
okey. what is Polterabend? Polterabend merujuk kepada 1 tradition wedding di German di mana tetamu akan memecahkan kepingan-kepingan porcelins ataupun ceramics beramai-ramai dengan cara membalingnya ke dinding rumah pengantin perempuan. Upacara ini dipercayai untuk membawa tuah kepada pasangan pengantin. Biasanya, pengunjung akan membaling sehari sebelum wedding ceremony itu bermula.
Segala jenis barang ceramics seperti cawan, pinggan, pasu bunga, even toilet bowl pon boleh dibaling. Jangan terkejut kalau korang tengok orang German bawak toliet bowl ramai-ramai pastu baling ke dinding. Tapi, barangan yang diperbuat daripada kaca amatlah dilarang sama sekali untuk dibaling. Ini kerana, kaca melambangkan kebahagiaan yang tidak sepatutnya dipecahkan. Bgeitu juga dengan cermin. Sebab mereka percaya, jika sesebuah cermin itu pecah, mereka akan ditimpa nasib malang selama 7 tahun. Uishhh, lama sungguh tuuu.
Selain itu, pengantin jugak dikehendaki supaya membersihkan tempat yang berlakunya Polterabend itu tadi sejurus sahaja upacara itu selesai. Ini kerana, terdapat simboliknya juga di situ. Ini menandakan bahawa pasangan itu mesti bersedia untuk menghadapi saat genting dan juga halangan yang bakal berlaku sepanjang perkahwinan mereka tadi. Supaya mereka dapat mengharunginya bersama-sama. Samalah macam mereka membersihan serpihan-serpihan porcelin yang dibaling tu. Ooo.. itu maksudnya rupanya.
p/s : kat malaysia ni pun ada jugak adat polterabend ni. haaa, yang tu untuk pasangan yang dah berkahwin. props tak kisah, asalkan mudah dan ringan untuk dicapai. contohnya, pinggan mangkuk. biasanya terjadi ketika sedang bergaduh. Hehe
[ked's sketching]