Showing posts with label assignment. Show all posts
Showing posts with label assignment. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

AKU TERPAKSA MENCURI

uikss??

sobsobsob. 
maafkan aku wahai sang masa. 
aku terpaksa mencuri dirimu barang seketika.
kerana aku tahu.
hanya ini masanya.
untuk aku coretkan.
sesuatu yang telah lama aku abaikan.
di kehidupan yang satu lagi ini.

wah wah. kemain lagi kau berpuisi yea ked. sempat lagi tu dalam dok kata tengah curi-curi masa update blog seminit dua. ekekeke. well, don't call me adorable afiqah ea kalau ayat kat blog ni tak berbunga-bunga kan si baju biruku? :P

minggu lepas, minggu lepas-lepas, minggu ni, minggu depan, dan minggu depan-depan, aku tersangatlah busy nya. kalah pak menteri habaq hang! even si baju biru aku yang selalu busy pun tak sebusy aku dah sekarang ni. apakah? apakah dunia sudah terbalik? oh tidakkk!

mana? mana masa lapangku yang dahulu? mana masa girangku seperti di sem 3 tahun lalu? manaaa?

dulu, waktu-waktu camni boleh godek-godek laptop sambil minum milo sejuk. lepas online facebook, pergi kat twitter lak. bosan twitter, masuk blog. blogwalking. baca gosip artis. download running man, tengok balik family outing, search lagu-lagu jong kook kat youtube. sekarang ni, nak online facebook pun susah. bukak pun sebab tengok notification je. blog jangan cakaplah. daripada kau type bebel tak tentu arah ni, baik lah aku type assignments aku kan. hehehe

beza sungguh la sem 5 ni dengan sem-sem sebelum ni. banyak assignments nak kena hantar awal-awal sem. memang masak lah. aku pulak, dah terbiasa buat kerja last minute. tu yang terkejar-kejar tuh.

jumaat lepas, group aku buat assignment sampai ke cherating. check in hotel uolss. impiana gittew. booking bilik untuk 2 orang, tapi 4 orang yang masuk. hahahaha. standard lah. student kan? kena la jimat sket tang tu.

lepas check in, terus masuk bilik, snap gambar, snap setiap angle dalam bilik tu pastu barulah bergembira. haaa, malamnya, bermula lah misi kitorang yang sebenarnya. mengukur keluasan bilik! hehehe. ni semua untuk subject hotel design planning and layout yang kitorang amik sem ni. task dia, redesign balik mana-mana part kat dalam sebuah hotel. wah! cam student architecture lak aku rasa. >.<




uuuuu~ semata sebab nak buat assignment ni, sanggup pergi cherating jumaat tu, tidur semalam, check out sabtu tu, terus shoot balik puncak alam. uuuuuu~




alangkah best nya kalau sem ni ada trip sekelas lagi macam sem lepas. confirm havoc punyalah cherating kami kerjakan. hehehe



eh eh. dah ada improvement la mata aku. boleh bukak lagi 1 mm la! hahaha. happy tuesday guys! :)


[ked's sketching]

Friday, November 4, 2011

TATA TEST, WELCOME HOME!


uikss??

hooooorrrreeeeeeeeeyyyyyyyy! tepat pukul 10 malam semalam, make berakhirlah seminggu yang kucar kacir dalam hidup aku. 


see, muke aku pon dah jadi happy sehappy burung antu kat atas ni hah. yelah, schedule aku jadi pack giler kot. korang bayangkan ek, start daripada selase tu aku ade presentation, kuiz, test, sume dah jadi 3 in 1 dah. dah macam nescafe lak bunyinye. hai~ penat-penat.

abes test front office semalam, ape lagi, celebrate ngan download cite conan, pastu tengok sambil makan burger special cheese yang aku beli kat DC. perggghhh! memang heaven la. kalah mekdi taw uolss!

dan arini plak, ustaz dah cancel class kitorang. bole ler balik awal sket yedop? huhu. selamat bercuti sume! jum kite tengok tv puas-puas sampai pecah tv tu. huhu. aku nak kemas-kemas gerak balik temerloh ni. babai!

p/s : si baju biru pon gerak balik johor gak petang ni. semoge beliau selamat sampai ke kampung dengan selamatnye. aminn.

[ked's sketching]

Friday, October 21, 2011

I'M SORRY

uikss??




sorry sorry *sambil nyanyi lagu super junior* sebab aku dah lame tak update blog kan? tengok follower aku pon dah kurang satu. ni mesti sebab kecik hati aku tak blogwalking kat blog die kerana kebizian dan kelemahan yang melampau. huhuhu


minggu ni minggu paling busy bagi aku. yelah, starting ahad lagi aku dah demam kan? bawak ke hari isnin jugak bile aku still MC and kepala berat cam kene lenyek steamroll. *dush*. selasa plak aku ade test housekeeping. rabu plak ade housekeeping praktikal. malam plak member aku ajak makan lah, celebrate besday ah la. hari khamis lak again aku ade test event. dan akhir sekali, jumaat ni lah yang aku betol-betol free. *phewww*


sorry yea korang. banyak dah blog wajib aku singgah yang aku abaikan. jangan kecik hati ek? starting malam ni aku akan jenjalan kat blog korang taw. ek? 


okey lah. aku nak chaow dulu. nak gi teman ah cari charger laptop die yang saje menjahanamkan diri sendiri semate-mate nak suh ah tukau laptop baru. huhuhu. salam jumaat guys!


p/s : dalam mamai-mamai type lepas kene 2 injection dari doctor pagi tadi. siyes ngantok sampai aku leh tido kat kafe mase makan. hehehe