalahannya disini?

TINGGGG! lalu ku terpikir. adakah? 

ya! tepat sekali andaian aku. rupa-rupanya, modem tu yang rosak daa. tak pasal-pasal kena berkunjung ke celcom centre sambil menikmati ABC semangkuk dua semata-mata untuk tukar modem baru. adesshhh.

dan sekarang ni, aku hanya bergantung kepada ihsan member aku yang sanggup meminjamkan aku modemnya tatkala dia pon tak pakai modem tersebut. hahahaha

p/s : cuti sudah habis bro!

[ked's sketching]

Tuesday, November 22, 2011

UCAPAN TAHNIAH BUAT HARIMAU MALAYA


uikss??




Alhamdulillah. setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas izinNya untuk memberikan kemenangan bermakna kepada skuad Harimau Malaya kita semalam. tanpa kesungguhan mereka dan juga di iringi dengan doa jutaan rakyat Malaysia, mungkin hasrat kita untuk menjulang piala bola sepak sukan SEA 2011 ini tidak tercapai. syabas kepada dua-dua pihak saya ucapkan. 




dan tidak lupa juga kepada penyokong indonesia yang selama ini banyak membakar semangat pasukan Harimau Malaya sehingga berjaya menjadi pendorong bagi mereka untuk  berjuang habis-habisan demi mempertahankan maruah negara. 

akhir kata, majulah sukan untuk negara dan tak semestinya diam itu lemah. ingat tu yea.

p/s : dah macam YB la plak speech aku arini. hahahaha. AUUUUMMMMMM!!

sumber gambar : facebook dan zikrihusaini.com

[ked's sketching]

Sunday, September 4, 2011

3 TRAGEDI HARI RAYA 2011

uikss??

salam 6 syawal sume. tadi, aku baru je tengok live pendaratan pulang jenazah wira sebenar negara, Allahyarham Noramfaizul, cameraman bernama tv seperti mana yang kita sume sedia maklum telah terkorban dalam misi keamanan somalia di mogadishu kelmarin. Al-Fatihah untuk Allahyarham. semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. aminn.

semalam jugak, aku dapat satu mesej dari classmate aku ika tentang member kitorang baha, yang accident kat triang kelmarin. syukur Alhamdulillah, baha selamat. cume ade lebam-lebam sket dan kene jahit kat mate. seriau jugak aku mase dengar musibah ni. dah la tinggal seminggu je lagi sebelum kitorang nak daftar degree ni. mintak-mintak lah die tak de inner injury.

bukan tu saje, semalam jugak anak buah si baju biru accident kat kelantan. so, sebagai bapak buah yang prihatin, die kene la turun padang untuk setelkan sume kat sana. malam semalam die bertolak pergi dan dalam kul 3 pagi tadi die bertolak balik ke lumut semula. katenye, arwah meninggal bersama isterinye dan hanya anak mereka yang berusia 3 tahun saje yang terselamat. mase aku dengar tu, Ya Allah, kesiannye kat anak diorang. kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim piatu. syukur lah aku masih ada family lagi skang ni. semoga si anak tu dapat menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan roh ibu bapanya di cucuri rahmat Allah S.W.T.


daripada 3 tragedi ni, aku dapat simpulkan yang segala musibah yang datang dari Allah S.W.T itu hanyalah satu bentuk ujian kepada hamba-hambanya dan juga pengajaran kepada sesetengah orang supaya lebih berhati-hati dalam melakukan segala jenis perbuatan pun. terima la qada' dan qadar dengan ikhlas serta jangan sesekali kita alpa kepadaNya. dan kepada mereka yang nak drive balik ke destinasi masing-masing tu, berhati-hati di jalan raya ya! 

p/s : semoga keluarga Allahyarham Noramfaizul tabah menghadapi ujian ini.

digital word sketching by ked

Wednesday, August 31, 2011

RAYA DAN MERDEKA DENGAN GOOGLE

uikss??




google pon raye dan sambut merdeka ngan kite wehh!! dah, tu je yang aku nak post arini. busy nak gi makan mee udang ni. muahahahaha. post-post raye, nanti yer. okbai!


p/s : selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54!! 

ked anak malaysia

Tuesday, July 5, 2011

KERANA BERSIH, KAMI TERANCAM

uikss??


KUALA LUMPUR: Industri pelancongan negara di jangka mengalami masa sehingga enam bulan untuk pulih semula jika perhimpunan haram yang dijadual diadakan sabtu ini, diteruskan penganjur.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, berkata keadaan huru-hara akibat perhimpunan itu bakal menyebabkan industri pelancongan mengalami kerugian sehingga RM600 juta akibat kunjungan pelancong yang merosot.

"Kami ada menerima laporan pelancong mula takut berkunjung ke Malaysia dan kita mengkaji industri pelancongan akan pulih hanya dalam tempoh enam bulan sebab kita kerugian dari segi perbelanjaan pelancong ke sini sekurang-kurangnya sebelum, semasa dan selepas perhimpunan," katanya pada sidang akhbar pelancaran Perarakan Malam Flora Pelancongan 1Malaysia (1MITNFP), di sini semalam.

Sumber dari Harian Metro, 5 Julai 2011


**********************************************

rentetan daripada itu, wallaweh, ayat tak leh blah ek. hahahhaa. oke, masuk mood siyes balik ek. mesti korang tertanye2 kan ape la kaitan industri pelancongan malaysia ni ngan aku kan?

harus la ade kaitan!!! aku ni student tourism and tourism tu bidang aku! kalau la BERSIH ni boleh mengugat kestabilan industry pelancongan negara kite ni, memang harus aku naek angin.


korang bayangkan la, aku student tourism. bile aku abes blaja nanti, mesti la aku aspect nak berkhidmat dalam industry aku. da tu, wat ape aku blaja tourism selama 3 taon kan? aku da planning macam2 da dalam kepale otak aku ni nak cari target market baru untuk industry pelancongan negara kite. tapi, kalau la selepas BERSIH ni, that industry jatuh, macam mane ngan mase depan kitorang, student tourism seluruh malaysia? aku nak keje ape nanti? tak kesian ke kat kitorang.



kite tak yah gi jaoh, tengok aje thailand. ketidak stabilan politik diorang menyebabkan ramai yang jadi takot untuk masuk ke negara tu. adakah kite nak malaysia pon jadi macam tu satu hari nanti? mintak simpang.... kalau tak de tourist masuk, tak berjalan la industry pelancongan kite. manakala, kalau tak de income dari sektor pelancongan negara, kurang lah pendapatan negara kite. skang ni pon, industry pelancongan penyumbang ke lima terbesar untuk sumber ekonomi negara taw!


buat ape kite nak musnahkan ape yang ade? tak boleh ke kite wat rundingan secara damai? bukan ke itu lebih bagus? kan? aman, damai.... bukan tu je, perhimpunan ni menyebabkan rakyat kite berpecah belah. tolong laa. kalau aku budak2, aku tak terase sangat kot BERSIH ni. tapi, sebab aku dah dewase, aku dah mule untuk berpandangan jaoh.

boleh yea? hentikan sume ni? demi mase depan kami...

[ked's sketching]