Friday, February 22, 2013

PANGGILAN 1 PAGI


uikss??

pagi tadi, dalam pukul 1 macam tu. tengah aku nak lelap-lelap mata, tiba-tiba aku dapat call dari mak citam. mak citam ni mak sedara aku. aku pelik jugak laa kan. kenapa dia call aku pagi-pagi buta ni. 

" kak long, kejut ayah. aki sesak nafas ni. "

dengar je mak citam kata macam tu, terus mata yang dah ala-ala nak tutup tadi terus segar. cepat-cepat aku bangun, kejut ibu suruh panggil ayah. ayah pun cepat-cepat siap pergi hospital sekali.

dalam dok tunggu ayah balik tu, aku tertido. aku tersedar balik pun masa ayah ketuk pintu. ayah kata wek dengan aki kena tahan dekat wad. aki doktor diagnose kena serangan sakit jantung. wek pulak sebab terkejut tengok aki macam tu, terus rebah tak sedar diri.

ya Allah. berderau darah aku. petang tu baru je aku pergi lawat diorang. aki dengan wek elok je. paling tak percaya sekali aki kena sakit jantung. sebab aki tak pernah sakit pun. tak pernah tunjuk tanda-tanda yang dia ada sakit jantung. selalunya kalau dia sakit pun demam dengan sakit perut je. tu yang bila ayah bagitaw macam tu aku tak percaya.  


Ya Allah. Kau berikan lah kesihatan yang sempurna kepada wek dan akiku. sihatkan lah tubuh badan mereka supaya mereka dapat terus beribadat kepadaMu. ringan kan lah kesakitan mereka. berikan lah mereka kekuatan untuk melalui ujianMu ini ya Allah. panjangkanlah umur mereka kerana aku masih belum puas berbakti dengan mereka. berikanlah mereka kesempatan untuk merasa kesenangan dengan ku nanti. ya Allah. aku panjatkan doa kepadaMu. semoga Kau perkenankan doa ku yang satu ini ya Allah. Aminn aminn ya rabbal alamin.


[ked's sketching]

1 comment:

Feel free to drop your comments here! :)