uikss??
actually dah lama ketua biro aku assigned aku untuk buat minute meeting biro aku before seminar hari tu. malangnya, aku baru teringat nak buat bila dia mintak maghrib tadi. ahaks! mula la terkapai-kapai nak cari contoh minute meeting subjek BEL yang pernah amik time part 3 dulu. sekali check kat document, takde! what? aku tak save ke minute tu dulu? mati lah aku. nak buat minute camni ni contoh pun takde.
aku pun mintak la ain tolong send yang dia punya minute. aku type based on minute dia tu lah kan. sekali, sampai next point bila mana aku nak masuk point lepas special business tu aku tak taw dah. serius aku dah lupa dia punya flow. penat lah aku pikir tajuk point yang aku nak masukkan tu.
ada la dalam 5 minit aku pikir, aku teringat yang aku pernah buat entry pasal points tu semua. aku pun cepat-cepat bukak account blogger aku, cari entry under keyword BEL 482.
yezza! nice one! ni lah yang aku nak. syukurlah ada blog ni. kalau tak, aku tak taw la nak jadi apa dengan minute aku tadi. wuuuu~ terharu. terima kasih dearked.blogspot.com!
barulah aku sedar betapa besarnya peranan blog aku ni dalam hidup aku kerana benda ni lah yang banyak save memory aku since 22/12/10. banyak sangat kenangan dalam ni. tak terkira. segala pahit, manis, masam dan masin semua aku simpan dalam ni.
dearked.blogspot.com, semoga hubungan antara kita kekal sehingga akhir nafas aku di muka bumi ini. simpanlah cerita tentang aku selagi kau mampu, supaya ianya dapat menjadi tatapan kepada mereka yang bakal merindui aku andainya aku tiada lagi untuk menyinari hidup mereka suatu hari nanti. memori aku, memori mereka jua.
aiseh. apesal sebak semacam time type ni? dah dah. aku nak layan running man. till then, adios!
[ked's sketching]
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your comments here! :)