Showing posts with label pokai. Show all posts
Showing posts with label pokai. Show all posts

Friday, October 14, 2011

THE ADDITIONAL 10 RINGGIT (WHOAAAAA!!!)

uikss??


hurreyyyy!! dapat lagi seploh hengget! ingat tak semalam yang aku ade cite pasal seploh hengget terakhir aku tuh? still remember? haaa, malam semalam gak aku dapat additional seploh hengget lagi/ hikhikhik. nak taw camne dapat? citenye camni....

pada suatu malam yakni malam jumaat, maka bergeraklah 7 orang sahabat sambil membawa buku kemahiran insaniah menuju ke kompleks kejuruteraan yang mana terletak di hadapan kolej melati. tujuan sebenar mereka ke sana adalah untuk mendapatkan cop kemahiran insaniah dengan menghadiri suatu sesi kaunseling yang bertajuk "patah tumbuh hilang berganti". tanpa cop kemahiran insaniah tersebut, siapalah mereka, pelajar uitm selepas mereka menamatkan pengajian 2013 nanti. 

kemudian, duduklah mereka berhimpit-himpat seperti ayamazz roti impit depan markas mpp uitm terengganu dulu sementelah mereka gagal untuk mendapatkan tempat duduk di dalam dewan kuliah tersebut. dan, sesi kaunseling pun berlangsunglah. setelah dua puluh lima titik perpuluhan tujuh kali mereka menukar posisi duduk kerana lenguh duduk berhimpit, sampailah ke sesi yang paling di tunggu-tunggu iaitu sesi soal jawab.

namun begitu, tidak ramai yang berminat untuk menanyakan sebarang soalan sehinggalah kaunselor terbabit membuka peluang dengan mengumpan duit sepuluh ringgit sebagai ganjaran kepada mereka yang ingin bertanya sebarang "soalan" kepadanya.

melihatkan sepuluh ringgit dihadapan pentas dan setelah mengintai jumlah duit yang ada sebanyak sembilan ringgit didalam wallet, seorang pelajar yang dirahsiakan namanya segera mengangkat tangan untuk menanyakan soalan. dan, soalan yang di tanyakan ialah,

" hajah, saya nak duit sepuluh ringgit tu boleh?"

mengejutkan, beliau pun berjaya mendapatkan duit tersebut. syabas! satu cubaan berani mati yang pelajar tersebut telah berjaya lakukan. tanpa menghiraukan tepukan orang ramai dan tak kurang jugak dengan tawaan mereka sebagai penambah rasa, beliau memasukkan duit tersebut kedalam poket seluar track forest yang dipakainya.

moral of the story, grab the money, ignore the others! hahahaaha. at least, bertambah lah jugak duit aku kan? opss, adakah aku sedang mendedahkan bahawasanya aku lah student yang dapat seploh hengget tu? ahaks! dah die suh tanye soalan, aku pon tanye lah kan. soalan jugak tu kan? :P

p/s : alhamdulillah. lepas jugak lah duit makan untuk 2 hari. rezeki tak baik tolak kan?

[ked's sketching]

Thursday, October 13, 2011

THE LAST 10 RINGGIT

uikss??



yea kawan-kawan. ini merupakan 10 ringgit terakhir di dalam wallet body glove saye. dan jumlahnya telah pun di kecik-kecikkan sebaik sahaja membeli teh ais di DC tadi lalu menjadi sebanyak 4 keping duit 1 ringgit dan sekeping duit 5 ringgit. 

maka dengan ini, saye di isytiharkan sebagai muflis dan layak untuk menerima sebarang pinjaman berunsur peribadi mahupun peribahasa. sekian, terima kasih.

p/s : klik la nuffnang aku tu slalu kalau korang nak tolong aku. sobsobsob

[ked's sketching]