SHAH ALAM: Bagai merpati dua sejoli. Itu perumpamaan yang sesuai buat sepasang suami isteri yang juga penerima Anugerah Khidmat Lama 25 tahun apabila bibit cinta mereka bermula ketika masing-masing mula bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, bermula 1986 sebelum mendirikan rumah tangga pada November 1989.
Hanita Yusof dan Mohamad Taufik Ithnin masing-masing berusia 48 tahun kini bertugas di UiTM Dungun, Terengganu tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerja di bawah satu bumbung kerana mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi.
Lebih menarik lagi, Mohamad Taufik yang memegang jawatan sebagai Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah isterinya yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah isteri kerana ketika di tempat kerja kami seolah-olah tidak mengenali di antara satu sama lain dan ia memudahkan sebarang urusan kerja.
“Isteri juga begitu kerana kami memahami tugasan masing-masing dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan selain meletakkan perkara berkaitan peribadi sewaktu di pejabat,” katanya selepas menerima anugerah di Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM, di sini, semalam.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Sementara itu, Hanita berkata, sepanjang 25 tahun bertugas di UiTM, dia tidak pernah berasa lelah untuk terus berbakti di universiti itu demi membantu anak bangsa terus mencapai kejayaan. Katanya, ketika bertugas dia akan menumpukan segala perhatian yang ada untuk melunaskan tugasan di pejabat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
“Suami sangat memahami tugasan kami di tempat kerja. Oleh itu, saya bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bertugas bersama suami yang secara tidak langsung menyuntik semangat untuk terus kuat melunaskan tanggungjawab,” katanya.
Dalam majlis itu, kira-kira 600 penerima Anugerah Khidmat Setia Lama 25 tahun, Anugerah Setia Lama 30 tahun, Anugerah Pesara Pilihan dan Anugerah Peserta Wajib daripada seluruh UiTM di Malaysia hadir di majlis berkenaan.
Setiap penerima menerima sijil penghargaan dan seutas jam tangan.
***************************************
wah! famous lah puan nita dengan encik taufik! congrats for both of you. memang benar seperti apa yang ditulis dalam artikel tu. aku suka tengok pasangan ni. memang sweet macam pasangan yang baru kahwin.
puan! rindu kat puan. rindu nak makan puding karamel puan. hehehe. nanie, bangga tak ayah dengan ibu masuk paper? tahniah sekali lagi kat puan nita dan encik taufik. both of you deserve that award and appreciation. :)
:) femes amous lpas ni..hihihi..jdkan teladan..profesional bile bekerja..wahhh.hihihi
ReplyDeleteinspiring story..keep the professionalism... :)
ReplyDeletebagusla kalo camtu..huhu
ReplyDeletebagus & professional...lelaki2 lain kena contohi mcm couple ni...tgk rilek je kan walaupun bini dia bos...kat opis bosla, kat rumah suamila...kena pandaila bahagikan kehidupan kerja dengan kehidupan peribadi...cewahhhhhhhh...KEDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD lamaa x nyembang hehehe...busyyyyyyyyyyyyy like a beeeeeeeeeeee....hahhaa saja nak spam dalam blog ked ni.
ReplyDelete