NOVEL REVIEW : LAZUARDI BY NASZ
uikss??
wahhhh. lamanya tak update blog. almaklumlah, busy berjimba-jimba dengan rakan mahupun buah hati cuti 4 hari aritu. ah, tu lain entry. la ni aku nak cerita pasai lazuardi dulu.
ingat lagi tak bila aku buat entry yang aku inform pasai novel ni dah keluar selepas setahun aku menanti baca kat online novel. of course lah bila keluar aku nak jadi orang pertama yang membelinya. tapi, aku tak berkesempatan lagi untuk mengunjungi mph mahupun popular nak usya lazuardi ni. even member aku, yana a.k.a lily pun kata dia jenuh usya lazuardi kat mph tapi cepat nau habisnya.
alamak? acane tu? ada juga sorang blogger, kak aya namanya, buat review lazuardi. based on review dia tu lah, aku lagi semangat nak cari novel tu sebab nak tahu ending dia. tak di sangka-sangka, akhirnya aku jumpa jugak lazuardi. pulak tu kat tempat yang aku tak sangka lak tu which is kat ada satu bookstore kat first level at kl sentral. omo! ni lah yang dinamakan, sambil menyelam, minum air. eh? hahaha
okey, meh aku pulak kasi review version aku pulak. hehehe. lazuardi ni mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang perempuan yang bernama Anaz Syahirah. Anaz ni, dah macam Cinderella dah bila dia dilayan umpama orang gaji di rumah sendiri, oleh mamanya sendiri. tapi, Anaz tak pernah melawan. apa yang mama dia suruh buat, semua dia buat. sampaikan dia punyalah kerja part time bagai nak rak semata-mata nak kumpul duit untuk beli jeans idaman dia tu, senang-senang je adik tiri dia si Lily tu dapat bila Lily menggunakan kuasa autoriti mamanya untuk memaksa Anaz menyerahkan jeans dia yang berharga RM250 tu kepada Lily. pasrah giler kan si Anaz ni. walaupun hati dia sakit, tapi dia tetap mengikut apa jua arahan yang keluar daripada mulut mamanya atas alasan tidak mahu menjadi anak derhaka.
tidak cukup dengan melayan kerenah Lily, adik tirinya yang dilayan lebih daripada dia, selaku anak kandung mamanya, datang pula Ain, anak saudara abah tiri Anaz yang pada mulanya nampak manis perlakuannya dihadapan mata, mungkin kerana kesengsaraan hidup yang pernah Ain lalui dahulu, tapi lama-kelamaan dia semakin menunjukkan belang. dek kerana Ain jugalah, Anaz kehilangan kawan tadikanya iaitu Odie.
pelbagai dugaan demi dugaan yang Anaz lalui hinggalah terjadi suatu kejadian yang tidak dapat dimaafkan oleh mamanya sehinggakan mama Anaz tega menghalau dia keluar dari rumah. pada ketika itu, muncul lah Shark, kawan adik tiri Anaz iaitu Nueq yang muda 4 tahun dari Anaz, datang menghulurkan bantuan. bantuannya berupa, sebuah lamaran perkahwinan! dengan keadaan Anaz yang sedang berada di tahun akhir pengajian ijazahnya, di tambah pula dengan Shark yang masih study juga di US, membuatkan Anaz berfikir dua tiga empat kali sebelum menerima lamaran Shark.
ops. cukup sampai sini jelah review aku. lebih-lebih kang dah tak guna pulak lah kan korang beli novel tu sebab dah tahu ending kan. cukuplah kalau aku bagitahu nanti Anaz sampai mintak cerai dengan Shark dan terbongkarlah jua rahsia kenapa mama Anaz sangat benci kat Anaz. apa jugak yang akan terjadi antara Odie dengan Ain serta kewujudan dalang disebalik segala fitnah yang menimpa Anaz selama ini.
haaa. kalau nak tahu, boleh la cari kat bookstores yang berhampiran. kalau nak order online pun boleh. pergi je kat page jemariseni.com. tak mahal pun, RM23 je.
untuk nasz, well done with your second novel. watak Anaz memang innocent habis lah. ntah kenapa aku bayangkan watak Shark tu macam Ryu dalam JDrama Tantei Q Gakuen. ada gaya tak? hehe
p/s : yana, una. jangan jelez ea aku dapat baca dulu lazuardi. nak borrow tak? meh la datang puncak alam. kuikuikui. untuk kak nasha lak, saya recommend akak beli taw novel ni. best-best! :)
[ked' sketching]
akak xnak beli,na pinjam dari ked bolehhhh??haha...;p
ReplyDeletep/s:mcm bes je novel ni,dah tergoda dah ni...hoho!!
untuk kak nasha, sebab dah keje, saye tak mau kasi pinjam.. beli sendiri.. hahaha :D
Deletebeli lah kak.. seriyes tak rugi.. takpun, mintak hubby hadiahkan.. wee~
benci benci benci! takmo bace review ni lagi :(
ReplyDeleteololo..
Deletejangan gitu..
tak sweet ah camni..
dah jadi sour dah..
huhu
bukan sour je payau,kelat sume ade da ni.haha..tapi kan klu shark macam gambar kt atas tu hilang cool die,die kn rambut ala2 lee seung gi gitu.heheh
Deleteseung gi? teringat member aku muja suke sangat seung gi tu.. sampai sanggup book seat untuk fans meeting die nanti..
Deleteaah kn,dlm online la.kt novel die dak tukar..perhhgg siap book lagi tu,terbaik la.bila fm die?
Deletetukar ape weh?
Deletebulan depan tak silap aku.. dulu dia amik yang first row, 288.. skang yang 288 tu dah tukar jadi 360.. die pun tukar amik second row, 180 something laa..
tukar rambut cam lee seung gi jd pelakon korea.kena edit kot..waaaaaaa gilaaa jelez!
Deletedengar kate nasz dah join fb tapi aku tak jumpa pon..
Deletemcm best jea... nak carilah novel nie..=)
ReplyDeleteeh eh..
Deletenama kita nak dekat sama laa..
hehehe..
carilah cik pika..
recommended sesangat..
tak rugi taw..
:)
betol2 cik pika,hatta saya yg bukan kaki novel ni sanggup beli lazuardi taw.hehe..ked aku nyibuk jap.heheh
DeleteKalau saya , saya gambarkan shark tu mcm seo kang joon-jambu gila kan ! Hahaha Anaz pula should be someone yg cberapa lawa tp polos mcm iu .
ReplyDeleteHuhu masa ni tak kenal Kang Joon lagi. Hee. Tengah gila jdrama masa ni tu yg bayangkan dia macam tu. Haaa IU memang sesuai kalau watak polo-polos ni. Muka dia innocent gilaaaa kot!
DeleteSayangnya novel ni dah hilang. Wuuuuu. Tak taw sapa yg pinjam sedar-sedar dah takde kat rumah. Sobs
Kalau saya , saya gambarkan shark tu mcm seo kang joon. -jambu gila kan ! Hahaha Anaz pula should be someone yg xberapa lawa tp polos mcm IU .
ReplyDelete