Showing posts with label selected poem. Show all posts
Showing posts with label selected poem. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

HARI INI


uikss??

hari ini, 
hampir teloncat terkejut,
bila dapat berita di laman mukabuku
puan ain,
teman satu batch zaman menengah dulu,
sudah selamat melahirkan,
seorang bayi,
yang bakal menjadi srikandi agama dewasa nanti.

Alhamdulillah.
syukur kehadrat Ilahi.
begitu beliau diperkenankan perancangan kehidupannya.
di usia 23,
sudah mendapat gelaran isteri,
sudah menamatkan study semester lalu,
dan kini bergelar seorang ibu.

begitu cepat masa berlalu
bagiku, 
jika mendapat jemputan kahwin rakan-rakan
sudah cukup membuat diriku berasa tua
ini kan pula,
apabila mendapat berita rakanku
sudah mengendong bayi sendiri
barulah aku berasa
bahawa diriku dua kali ganda lagi tua.


p/s : terasa macam baru je lepas habis spm. tak sangka begitu cepat masa berlalu. Ya Allah, permudahkan lah perancangan kehidupan sahabat-sahabat ku yang lain. Aminn ya Robbal alamin.



[ked's sketching]

Sunday, January 20, 2013

THE LAST DAY

uikss??


today at 0900
will be the last day
last battle
last struggle
last sitting on that heart-breaking chair

dear hospitality human resource management
please be nice to us
please be nice as resource method
i'm really laying on you

[ked's sketching]

Friday, August 31, 2012

TANPA DEKLARASI 1957


uikss??

tanpa deklarasi 1957
tak mungkin kita dapat menikmati apa yang sedang kita kecapi kini
tak mungkin kita hidup aman tenang sebegini
tak mungkin kita dapat peluang untuk bergelak ketawa gembira
dan
tak mungkin kita dapat melihat datuk nenek kita tersenyum melihat anak cucu mereka berjaya

tanpa deklarasi 1957
kita mungkin masih memegang senjata
masih berlindung di sebalik gua batu
masih tidak lena tidur
masih mengais untuk makan
masih menjadi hamba orang asing
silap-silap
masih berjuang untuk menyedut nafas di bumi ini

tanpa deklarasi 1957
siapalah kita kini
siapalah kita untuk merasa selesa sebegini
siapalah kita untuk merasa bahagia sebegini
siapalah kita untuk merasa kenyang sebegini
dan siapalah kita untuk merasa selamat sebegini

yang paling penting sekali
tanpa deklarasi 1957
tak mungkin kita dapat menaip di blog seenak ini

terima kasih Tunku Abdul Rahman
terima kasih Datuk Bahaman
terima kasih perajurit keamanan
terima kasih nenek moyang sepanjang zaman
terima kasih Tuhan


SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 55 MALAYSIA!



p/s : baiknya adik-adik aku. kecik-kecik lagi dah pakai tudung. adik kak long mana la ni ek? hehehe


[ked's sketching]

Monday, May 21, 2012

SAMPAI HATI PAKCIK


uikss??

sampai hati pakcik
dah tahu pakcik nak jalan jauh
pakcik tak nak patah balik
bukannya jauh lagi pun masa tu
pakcik memang saje kan
nak bagi saya pergi ke pulau kapas dengan linangan air mata

sampai hati pakcik
bukannya pakcik tak tahu
yang handphone tu penting
walaupun cap ayam
nokia
connecting people
connecting me and him
dah la ni minggu-minggu terakhir dia kat sini
phone pulak lesap

sampai hati pakcik
semalam bila call pakcik suh amik kat shah alam keesokkannya
semangat saya bangun pagi-pagi pakcik
ayam tak dan kokok lagi saya dah bangun siap-siap nak pergi shah alam
pakcik ingat dekat ke shah alam dari puncak alam tu
jauhhhh pakcik
dah la 2 jam nak boleh dapat bas U90 tu

sampai hati pakcik 
sesampainya saya di seksyen 2
saya call pakcik
pakcik kata yang pakcik kat KB lagi
jumaat ni baru balik
agak-agak apa perasaan saya yea pakcik

sampai hati pakcik
pakcik tahu tak tambang pergi balik RM6
saya dah la tinggal beberapa ringgit je dalam purse
tapi saya gigihkan jugak pergi mengenangkan phone saya tu
tapi
ini balasan pakcik kat saya?

sudahlah pakcik
gara-gara pakcik
saya kena beli sim card baru
tapi
syukur jugak
gara-gara pakcik
ada orang tu mati kutu jugak lah nak cari saya
barulah terasa diriku begitu berharga baginya
:3

p/s : pakcik yang dimaksudkan adalah driver bas persiaran yang bawak class aku gi pulau kapas aritu. aku tertinggal phone kat lam bas tapi boleh lak pakcik tu wat banyak songeh. grrr~ sampai skang tak dapat phone tu balik. TT____TT


p/s/s : baru balik dari pulau kapas ni. sampai sini kul 4 pagi tadi. memang flat sesangat. gambar pulau kapas, tungguuuuuuuuu~ hehehe


[ked's sketching]

Thursday, April 5, 2012

KELIRU


uikss??

keliru
perasaan bercampur baur.
kurang keyakinan.
atau kurang pasti.
adakah aku meragui kebolehan diri sendiri?

mungkin tidak.
kerana aku lebih mengetahui siapa aku.
dan
mungkin juga ya.
kerana kadang kala aku juga kurang mengenali siapa aku.

keliru kan?
buktinya
aku sendiri tak tahu apa yang aku sedang repekan ini
aku memerlukan seseorang untuk meluahkan
dan juga masa untuk menentukan
serta ruang untuk digunakan

Ya Allah
permudahkanlah segala urusan ku ini
luaskan lah yang sempit
terangkan lah yang gelap
Aminn Aminn Ya Robbal Alaminn....




[ked's sketching]

Friday, March 2, 2012

BILA AKU START MENGEMAS


uikss??

bila aku start mengemas
pendrive yang 4 tahun hilang pon boleh jumpa
setelah melipat setimbun kain baju
barulah nampak batang hidung remote controller
tu lah bila aku start mengemas

bila aku start mengemas
baru lah tau beza bilik dengan hutan
apatah lagi kusyen dengan bantal
dan skaf kitchen adik aku ngan kain buruk
tu lah bila aku start mengemas

bila aku start mengemas
masa tu lah baru nak lupus kertas spm 2007
baru nak buang baju-baju mengandung ibu
fail-fail latihan diploma dulu
tu lah bila aku start mengemas

tapi
ada faedahnya bila aku start mengemas
terjumpa buku biodata adik aku
oh,
baru ku tahu,
beliau berkawan dengan adik kawan aku
kecil sungguh dunia ni kan?



[ked's sketching]