
lepas 1 episode, terus tengok yang episode 2 punya. eh eh, cam best! wah, drama korea first yang aku tengok sampai dah masuk 6 episodes dah sekarang ni! sila masuk dalam buku teks sejarah penaklukan drama korea terhadap perempuan melayu yea murid-murid. hohoho
cerita ni memang best. dalam scenes serious macam part Kang Ma Roo (Joong Ki) dengan Han Jae Hee (Park Shi Yeon), ada diorang masukkan scenes bestfriend Ma Ru, Jae Gil (Kwang Soo) dengan adik Ma Roo, Choco. sebab aku suka Kwang Soo, memang tiap kali keluar muka dia, walaupun part serious, mesti aku gelak. puahahaa
kelakar camne pun, aku tetap stress dengan cerita ni! stress dengan watak Han Jae Hee tu la! eeee. muka dia memang mintak penampar sangat dalam tu. dengan muka mintak simpati 24/7 sedangkan semua yang terjadi tu sebab dia sendiri. dah la orang tolong pikul kesalahan dia, dia lagi nak hancurkan hidup orang tu. grrr~!
arghhh! stressnyeeeee! stress tengok muka tak bersalah Jae Hee tu. plus stress dengan sikap selfish dengan tak sedar diri dia tu. kalah tengok sinetron camni!
well, orang kata kalau kita geram dengan watak dalam sesuatu cerita tu, itu maksudnya, pelakon tu dah bawak role diorang dengan baik sekali. so, patut tak aku puji Park Shi Yeon sebab aku stress dengan watak dia dalam cerita ni? anda tentukan!
p/s : banyak lagi episodes tak cover ni. heaven nye dok umah! yeay!
[ked's sketching]


