Thursday, September 27, 2012

KISAH MIMI DAN TIKUS MAKMALNYA

uikss??

aku ada sorang member ni. namanya mimi. mimi baru je dapat offer untuk sambung master kat uitm puncak alam ni. so, untuk sementara waktu ni, dia stay kat rumah aku dulu. 

mimi ada cakap kat aku yang hari tu dia ada tukar bedding tikus. alah, standard lah. spesis tikus-tikus makmal gitu. aku pun apa lagi, pantang dengar cerita pasal makhluk berbulu dan cute ni, terus soal siasat mimi pasal tikus tu. then, mimi ada bukak cerita pasal tikus makmal dia tu yang macam menghidap satu penyakit pelik.




" saya pelik lah kero. tikus tu macam ada tempat yang tak berbulu dekat badan dia. "

aku pun pelik. hah? tak berbulu? macam mana tu? 

" ntah la. nampak macam bekas bulu dia gugur dekat tempat tu. yela, bayangkan satu badan dia ada bulu, tiba-tiba kat certain tempat bertompok tak berbulu. "

eh eh! macam pernah ku dengar cerita ni. tapi di mana ya? oh, ingat dah! ni sama macam apa yang terjadi dekat 2 ekor kucing aku. aku tahu apa punca penyakit misteri tikus tu!

" mi, aku rasa tikus tu kena kurap lah. kucing aku pun macam tu jugak lah. dia garu tempat yang kena kurap tu. that's why lah bulu kat situ takde. togel gitu. "

fuh, tanpa segan silunya aku memberikan buah fikiran aku. tanpa menyedari status aku yang hanyalah student tourism sementara mimi degree holder in biology.

" ish. taklah. diorang kata maybe kena jangkitan fungus tu. "


* facepalm *


" mimi, jangkitan fungus tu samalah dengan kurap. tu nama scientific dia. aduyai. dah lah, esok kau boleh bawak minyak gamat sapu kat tikus tu. "

mimi tersengih je bila aku cakap macam tu. lepas tu, sambung balik cerita pasal tikus tadi. mimi kata kalau dia perlukan lebih tikus dalam eksperimen dia nanti, dia kena biakkan tikus tu sendiri. aku dengan semangat ingin tahunya, tanyalah mimi. macam mana nak bezakan tikus betina dengan jantan.



" tikus betina ada mammary gland. tikus jantan takde. "

mammary gland?

" alah, tempat yang keluar susu tuu. "


* double facepalm *


" mimi, tak boleh ke kau sebut puting? "



hehehe. kadang-kadang susah kan nak terangkan scientific terms ni orang yang tak ambil sains macam aku ni. tapi, sometimes, kita paham apa yang diorang cakap, tapi dek kerana nak menyakat, saje buat-buat tak paham dengan terms tu semua. alah, macam aku. ekeke


p/s : one fact yang aku nak share dari mimi. tahu tak khinzir melahirkan anak mengikut bulan. maksudnya, kalau dia beranak bulan satu, maka jumlah anaknya satu. kalau bulan dua, dua lah anak tersebut. dan begitulah seterusnya. so, kalau nak kawal pembiakkan binatang tu senang je, make sure dia beranak bulan satu. hehehe. kalau fact ni tak betul jangan cari aku taw. cari mimi. ahaks!



[ked's sketching]

Wednesday, September 26, 2012

ISTERIKU, BOSKU JUA


uikss??

di copy daripada Harian Metro online bertarikh 26 September 2012

**********************************


SHAH ALAM: Bagai merpati dua sejoli. Itu perumpamaan yang sesuai buat sepasang suami isteri yang juga penerima Anugerah Khidmat Lama 25 tahun apabila bibit cinta mereka bermula ketika masing-masing mula bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, bermula 1986 sebelum mendirikan rumah tangga pada November 1989. 

Hanita Yusof dan Mohamad Taufik Ithnin masing-masing berusia 48 tahun kini bertugas di UiTM Dungun, Terengganu tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerja di bawah satu bumbung kerana mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi.

Lebih menarik lagi, Mohamad Taufik yang memegang jawatan sebagai Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah isterinya yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar.


“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah isteri kerana ketika di tempat kerja kami seolah-olah tidak mengenali di antara satu sama lain dan ia memudahkan sebarang urusan kerja.

“Isteri juga begitu kerana kami memahami tugasan masing-masing dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan selain meletakkan perkara berkaitan peribadi sewaktu di pejabat,” katanya selepas menerima anugerah di Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM, di sini, semalam.


Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.


Sementara itu, Hanita berkata, sepanjang 25 tahun bertugas di UiTM, dia tidak pernah berasa lelah untuk terus berbakti di universiti itu demi membantu anak bangsa terus mencapai kejayaan. Katanya, ketika bertugas dia akan menumpukan segala perhatian yang ada untuk melunaskan tugasan di pejabat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Suami sangat memahami tugasan kami di tempat kerja. Oleh itu, saya bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bertugas bersama suami yang secara tidak langsung menyuntik semangat untuk terus kuat melunaskan tanggungjawab,” katanya.


Dalam majlis itu, kira-kira 600 penerima Anugerah Khidmat Setia Lama 25 tahun, Anugerah Setia Lama 30 tahun, Anugerah Pesara Pilihan dan Anugerah Peserta Wajib daripada seluruh UiTM di Malaysia hadir di majlis berkenaan.

Setiap penerima menerima sijil penghargaan dan seutas jam tangan.

***************************************


wah! famous lah puan nita dengan encik taufik! congrats for both of you. memang benar seperti apa yang ditulis dalam artikel tu. aku suka tengok pasangan ni. memang sweet macam pasangan yang baru kahwin. 


puan! rindu kat puan. rindu nak makan puding karamel puan. hehehe. nanie, bangga tak ayah dengan ibu masuk paper? tahniah sekali lagi kat puan nita dan encik taufik. both of you deserve that award and appreciation. :)

Thursday, September 20, 2012

THE REAL MACARONI


uikss??

kalau sebut macaroni, apa yang ada dalam fikiran korang?


uuu... nyum nyum nyum. macaroni goreng! hah, tengok ni pulak. 


haaa. macaroni cheese! tempting tak? ekeke. eh, tapi betul ke ni macaroni? are you sure? meh kita tengok gambar ni pulak.



alamak! maaflah kualiti gambar kurang jitu. huhu. haa. ni lah aku nak tunjuk. sebenarnya, yang kat atas tadi tu, bukannya macaroni, tapi sejenis pasta yang bernama elbows. ooo...


kalau camtu, yang mana lak rupanya yang nama macaroni tu? 


haaa.. nampak tak dia tulis apa kat pack tu? M.A.C.A.R.O.N.I. ni lah macaroni yang sebenarnya rupanya. yang biasa kita makan tu elbows la.

lepas ni kena tukar nama lah makanan kat atas tu. macaroni goreng jadi elbows goreng, macaroni cheese jadi elbows cheese. eyewh! tak sedap lah pulak nama tu. :P


p/s : nampak sangat aku tak pernah masak benda-benda ni semua. pergi econsave itu hari baru tahu. hewhewhew


[ked's sketching]

Wednesday, September 19, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #35 : THINGS THAT YOU SHOULDN'T DO IN UITM PUNCAK ALAM


uikss??


di larang memparking kereta di tengah jalan yea. sila follow coordination parking yang telah disediakan. kalau tak, memang dapat la surat-surat cinta sekali pakej dengan clamp. 

sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat hari ini.


p/s : mesti owner kereta ni bengang giler kan? dah la kena saman, kena clamp, kena maki pulak tu. aduyai~ nasib badan.


[ked's sketching]

Tuesday, September 18, 2012

NOVEL REVIEW : LAZUARDI BY NASZ


uikss??

wahhhh. lamanya tak update blog. almaklumlah, busy berjimba-jimba dengan rakan mahupun buah hati cuti 4 hari aritu. ah, tu lain entry. la ni aku nak cerita pasai lazuardi dulu.

ingat lagi tak bila aku buat entry yang aku inform pasai novel ni dah keluar selepas setahun aku menanti baca kat online novel. of course lah bila keluar aku nak jadi orang pertama yang membelinya. tapi, aku tak berkesempatan lagi untuk mengunjungi mph mahupun popular nak usya lazuardi ni. even member aku, yana a.k.a lily pun kata dia jenuh usya lazuardi kat mph tapi cepat nau habisnya. 

alamak? acane tu? ada juga sorang blogger, kak aya namanya, buat review lazuardi. based on review dia tu lah, aku lagi semangat nak cari novel tu sebab nak tahu ending dia. tak di sangka-sangka, akhirnya aku jumpa jugak lazuardi. pulak tu kat tempat yang aku tak sangka lak tu which is kat ada satu bookstore kat first level at kl sentral. omo! ni lah yang dinamakan, sambil menyelam, minum air. eh? hahaha


okey, meh aku pulak kasi review version aku pulak. hehehe. lazuardi ni mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang perempuan yang bernama Anaz Syahirah. Anaz ni, dah macam Cinderella dah bila dia dilayan umpama orang gaji di rumah sendiri, oleh mamanya sendiri. tapi, Anaz tak pernah melawan. apa yang mama dia suruh buat, semua dia buat. sampaikan dia punyalah kerja part time bagai nak rak semata-mata nak kumpul duit untuk beli jeans idaman dia tu, senang-senang je adik tiri dia si Lily tu dapat bila Lily menggunakan kuasa autoriti mamanya untuk memaksa Anaz menyerahkan jeans dia yang berharga RM250 tu kepada Lily. pasrah giler kan si Anaz ni. walaupun hati dia sakit, tapi dia tetap mengikut apa jua arahan yang keluar daripada mulut mamanya atas alasan tidak mahu menjadi anak derhaka.

tidak cukup dengan melayan kerenah Lily, adik tirinya yang dilayan lebih daripada dia, selaku anak kandung mamanya, datang pula Ain, anak saudara abah tiri Anaz yang pada mulanya nampak manis perlakuannya dihadapan mata, mungkin kerana kesengsaraan hidup yang pernah Ain lalui dahulu, tapi lama-kelamaan dia semakin menunjukkan belang. dek kerana Ain jugalah, Anaz kehilangan kawan tadikanya iaitu Odie.

pelbagai dugaan demi dugaan yang Anaz lalui hinggalah terjadi suatu kejadian yang tidak dapat dimaafkan oleh mamanya sehinggakan mama Anaz tega menghalau dia keluar dari rumah. pada ketika itu, muncul lah Shark, kawan adik tiri Anaz iaitu Nueq yang muda 4 tahun dari Anaz, datang menghulurkan bantuan. bantuannya berupa, sebuah lamaran perkahwinan! dengan keadaan Anaz yang sedang berada di tahun akhir pengajian ijazahnya, di tambah pula dengan Shark yang masih study juga di US, membuatkan Anaz berfikir dua tiga empat kali sebelum menerima lamaran Shark.

ops. cukup sampai sini jelah review aku. lebih-lebih kang dah tak guna pulak lah kan korang beli novel tu sebab dah tahu ending kan. cukuplah kalau aku bagitahu nanti Anaz sampai mintak cerai dengan Shark dan terbongkarlah jua rahsia kenapa mama Anaz sangat benci kat Anaz. apa jugak yang akan terjadi antara Odie dengan Ain serta kewujudan dalang disebalik segala fitnah yang menimpa Anaz selama ini. 

haaa. kalau nak tahu, boleh la cari kat bookstores yang berhampiran. kalau nak order online pun boleh. pergi je kat page jemariseni.com. tak mahal pun, RM23 je.


untuk nasz, well done with your second novel. watak Anaz memang innocent habis lah.  ntah kenapa aku bayangkan watak Shark tu macam Ryu dalam JDrama Tantei Q Gakuen. ada gaya tak? hehe


p/s : yana, una. jangan jelez ea aku dapat baca dulu lazuardi. nak borrow tak? meh la datang puncak alam. kuikuikui. untuk kak nasha lak, saya recommend akak beli taw novel ni. best-best! :)


[ked' sketching]

Saturday, September 15, 2012

KHAMIS DALAM SEJARAH


uikss??

wah! khamis 13hb hari tu dalam sejarah. ekeke. nak taw sebab apa? bila satu kelas tourism 5C UiTM Puncak Alam, pakai kad matrik! wah! kena masuk Malaysian Book of Record ni. ngeh ngeh ngeh.


curlasss. tak pernah-pernah hayat la budak-budak ni pakai kad matrik time attend classes, tetiba hari tu semua berjaya pakai dengan jayanya. ada jugak yang pakai tali saje, pastu masukkan ke dalam poket sebelah kiri baju, kekonon macam ada kad matrik dalam tu. ahaks!

yang lelaki pulak, semua pakai smart cam nak pergi hantar resume mintak kerja. yang perempuan pun apa kurangnya. aku sanggup tukar sandal edwin aku dengan sandal vern's semata-mata tak nak dapat surat saman yang berharga 50 ringgit. omo! mahal tu! tak sanggup weols uols!

dah kena basuh semalamnya tu, haruslah semua insaf stok-stok tunduk kepala ke lantai je. cuba kalau tak buat macam tu, memang kad matrik aku elok jela melekat dalam wallet aku. hehe. yelah, senang kan nak bawak keluar in case dapat lah student price kalau beli barang apa-apa. 

so, lepas ni, tiap kali hari rabu dengan khamis, boleh tengok la classmates aku well grooming pergi class. semuanya kerana saman. oh~



p/s : can't wait to see you. >.<

[ked' s sketching]

Saturday, September 8, 2012

BETUL KATA ORANG


uikss??

betul kata orang. kalau sayang, tinggal-tinggalkan. dah lama kami bersama. 2 bulan ni merupakan saat-saat gembira aku bila bila aku dapat bersama dengannya. namun, apakan daya. tuntutan daripada pihak ketiga memaksa aku untuk meninggalkannya buat seketika. hmmm.. 

sayang. tunggu kita bersua semula sambil meluangkan masa lagi 5 bulan ya.


ini lah sayang aku. malam ni malam terakhir aku kat sini setelah 2 bulan aku bertapa kat dalam rumah ni, kat atas sofa usang ini. oh, kenapa begitu cepat masa berlalu? bagaikan semalam baru terasa peritnya menjawap kertas Managing Information System. macam terbayang-bayang je ayah sesat masa cari rumah aku kat puncak alam. 

nak buat macam mana kan? sayang macam mana pun aku dekat rumah aku, terpaksa jugak aku tinggalkan demi tanggungjawab aku terhadap study. tsk tsk tsk. 

bak kata aaron aziz,


untuk mereka yang sekapal dengan aku, selamat menempuhi semester baru! semoga semester ini kita dapat perform lagi baik dari sem-sem sebelum ni. semoga Allah permudahkan segala-galanya. aminn..

yes! dah sem 5! satu sem je lagi. sabar, sabar. >.<


p/s : tak sabar nak jumpa classmates HM2215C. hopefully first class isnin ni penuh la 31 orang dalam kelas tu ea.


[ked's sketching]

Thursday, September 6, 2012

MUSIM KAHWIN NAVY


uikss??

kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang. kalau takde niat, masakan boleh menggoogle kek kahwin. 


tengok tu. sampai 2 hits lagi dalam masa satu hari. wah, ni betul-betul musim kahwin ni. for all military bride to be, happy wedding! yang mana kenal tu, boleh la jemput kita taw. hewhewhew.

for those yang nak cari kek kahwin, kek birthday, kek anniversary, apa-apa jelah jenis kek kecuali fish cake, yang kiut miut, boleh la refer kat entry ni balik yea. =^.^=

p/s : amboih. gigih nau type keyword pepanjang. emm, aku rasa kat blog aku ni takde pulak cerita pasai kereta sebab aku sendiri zero about kereta-kereta ni. yang last sekali tu aku boleh jawap. tak jauh pun awak yang tanya tu, kolej melati dengan mawar dekat je. mereka berdua tu di pisahkan dengan dataran cendekia a.k.a DC. kolej-kolej yang paling famous kat uitm shah alam. aku dulu duduk kolej melati taw. tapi blok yang pakai tangga punya. freshie la katakan. hehe


[ked' sketching]

Tuesday, September 4, 2012

SHOULD I CHANGE MY COURSE NOW?


uikss??

i love art. i love to sketch. but yet still not tough enough for me to enter the faculty of art and design. hehehe. tak percaya? seni lukis dan seni reka. tu lah first choice aku untuk UPU 4 tahun lepas. aku dapat interview dekat uitm bukit sekilau, kuantan. pergi lah dengan nenek dan aki aku masa tu. dengan result engineering drawing aku yang 8E masa tu, memang tak kuat mana lah untuk aku dapat course tu. rata-rata yang datang interview tu semuanya ada ambil seni masa sekolah and dapat A solid. oh, lupa pulak. actually result engineering drawing aku kena recheck sebab 1 kelas aku result teruk. PIBG sekolah sponsor. rupanya memang ada error. tapi aku dapat naik 2 gred je. jadilah 6C. haha. padan muka aku sebab malas sangat nak practice drawing time form 5.

so, dengan result ED yang tak seberapa plus knowledge aku yang tak berapa nak dalam tentang seni ni, aku redah jelah interview tu. yang orang lain sibuk bawak portfolio seni masing-masing, aku bawak sketch book aku je. sedihnya. aku dah agak yang aku cam takde harapan dah kat situ sebab kena compete dengan budak-budak pure seni kan. 

dan, ternyata betul apa yang aku rasa. aku fail dalam interview tu walaupun aku berharap sangat yang aku sebenarya dapat tapi diorang tercicir nama aku. hohoho. boleh gitu?

so, berbekalkan sisa semangat yang aku ada, aku buat rayuan and dapatlah aku course tourism management dekat uitm dungun. masa tu aku fikir aku nak masuk je dulu, degree nanti baru try balik untuk ambil art and design sekali lagi. fuh, giler tak kuat semangat camtu? walaupun dah kena reject tapi still nak ambil jugak. :P

last-last, cheh, takde maknanya aku nak tukar. lepas habis diploma, aku tak apply UPU pun, terus je sambung under uitm untuk degree tourism jugak. hahaha. mana pergi spirit aku macam awal-awal aku masuk uitm dulu? dah terbang sebab kena basuh dengan subjek-subjek tourism masa diploma dulu. dah jadi sayang pulak dengan course aku. lagipun, aku takut aku tak cukup kreatif untuk ambil art and design tu.

tapi tu dulu, sekarang ni tetiba pulak aku rasa nak ambil art and design balik. ni lah puncanya!



macam biasa sebagai seorang anak mithali tugas aku sepanjang cuti ni memang 100% tolong ibu aku buat assignment beliau dan ini lah projek terbaru kami. jyeahh! daripada seketul belon, kami mampu mengubahnya menjadi seekor anak itik pada asalnya, tapi macam mana entah boleh jadi angry bird. hohoho. 

pasal benda ni jugak lah blender kat rumah aku yang kekononnya wedding present dari nenek aku kat parents aku jahanam. mana tak jahanamnya, dah berasap-asap dah blender tu masa kitorang pakai untuk blend paper hari tu.

best kan? ibu ambil subject pendidikan seni sem ni so tu antara assignment dia lah. oh, rindunya kat angan-angan masa lalu aku. nak buat macam mana. dah takde rezeki aku dalam bidang tu kan? but, do not give up. we will see whether i can combine tourism and art someday to make a new market for malaysia. hehehe. this is my dream now. sebab tu lah masa cari tempat practical aku pergi bantai mintak dekat karangkraf sedangkan member aku yang lain semua mintak dekat travel agencies, airlines, government bodies. bajet-bajet nak masuk libur lah, tapi kena reject jugak. ehek ehek.

dan buat masa sekarang, aku berpuas hati dengan apa yang aku ada dan bidang yang aku pelajari sekarang ni. tukar course? tak bersyukur namanya kalau aku tukar course tu kan? dah la aku final year bukak sem ni. apa-apa pun, tourism ke, art ke, semuanya sama je. yang penting, ilmu. kan?


p/s : sebab apa aku nak ambil A&D? sebab aku nak jadi graphic designer dulu. hehe. sekarang ni nak lesen tour guide lah. :D


[ked' sketching]