uikss??
Ya Allah, ni merupakan entri
tertangguh sejak few weeks before this. Kalau lah korang ada authority untuk
check account blogger aku, nescaya korang akan nampak few drafts yang kepam dan
simpan pastu dah tak taw nak sambung story tu camne. Ahahaha
So, doakan aku istiqomah dalam
menaip entri kali ini ea. Jika aku berjaya mempublish entri, nescaya aku juga
akan berjaya dalam wish list aku untuk bulan depan. Haa… wish list ape tu? Next
next next next next entry aku akan cerita okey. Hee. Banyak promise aku kat
korang ni kan? Teruk laa nak tunaikan nanti. Harap-harap takde laa yang tuntut
nanti yedok? Hihihi J
Okey lah. Berbalik kepada
motive utama aku tulis entri ni. Magaddd! Dah 3 paragraphs baru nak masuk
cerita. Well, biasalah. Dah lama tak type entry panjang camni. Dragging magging
intro tu pekara biasa. Mohon korang bersabar sementara nak tunggu main story
entry ni. Mihmihmih
Okey la, ni last aku sebut
okey. Okey. *eh*
Fineeee. Stop it Afiqah. Kang
takde orang nak baca japgi. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya saya
nak bagitaw yang saya dah officially bekerja. Yippee! Kini dahku tidak lagi
berasa sentap ketika mendengar lagu Aku Pengganggur. Bahahhaa.
Kerja apa? Kat mana? Bila
start? Denggg. Bajet sungguh korang cam seprais pastu bertalu-talu soalan macam
tu tuju kat aku. Kannn?
Sebelum tu aku nak tanya, korang
pernah tak terbaca entry aku yang ni?
Meh sini nak cite, kat situlah
aku kerja sekarang ni. Hehehe. Ya, Mega Prima Signcraft merupakan kedai
printing milik bersama keluarga belah ayah aku. Kedai tu baru je bukak bulan 12
last year. So kira kami ni baru lagi lah nak bertapak ni. Lepas aku berhenti
kerja customer servis dekat sebuah syarikat telco terkenal di Malaysia ni (ayat
takleh blah, nak jugak skema cam ayat dalam paper. Hiks!), mak cik aku tengok
aku cam jobless je. So dia pun ajak laa aku kerja sekali dengan dia. Dia suruh
aku belajar design. Kutip ilmu habis-habis dari pak cik aku dan operation kedai
tu. Since dia nampak aku cam berminat je dalam design mendesign ni kan.
Actually memang cita-cita aku
dulu lepas SPM nak jadi designer. Hee. Siap pergi interview untuk course Seni
Lukis dan Seni Reka UiTM dulu. Tapi bukan rezeki aku pada masa tu nak masuk
course tu. Tu yang jadi titik mula aku tinggalkan dunia seni aku dan beralih
arah pada bidang lain.
Sungguh. Memang lepas aku amik
diploma, which is dalam course yang berbeza, aku rasa cam impossible dah nak
turn back balik. Time nak apply degree, aku cam konpius-konpius dah pilih
either nak sambung course yang sedia ada atau amik masscom (sebab masa tu aku
rasa cam aku berminat dengan course journalism and broadcasting. Hahaha).
Pikir punya pikir, aku continue jugak dengan course yang sama.
Haaa. Nampak tak betapa
jauhnyaaaaaaa berlalu cita-cita aku nak jadi designer tu. Cam benda tu
impossible sangat. Tapi, takde siapa sangka yang aku akhirnya dapat peluang
untuk buat design and publish design aku walaupun ianya tak commercial sangat.
Hahhaa
With zero knowledge about Adobe
Illustrator and Photoshop, aku start belajar design banner dan bunting. First
artwork aku, aku dapat task design bunting carta organisasi sekolah. Seharian
aku amik masa nak buat artwork tu. Dari mula masuk kerja sampai laa kedai
tutup. Lama kan? Tetiba aku rasa burden sorang buat benda tu. Pak cik aku
tunjuk basic je. Yang lain tu pepandai lah aku explore sendiri.
Yela, first time design, apa
yang korang expect. At the end, jadi jugak laa bunting aku tu. Cuma background
dia jelaa yang slack sket. Hee. Tapi serious aku cakap, feeling bila korang tengok
design yang korang buat tu bila dah print, dah boleh tengok kat luar dari
screen computer, memang lain macam sungguh. Rasa bangga pun ada, terharu pun
ada. Bangga gak laa walaupun design aku tak semenggah mana kannn. Kira okey laa
untuk beginner cam aku ni. Huhu
Mula-mula tension jugak lah
kerja. Tension sebab aku tak pandai nak main kaler lagi, tak pandai nak pick
correct background semua. Budak praktikal kat sini pun buat kerja lagi laju
dari aku (memang laa sebab diorang memang design punya budak. Aku jeee yang
sesat. Hahaha). Tapi betul lah kata orang, pengalaman mematangkan kita.
Cewahhh. Dari hari ke hari, makin banyak yang aku belajar. Dari buat bunting
sekolah sampailah aku dapat buat backdrop untuk event ahli parlimen baru-baru
ni. Haaa. Yang tu paling menggeletaq kepala lutut dok tunggu design approve
dari diorang punya biro protocol. Yelah benda melibatkan orang besar ni mana
boleh buat cikai-cikai je kan.
La ni aku dah rasa cam lali dah. Slow-slow aku dapat catch up macam mana kerja under pressure. Huhu. Terus malas nak hantar resume kat mana-mana, rasa nak build up career aku dari bawah. Mana taw one day aku boleh jadi designer bertauliah ke kan. Hee. Kena start berangan balik laa Afiqah oooiiii.
Okey. Tu jela aku nak cerita pasal kerja aku. Buat masa sekarang ni lah rezeki aku dan takkan aku sia-siakan peluang ni untuk cedok ilmu in industrial designing as much as possible. Wish me luck guys!
p/s : Esok first full gaji kite. Hewhewhew. KL jum uolss next sundayyy? Ahaks!
[ked's sketching]
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your comments here! :)