MOST WEIRDEST TOURISTS ATTRACTIONS

12:59:00 PM


uikss??

semalam kitorang ade presentation BEL. oleh sebab tajuk presentation kitorang bebas, maka banyaklah topik yang best-best dan pelik-pelik keluar. dan salah satunye, aku tertarik ngan topik faris ni iaitu, WORLD WEIRDEST TOURISTS ATTRACTIONS..

dan, bersiap sedialah untuk melihat destinasi pelancongan yang pelik, tapi telah menjadi tarikan untuk mereka yang sukakan kelainan.

1. Ice Aquarium, Kesennuma, Japan




Ahaaa.. Apa yang membuatkan akuarium ni pelik dari yang biasa kerana di sini, diorang display hidupan laut yang dah mati sebagai tarikan. Mempunyai lebih daripada 450 specimen ikan kat sana, ikan-ikan sebut telah di awet dah di masukkan ke dalam ice block untuk di bekukan dan kemudiannya di pamerkan kepada orang ramai. 



Menariknya, untuk mengekalkan suhu supaya ice blocks sume tu tak cair, suhu dalam aquarium tu boleh mencecah as lowest as -20 degree celcius. Perghhh! sejuk giler tu. No wonder lah visitor kena pakai sut khas untuk avoid diorang daripada freezing dalam tu. Dan, visitors jugak di nasihatkan supaya tidak berada di dalam aquarium itu for more than 5 minutes! 

2. Museum of Bad Art

Lebih dikenali sebagai MOBA, muzium ini mula dibuka pada 1994 selepas pengasasnya, Scott Wilson menunjukkan sebuah lukisan yang telah dibaiki olehnya daripada tong sampah kepada kawan-kawannya. Dari situ lah bermulanya idea untuk menubuhkan sebuah muzium sebegitu. Tambah co-foundernya lagi, iaitu Jerry Reily, kalau semua Bandar dalam dunia ini mesti ada sekurang-kurangnya 1 muzium untuk menempatkan superb art pieces, MOBA ini pula untuk mengumpul dan mempamerkan yang teruk sekali. Terletak di Massachusetts, terdapat lebih daripada 500 pieces of “art too bad to be ignored” kat sini.



cam kenal tak? if all the people know Mona Lisa, this one is Mana Lisa? hahahaha


3. Island of the Dolls, Mexico

Terletak di Xochimilco, di asaskan oleh Don Julian Santana, yang mana terlah berpindah ke pulau itu setelah di halau dari tanah besar kerana ketagihan alkohol. Di sana, dia telah di hantui oleh roh seorang budak perempuan yang pernah lemas dalam tali air situ. Ada yang cerita yang menyatakan bahawa dia merupakan saksi kematian budak itu. Oleh itu, untuk mententeramkan roh budak itu, Don Julian telah mengorbankan tanah tanamannya untuk meletakkan patung-patung lama dan menggantung mereka di pokok-pokok keliling rumahnya. Pelbagai jenis patung yang mengerikan terdapat di situ. Tak ketinggalan juga, anggota-anggota badan patung yang telah dipotong seperti kaki, tangan, kepala turut di gantung bersama. Dah namanya tempat tu pulau kan, pengunjung hanya dapat pergi ke sana melalui bot sahaja.



Sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat pelancongan yang pelik-pelik dalam dunia ini. Cuma kita sahaja yang tak tahu. Kadang-kadang, ianya pelik bagi kita, tapi tidak bagi mereka yang sukakan kelainan. 

source : Reader Digest



[ked's sketching]

You Might Also Like

1 Comments

  1. pulau yang anak patung tu sumpa hscary gilaa.. HUHU

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers