
uikss??
ada satu benda je yang buatkan aku malas nak tunjuk muka dekat sebarang kenduri kendara dekat area rumah aku. standard lah mana-mana mak cik yang dah lama tak tengok aku tu, mesti akan cakap macam ni, " dah besar dah awak ni ea. umur berapa? kerja dah ke? belajar kat mana? ".
kalau tulah jenis-jenis soalan dia, aku tak kisah sangat. dengan ramah mulutnya aku menjawap. tapi, yang aku rasa bengang sikit lah bila diorang suka sangat compare aku dengan adik-adik aku yang lagi dua orang tu. ayat diorang, " lain lah dengan adik-adik dia ni. yang kakak ni besar. adik-adik kecik je. "
yea mak cik. saya sedar dengan tinggi 153 cm plus berat 78 kg saya ni dikategorikan sebagai obes tahap 1 tapi salah kah menjadi seseorang seperti saya ni? dah nak buat macam mana kalau adik-adik saya lagi kurus dari saya. tak kan saya nak merayu-rayu kat diorang suruh jadi macam saya pulak sebab tak nak bagi orang mengata?
haish. manusia, manusia. kurus salah. tak kurus salah jugak. tapi, aku bersyukur sebab aku dikurniakan kawan-kawan yang tak pernah pandang rendah dengan kekurangan aku. biasa kita mesti pernah dengar cerita yang orang berbadan besar ni selalu kena ejek kan? Alhamdulillah. kawan-kawan aku tak macam tu. setakat usik-usik sikit tu biasa lah kan? :)
deep in my heart, bukan aku tak berusaha untuk dapatkan berat badan ideal, tapi aku ni bukannya jenis seorang yang kuat semangat. seminggu dua je tahan. pastu, lingkup. huhu
ah, pedulikan kata orang tu semua kan? yang penting, kita happy! dah dah, jangan nak rosakkan mood raya saya mak cik-mak cik semua ea. sempena bulan yang mulia ni, kurang-kurangkan lah sikit nak banding-bandingkan orang. kalau anak mak cik orang kata camtu, tak ke kecik hati. dan lagi satu mak cik, don't judge a person by his/her body size okey? kami pun ada hati dan perasaan taw. ingat tu mak cik? ish ish ish. masyarakat...
[ked's sketching]