Showing posts with label japan drama. Show all posts
Showing posts with label japan drama. Show all posts

Friday, January 11, 2013

I REALLY NEED YOUR SUGGESTION HERE!


uikss??

3 paper dah berlalu. ada lagi 3 paper yang nak kena face before sem 5 ni melabuhkan tirainya. lepas 20hb ni, start la cuti sem aku. yahoooo! boleh duduk rumah puas-puas, online sampai tak larat nak bukak laptop dah and enjoy watching japan drama! weee~

dah jadi kebiasaan bagi kami, geng-geng pangsenam iaitu aku, una dan fima selalunya dalam cuti sem ni, akan berkumpul di markas (rumah una) dan saling bertukar-tukar external hard disk untuk meng'copy' cerita-cerita korea mahupun jepun sebagai bekalan menghilangkan boring untuk cuti sem kami.

tapi kan, aku pun tak tahu lah kenapa, time final exam mesti aku jadi rajin sangat nak mendownload. time free-free dalam sem aritu tak nak pulak aku menyibukkan diri mendownload segala benda alah tu kan. hahaha. itu lah yang dinamakan examination freak syndrome. 

makanya, tinggal tak sampai 10 hari nak sampai 20hb ni. ini tak boleh jadi ni! kena download cepat-cepat. dah la IDM yang aku pakai ni bukan tahap advance cam kuwe punya. 40mb lebih pun makan 20 minit gak nak tunggu habis download kalau sekali download 3 part. hohoho

okey, ada apa-apa suggestion tak japan drama yang cam best plus kelakar-kelakar sikit? kat sekarang ni, aku dah download sunao ni narenakute. dalam waiting list sesat satu cerita korea ni. member aku kata best. reply 1997 katanya. una kata, dia bukan macam typical korean drama. ahaaaa. teruja pulak aku nak tengok nanti. hehehe.


GTO 2012 special 2 masuk dah waiting list. MONSTERS pun. hmmm. apa lagi ea? tolong bagi suggestion ea? aku dah mati kutu ni. feel free to drop a comment guys! sharing is caring right? :)

p/s : dengar cerita MONSTERS cam kelakar. well, tengok lah ada siapa kan dalam tu. yamapi kot. huhuhu


[ked's sketching]

Thursday, August 2, 2012

MR. BRAIN AND LIE DETECTOR


uikss??

masa cuti dua bulan ni sebagai student, haruslah di isi sepenuhnya dengan menonton drama-drama jepun atau korea. tapi, oleh kerana aku lagi prefer tengok drama jepun dari korea, err, running man tak termasuk dalam drama yea, maka, haruslah drama jepun je yang berada dalam waiting list aku.

untuk japan actor, aku suka kazuya kamenashi. hah? tak kenal? alah, siapa yang suka tengok gokusen II mesti kenal dia. tak pun hot drama dia iaitu yamato nadeshiko. ahhh.. cair beb tengok dia. aku suka style dia yang cam cool-cool macho tuh. miaooww~

then, aku try la tengok one drama ni, mr.brain tajuknya. tu pun sebab member aku kata ada kame dalam cerita tu as guest. sekali aku tengok, best la pulak cerita ni. terus tengok sampai habis. hehehe


untuk mereka yang minat CSI and criminal minds, cerita ni memang sesuai ngan korang. ia mengisahkan sorang lelaki yang bernama tsukumo ryusuke (takuya kimura) yang pernah accident kena hempap besi billboard 3 tahun lepas, yang mana otaknya bertukar menjadi lebih aktif selepas kejadian itu. memang ajaib apabila dia terselamat kerana accident tersebut memang teruk. setelah dia pulih, dia telah menyambung pelajarannya dalam bidang brain study dan sekarang ni dia sudah berjaya menjadi seorang doktor in brain specialies ataupun colleagues nya menggelarkan dia sebagai dr. brain.

sikapnya yang suka mengkaji aktiviti otak manusia menyebabkan dia terlibat untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan ini dan selepas daripada itu dia terus berkerjasama dengan polis untuk menyelesaikan segala kes pembunuhan yang berlaku pada ketika itu dengan teorinya yang based on behaviour of the human brain.

yang bestnya pasal cerita ini ialah banyak tips berguna yang kita dapat untuk menjaga otak kita selain info-info tentang otak. selain itu, kita jugak dapat belajar how to detect when people tell lie to you. hehehe. menarik tak?






maksudnya, kalau nak tengok orang tu tipu kita ke tak, pandang matanya ketika kita sedang berkomunikasi dengannya. kalau dia punya pandangan tu ke belah kanan, hah! confirm dia tengah menipu time tu. 

p/s : dah habis tengok mr. brain ni. mintak-mintaklah ada mr. brain 2. oh yea, kalau nak download this drama boleh cari kat sini ea. -- > http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/mr.-brain/


[ked's sketching]