Showing posts with label *kemahiran insaniah*. Show all posts
Showing posts with label *kemahiran insaniah*. Show all posts

Friday, October 14, 2011

THE ADDITIONAL 10 RINGGIT (WHOAAAAA!!!)

uikss??


hurreyyyy!! dapat lagi seploh hengget! ingat tak semalam yang aku ade cite pasal seploh hengget terakhir aku tuh? still remember? haaa, malam semalam gak aku dapat additional seploh hengget lagi/ hikhikhik. nak taw camne dapat? citenye camni....

pada suatu malam yakni malam jumaat, maka bergeraklah 7 orang sahabat sambil membawa buku kemahiran insaniah menuju ke kompleks kejuruteraan yang mana terletak di hadapan kolej melati. tujuan sebenar mereka ke sana adalah untuk mendapatkan cop kemahiran insaniah dengan menghadiri suatu sesi kaunseling yang bertajuk "patah tumbuh hilang berganti". tanpa cop kemahiran insaniah tersebut, siapalah mereka, pelajar uitm selepas mereka menamatkan pengajian 2013 nanti. 

kemudian, duduklah mereka berhimpit-himpat seperti ayamazz roti impit depan markas mpp uitm terengganu dulu sementelah mereka gagal untuk mendapatkan tempat duduk di dalam dewan kuliah tersebut. dan, sesi kaunseling pun berlangsunglah. setelah dua puluh lima titik perpuluhan tujuh kali mereka menukar posisi duduk kerana lenguh duduk berhimpit, sampailah ke sesi yang paling di tunggu-tunggu iaitu sesi soal jawab.

namun begitu, tidak ramai yang berminat untuk menanyakan sebarang soalan sehinggalah kaunselor terbabit membuka peluang dengan mengumpan duit sepuluh ringgit sebagai ganjaran kepada mereka yang ingin bertanya sebarang "soalan" kepadanya.

melihatkan sepuluh ringgit dihadapan pentas dan setelah mengintai jumlah duit yang ada sebanyak sembilan ringgit didalam wallet, seorang pelajar yang dirahsiakan namanya segera mengangkat tangan untuk menanyakan soalan. dan, soalan yang di tanyakan ialah,

" hajah, saya nak duit sepuluh ringgit tu boleh?"

mengejutkan, beliau pun berjaya mendapatkan duit tersebut. syabas! satu cubaan berani mati yang pelajar tersebut telah berjaya lakukan. tanpa menghiraukan tepukan orang ramai dan tak kurang jugak dengan tawaan mereka sebagai penambah rasa, beliau memasukkan duit tersebut kedalam poket seluar track forest yang dipakainya.

moral of the story, grab the money, ignore the others! hahahaaha. at least, bertambah lah jugak duit aku kan? opss, adakah aku sedang mendedahkan bahawasanya aku lah student yang dapat seploh hengget tu? ahaks! dah die suh tanye soalan, aku pon tanye lah kan. soalan jugak tu kan? :P

p/s : alhamdulillah. lepas jugak lah duit makan untuk 2 hari. rezeki tak baik tolak kan?

[ked's sketching]

Wednesday, October 5, 2011

KEM PEMBANGUNAN INSANIAH FPHP UITM SHAH ALAM

uikss??


mesti korang tertanye-tanye kan mane aku pergi since jumaat aritu tak update-update blog ni? haa, meh sini aku nak jawap. aku kene join kem pembangunan insaniah fakulti aku la kat kem lembah genting. perghhh! tolong jangan bayangkan suhu kat tempat tu same cam kat genting yea. name je lembah genting. tapi tak macam genting pon. huhuhu


meh aku citekan serba sedikit tentang aktiviti kitorang sepanjang 3 hari kat sane.

DAY 1
  • kitorang sampai petang so malam tu la baru ade aktiviti dan aktivitinye ialah, NIGHT WALK! 
  • memang sangat challenging night walk tu sebab kitorang terpakse naik bukit yang cerun + redah air sungai yang dalam lagi sejuk pada pukul 12 pagi!
  • the best part is kitorang sempat lagi wat unggun api atas bukit tu!
  • aku baru taw ek yang ade certain plants glow in the dark! subhanallah. cantik giler! thanks to farith sebab tunjukkan bende tu sume kat aku.
  • boleh pulak diorang wat gimik yang ade 2 budak hilang mase night walk tu. kesimpulannye, kitorang kena tahan kat dataran sampai subuh, tunggu sampai diorang jumpe budak tu. demm!

DAY 2
  • pas bekpes, dapat la tido jap. topup tido semalam yang tak dapat tu. pastu ade jungle tracking lak. kali ni kitorang kena masak lam hutan. 



  • dah siap masak tu ape lagi, masing-masing kebuloq cam tak makan setahun, nasik yang separuh masak pon licin kitorang bantai. apetah lagi sardin cap ali sham yang aku tak penah taw pon kewujudan brand tu.
  • petang tu plak, kitorang ade rempuh halangan ngan explorace. terbaekkk la! habis baju bersalut lumpur. abes sume tu, kitorang gi bermandi manda kat sungai. wee!!

  • eh, lupe lak nak cite yang before gi men lumpur tu, kitorang sume kene wat take cover. alah, yang macam kat gambar bawah ni. sangat demm okey? dah la mase tu tengah panas terik! baru lepas lunch lak tu. memang masing-masing peluh menitik-nitik ke lantai la jawapnye.

DAY 3
  • last day! before balik tu sempat lagi kitorang men perang-perang. sumpah best giler! masing-masing pasang strategi nak attack plus rampas bendera group lain. yang tak leh blah tu, ade pulak group israel! dah name pon group israel, keje diorang mesti la wat rampasan terhadap bendera-bendera kitorang.
  • pastu, sambung men tarantula lak. haa, game ni siyesly memang memerlukan semangat kerjasama yang tinggi woo. tengok pon dah seram!
  • abes je tarantula, ucapan penutup bagai, ape lagi, blah la! hahahahaha. tata kem lembah genting!

p/s : lame kan aku tak update blog? mesti korang rindu kan? hahahaha. don't worry! i'm back!

[ked's sketching]