KEBAJIKAN TERHADAP BINATANG
uikss??
salam jumaat. pernah tak kita dengar sebuah kisah tentang seorang pelacur dan anjing pada zaman Rasulullah dulu?
Masya Allah. apalah hak kita untuk mengetahui ganjaran yang bakal diberikan kepada kita jika kita membuat kebaikkan walaupun sebesar zarah sekalipun dan itulah yang telah diterima oleh wanita itu.
anjing juga sama seperti makhluk ciptaan Allah yang lain cuma apa yang membezakannya dengan haiwan lain ialah dia tergolong dalam kumpulan najis berat iaitu najiz mughallazah. namun begitu, ianya tidak menghalang kita untuk membantunya dalam meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini.
tolong ya.
bantulah mereka sekiranya mereka memerlukan pertolongan.
bantulah mereka sekiranya mereka meminta makanan.
bantulah mereka sekiranya mereka meminta perlindungan.
bantulah mereka sekiranya mereka mati dijalanan.
alihkan ketepian supaya jasad mereka tidak bertambah kehancuran.
mereka bukan minta diusap.
jauh sekali untuk dibelai.
tetapi untuk dikasihani.
untuk disedari.
kewujudan mereka di muka bumi ini.
dan aku.
tidak bercakap bagi pihak anjing.
tetapi bagi semua.
semua binatang yang sering menjadi mangsa.
mangsa kerakusan manusia mengejar masa.
mangsa kealpaan pengguna jalan raya.
p/s : semoga ada badan bertanggungjawab untuk menanam bangkai anjing yang berada di divider simpang depan petronas shah alam 2, bandar puncak alam. wahai anjing, maafkan saya kerana hanya itu sahaja yang saya mampu lakukan. maafkan saya kerana kurang kudrat untuk menyempurnakan awak. maafkan saya.
credit hadith to : Angel Pakai Gucci
[ked's sketching]
lebeyh baek sentuh anjing dari arak :)
ReplyDeletebetul2..
Deletelagipun, tak salah berbakti pada haiwan..
:)