Showing posts with label free time. Show all posts
Showing posts with label free time. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

STRESS AKU TENGOK DRAMA NIH!


uikss??

cuti ni, aku ingat nak menjinak-jinakkan diri tengok drama korea. yela, selama ni variety show je yang aku layan. ada jugak try tengok diorang punya drama tapi paling lama aku boleh bertahan tengok dalam 30 minit jela. hahaha. tak taw kenapa aku tak boleh nak stick lama-lama tengok cerita korea ni.

nak di jadikan cerita, baru-baru ni aku bosan sangat. tak mau tengok Running Man dah. lenguh dah aku ulang 129 episodes semua tu. huhu. so, aku nak tengok One Pound Gospel. drama jepun yang aku download time exam aritu. tapi, since aku tak transfer lagi ke external hard disk aku, aku pun godek-godek jela apa yang ada dalam external ni.

godek punya godek, ternampak lah Nice Guy. eh, ni cerita yang Song Joong Ki berlakon! Lee Kwang Soo pun ada. diorang ni main cast dalam Running Man tapi Joong Ki dah keluar. teringin nak tengok Joong Ki berlakon, aku pun layan lah sat Nice Guy ni.


lepas 1 episode, terus tengok yang episode 2 punya. eh eh, cam best! wah, drama korea first yang aku tengok sampai dah masuk 6 episodes dah sekarang ni! sila masuk dalam buku teks sejarah penaklukan drama korea terhadap perempuan melayu yea murid-murid. hohoho

cerita ni memang best. dalam scenes serious macam part Kang Ma Roo (Joong Ki) dengan Han Jae Hee (Park Shi Yeon), ada diorang masukkan scenes bestfriend Ma Ru, Jae Gil (Kwang Soo) dengan adik Ma Roo, Choco. sebab aku suka Kwang Soo, memang tiap kali keluar muka dia, walaupun part serious, mesti aku gelak. puahahaa

kelakar camne pun, aku tetap stress dengan cerita ni! stress dengan watak Han Jae Hee tu la! eeee. muka dia memang mintak penampar sangat dalam tu. dengan muka mintak simpati 24/7 sedangkan semua yang terjadi tu sebab dia sendiri. dah la orang tolong pikul kesalahan dia, dia lagi nak hancurkan hidup orang tu. grrr~!


arghhh! stressnyeeeee! stress tengok muka tak bersalah Jae Hee tu. plus stress dengan sikap selfish dengan tak sedar diri dia tu. kalah tengok sinetron camni!

well, orang kata kalau kita geram dengan watak dalam sesuatu cerita tu, itu maksudnya, pelakon tu dah bawak role diorang dengan baik sekali. so, patut tak aku puji Park Shi Yeon sebab aku stress dengan watak dia dalam cerita ni? anda tentukan!

p/s : banyak lagi episodes tak cover ni. heaven nye dok umah! yeay!


[ked's sketching]

Saturday, September 24, 2011

HAPPY SATURDAY!!

uikss??


yeahhh!! hari yang paling dinanti-nantikan oleh sume makhluk di muka bumi ini sama ada students mahupun workers. yelah, setelah berhempas pulas menghabiskan 5 hari untuk study yang tak ketahuan, ni lah masenye untuk kite relax-relax sambil menghayati kehidupan yang sedia ada.


perghh. heaven giler kan? part yang aku paling suke dalam hidop aku adalah apabila aku boleh menyendiri, buat aktiviti yang aku gemari. sangat rest in peace mase tu. lalalalalala~ see! aku dah start nak nyanyi sebab terlalu suke hati sangat hari ni.

dah lame aku tak jumpe sabtu yang tenang macam ni. minggu lepas, hari sabtu aku dihabiskan dengan tolong ibu aku wat esaimen die. whole saturday aku tak tido langsung! sabtu-sabtu sebelom tu, mase aku ade kat rumah, banyak komitmen sket. so, tak boleh nak berjimba-jimba sangat lah pada hari sabtu tu. lagipon, bile kat rumah, weekdays ngan weekends pon dah same je bagi aku. yelah, tak experience rushing cam bile kite study skang ni. so, kureng bermakne sangat lah kan?


so, this is the most precious saturday for me after 4 months. huhuhu. tadi member aku, una ade tanye, aku wat ape jep arini. ahah! ni lah list of answers untuk soalan die tadi.

  1. blogging
  2. blogwalking (dah lame tak wat woo! siyes rindu giler!)
  3. kemas bilik
  4. kemas meja study (walaupon aku tak study kat situ) 
  5. sambung tengok cite-cite jepon yang dah terperam lame dah lam external aku nih.
  6. habiskan bace novel yang aku beli awal bulan aritu
  7. halau roomates aku keluar so that aku boleh melalak lam bilik sekuat hati. hahahaha
  8. replay lagu-lagu butterfingers yang aku dah lame tak dengar sampai bosan
  9. pegi open house tira petang karang
  10. makan megi for this lunch sebab malas nak keluar cari makan kat DC plus sengkek!
best tak sabtu aku kali ni? hah, korang? jangan jelez ek kalau ade yang kene gi modul ke, kursus ke, keje ke, ape ke. hidop kene enjoy tak kire mane pon anda berade. :)

p/s : ekceli ade lagi satu plan yang sangat bermakne bagi aku arini. tapi macam tak jalan je plan tu, so, enjoy jelah dengan sume activities yang aku dah list kan ni. happy saturday uolss!!


[ked's sketching]