Showing posts with label *current issue*. Show all posts
Showing posts with label *current issue*. Show all posts

Friday, July 29, 2011

KAMI STILL SAYANG MALAYSIA

uikss?? 



jangan kate kat bukit jalil je meriah ngan bola. kat fesbuk pon meriah jugak. aku baru je online tadi. memang penoh la new feeds ngan status budak-budak ni. ade yang geram, yang bagi kate-kate semangat. yang klaka pon ade. huhuhu








tapi siyes player singapore memang kaki drama kan? aku rase diorang sume tu memang wat part time acting kot kat sane. hehehe. papepon, we still proud with all of you Harimau Malaya!!


digital word sketching by ked

Tuesday, July 19, 2011

MARI MENGENALI BAHASA KIASAN = MAKAN DALAM

uikss??


ape tu bahasa kiasan? bahasa kiasan ni ialah bahasa sastera yang digunakan bagi menyembunyikan maksud sebenar ayat tersebut. perasan atau tidak, dalam kehidopan kite sehari harian, seringkali kite disogokkan dengan bahasa kiasan macam ni. yelah. mane la nak taw, masing-masing jenis tak alert bile bercakap dengan orang. hahahahaha


dalam bahasa modennye, bahasa kiasan ni boleh la jugak di sama ertikan dengan, makan dalam. haaa, kalau term ni kompem korang taw kan? sure la korang pon penah kene kalau setakat makan dalam ni kan? muahahahaaha


nak bagi clear lagi, meh aku bagi contoh-contoh bahasa kiasan @ makan dalam nih.


SITUASI 1
- korang pinjam laptop kawan korang. bukan nak watpe pon. nak online fesbuk je. agak-agak dah lame sangat tu, kawan korang pon mintak balik ngan alasan nak wat assingment. padahal mase tu cuti sem! haaa, tu maksudnye, udoh-udoh le tu. die da bengang da korang pakai lame sangat. dan kalau korang still cakap kejap, tapi sampai setengah jam kemudian baru nak pulangkan, memang korang tak paham bahase.




SITUASI 2
- korang pinjam duit kawan korang. pastu wat-wat lupe. yang kawan korang ni bengkek giler la. die yang jarang borak-borak ngan korang ni tibe-tibe je cite pasal si minah yang pinjam duit die tak pulang-pulang sampai kesudoh. korang pon dengor jela sambil tumpang simpati. ekceli, die bagi hints la tu cite pasal hutang piutang ni kat korang. dengan harapan yang korang akan cakap macam ni, "eh, terlupe lak aku. aku pon ade hutang ko dulu kan? tak bayar lagi. berape ek? jap aku bayar." haaa, tu la niat die sebenanye. tapi kalau korang jenis takde kesedaran diri jugak, tak taw la aku.




SITUASI 3
- korang dok menyewa ngan kawan korang. dah la dok menumpang, sewe ape pon tak bayar. mencekik paling banyak dari orang laen. sape boleh tahan bhai. semenjak due menjak ni, housemate korang sebok bercerite pasal jiran selang due baris dari rumah korang yang kononnye macam biawak hidop. tak bayar sewe rumah la, mencekik tak hengat dunie laa. tibe-tibe je cite tu muncul. padahal sebelom ni tak penah kenal pon sape yang dok kat situ. haaa, tu maksudnye diorang bagi signal la tu. "oooiii, tak sedar-sedar diri lagi ke ko tu tak bayar sewe dah 3 bulan daa. grrrr!!!". hah, kalau korang join ngumpat skali jiran selang 2 baris tu, memang korang jenis tak paham bahase!






hah, cukup la tu 3 contoh je kot. nak lebih-lebih lagi, korang wat la entry sendiri! hahahaha


digital word sketching by ked

Friday, July 8, 2011

LARANGAN DARI UITM

uikss??


Seluruh Pelajar UiTM

LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
“A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.

Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”

Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.




perghhh. aku baru bukak email semalam kot. tuptup nampak email ni. wahhhh~~ tak sangke uitm sayangkan aku ag sebagai ex student die. huhuhuhu. love u uitm!!

digital word sketching by ked

Tuesday, July 5, 2011

KERANA BERSIH, KAMI TERANCAM

uikss??


KUALA LUMPUR: Industri pelancongan negara di jangka mengalami masa sehingga enam bulan untuk pulih semula jika perhimpunan haram yang dijadual diadakan sabtu ini, diteruskan penganjur.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, berkata keadaan huru-hara akibat perhimpunan itu bakal menyebabkan industri pelancongan mengalami kerugian sehingga RM600 juta akibat kunjungan pelancong yang merosot.

"Kami ada menerima laporan pelancong mula takut berkunjung ke Malaysia dan kita mengkaji industri pelancongan akan pulih hanya dalam tempoh enam bulan sebab kita kerugian dari segi perbelanjaan pelancong ke sini sekurang-kurangnya sebelum, semasa dan selepas perhimpunan," katanya pada sidang akhbar pelancaran Perarakan Malam Flora Pelancongan 1Malaysia (1MITNFP), di sini semalam.

Sumber dari Harian Metro, 5 Julai 2011


**********************************************

rentetan daripada itu, wallaweh, ayat tak leh blah ek. hahahhaa. oke, masuk mood siyes balik ek. mesti korang tertanye2 kan ape la kaitan industri pelancongan malaysia ni ngan aku kan?

harus la ade kaitan!!! aku ni student tourism and tourism tu bidang aku! kalau la BERSIH ni boleh mengugat kestabilan industry pelancongan negara kite ni, memang harus aku naek angin.


korang bayangkan la, aku student tourism. bile aku abes blaja nanti, mesti la aku aspect nak berkhidmat dalam industry aku. da tu, wat ape aku blaja tourism selama 3 taon kan? aku da planning macam2 da dalam kepale otak aku ni nak cari target market baru untuk industry pelancongan negara kite. tapi, kalau la selepas BERSIH ni, that industry jatuh, macam mane ngan mase depan kitorang, student tourism seluruh malaysia? aku nak keje ape nanti? tak kesian ke kat kitorang.



kite tak yah gi jaoh, tengok aje thailand. ketidak stabilan politik diorang menyebabkan ramai yang jadi takot untuk masuk ke negara tu. adakah kite nak malaysia pon jadi macam tu satu hari nanti? mintak simpang.... kalau tak de tourist masuk, tak berjalan la industry pelancongan kite. manakala, kalau tak de income dari sektor pelancongan negara, kurang lah pendapatan negara kite. skang ni pon, industry pelancongan penyumbang ke lima terbesar untuk sumber ekonomi negara taw!


buat ape kite nak musnahkan ape yang ade? tak boleh ke kite wat rundingan secara damai? bukan ke itu lebih bagus? kan? aman, damai.... bukan tu je, perhimpunan ni menyebabkan rakyat kite berpecah belah. tolong laa. kalau aku budak2, aku tak terase sangat kot BERSIH ni. tapi, sebab aku dah dewase, aku dah mule untuk berpandangan jaoh.

boleh yea? hentikan sume ni? demi mase depan kami...

[ked's sketching]

Thursday, June 30, 2011

DEBOOOOO!!!!

uikss??



PENGUMUMAN
KEMASUKAN UiTM
SEMESTER 1 2011/2012
  1. Semakan keputusan jaya bagi Program Penerapan ke Program Ijazah Sarjana Muda boleh disemak mulai 30 Jun 2011 jam 5.00 petang. Program Penerapan yang terlibat adalah.
    • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM
    • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM (kecuali Diploma Perakaunan Trek Pantas)
    • Lepasan Diploma UiTM (Program Perubatan, Pergigian dan Farmasi)


    digital word sketching by ked

Wednesday, March 30, 2011

SUMPAH TAK STYLO LANGSUNG!

uikss?? 


hot hot hottttt day today!! mane x hotnye, saket mate taw x tengok teenagers zaman skang ni punye dressing. 

lunch tadi, kitorang decided nak lunch kat mekdi. bukan ape, kecian kat yana terpakse makan bubur sebab die baru tuka braces pagi tadi. da dapat meals, kitorang pon cari la tempat nak duduk. tttttuuuuuuuuuu dddddiiiaaaaaaaa, tibe2 je rase indahnye pemandangan arini. mane taknye, navy-navy berlonggok-longgok duk tengah makan mekdi. wwwwwwaaaaaaa. smartnye!!!! hehehe. boley gak cuci-cuci mate jap. *gatai!*

malangnye, pemandangan indah tu x lame. ble masuk jep 2 orang pompuan ni, tros aku rase cam, WATERPARK!!! 

mule2, aku ingat diorang indon taw. tengok dressing memang x gaye melayu kite la. bese la, kite kan ley cam melayu ngan indon kan? tapi nyah, bile mai jep sorang ag geng die, cakap Key Ell wa cakap sama lu! aku teros, wah! Melayu ghupenye. yang lebih tepat ag, sedare sesame Islam aku laaaaa. LOL

korang imagine jela ek,1st girl ni dress up x yah cakap la. pakai hot pants da mcm spender da aku tengok, gelang cam keje kat kedai loceng, yang paling x boleh blah tu, die punye hair style yang sangat coolio!! cam rihanna, bezenye, die shave kat sebelah tu macam gambar yang tertera :


see, cam x caye je kan pompuan 2 wat rambot cam ni. kalau laki 2 x pela, x de la aku heran sangat sebab da bersepah! yang pompuan 2 la. ish3..

then, yang ag sorang dye rambot macam x hengat mati da ni. kaler MERAH uols! saket mate mak nengoknye. 

yang sorang lagi, dress code same jep. lebih kurang stok2 macam 2 la. yang paling penting kat sini, diorang ley paki tag ZOUK kat tangan! Assalamualaikum, sedari2 sume ni bangge sangat ke nak tunjuk yang sedari2 sume ni da jejakkan kaki kat sana? simpan jela tag 2 kat lam bilik ek. sebab, kitorang sikit pon x herannnn!!! kitorang ag berbangge kalau korang pakai tag tabung haji ke, tag derme darah kat spital nu ke. 


adoyai~~ siyes da x taw nak cakap ape ngan budak2 zaman sekarang ni. aku pon remaje gak, melayu gak, Islam gak, tapi x de pon camtu... =.="

tujuan aku post entry kali ni,, bukan nak mengate,, menyindir2 orang,, tapi,, untuk menyedarkan mane2 manusie yang behave like that,, sile ingat 1 je. kite ni Islam,, ade panduan hidup kite yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. why must we broke the rule, sedangkan itu adalah yang terbaik untuk kite. Allah sayangkan kite sebagai hambaNya. sepatutnye, kite berase bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ni. jangan lah kite mensie2kannye dengan tidak menghargai ape yang Dia telah anugerahkan kepada kite. aku harap, korang kalau x taw malu ngan masyarakat setempat, malu la dengan Dia ek?? sebab Dia yg mencipta kite, Dia yang taw asal usul kite, dan yang paling penting skali, Dia yg menentukan mase depan kite. pegang tu je.

THE ONE AND ONLY KED