Sunday, February 16, 2014

MY AUDITION STORY


uikss??

haiiii semuaaaaa. pekaba? sihat? uolss, i ade benda nak story ni. hehehe. nak taw tak, last weekend kan, kite kannnnn, pergi kannnn....



haaa. percaye tak? jangan tak percaye iols pergi audtion ni. hihihi. actually aku pun tak percaye ngan ape yang aku buat ni tapi sebab nak cari experience kan. mana taw kot-kot aku ada bakat terendam ke selama ni kannn? 

semuanya bermula dengan line. aku ada follow line upin ipin. dua minggu lepas aku diorang anta mesej kat line bagitaw Les Copaque nak buat audition untuk cari pelakon suara baru. aku pun apa lagi, tetiba dapat hidayah nak pergi try luck. hihihi

nak dijadikan ceritanya, maka pergilah aku try luck semalam. before pergi aku dah tengok dah location studio diorang ni. aku tengok dekat ngan stadium shah alam. ookeeyyy. pastu bila tengok waze, studio tu cam belakang tesco je. dannnn, selama 2 tahun aku dok shah alam, baru aku taw yangggg shah alam ada 2 tesco. pfttt. kiranya aku mula-mula pergi tesco A lah. dah jalan pusing-pusing bagai nak rak, aku decide amik teksi je tanye. bila tanye pakcik teksi tu lah baru aku taw yang ada tesco satu lagi rupanya. dan studio tu dekat dengan tesco B.

so kiranya berpeluh-peluh jugak laa ketiak aku mencari studio tu. akhirnya, sampai laa jugak aku ke tempat audition tu. iaitu studio Les Copaque yang terletak seksyen 13 shah alam. besar katak LC kat atas atap dia. seberang tu pulak ada kedai makan Geng Corner. dah macam perkampungan Les Copaque lak aku rasa area tu. huhu



(gambar ihsan blogserius.blogspot.com)



sesampai-sampainya kat sana, aku ingat tak laa ramai sangat orang mai kan sebab rasa cam diorang tak advertise sangat pun audition ni. sekaliiiiiii, tudiaaaa. punyaaaa la ramai beratoqqqq. kalah nasik kandaq beratoq baqhanggg. aku kalau tak mengenangkan peluh-peluh betina aku yang menitik cam masa dok cari studio tu tadi, memang dah lama aku balik. yela, sape sanggup nak beratoqq tunggu lama-lama. bukannya dapat duit pun kann. 




ni lah que aku masa aku mula-mula sampai. belakangggg sekali. orang depan pun sayup-sayup jee nampak. punya lah lama tunggu, last-last dapat gak no aku. 187. mak aihhh. ntah bilaaa laaaaa turn aku nak lepas. --"






daripada belakangggg sekali, sampai lah aku ke main entrance studio Les Copaque ni. pas dapat nombor, diorang amik gambar pulak. maka tersengih laa aku dengan muka berpeluhnya sambil pegang nombor kat dinding depan tu. depan semuaaaaaaaa oranggggg. kalau korang nampak muka aku kat website diorang pasni, mohon abaikan ea.

memandangkan ramai kanak-kanak yang datang, diorang ada buat tayangan cerita-cerita produk Les Copaque kat dalam tu. sekaligus membantu kami study untuk watak-watak yang kami nak pilih untuk lakon kan nanti. dekat situ gak diorang ada tampal skrip untuk watak-watak tertentu. so korang boleh pilih awal-awal korang nak bawak watak apa masa audition nanti. 




upin ipin ada, pada zaman dahulu ada, tak ketinggalan jugak movie dan animasi terbaru diorang pun ada jugak. nak ganti suara upin ipin yang memang sedia ada tu memang percentage dapat tu 0.000001% kan, so better untuk aku try watak-watak baru. haaa. watak apa yang aku amik tu belakang cerita eaaa.

sambil-sambil tu, ada jugak pelakon upin ipin yang datang bagi sokongan kat kami ni hah. antaranyaaaaa.....



ehsannnnnn. selamat pagi cikgu!




dan jugak mei mei. saya suka, saya suka. J


dengan ehsan aku tak dan borak sangat. lagipun dia budak-budak kan. tapi ngan mei mei ni dan laa borak panjang. ya Allah si mei mei ni memangggg samaaa sebijik cam dalam upin ipin tu. macam mana korang tengok dia dalam tu, macam tu jugaklah dia kat luar. cuma dia lagi lemah lembut rasanya. 

okey, cam dah drag banyak jee cite aku ni kan. kita terus ke audition ea. sebelum aku hilang interest nak menaip ni, baik aku cite yedok. huhu



ni lah tempatnya. aku tak taw studio apa. diorang panggil ni studio ipin. masa diorang panggil nombor aku tu, nervous nak mamposss. masa tu laa aku terpikir, betul ke apa yang aku buat ni? macam mana laa aku boleh terpikir nak pergi audition ni?

dalam dok bermain-main ngan perasaan tu la krew diorang datang pasangkan mic, sedar-sedar dah sampai turn aku. gulp!

aku pun masuk laa ke dalam audition room tu. muka abes confident dah ni. ecece. bukak-bukak pintu, oh maiiii. banyaknyeee lampuuuu! okey aku tipu. ada dua spotlight besau as lighting dekat depan muka aku. aku kan silau, so aku try abaikan lampu tu. then a guy yang sangat friendly welcoming aku. aku rasa dia yang berlakon jadi jarjit rasanya. sebab pernah tengok gambar pelakon diorang kan. 

cam biasa, sesi berbasa-basi confirmkan nama semua. pastu dia tanya aku, nak bawak watak apa. aku pun cakap, saya nak try watak belalang.

belalang? awak taw kan belalang tu lelaki, umur 8 tahun?

aku pun jawap taw, taw. sebab watak budak lelaki umur 8 tahun laa aku nak try. kalau yang umur dah lepas pecah suara tu memang takkk laaa aku nak try. hihihi

diorang dah bagi skrip, so aku just baca jela. dengan intonansinya sekali. untuk sesiapa yang kenal aku, diorang akan taw betapa nyaringnyaaa suara aku dan betapa overnyeee kalau aku berlakon. hahhahaa

aku ingat lagi dialog dia, 

" korang nak tangkap aku kan? korang nak bawak aku ke istana raja bersiong kan? "

lepas pada tu, diorang suruh aku try watak tabib/pelukis diraja pulak. watak tu perempuan yang menyamar jadi lelaki. aku tanya diorang nak dengar suara lelaki ke suara perempuan. diorang kata nak dengar suara asal. so aku pun buat lah dengan lenggok bahasa istana aku. hahahhaa. memang poyo nak mampos laa kalau korang dengar. silap-silap keras kejung korang gelakkan aku on the spot jugak. hahahahaha

lepas je aku bawak watak tabib tu, abes lah session aku. yang test aku tu sempat bagi komen, baguslah projection suara awak ni. jelas. gile tak jelas. kemain kuat lagi aku jerit koranggg sapeeeeee masa jadi belalang tu. hahhahaha

maka, tulah cerita audition aku. hehehe. aku minat jugak dengan voice over ni sebenarnya. cuma aku tak dapat peluang. ni peluang depan mata, why not aku grab kan? aku tak berharap sangat aku dapat pun. among 400 orang yang try, 0.25% je peluang untuk aku dapat. hehehe. apa-apa pun, aku mintak korang doakan yang terbaik untuk aku jela ea. J


p/s : okey aku dah boleh tido dah skang esok nak keje. tetiba rasa sakit tekak. penangan audtion kah? hahaha



[ked's sketching]

4 comments:

  1. cmne ko boleh xtau les copaque tu belakang tesco tu je? bkn aku ade story ke yg anak sedare aku smpi tamau balek tengok upin ipin die~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane lahhh aku ingat wehh. Berzaman dah kau cite pasal anak sedare kau tuh. Hahaha. Dannn kan aku dah cakap aku tak taw shah alam ade 2 tesco. :P

      Delete
    2. haha..tu yang aku lagi musykil tu..macam mana kau boleh tak tau??

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)