Tuesday, September 18, 2012

NOVEL REVIEW : LAZUARDI BY NASZ


uikss??

wahhhh. lamanya tak update blog. almaklumlah, busy berjimba-jimba dengan rakan mahupun buah hati cuti 4 hari aritu. ah, tu lain entry. la ni aku nak cerita pasai lazuardi dulu.

ingat lagi tak bila aku buat entry yang aku inform pasai novel ni dah keluar selepas setahun aku menanti baca kat online novel. of course lah bila keluar aku nak jadi orang pertama yang membelinya. tapi, aku tak berkesempatan lagi untuk mengunjungi mph mahupun popular nak usya lazuardi ni. even member aku, yana a.k.a lily pun kata dia jenuh usya lazuardi kat mph tapi cepat nau habisnya. 

alamak? acane tu? ada juga sorang blogger, kak aya namanya, buat review lazuardi. based on review dia tu lah, aku lagi semangat nak cari novel tu sebab nak tahu ending dia. tak di sangka-sangka, akhirnya aku jumpa jugak lazuardi. pulak tu kat tempat yang aku tak sangka lak tu which is kat ada satu bookstore kat first level at kl sentral. omo! ni lah yang dinamakan, sambil menyelam, minum air. eh? hahaha


okey, meh aku pulak kasi review version aku pulak. hehehe. lazuardi ni mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang perempuan yang bernama Anaz Syahirah. Anaz ni, dah macam Cinderella dah bila dia dilayan umpama orang gaji di rumah sendiri, oleh mamanya sendiri. tapi, Anaz tak pernah melawan. apa yang mama dia suruh buat, semua dia buat. sampaikan dia punyalah kerja part time bagai nak rak semata-mata nak kumpul duit untuk beli jeans idaman dia tu, senang-senang je adik tiri dia si Lily tu dapat bila Lily menggunakan kuasa autoriti mamanya untuk memaksa Anaz menyerahkan jeans dia yang berharga RM250 tu kepada Lily. pasrah giler kan si Anaz ni. walaupun hati dia sakit, tapi dia tetap mengikut apa jua arahan yang keluar daripada mulut mamanya atas alasan tidak mahu menjadi anak derhaka.

tidak cukup dengan melayan kerenah Lily, adik tirinya yang dilayan lebih daripada dia, selaku anak kandung mamanya, datang pula Ain, anak saudara abah tiri Anaz yang pada mulanya nampak manis perlakuannya dihadapan mata, mungkin kerana kesengsaraan hidup yang pernah Ain lalui dahulu, tapi lama-kelamaan dia semakin menunjukkan belang. dek kerana Ain jugalah, Anaz kehilangan kawan tadikanya iaitu Odie.

pelbagai dugaan demi dugaan yang Anaz lalui hinggalah terjadi suatu kejadian yang tidak dapat dimaafkan oleh mamanya sehinggakan mama Anaz tega menghalau dia keluar dari rumah. pada ketika itu, muncul lah Shark, kawan adik tiri Anaz iaitu Nueq yang muda 4 tahun dari Anaz, datang menghulurkan bantuan. bantuannya berupa, sebuah lamaran perkahwinan! dengan keadaan Anaz yang sedang berada di tahun akhir pengajian ijazahnya, di tambah pula dengan Shark yang masih study juga di US, membuatkan Anaz berfikir dua tiga empat kali sebelum menerima lamaran Shark.

ops. cukup sampai sini jelah review aku. lebih-lebih kang dah tak guna pulak lah kan korang beli novel tu sebab dah tahu ending kan. cukuplah kalau aku bagitahu nanti Anaz sampai mintak cerai dengan Shark dan terbongkarlah jua rahsia kenapa mama Anaz sangat benci kat Anaz. apa jugak yang akan terjadi antara Odie dengan Ain serta kewujudan dalang disebalik segala fitnah yang menimpa Anaz selama ini. 

haaa. kalau nak tahu, boleh la cari kat bookstores yang berhampiran. kalau nak order online pun boleh. pergi je kat page jemariseni.com. tak mahal pun, RM23 je.


untuk nasz, well done with your second novel. watak Anaz memang innocent habis lah.  ntah kenapa aku bayangkan watak Shark tu macam Ryu dalam JDrama Tantei Q Gakuen. ada gaya tak? hehe


p/s : yana, una. jangan jelez ea aku dapat baca dulu lazuardi. nak borrow tak? meh la datang puncak alam. kuikuikui. untuk kak nasha lak, saya recommend akak beli taw novel ni. best-best! :)


[ked' sketching]

13 comments:

  1. akak xnak beli,na pinjam dari ked bolehhhh??haha...;p
    p/s:mcm bes je novel ni,dah tergoda dah ni...hoho!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kak nasha, sebab dah keje, saye tak mau kasi pinjam.. beli sendiri.. hahaha :D

      beli lah kak.. seriyes tak rugi.. takpun, mintak hubby hadiahkan.. wee~

      Delete
  2. benci benci benci! takmo bace review ni lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ololo..
      jangan gitu..
      tak sweet ah camni..
      dah jadi sour dah..
      huhu

      Delete
    2. bukan sour je payau,kelat sume ade da ni.haha..tapi kan klu shark macam gambar kt atas tu hilang cool die,die kn rambut ala2 lee seung gi gitu.heheh

      Delete
    3. seung gi? teringat member aku muja suke sangat seung gi tu.. sampai sanggup book seat untuk fans meeting die nanti..

      Delete
    4. aah kn,dlm online la.kt novel die dak tukar..perhhgg siap book lagi tu,terbaik la.bila fm die?

      Delete
    5. tukar ape weh?
      bulan depan tak silap aku.. dulu dia amik yang first row, 288.. skang yang 288 tu dah tukar jadi 360.. die pun tukar amik second row, 180 something laa..

      Delete
    6. tukar rambut cam lee seung gi jd pelakon korea.kena edit kot..waaaaaaa gilaaa jelez!

      Delete
    7. dengar kate nasz dah join fb tapi aku tak jumpa pon..

      Delete
  3. mcm best jea... nak carilah novel nie..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh..
      nama kita nak dekat sama laa..
      hehehe..
      carilah cik pika..
      recommended sesangat..
      tak rugi taw..
      :)

      Delete
    2. betol2 cik pika,hatta saya yg bukan kaki novel ni sanggup beli lazuardi taw.hehe..ked aku nyibuk jap.heheh

      Delete

dulu ayah kita kerja pomen, terima kasih kerana komen! =^.^=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...