Showing posts with label scientific terms. Show all posts
Showing posts with label scientific terms. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

KISAH MIMI DAN TIKUS MAKMALNYA

uikss??

aku ada sorang member ni. namanya mimi. mimi baru je dapat offer untuk sambung master kat uitm puncak alam ni. so, untuk sementara waktu ni, dia stay kat rumah aku dulu. 

mimi ada cakap kat aku yang hari tu dia ada tukar bedding tikus. alah, standard lah. spesis tikus-tikus makmal gitu. aku pun apa lagi, pantang dengar cerita pasal makhluk berbulu dan cute ni, terus soal siasat mimi pasal tikus tu. then, mimi ada bukak cerita pasal tikus makmal dia tu yang macam menghidap satu penyakit pelik.




" saya pelik lah kero. tikus tu macam ada tempat yang tak berbulu dekat badan dia. "

aku pun pelik. hah? tak berbulu? macam mana tu? 

" ntah la. nampak macam bekas bulu dia gugur dekat tempat tu. yela, bayangkan satu badan dia ada bulu, tiba-tiba kat certain tempat bertompok tak berbulu. "

eh eh! macam pernah ku dengar cerita ni. tapi di mana ya? oh, ingat dah! ni sama macam apa yang terjadi dekat 2 ekor kucing aku. aku tahu apa punca penyakit misteri tikus tu!

" mi, aku rasa tikus tu kena kurap lah. kucing aku pun macam tu jugak lah. dia garu tempat yang kena kurap tu. that's why lah bulu kat situ takde. togel gitu. "

fuh, tanpa segan silunya aku memberikan buah fikiran aku. tanpa menyedari status aku yang hanyalah student tourism sementara mimi degree holder in biology.

" ish. taklah. diorang kata maybe kena jangkitan fungus tu. "


* facepalm *


" mimi, jangkitan fungus tu samalah dengan kurap. tu nama scientific dia. aduyai. dah lah, esok kau boleh bawak minyak gamat sapu kat tikus tu. "

mimi tersengih je bila aku cakap macam tu. lepas tu, sambung balik cerita pasal tikus tadi. mimi kata kalau dia perlukan lebih tikus dalam eksperimen dia nanti, dia kena biakkan tikus tu sendiri. aku dengan semangat ingin tahunya, tanyalah mimi. macam mana nak bezakan tikus betina dengan jantan.



" tikus betina ada mammary gland. tikus jantan takde. "

mammary gland?

" alah, tempat yang keluar susu tuu. "


* double facepalm *


" mimi, tak boleh ke kau sebut puting? "



hehehe. kadang-kadang susah kan nak terangkan scientific terms ni orang yang tak ambil sains macam aku ni. tapi, sometimes, kita paham apa yang diorang cakap, tapi dek kerana nak menyakat, saje buat-buat tak paham dengan terms tu semua. alah, macam aku. ekeke


p/s : one fact yang aku nak share dari mimi. tahu tak khinzir melahirkan anak mengikut bulan. maksudnya, kalau dia beranak bulan satu, maka jumlah anaknya satu. kalau bulan dua, dua lah anak tersebut. dan begitulah seterusnya. so, kalau nak kawal pembiakkan binatang tu senang je, make sure dia beranak bulan satu. hehehe. kalau fact ni tak betul jangan cari aku taw. cari mimi. ahaks!



[ked's sketching]