Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts
Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

JOURNEY TOWARDS PROFESSIONALISM

uikss??


Dah nak grad? Ingin mengetahui cabaran dan etika dalam dunia professional? Bertekad untuk lebih pro dalam grooming dengan bantuan yang lebih pakar? 

Tak payah susah-susah cari professional consultant, tak payah berhabis banyak pergi course professional development, just bayar 5 ringgit, attend seminar kami. Yang paling best, sijil disediakan wooo!

What? Pukul 8 pagi? Jangan risau, tak sempat breakfast, takde hal. Breakfast kami sediakan, siap package lunch sekali. 5 ringgit dapat makan 2 kali plus sijil, berbaloi-baloi!

Tunggu apa lagi? Warga UiTM Shah Alam semua, anda dialu-alukan untuk menyertai seminar kami. Sebarang pertanyaan berkenaan tiket dan seminar, do not hesitate to contact this number --> 013 9298739.

Jom ramai-ramai like page kami!

http://www.facebook.com/SeminarJourneyTowardsProfessionalism


[ Part 5 students, Bachelor in Science(Hons)  Tourism Management UiTM Puncak Alam ]

Wednesday, October 10, 2012

KAMI SUDAH, ANDA?


uikss??

guys! jum pergi kfc! em, kalau tak nak pun, the chicken rice shop ke, A&W ke. ahah! pastu kita pergi MPH taw. boleh usha-usha buku baru. weee~ happynya weekends ni!

ehem ehem. kami sudah. anda bila lagi?


weee! akhirnya, turn uitm pulak distribute kad diskaun siswa 1 malaysia ni! selama ni dok makan hati je tengok student u lain dok post diorang dah dapat kad ni kan. sekarang ni giliran kitorang pulak. gigih ni taw lepas kelas pukul 10.30 tadi, terus shoot pergi budisiswa, uitm shah alam semata-mata nak amik kad ni. mujurlah tak ramai sangat orang plus sistem diorang yang cekap lagi pantas, tu yang sekejap je dah setel tuh.

tadi ibu call. aku pun ceritalah kat ibu yang aku dah dapat kad diskaun ni kan. 


" ibu, kak long dah dapat kad diskaun tu. moh la kita pergi bata. bolehlah ibu beli kasut baru. "
" hehehe. awak ni tahu-tahu je kak long. ibu memang nak beli kasut baru pun. :)"


see, tak sia-sia amik sekarang. boleh jugak parents kita tumpang benefit kad diskaun ni kan? so, mana-mana student yang belum amik tu, boleh la tuntut dekat kampus masing-masing ea.


p/s : dah lama tak masuk induk. meriah nampaknya aktiviti meng'clamp' arini. clamp pun dah tukar design baru. class gitu uolss! aku terpikir, berapa banyaklah clamps yang uitm ada sebenarnya ea? anyone knows? 


[ked's sketching]

Thursday, September 6, 2012

MUSIM KAHWIN NAVY


uikss??

kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang. kalau takde niat, masakan boleh menggoogle kek kahwin. 


tengok tu. sampai 2 hits lagi dalam masa satu hari. wah, ni betul-betul musim kahwin ni. for all military bride to be, happy wedding! yang mana kenal tu, boleh la jemput kita taw. hewhewhew.

for those yang nak cari kek kahwin, kek birthday, kek anniversary, apa-apa jelah jenis kek kecuali fish cake, yang kiut miut, boleh la refer kat entry ni balik yea. =^.^=

p/s : amboih. gigih nau type keyword pepanjang. emm, aku rasa kat blog aku ni takde pulak cerita pasai kereta sebab aku sendiri zero about kereta-kereta ni. yang last sekali tu aku boleh jawap. tak jauh pun awak yang tanya tu, kolej melati dengan mawar dekat je. mereka berdua tu di pisahkan dengan dataran cendekia a.k.a DC. kolej-kolej yang paling famous kat uitm shah alam. aku dulu duduk kolej melati taw. tapi blok yang pakai tangga punya. freshie la katakan. hehe


[ked' sketching]

Tuesday, February 21, 2012

OH TIDAK !! kenapa aku mesti tengok...


uikss??




tidakkk!! kenape aku mesti gatal-gatal tangan klik link tu. kan dah berdebor-debor. sebelom ni ingatkan rumors je keluar 22 ni. rupe-rupenye memang betol.

wooo~ aku sure lah budak-budak degree uitm yang lain pon mesti kecut gigi jugak la kan? same-same la kite berdoa semoge kite dapat result yang cemerlang, gemilang dan terbilang. kite da usaha habis baik kan? skang ni, berserah jela kat Allah. hanya Dia yang tau ape yang terbaik untuk kite. aminn.

tapi papepon, aku still, CUAKKKK !!



[ked's sketching]

Tuesday, January 17, 2012

WANTED! PENYAMUN KURUNG BIRU, TUDUNG BELIT KUNING!


uikss??



fuhhh~ lepas da satu paper tadi. Front Office. duration 3 jam tapi sejam pertama ade yang dah keluar. huhu. oleh sebab aku terkandas 2 soalan, aku pon setia la tunggu sampai 3 jam tu berlalu. 

keluar-keluar je dewan, aku tengok muke budak-budak ni sekor-sekor siyes. diorang suh aku check beg aku tengok ade barang hilang dah. haaaa, ni mesti ade kes ni. aku pon cepat-cepat la check beg aku. Alhamdulillah. note yang aku wat 2 hari lepas still ade lagi dan duit 40 sen elok je tergolek lam tu. maksudnye, tiada kehilangan barang berharga. hehe

tapi yang malangnye, ade member aku hilang wallet, handphone. ade jugak yang hilang handbag teros! giler kentang malaun tu! ngan beg-beg die sauk sekali. rakusnye!

yang paling kesian sekali, bagi mereka yang hilang kunci tu. ish ish ish. kesian-kesian. woi! kunci paling berharga sekali taw tak! korang taw tak dengan kunci sekeping tu malaun tu boleh untung beribu-riban! 

mau taknye. die pegi bilik tu, kalau takde orang, sedap-sedap la die rembat laptop 4 bijik, belom kire ngan pakej broadband skali, external 500gb, handphone tengah charge la, wallet laa. untung besau situ wooo.

dan, member aku, tiyah, nyaris-nyaris kena tadi. Syukur ke hadrat Ilahi sebab rumet die ade lam bilik mase tu. malaun tu, kate rumet tiyah, pompuan, pakai baju kurung biru, bunga kuning, tudung kuning, pulas tombol pintu, masuk macam tu je, dengan tak ketuk, tak beri salam ape. terkejut tengok ade orang agaknye, die pon nak cover malu, tanye member aku tu ade tak kat bilik. rumet tiyah ni pon kate lah takde, tiyah amik exam. pastu, die teros blah gitu je.

sementara tu, masih lagi suspek yang sama, level yang sama, try masuk 1 bilik ni. die menyamar jadi kawan mangsa iaitu mimi. die cakap kat rumet mimi tu yang mimi suh die amik note ngan laptop. dan, maapkanlah rumet mimi tu. die baru bangun tido agaknye sampai die tak sedar yang mase tu baru pukul 3 lebih sedangkan exam mimi start kul 2.15 dan manakan mungkin mimi yang sedang amik exam mase tu nak tengok note!

masya Allah. sudahnye, lepas exam tadi, ramai giler yang berkampung kat balai polis bantuan UiTM Shah Alam wat report. kepada si pencuri yang telah disumpah seranah sampai tujuh keturunan pon tak ampuh, nantikan balasan di dunia dan akhirat nanti. sendiri buat, sendiri tanggung ea. belajar tinggi-tinggi, bodoh pon same naik ketinggiannye. 

kepada mangsa pula, bersabarlah. ni sume ujian daripada Yang Maha Esa. Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang hilang tu. kan?

dan kepada sesiapa yang ternampak akan kejadian tersebut, rajin-rajinkanlah diri anda untuk menampilkan diri di balai polis yang berhampiran. kerjasama anda dalam membanteras jenayah ini amatlah dihargai.



mutiara kata untuk hari ini ialah,



" biarlah hidup sengkek harta, 
jangan kita papa hati,
biarlah hidup dipandang rendah,
jangan dihina sebab mencuri!"

[ked's sketching]

Sunday, December 25, 2011

BERAKHIR SUDAH


uikss??

ape yang berakhir sudah?
riwayat blog ni kah?
no no no.
mane leh akhiri kewujudan blog ni. 
aset tuh! huhu

tak lah.
sebenarnye nak bagitaw yang kelas dah berakhir.
maknenye, final dah nak dekat!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
dan zaman-zaman kegemilangan aku berkepit ngan buku pon akan bermule yea. 
hehehe

pesanan kepada sume bakal-bakal calon final exam january 2012 ni,
jum balik kampung ramai-ramai study week ni!
hahahahaha





p/s : sempoi tak lecturer kelas eco kitorang? last kelas sempat lagi amik gambar kelas. ahaks! semoge tak jumpe dah eco sem depan. aminn

ce teke mane satu lecturer eco kitorang. :)

[ked's sketching]

Monday, December 19, 2011

FAILED TO BE 1MALAYSIA CITIZEN


uikss??

Suasana di dalam bilik 13 terasa begitu mendebarkan kerana pada bila-bila masa sahaja, pelajar kelas HM2213C itu akan menduduki ujian bagi subjek BEL 482. Bagi keperluan subjek ini, para pelajar dikehendaki untuk menulis minit mesyuarat berdasarkan soalan yang diberi dan masing-masing berebut-rebut untuk menanyakan soalan terakhir kepada pensyarah bagi memastikan format penulisan yang mereka buat selama ini betul. Sudah menjadi lumrah kehidupan seseorang pelajar, pertanyaan di saat-saat akhir selalunya membuahkan kejayaan. Akan tetapi pada hari ini, soalan itulah yang menguji kami sebagai rakyat Malaysia.


" Madam, how we want to differentiate whether Dani is Miss or Mister? "
" I don't care if you want to put Miss or Mister because it seems to suit both. But, if you're fail in address the name of Gurdeep Kaur, I don't have any idea to say."
" Err, why Madam? We should address him as a Mister right? "
" What? Mister? Gosh! All of you fail to be 1Malaysia citizen. Did you never know that for Punjabs, Singh is for their male and Kaur is for the female. It same goes to your Bin and Binti lor."


Adakah anda gagal menjadi warganegara 1Malaysia seperti kami juga?




p/s : since sekolah rendah sampai la masuk U, aku tak pernah dapat peluang untuk bergaul rapat dengan kaum lain. mase masuk PLKN jelah baru aku dapat bertegur sapa ngan diorang. aku ingat lagi, dulu aku pernah tanye member cina aku, camne nak bezakan name diorang, means for male and female. diorang ade cakap, tapi aku dah lupe. hahaha

[ked's sketching]

Thursday, December 8, 2011

KISAH JAM 3 PAGI


uikss??

Panas! Berbahang sungguh rasanya bilik 3B-02-38 pada malam itu. Suis kipas yang sudah mencecah angka 5 itu ditenung Tina berulang kali. "Huh! Nombor 5 pon macam nombor 1 je! Baik tak payah pasang kipas!", Tina mengomel seorang diri. Namun, dek kerana perasaan mengantuk yang amat sangat gara-gara stay up menyiapkan report trip untuk dihantar esok, Tina tertidur juga akhirnya dalam keadaan panas berbahang sebegitu.

"ALLAHUAKBARRRRRR!" 

Serentak dengan ucapan itu, Tina terjaga. Dadanya berombak-ombak kencang. Peluh-peluh kecil sudah mula membasahi dahinya. Mimpi itu begitu menakutkan baginya. Tina menggigil ketakutan seketika. Masih terlayar dimindanya rupa lembaga hitam itu. Sekali imbas Tina melihat jam di handphonenya. "Pukul 3 pagi dah ni", getusnya perlahan. Serta merta Tina teringat yang seseorang pernah berkata padanya, sekiranya kita sedang bermimpi, kemudian kita terjaga selepas itu lalu melihat jam pada ketika itu, dan jam pula menunjukkan pukul 3 pagi, maknanya mimpi itu benar-benar akan terjadi. Tina pun melihat serata biliknya. 3 orang ahli biliknya yang lain sudah pun lena dibuai mimpi. Tiba-tiba, Tina berasa seram sejuk.



"Eishh, takutla pulak aku nak tido sorang-sorang ni. Ein, Ein! Bangun la beb! Aku takotla. Aku nak tumpang tido kat katil kau sekali boleh?" kata Tina sambil mengejutkan teman sebiliknya Ein yang tidur berhadapan dengannya. "Emmm. Ape ni Tina? Kau tido jela situ diam-diam. Esok aku ade kelas kul 8.30 laaa." Balas Ein dan tanpa menghiraukan rayuan Tina, dia kembali menyambung lenanya. 

Maka Tina pun pasrah untuk tidur berseorangan dikatilnya. Tak lama kemudian, ketika dia hampir melelapkan matanya, tiba-tiba badannya terasa berat. Seperti ditindih sesuatu. Tina memberanikan dirinya untuk membuka mata melihat gerangan apakah yang menindih dirinya. Alangkah terperanjatnya Tina apabila dia melihat lembaga yang muncul dalam mimpinya sebentar tadi sedang menindihnya! 

*********************

persoalannya disini, betol ke kalau kite terjaga dari mimpi buruk seperti mimpi tina tu, dan bile kite tengok jam mase tu, dan jam tu menunjukkan pukul 3 pagi, mimpi itu sebenarnya betol-betol terjadi. yeke? aku pon tak taw la. member aku yang gitaw kat aku macam tu tadi. bile aku tanye kenape, die kate sebab pukul 3 tu macam suku malam laa. orang tua-tua la kate kan. iye ke tak, WALLAHUALAM.

eh, tapi cite kat atas tu betol-betol terjadi. aku ubah sket-sket je. hehe

ked's sketching

Saturday, December 3, 2011

ATTENTION UITM PUNCAK ALAM!


uikss??



anda ingin mencuba makanan dari negara lain? teringin untuk menonton pertunjukan fesyen tanpa sebarang bayaran? ingin melancong bersama kawan-kawan tapi tidak menjumpai pakej yang sesuai?

ahah! kami ada cara penyelesaiannya.



datanglah ke acara kami dan kami akan menyelesaikan segala masalah anda. 

mari ramai-ramai datang memeriahkan majlis. kehadiran anda semua amat bermakna bagi kami. 





co-organized by 
Bachelor of Science (Hons) in Tourism Management UiTM Shah Alam

Friday, November 4, 2011

TATA TEST, WELCOME HOME!


uikss??

hooooorrrreeeeeeeeeyyyyyyyy! tepat pukul 10 malam semalam, make berakhirlah seminggu yang kucar kacir dalam hidup aku. 


see, muke aku pon dah jadi happy sehappy burung antu kat atas ni hah. yelah, schedule aku jadi pack giler kot. korang bayangkan ek, start daripada selase tu aku ade presentation, kuiz, test, sume dah jadi 3 in 1 dah. dah macam nescafe lak bunyinye. hai~ penat-penat.

abes test front office semalam, ape lagi, celebrate ngan download cite conan, pastu tengok sambil makan burger special cheese yang aku beli kat DC. perggghhh! memang heaven la. kalah mekdi taw uolss!

dan arini plak, ustaz dah cancel class kitorang. bole ler balik awal sket yedop? huhu. selamat bercuti sume! jum kite tengok tv puas-puas sampai pecah tv tu. huhu. aku nak kemas-kemas gerak balik temerloh ni. babai!

p/s : si baju biru pon gerak balik johor gak petang ni. semoge beliau selamat sampai ke kampung dengan selamatnye. aminn.

[ked's sketching]

Monday, October 24, 2011

SPOTCHECK!

uikss??


aku ingat dah besar-besar ni takde dah la spotcheck. udoh-udoh le mase zaman skolah dulu sokmo doh kene nye. kome sampei dah bosen dah kene sepotcek sokmo yak. hah, paham tak ape yang aku cakap tadi? only pure pahang yang boleh "pahang" ape yang aku bebel tadi.


tadi la, tengah elok-elok wat slide housekeeping sambil bertemankan mamee di tangan dan earphone berlagukan I Write Sins Not Tragedies by Panic!At The Disco, ah dapat mesej dari tiyah mengatekan bahawasenye bilik die kene spotcheck tergempar dengan staf pejabat kolej. kitorang pon ape lagi, teros kemas bilik kasi clear. hehehe

then, masing-masing dok prepare kat katil tunggu diorang datang. skali, diorang tak nak tengok bilik sangat pon. diorang nak check name kat depan bilik je. tengok gambar dah tampal ke belom. padan la ngan muke aku dan ah. masing-masing baru terhegeh-hegeh nak tampal gambar. tu pon lepas diorang bagi muke kat kitorang suh tampal on the spot kalau tak nak dapat surat amaran pertame. ape lagi, masing-masing kelam kabut la cari gambar nak tampal.


then, sempat kene smash lagi sebab tak susun sliper. adehhh. malu-malu!! teros susun sliper kat depan mate diorang.


err, yang sliper belah kanan ujung tu jangan tanye mane partner die. aku pon tak jumpe tadi. hehehee. 


kecian ah. terketar-ketar die mase orang tu datang check bilik. sampai orang tu dah blah pon ah still shaking lagi. hehehe. takot wehhh. takot kene saman. yelah, bilik tunggang langgang!

moral of the story, susun lah sliper korang tiap kali nak masuk bilik dan jangan lupe nak tampal gambar kat pintu bilik. huhuhu

p/s : eh, tadi kate got to go sebab nak wat slide housekeeping kan? opssy, aku lupe lak nak gitaw yang kelas aku cancel petang ni. so, ade banyak mase nak wat. ngeee~

[ked's sketching]

GOT TO GO!

uikss??


heaven! monday yang selalunye pack dah changed jadi monday yang loose. hahahhaa. sumenye gare-gare kelas CTU yang cancel pagi tadi serta mock meeting BEL yang tidak melibatkan aku kul 10.30 kang. makenye, aku hanye ade kelas pade pukul 2.30 petang saje nanti ek. 


bangun-bangun pagi, mandi-mandi, basuh baju, bilas baju, perah baju, sidai baju, angkat baju semalam, bukak pintu bilik, tukar baju, melompat atas katil, on laptop, cucuk broadband, connect, bukak google, log in facebook, sign in blogger, reply komen, baru nak edit draft, then teringat!

"slide housekeeping tak wat lagi!"

hmmm. teros tak jadi nak edit draft semalam. ekceli dari semalam lagi pas keluar makan ngan ah, tiyah ngan anis lagi aku ingat nak buat la kan. skali, batuk punye la terok giler sampaikan aku terpakse makan jugak ubat batuk tu *walaupon sebelom ni dah ramai yang bebel kat aku termasuklah si baju biru* , tuptup, aku tak sedar bile aku off laptop, si dia mesej pon tak sedar, teros lena. ZzZzZzZz....

kan? nampak tak kesannye bile aku makan ubat tu. haaa, slide ntah ke mane, aku ntah ke mane. sebab tu lah aku jarang makan ubat tu. makan pon before tido je. sebab akan jadi ngantok yang amat sangat. ishishish

eh, dah la. banyak pulak yang aku merepek kat sini. okey lah, got to go! nak siapkan slide untuk present esok. hehehe. tata~

p/s : yang sorang lagi tu pon dah jadi student balik dah kan skang. jum study same-same awak! hahaha :P

[ked's sketching]

Friday, October 21, 2011

I'M SORRY

uikss??




sorry sorry *sambil nyanyi lagu super junior* sebab aku dah lame tak update blog kan? tengok follower aku pon dah kurang satu. ni mesti sebab kecik hati aku tak blogwalking kat blog die kerana kebizian dan kelemahan yang melampau. huhuhu


minggu ni minggu paling busy bagi aku. yelah, starting ahad lagi aku dah demam kan? bawak ke hari isnin jugak bile aku still MC and kepala berat cam kene lenyek steamroll. *dush*. selasa plak aku ade test housekeeping. rabu plak ade housekeeping praktikal. malam plak member aku ajak makan lah, celebrate besday ah la. hari khamis lak again aku ade test event. dan akhir sekali, jumaat ni lah yang aku betol-betol free. *phewww*


sorry yea korang. banyak dah blog wajib aku singgah yang aku abaikan. jangan kecik hati ek? starting malam ni aku akan jenjalan kat blog korang taw. ek? 


okey lah. aku nak chaow dulu. nak gi teman ah cari charger laptop die yang saje menjahanamkan diri sendiri semate-mate nak suh ah tukau laptop baru. huhuhu. salam jumaat guys!


p/s : dalam mamai-mamai type lepas kene 2 injection dari doctor pagi tadi. siyes ngantok sampai aku leh tido kat kafe mase makan. hehehe

Saturday, October 15, 2011

LUNCH BREAK

uikss??

yea! aku skang ni tengah bosan, dah tak taw nak bukak kejadah ape dah, facebook twitter dah 53.05 kali log in, log out dan akhirnye, ke sini jugak hala tuju aku yang terakhir. bosan? jarang kan dengar word tu keluar dari kamus hidup aku. tapi skang ni terpakse keluar sebab aku tengah attend program 1 citizen ni hah. dak uitm kompem taw punyelah. yang paling azabnye bile aku sorang je budak kelas aku yang kena. makanye, aku mati kutu sebab takde member nak gosip-mosip bagai. haissshhh =.="

*pasan tak kalau biasenye aku ade letak image kan bawah 1st paragraph aku after greeting tapi sebab aku attend kursus ni, aku jadi tak berani lak nak save image kat desktop. ahaks!"

alamak! baru nak masuk main topik tapi tak jadi la plak. penceramah dah masuk!! tajuk pon dah kena tukar lah. okey, aku chow dulu! balik kang aku sambung balik. see ya!  

p/s : aku kat fakulti ayeem skang ni. ayeem!! mane kau? jumpe nak? ahaks!

[ked's sketching]

Friday, October 14, 2011

THE ADDITIONAL 10 RINGGIT (WHOAAAAA!!!)

uikss??


hurreyyyy!! dapat lagi seploh hengget! ingat tak semalam yang aku ade cite pasal seploh hengget terakhir aku tuh? still remember? haaa, malam semalam gak aku dapat additional seploh hengget lagi/ hikhikhik. nak taw camne dapat? citenye camni....

pada suatu malam yakni malam jumaat, maka bergeraklah 7 orang sahabat sambil membawa buku kemahiran insaniah menuju ke kompleks kejuruteraan yang mana terletak di hadapan kolej melati. tujuan sebenar mereka ke sana adalah untuk mendapatkan cop kemahiran insaniah dengan menghadiri suatu sesi kaunseling yang bertajuk "patah tumbuh hilang berganti". tanpa cop kemahiran insaniah tersebut, siapalah mereka, pelajar uitm selepas mereka menamatkan pengajian 2013 nanti. 

kemudian, duduklah mereka berhimpit-himpat seperti ayamazz roti impit depan markas mpp uitm terengganu dulu sementelah mereka gagal untuk mendapatkan tempat duduk di dalam dewan kuliah tersebut. dan, sesi kaunseling pun berlangsunglah. setelah dua puluh lima titik perpuluhan tujuh kali mereka menukar posisi duduk kerana lenguh duduk berhimpit, sampailah ke sesi yang paling di tunggu-tunggu iaitu sesi soal jawab.

namun begitu, tidak ramai yang berminat untuk menanyakan sebarang soalan sehinggalah kaunselor terbabit membuka peluang dengan mengumpan duit sepuluh ringgit sebagai ganjaran kepada mereka yang ingin bertanya sebarang "soalan" kepadanya.

melihatkan sepuluh ringgit dihadapan pentas dan setelah mengintai jumlah duit yang ada sebanyak sembilan ringgit didalam wallet, seorang pelajar yang dirahsiakan namanya segera mengangkat tangan untuk menanyakan soalan. dan, soalan yang di tanyakan ialah,

" hajah, saya nak duit sepuluh ringgit tu boleh?"

mengejutkan, beliau pun berjaya mendapatkan duit tersebut. syabas! satu cubaan berani mati yang pelajar tersebut telah berjaya lakukan. tanpa menghiraukan tepukan orang ramai dan tak kurang jugak dengan tawaan mereka sebagai penambah rasa, beliau memasukkan duit tersebut kedalam poket seluar track forest yang dipakainya.

moral of the story, grab the money, ignore the others! hahahaaha. at least, bertambah lah jugak duit aku kan? opss, adakah aku sedang mendedahkan bahawasanya aku lah student yang dapat seploh hengget tu? ahaks! dah die suh tanye soalan, aku pon tanye lah kan. soalan jugak tu kan? :P

p/s : alhamdulillah. lepas jugak lah duit makan untuk 2 hari. rezeki tak baik tolak kan?

[ked's sketching]

Sunday, October 9, 2011

THINGS TO REMEMBER TOMORROW

uikss??

alamak? esok ade bel. esok jugak aku kena hafal 8 points ni sebab lecturer aku nak soal. meh tolong aku hafal skali ek korang?




AGENDA OF COMMITTEE MEETING
1. chairman's address or welcome
2. apologies for absence
3. minutes of the previous meeting
4. matters of arising
5. special business
6. any other business
7. date of next meeting
8. close

okeh! done. dah dah. aku nak hafal lak ni. orang kate kalau kite hafal sebelom tido, senang nak masuk. hah, ni aku nak try la ni. gud nyte uolss!! :P

[ked's sketching]

SHARING IS CARING : ANNOYING CASES IN HOSTEL

uikss??


malas nak intro pepanjang sini sebab aku nak sambung tido japgi. well, sunday kan? ahaks! just nak bagi korang alert pasal trend hidup students kat hostel skang ni.


*sigh*. aku tak paham la. masing-masing dah besau. dah masuk alam dewasa dah pon. tapi still tak leh pikir cam orang dewasa. kalau zaman skolah-skolah tu leh lah nak diampunkan lagi. ni? adeyy. antara kes-kes annoying yang slalu terjadi ialah;

  1. dah TER ambil baju orang kat ampaian tu bukannye reti nak pulangkan balik! nak kene tunggu ade orang tampal notis berunsurkan ugutan kat notice board dulu baru nak pulang. 
  2. itu kalau TER. camne ngan yang SENGAJA nak amik lak? haaaa, ni paling banyak terjadi. kekadang tu, yang aku tak paham tu, bra pon ade yang nak curik jugak ke? pengotor giler kot! so guys, nanti before korang nak propose awek korang nanti, tanye diorang dulu ek, "eh yu, dulu yu penah check in hostel kan? ade curik bra tak kat sane?" . 
  3. tu belom lagi masuk kes lam toilet lagi. aku ingat dah masuk u ni, takde dah lah nak dengar jumpe bende pelik-pelik yang orang selalu TERtinggal lam toilet. tapi, ade jugak dek non oiihhh!! aku rase takyah nak describe kot bende pelik tu ape. masing-masing dah besar plus boleh taw tu ape kan? please la woi. jangan nak wat alasan yang korang terlupa nak buang la. setahu aku masing-masing dah expert kot! kalau adek-adek form one yang buat camtu aku leh consider lagi. ni tak, masing-masing dah leh jadi mak orang tapi still tak leh nak manage diri sendiri. eyewwwhhh!!
  4. kalau share fridge lak kan, jangan la wat cam fridge tu korang yang bayar installment die tiap-tiap bulan. amik barang korang je sudeehh. penah terjadi taw, member aku letak 2 cadbury choc bars yang besau tu lam fridge, ingat nak kasi beku lah kan, sekali, jangankan kate 1 bar je yang tinggal, plastik cekelat tu pon takde! surprisingly, kes ni terjadi mase minggu-minggu final exam! hah, kencang tak kencang budak-budak zaman skang ni makan bende-bende haram.
haishh. kalau nak diceritakan, kompem tak abes lagi aku type skang ni. senang cite camni lah, masing-masing dah besar. dah taw nak beza halal haram, baik buruk. kalau ade yang terambil barang yang bukan kepunyaan die tu, pulangkanlah kat tempat yang korang terambil tu. kalau teringin something, macam kes cekelat tu, mintak elok-elok. bukan kitorang tak leh nak nego langsung. jangan pakai amik je. dah tak pasal-pasal wat dosa. ukur baju di badan sendiri. pakai apa yang kite mampu. malu lah woi kalau orang tahu yang korang pakai baju curi. malu pada Allah skali. 

kite datang sini nak belajar kan? so, jangan tanye lah kenapa korang leh repeat paper sampai dua kali. sumenye berkait rapat dengan perbuatan korang terhadap orang lain. nak grad dengan first class honour tak? avoid buat bende-bende kat atas tu sume. sekian saje motivasi ahad kite pada minggu ini. selamat berdengkor!hahahahaha

p/s : sape ade terambil long sleeves shirt ah kaler putih yang die baru je sidai kelmarin? pulangkanlah semula. cian kat ah. dah takde baju nak pakai time housekeeping nanti. 


[ked's sketching]

Friday, October 7, 2011

BAJET 2012

uikss??

yea. maka tamatlah sudah pembentangan belanjawan 2012. dengar-dengar, orang gomen dapat banyak benefits lam bajet kali ni. yes! seb bek ibu aku keje gomen. so, ngan anak-anak beliau terjamin skali. ahaks!

dah-dah, tak yah cite pasal bajet 2012 yang aku sure 1 malaysia tahu. meh sini aku nak cite pasal bajet october 2011 aku ni pulak. haaa, aku, student yang sangat memerlukan pembentangan bajet untuk diri sendiri. muahahaha. puncanye ialah,


yea. tidak ragu-ragu lagi. ini merupakan jumlah current cash yang aku ade skang sementare dalam account bank aku ade la lam 7 hengget lebih lagi. dengan duit sebanyak ini lah aku nak survive sementara tunggu loan PTPTN yang dijangka paling awal masuk 21 hari bekerja selepas tarikh penghantaran borang iaitu pada 30 september yang lalu. hah, kire lah sendiri bile agak-agaknye duit aku masuk sebab aku paling benci mengire. hahahahaha

dek kerana malu nak mintak duit kat ibu (sebab anak sulung kene tunjuk yang die ni boleh berdikari), maka, terjadilah pembentangan belanjawan AFIQAH KHAIRUDDIN bagi sesi october 2011.

  1. bajet makan terpakse cut sebanyak 5 hengget sehari atau dalam bahase mudahnye, sekali sehari. (bekpes kat fac terpakse lah dilupekan)
  2. kene gerak gi kelas awal sebab nak naik bas free. (kalau tak kene bayar 2 hengget kot untuk kad bit bit sehari)
  3. megi, biskut dan milo merupakan makanan ruji utama bermula hari ni.
  4. balance kedit celcom ade la lam 68 sen manakala maxis kaye sket. ade RM3.11 ag. so, aku hanye akan balas mesej-mesej yang penting sahaja. sebarang pertanyaan cam, "beb! camne degree?" dan sewaktu dengannye, sile PM inbox facebook aku. 
last but not least, sape-sape ade taw tak mane-mane contact number ah long yang friendly sket? untung-untung boleh ler pinjam seratus dua! ahaks!

p/s : yuran konvo pon tak bayar lagi. adeyy! sedih je bile ibu suh balik rumah awal sket, boleh cari baju cantik-cantik untuk konvo. ibu, daripada spend duit untuk baju tu, baik lah kak long bayar duit buku arab ngan event, beli seluar slack untuk housekeeping dan duit elektrik. waaaa~~

[ked's sketching]

Wednesday, October 5, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #25 : ME !!!

uikss??



p/s : ciri-ciri eksaited baru dapat name tag terserlah kat entry aku kali ni. hahhaha. ni belom kad matrix lagi nih!

[ked's sketching]

KEM PEMBANGUNAN INSANIAH FPHP UITM SHAH ALAM

uikss??


mesti korang tertanye-tanye kan mane aku pergi since jumaat aritu tak update-update blog ni? haa, meh sini aku nak jawap. aku kene join kem pembangunan insaniah fakulti aku la kat kem lembah genting. perghhh! tolong jangan bayangkan suhu kat tempat tu same cam kat genting yea. name je lembah genting. tapi tak macam genting pon. huhuhu


meh aku citekan serba sedikit tentang aktiviti kitorang sepanjang 3 hari kat sane.

DAY 1
  • kitorang sampai petang so malam tu la baru ade aktiviti dan aktivitinye ialah, NIGHT WALK! 
  • memang sangat challenging night walk tu sebab kitorang terpakse naik bukit yang cerun + redah air sungai yang dalam lagi sejuk pada pukul 12 pagi!
  • the best part is kitorang sempat lagi wat unggun api atas bukit tu!
  • aku baru taw ek yang ade certain plants glow in the dark! subhanallah. cantik giler! thanks to farith sebab tunjukkan bende tu sume kat aku.
  • boleh pulak diorang wat gimik yang ade 2 budak hilang mase night walk tu. kesimpulannye, kitorang kena tahan kat dataran sampai subuh, tunggu sampai diorang jumpe budak tu. demm!

DAY 2
  • pas bekpes, dapat la tido jap. topup tido semalam yang tak dapat tu. pastu ade jungle tracking lak. kali ni kitorang kena masak lam hutan. 



  • dah siap masak tu ape lagi, masing-masing kebuloq cam tak makan setahun, nasik yang separuh masak pon licin kitorang bantai. apetah lagi sardin cap ali sham yang aku tak penah taw pon kewujudan brand tu.
  • petang tu plak, kitorang ade rempuh halangan ngan explorace. terbaekkk la! habis baju bersalut lumpur. abes sume tu, kitorang gi bermandi manda kat sungai. wee!!

  • eh, lupe lak nak cite yang before gi men lumpur tu, kitorang sume kene wat take cover. alah, yang macam kat gambar bawah ni. sangat demm okey? dah la mase tu tengah panas terik! baru lepas lunch lak tu. memang masing-masing peluh menitik-nitik ke lantai la jawapnye.

DAY 3
  • last day! before balik tu sempat lagi kitorang men perang-perang. sumpah best giler! masing-masing pasang strategi nak attack plus rampas bendera group lain. yang tak leh blah tu, ade pulak group israel! dah name pon group israel, keje diorang mesti la wat rampasan terhadap bendera-bendera kitorang.
  • pastu, sambung men tarantula lak. haa, game ni siyesly memang memerlukan semangat kerjasama yang tinggi woo. tengok pon dah seram!
  • abes je tarantula, ucapan penutup bagai, ape lagi, blah la! hahahahaha. tata kem lembah genting!

p/s : lame kan aku tak update blog? mesti korang rindu kan? hahahaha. don't worry! i'm back!

[ked's sketching]