Showing posts with label disebalik mimpi. Show all posts
Showing posts with label disebalik mimpi. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

MIMPI? APAKAH MAKSUDNYA?


uikss??



mimpi? aku bukanlah jenis manusia yang suka menafsir mimpi. sebab bagi aku, mimpi ni mainan tidur je. umpama tidur sambil memeluk teddy bear, pastu kite main ngan teddy bear tu diluar sedar. hahahaha. cam tu lah ibaratnye.

tapi sem ni, aku ade sorang roommate. kak jibah namenye. kak jibah ni suke sangat tafsir mimpi die. makenye, aku pon dok terikut-ikut jugak la memikir-mikir aku mimpi ape semalam pastu google cari maknenye. hehehe

malam semalam, aku mimpi aku bunuh ular. ular tu kecik je at the beginning. maksudnye, mase aku jumpe ular tu kat sinki, kecik je. macam ulat tu hah. tapi, bile aku pasan yang die tu ular, aku jerit panggil ayah aku. then, ular tu tetibe mengganas cam angse ganas. aku pon ape lagi, amik gunting, aku pegi gunting ular tu, start dari ekor. pastu, ular tu pon mati. tapi aku tak puas hati, aku kerat jugak kepale ular tu sebab takut-takut kalau die hidop lagi sebenarnye. mase kerat tulah aku pasan yang kepale ular tu besar tetibe. ah sudah.. kenape ek? dah macam ikan tongkol dah aku tengok. huhuhu.. hebat tak imagination aku lam mimpi?

bangun pagi, aku wondering ape maksudnye. aku pon google laa. tapi takde satu pon yang menepati kes aku. ade yang aku jumpe, kalau kite bunuh ular ni, maksudnye kite berjaya singkirkan orang yang berdendam dengan kite. kalau kena patuk ular pulak, ade orang nak sihir kite. kalau jumpe ular pulak, ade orang nak pinang kite. tapi tengok pulak jenis ular tu camne. besar ke, kecik ke, hitam ke, bintik-bintik ke.. ah sudah, dah jadi complicated dah nak tafsir mimpi ni..

sudahnye, aku malas dah nak fikir. lagipun, mimpi ni kan mainan tido. jangan kite terlalu taksud sangat menafsir mimpi. takut lame-lame boleh terpesong pulak sebab dok percaye ramalan kan?


[ked's skecthing]

Thursday, December 8, 2011

KISAH JAM 3 PAGI


uikss??

Panas! Berbahang sungguh rasanya bilik 3B-02-38 pada malam itu. Suis kipas yang sudah mencecah angka 5 itu ditenung Tina berulang kali. "Huh! Nombor 5 pon macam nombor 1 je! Baik tak payah pasang kipas!", Tina mengomel seorang diri. Namun, dek kerana perasaan mengantuk yang amat sangat gara-gara stay up menyiapkan report trip untuk dihantar esok, Tina tertidur juga akhirnya dalam keadaan panas berbahang sebegitu.

"ALLAHUAKBARRRRRR!" 

Serentak dengan ucapan itu, Tina terjaga. Dadanya berombak-ombak kencang. Peluh-peluh kecil sudah mula membasahi dahinya. Mimpi itu begitu menakutkan baginya. Tina menggigil ketakutan seketika. Masih terlayar dimindanya rupa lembaga hitam itu. Sekali imbas Tina melihat jam di handphonenya. "Pukul 3 pagi dah ni", getusnya perlahan. Serta merta Tina teringat yang seseorang pernah berkata padanya, sekiranya kita sedang bermimpi, kemudian kita terjaga selepas itu lalu melihat jam pada ketika itu, dan jam pula menunjukkan pukul 3 pagi, maknanya mimpi itu benar-benar akan terjadi. Tina pun melihat serata biliknya. 3 orang ahli biliknya yang lain sudah pun lena dibuai mimpi. Tiba-tiba, Tina berasa seram sejuk.



"Eishh, takutla pulak aku nak tido sorang-sorang ni. Ein, Ein! Bangun la beb! Aku takotla. Aku nak tumpang tido kat katil kau sekali boleh?" kata Tina sambil mengejutkan teman sebiliknya Ein yang tidur berhadapan dengannya. "Emmm. Ape ni Tina? Kau tido jela situ diam-diam. Esok aku ade kelas kul 8.30 laaa." Balas Ein dan tanpa menghiraukan rayuan Tina, dia kembali menyambung lenanya. 

Maka Tina pun pasrah untuk tidur berseorangan dikatilnya. Tak lama kemudian, ketika dia hampir melelapkan matanya, tiba-tiba badannya terasa berat. Seperti ditindih sesuatu. Tina memberanikan dirinya untuk membuka mata melihat gerangan apakah yang menindih dirinya. Alangkah terperanjatnya Tina apabila dia melihat lembaga yang muncul dalam mimpinya sebentar tadi sedang menindihnya! 

*********************

persoalannya disini, betol ke kalau kite terjaga dari mimpi buruk seperti mimpi tina tu, dan bile kite tengok jam mase tu, dan jam tu menunjukkan pukul 3 pagi, mimpi itu sebenarnya betol-betol terjadi. yeke? aku pon tak taw la. member aku yang gitaw kat aku macam tu tadi. bile aku tanye kenape, die kate sebab pukul 3 tu macam suku malam laa. orang tua-tua la kate kan. iye ke tak, WALLAHUALAM.

eh, tapi cite kat atas tu betol-betol terjadi. aku ubah sket-sket je. hehe

ked's sketching