Sunday, October 26, 2014

24, FRIENDS AND AMBITION

Salam Maal Hijrah 1436 H buat semua readers Ked's Stories. Lama kan aku berhibernate. Hahahha. Mengalahkan polar bear. Hiks. Bukan apa chuols. Iols fail lagi dalam time management. Nak manage masa untuk diri sendiri pun fail, lagi lak untuk blog. Eh? :P

Sempena tahun baru hijrah ni, aku mengharapkan agar segala perancangan baru yang telah kita rancangkan berjalan dengan lancar. Aminn. Semoga dipermudahkan segala ibadah dan dimurahkan lagi rezeki kepada kita semua. Aminn..

Dannnn.... few days before tahun baru hijrah ni, aku secara rasminya telah masuk umur 24 tahun. Oemmjiii! Lagi 6 tahun nak masuk 3 series. Harap boleh slow-slow terima kenyataan. Hahhaha.

Dannn... genap seminggu sebelum ulang tahun aku yabg ke 24, aku dah dapat driving license akuuu! Yeayyy. Finally i got a license setelah rasa tak berguna sekian lama. Hahahha. Both kereta dengan motor lak tu. Ohoho. But then ada story disebalik lesen aku tu. Pasal test JPJ dengan masa dealing dengan pegawai JPJ kat kaunter. Nanti ada masa aku story eh.

So sempena birthday aku yang tak semenggah mana tu, weekend ni, my bffs since kat dungun lagi ajak laa turun kl untuk celebrate. Not so celebrate laa asalnya sebab muja dapat 5 free ticket for any movies kat GSC. Dan tiket tu expired semalam. So dah alang-alang dapat tiket free tu aku pun turun lah kan. Hahahaha. Back to back movie lah jawapnye. Hiks!

Both Muja and Amy are my close friends from UiTM Dungun. Dan dalam pakatan kami ada lagi 2 orang, Ah dengan Eda. Since Ah dok kat Kelantan, so susah sikit la nak jumpa dia. Tapi susah-susah nak jumpa Ah pun, chances nak jumpa Ah tu pun ada laa lagi. Kalau Eda? Memang takde harapan dah. Sebab Eda sedang berada di tempat yang sangatttttt jauhhhh sekarang ni. Dan aku harap dia tenang di sana.

6 September yang lalu, Eda telah pergi meninggalkan kami semua. Kami tidak berharap arwah untuk pergi, tetapi setelah melihat penderitaan yang arwah tanggung, maka aku rasa itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Walaupun aku tak dapat nak tengok Eda buat kali terakhir, tapi aku bersyukur sangat aku sempat melawat dia seminggu sebelum dia pergi. Ya Allah, sungguh kalau lah aku tahu masa tu lah kali terakhir unthk aku pegang tangan dia, pandang muka dia, dah lama aku peluk cium Eda puas-puas. Tapi dek kerana wayar yang berselirat dekat badan Eda, aku tak mampu nak buat camtu. Aku boleh usap dahi Eda dan flying kiss dia je. Hurmmm...

Eda sepanjang hayatnya merupakan sahabat dan anak yang baik. Alhamdulillah. Ramai kenalan yang datang menziarahi Eda ketika dia sakit hingga akhir hayatnya. Tapi yang buat aku terkilan, aku tak sempat berjumpa dia saat dia sedang sihat gembira. Last aku jumpa dia masa dekat KT last year. Ke last 2 years camtu laa. Last aku borak dengan dia pun masa dekat fb. Tu pun time komen-komen dia pasal dia gugur bulan puasa aritu. Oh ye ingat lagi tak entry yang aku tulis pasal member aku pregnant tu? Dia lah yang aku maksudkan.

So, lepas ni dah tak cukup korum dah kami. Biarpun Eda takde secara zahirnya disisi kami, tapi kenangan dan kebaikan Eda tetap hidup dalam diri kami. Eda, aku, Muja, Ah, Amy, dan kawan-kawan lain sentiasa merindui kau. Damailah dikau di sana. Tunggu kepulangan kami ke sana suatu hari nanti. Kau tetap menjadi sahabat dunia akhirat aku. Aminn.

Al-fatihah buat sahabatku arwah Rohaida bt Azmi.

1 comment:

Feel free to drop your comments here! :)