Thursday, May 31, 2012
KETAGIH SUDAHHH..
Tuesday, May 29, 2012
CUTE FOOD PLUSHIES
kikiki.. simbolik giler kan? ade sape-sape nak bagi kat aku tak? :P
source : google images
Wednesday, May 23, 2012
TEST DNA UNTUK KAHWIN
p/s : kiut kan cake ni? nak order/usha leh tengok kat sini ea! :3
[ked's sketching]
Monday, May 21, 2012
SAMPAI HATI PAKCIK
Friday, May 18, 2012
SECEBIS KENANGAN
oh, i hope tak terlambat lagi nak wish happy teacher's day! maapkan saye kerane baru online yea. ni pon sebab pinjam line jiran sebelah. jiran, please forgive me because i always usha-usha your wireless line. heheehe
teringat kenangan mase skolah dulu-dulu. gambar kat atas tu di ambil pada tahun 2007. mase tu ade match handball kat mentakab. yang pakai army backpack tu cikgu kimia aku, cikgu ROR, dan yang sedang mendapat pelukan semangat tu pulak, classmate aku. sweet kan gambar ni? ni menunjukkan yang betape besarnya peranan guru dalam memberi semangat kepada kami untuk terus berjuang regardless how difficult or challenging they are. so, thanks teacher for what you had done to us. without your sacrifices, kami takkan berjaya jadi manusia seperti skang ni. :)
Labels:
*memoir*,
2012,
ked' story,
memory zaman sekolah,
teacher's day
Tuesday, May 15, 2012
TEASER PULAU KAPAS
Labels:
*degree life*,
2012,
fam trip,
hospitality,
ked' story,
pulau kapas,
uitm puncak alam
Sunday, May 13, 2012
UNTUKMU IBU!
ibu,
terima kasih sebab lahirkan kak long
terima kasih sebab besarkan kak long
terima kasih sebab sekolahkan kak long
terima kasih sebab bagi kak long makan
terima kasih sebab bagi kak long peluang sambung belajar sampai ke tahap ni
terima kasih sebab banyak bersabar dengan kak long
terima kasih sebab tak pernah berputus asa dengan kak long
terima kasih sebab selalu ada dibelakang kak long
terima kasih sebab percayakan kak long
terima kasih sebab usahakan cari duit untuk kak long
terima kasih sebab selalu dengar rintihan kak long
terima kasih sebab selalu kongsi masalah dengan kak long
terima kasih sebab buat kak long penting bagi ibu
terima kasih sebab gembira dengan kak long
terima kasih sebab ibu berjaya mendidik kak long seperti apa yang kak long jadi sekarang ni.
ibu,
kalau nak ucap terima kasih kat ibu
memang tak terkira banyaknya
kerana
setiap saat kak long bernafas dimuka bumi ini
penuh dengan jasa dan pengorbanan ibu sahaja
ibu,
kak long tak terbalas jasa ibu itu semua
apa yang kak long harapkan
semoga ibu dipanjangkan umur oleh Allah
untuk melihat kejayaan kak long
untuk merasa gaji pertama kak long
untuk bermain dengan cucu dari kak long
dan
untuk ke tanah suci mekah dengan kak long
selamat hari ibu, ibuku...
Puan Nor Bibi Bt Fazal Rahman
p/s : selamat hari ibu juga kepada semua ibu di dunia ini. tak lupa juga kepada readers/bloggers yang merupakan seorang ibu. dan juga puan mak kepada si baju biru, kerana telah berjaya melahirkan seorang lelaki yang baik untukku. terima kasih semua!
dari seorang anak,
Afiqah Khairuddin
Labels:
*famili*,
*l.o.v.e*,
2012,
happy mothers day,
hari ibu,
ibu,
ked' story,
ucapan hari ibu
Saturday, May 12, 2012
MOST WEIRDEST TOURISTS ATTRACTIONS
3. Island of the Dolls, Mexico
Terletak di Xochimilco, di asaskan oleh Don Julian Santana, yang mana terlah berpindah ke pulau itu setelah di halau dari tanah besar kerana ketagihan alkohol. Di sana, dia telah di hantui oleh roh seorang budak perempuan yang pernah lemas dalam tali air situ. Ada yang cerita yang menyatakan bahawa dia merupakan saksi kematian budak itu. Oleh itu, untuk mententeramkan roh budak itu, Don Julian telah mengorbankan tanah tanamannya untuk meletakkan patung-patung lama dan menggantung mereka di pokok-pokok keliling rumahnya. Pelbagai jenis patung yang mengerikan terdapat di situ. Tak ketinggalan juga, anggota-anggota badan patung yang telah dipotong seperti kaki, tangan, kepala turut di gantung bersama. Dah namanya tempat tu pulau kan, pengunjung hanya dapat pergi ke sana melalui bot sahaja.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat pelancongan yang pelik-pelik dalam dunia ini. Cuma kita sahaja yang tak tahu. Kadang-kadang, ianya pelik bagi kita, tapi tidak bagi mereka yang sukakan kelainan.
source : Reader Digest
[ked's sketching]
Wednesday, May 9, 2012
JANJI SEORANG BAKAL IBU DI MASA HADAPAN
uikss??
Panassss!! Well, rumah aku kan takde internet, so, aku agak lambat la nak taw perkembangan cerita-cerita panas kat Malaysia ni. Then, petang tadi, aku pegi la rumah classmate aku, si mell and the geng. Ingat nak update blog sebab tadi aku dapat entry baik punye dari faris. Tapi, bile aku log in facebook, aku ternampak satu video yang berjaye menyentuh naluri keibuan aku yang ganas nih.
Subhanallah.. mengucap panjang aku bile tengok video tu. Terus mengalir air mata, bagai turut sama merasai keperitan yang di alami oleh baby tu. Aku baru ingat nak share kat blog ni, tapi, dah kena remove kat youtube.
Hah, kalau korang nak tengok video tu, carilah kat facebook. Kompem ramai yang share video tuh. Hah? Blur aku cakap pasal ape ni? Aku tengah cite pasal perempuan tak berhati perut yang pukul-sepak-cubit-tendang-lempang baby tu laa. Haaa.. mesti korang dah pernah tengok kan video tu.
Ya Allah.. Serius rase nak hantukkan je kepale perempuan tak berhati perut cam tu kat dinding. Biar die rase ape yang budak tu rase. Tadi tengok berita, baru aku tahu yang kes tu dah lame rupenye. Tahun lepas lagi. Perempuan yang tak berhati perut tu mak budak tu rupenye. Masya Allah, teganye seorang ibu kandung buat anak sampai macam tu skali. Apelah dose budak kecik tu? Darah daging sendiri tu. Agaknye kalau anak orang lain, tak taw la pulak die nak wat ape. Kite pulak yang kesian kat anak die.
Takut pulak aku. Takut kalau-kalau aku bertindak diluar kawalan macam perempuan tu. Ya Allah, jadikanlah aku bakal ibu yang baik untuk anak-anakku nanti. Supaya mereka bahagia dengan ku dan supaya aku dapat memikul amanahMu dengan jayanya. Berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi dalam membesarkan mereka dan jadikanlah mereka anak yang soleh, baik tingkah laku serta elok budi pekerti. Supaya aku berbangga dengan kehadiran mereka dalam hidupku dan tidak akan mensia-siakan anugerah yang tak ternilai Mu ini Ya Allah. Aminn..
Eceh, awal nau berdoanye. Nikah pon tak lagi, dah berangan-angan nak jadi ibu bagai. Oh, please la Afiqah. Jangan feeling lebih-lebih boleh tak? Hahahaha..
Kepada sume bakal-bakal ibu suatu hari nanti, walau sebesar mane pon dugaan dan tekanan yang kite hadapi, jangan sesekali lepaskan pade anak kite. Apalah dosa mereka terhadap kite? Sanggup kite sakiti jasad yang kite dah kandungkan 9 bulan 9 hari tu? Aku tak sanggup. Bersabarlah dan minta pertolongan dari yang Maha Esa. Sesungguhnya, hanya pada Dia sajalah kite sepatutnye meluahkan rasa sedih, marah dan gembira. Dekatkanlah dirimu padaNya. Nescaya, hati kite akan jadi lebih tenang dan masalah pun akan dilihat lebih ringan. J
Qila, umi janji yang umi takkan buat Qila cam lam video tu taw. Qila jangan risau ek? Ahaks! Tak leh blah seru name anak mase depan kat sini.
semoga aku dapat jadi setabah ibuku di masa akan datang.
dan semoga anakku secomel dan sebijak dan seramah budak ni nanti.. hahahahaha
[ked's sketching]
Monday, May 7, 2012
THE AVENGERS FEVER
oh abang mohd haziq bin noor azhar, bilekah agaknye anda hendak membawa saye melihat the avengers ni? dah tak larat tengok iklan kat tv je manjang. huhuhu
[ked's sketching]
Subscribe to:
Posts (Atom)