Friday, December 21, 2012

KISAH SEORANG KAKAK

uikss??

semalam ketika aku menaiki bas jengka liner untuk pulang ke kampung halaman yang dah dekat 2 bulan aku tak balik, *sobsobs* naik lah satu family untuk turut bersama menaiki bas itu. si parents amik seat belakang aku, manakala sang anak-anak duduk seat di sebelah aku. memandangkan untuk duduk satu row memudahkan mereka untuk saling menjaga anak-anak itu, aku menawarkan diri untuk tukar tempat dengan si parents supaya mereka dapat berada dekat dengan sang anak-anak. namun, mereka menolak dengan baik cadangan aku itu. takpelah. mungkin mereka tuidak mahu menyusahkan aku.

tidak lama kemudian, bas pun mula bergerak menuju ke destinasinya. seronok aku melihat keletah si kakak menjaga adiknya yang baru hendak membesar. ku anggarkan umur si adik baru sahaja mencecah 2 tahun. manakala si kakak pula mungkin sudah berusia 7 tahun.

sementara itu, ku lihat si parents sibuk berbual sesama mereka dibelakang. pabila sang anak-anak datang kepada mereka, mereka dengan pantas menyuruh sang anak-anak kembali ke tempat duduk mereka di hadapan. malas mahu mengambil pusing keadaan sekeliling, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata sementara menunggu sampai ke destinasi.

sehinggalah kami sampai ke sebuah stesyen minyak untuk berhenti seketika, aku terjaga. si kakak yang tadinya sedang enak dibuai lena juga turut terjaga. ku lihat si kakak mengadu kesejukkan kepada si ibu, meminta untuk menemaninya untuk mengambil sweater di bawah bas. namun, si ibu tidak mengendahkan permintaan si kakak, sebaliknya hanya menyuruh si kakak duduk diam-diam di tempatnya, dengan kata-kata penguat bahawa mereka akan sampai tak lama lagi. ya, memang tidak lama. sejam kemudian kami sampai.

kemudian, bas pun kembali bergerak. ku lihat si kakak hanya duduk di hujung seat bas kerana adiknya sudah pun menguasai kedua-dua seat bas itu dengan berbaring di atas seat itu. si parents hanya menyuruh si kakak membiarkan supaya si adik tidur begitu, tanpa memikirkan bagaimana kanak-kanak tersebut tersengguk-sengguk menahan kuap semetara si parents enak tidur di belakang.

aku perhatikan, si kakak menggosok-gosok lengan tangannya, cuba untuk melindungi walau seinci pun dari kulit tangannya daripada terkena angin dingin air cond. tidak tahan agaknya, dia mengadu sejuk kepada si parents di belakang. si ayah hanya suruh dia duduk di tempatnya semula tanpa memberi ihsan sweater kepada si kakak walaupun dia sedang memakainya! geram melihat gelagat si parents itu, aku meraba beg bajuku, membawa keluar cardigan dan dihulurkan kepada si kakak.

" adik, ambil lah ni. "
" takpelah kak. "
" ambil lah, kakak tak pakai pun. "

apalah nak dibandingkan kesejukkan untuk aku yang dah berusia 22 tahun ini nak dibandingkan dengan kanak-kanak yang baru hendak menjejaki alam persekolahan. sungguh aku amat kecewa dengan tindakan si parents tersebut. apalah salahnya jika si ayah memberi sweater yang dipakainya kepada si kakak itu. teringat aku akan ayahku, yang selalu menyelimuti kami tatkala kami sedang kesejukkan dalam tidur. kerap juga dia menampar nyamuk yang berebut-rebut mengambil peluang untuk meratah darah kami ketika malam menjelma. itulah kasih seorang ayah yang aku terima sedari kecil dan aku terkilan kenapa si ayah itu tadi tak mampu untuk melakukan ihsan yang hanya sebesar hama itu.

kenapa aku terlalu emosional? kenapa aku berani-berani mempertikaikan hal keluarga orang lain? kenapa? 


kerana, aku jua seorang kakak. melihat kelakuan dan situasi si kakak itu benar-benar menyentuh hati kecil ku ini. si adik mungkin tidak pernah mengetahui apa yang di lalui oleh si kakak tadi kerana dia tidak pernah merasanya. tapi si kakak, sedari kecil sudah di latih untuk menjaga adiknya dan sedari kecil sudah di ajar untuk berkorban untuk keselesaan adiknya.

kepada adik-adik, kenanglah pengorbanan kakak mu, kerana, kamu tidak pernah tahu apa yang mereka rasa, dalam membesarkan kamu supaya menjadi seperti mereka.


[ked's sketching]

3 comments:

  1. why i tetiba touching baca post u kali nie??...owh...sebab i pun seorang kakak jugak.....

    waaaaaaaaaaaaaaa...pikah la nie...huhuhuuhuhu

    ReplyDelete
  2. its true enough. being a kakak, esp yg sulung...we already taught ourselves to mendahulukan our bro and sis. i find this post a very touchy post. being a kakak its not easy.

    like me pun, apa2 semua kena dahulukan adik. birthday kasi hadiah, apa diorang nak barang yg sy punya, bg jelah xsampai hati kdg2 tu. beralah tu jgn ceritalah, dr kecik mmg buat. nak uruskan apa2, tak tahu apa2 semuaaa serah pada kakak. thats why kakak byk belajar, compare dgn adik2..kn?

    ReplyDelete
  3. Aku pun seorg kakak...tiada adik2 yg fhm apa c kakak lalui...😊

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)