Tuesday, October 9, 2012

AKU TERPAKSA MENCURI

uikss??

sobsobsob. 
maafkan aku wahai sang masa. 
aku terpaksa mencuri dirimu barang seketika.
kerana aku tahu.
hanya ini masanya.
untuk aku coretkan.
sesuatu yang telah lama aku abaikan.
di kehidupan yang satu lagi ini.

wah wah. kemain lagi kau berpuisi yea ked. sempat lagi tu dalam dok kata tengah curi-curi masa update blog seminit dua. ekekeke. well, don't call me adorable afiqah ea kalau ayat kat blog ni tak berbunga-bunga kan si baju biruku? :P

minggu lepas, minggu lepas-lepas, minggu ni, minggu depan, dan minggu depan-depan, aku tersangatlah busy nya. kalah pak menteri habaq hang! even si baju biru aku yang selalu busy pun tak sebusy aku dah sekarang ni. apakah? apakah dunia sudah terbalik? oh tidakkk!

mana? mana masa lapangku yang dahulu? mana masa girangku seperti di sem 3 tahun lalu? manaaa?

dulu, waktu-waktu camni boleh godek-godek laptop sambil minum milo sejuk. lepas online facebook, pergi kat twitter lak. bosan twitter, masuk blog. blogwalking. baca gosip artis. download running man, tengok balik family outing, search lagu-lagu jong kook kat youtube. sekarang ni, nak online facebook pun susah. bukak pun sebab tengok notification je. blog jangan cakaplah. daripada kau type bebel tak tentu arah ni, baik lah aku type assignments aku kan. hehehe

beza sungguh la sem 5 ni dengan sem-sem sebelum ni. banyak assignments nak kena hantar awal-awal sem. memang masak lah. aku pulak, dah terbiasa buat kerja last minute. tu yang terkejar-kejar tuh.

jumaat lepas, group aku buat assignment sampai ke cherating. check in hotel uolss. impiana gittew. booking bilik untuk 2 orang, tapi 4 orang yang masuk. hahahaha. standard lah. student kan? kena la jimat sket tang tu.

lepas check in, terus masuk bilik, snap gambar, snap setiap angle dalam bilik tu pastu barulah bergembira. haaa, malamnya, bermula lah misi kitorang yang sebenarnya. mengukur keluasan bilik! hehehe. ni semua untuk subject hotel design planning and layout yang kitorang amik sem ni. task dia, redesign balik mana-mana part kat dalam sebuah hotel. wah! cam student architecture lak aku rasa. >.<




uuuuu~ semata sebab nak buat assignment ni, sanggup pergi cherating jumaat tu, tidur semalam, check out sabtu tu, terus shoot balik puncak alam. uuuuuu~




alangkah best nya kalau sem ni ada trip sekelas lagi macam sem lepas. confirm havoc punyalah cherating kami kerjakan. hehehe



eh eh. dah ada improvement la mata aku. boleh bukak lagi 1 mm la! hahaha. happy tuesday guys! :)


[ked's sketching]

1 comment:

Feel free to drop your comments here! :)